Sunday, August 8, 2010

Bilik Studio di Tiara Beach untuk disewa....

Sebelum masuk bulan Mei dulu, pihak pengurusan Tiara Beach PD, telah menghantar surat perjanjian untuk menyambung pengurusan apartment di PD, tapi memandangkan nak hampir 1 tahun pihaknya tidak membayar sewa, saya dan suami ambil keputusan untuk menamatkan kontrak pengurusan, biarlah kami sendiri uruskan, kami ambil kunci bilik, dari pihak Tiara Beach. Bila kawan-kawan pejabat husband mula menyewa apartment untuk bercuti, kami pun mencari orang untuk menguruskan pembersihan dan penyewaan bilik, kalau kami yang cari penyewa, orang yang menguruskan dapat juga bayaran untuk pembersihan, kalau orang yang menguruskan itu pulak mencari penyewa, dia akan dapat lebih bayaran, itu perjanjian suami dengan pihak yang mengurus, so far so good Alhamdulillah.........kalau ada sesiapa yang membaca blog ni teringin bercuti sambil mandi-mandi seperti  di Sunyaw Lagoon, bolehlah tel: 016 6565993 / 012 2100920, harga bilik studio untuk satu malam RM 180.00 (kalau pengurusan Tiara Beach, satu malam sewa RM 240.00)   Inilah  yang ada dalam bilik studio di Tiara Beach Resort....








Ronda-ronda di Wangsa Walk

Wangsa Walk ni..baru je jadi tempat ronda-ronda, itupun sebab anak-anak nak tengok wayang saja asalnya...selalu kami tengok wayang kat JJ Kepong, tapi kebetulan waktu tu kat TGV Kepong x ada cerita Legenda Budak Setan, search kat internet ada kat TGV Wangsa Walk...lepas solat zohor kami pun pergi...sampai parking penuh..tpi pusing ke belakang dapatlah masuk parking...masuk dan naik ke tempat TGV...beratur beli tiket...dapatlah tengok jam 5.30 petang kalau x silap... itu kebetulan ada cerita yang boleh ditonton. (Tayangan U). 
Selepas tu kami pergi lagi..tapi setakat pergi makan kat Snack Corner dekat TGV tu (tempat favourite kami sekeluarga), dan anak-anak (yang berdua tu) main game..diaorang nak main bowling asyik penuh aje....Ada sekali tu pergi kami terpaksa parking kat luar kawasan dan melintas ke Wangsa Walk...anak-anak nak sangat ke kedai buku dalam tu......dan kebetulan diruang legar ada syarikat yang buat pameran taman hiasan dan promosi jaulan rumah..harga rumah yang dijual nak mencecah 1 juta ringgit...mak oiiiyaiii....!!!!!!aleh-aleh tengok proj.perumahan tu kepunyaan "Si Tukang Sapu"(dalam hati sempat dia merembat tanah-tanah kat kawasan Shah Alam, x heranlah boleh pergi tempat kartun) lari topik sekejap.....hua..hua..hua...










Semalam   pergi  lagi kat  Wangsa Walk,  tapi   parking  penuh  gila....x jadi pergi Wangsa Walk kami   melencong ke JJ Setiawangsa....kenapalah JJ Setiawangsa x buat TGV dan Bowling arena kat situ....??? Parking punyalah banyak tapi orang x ramai...sayang betul strategi silap...

Pesta Floria di Putrajaya

Sepanjang bulan Julai, x ada kemana-mana, cakap dengan husband, kita pergi pesta bunga nak...hari ni 2nd last day, kalau pergi hari besuk lagi ramai orang pasal sebab selalunya hari akhir orang suka memborong...sampai kat sana dah pukul 3.30 petang, cadang lepas balik dari pesta ni nak singgah rumah kawan di Presint 15...jadi kami meronda sekitar gerai-gerai jualan...belilah juga 3 jenis bunga tiruan, bila tiba digerai bunga orkid, apalagi beli 4 jenis bunga orkid hutan...satu pokok yang dah berbunga dan 3 lagi anak bunga, tapi lupa lak nak snap...posting lain kali InsyaAllah, saya akan masukkan gambar bunga-bunga yang di beli di pesta flora kali ini.


 bunga yang menjadi tema tahun ini ...Bunga Heliconia....








Selepas ronda-ronda kami makan dan solat asar...kemudian telefon kawan, tapi dia pulak turun ke K.L, x ada rezekilah nak jumpa dia...mungkin lain kali kalau diberi kesihatan dan dipanjangkan umur dapatlah berjumpa, jadi sebelum kami balik ingat nak naik cruise tapi dah lewat ...kami singgah bergambar di tepi Jambatan Putrajaya...ramai juga yang ambil gambar kat situ...







Bintang Bowling???...

Anak yang bongsu tu umur 8 tahun , tapi bersemangat nak main bowling , masa ikut "family day' pejabat ayahnya..dapat main bowling..kecoh sebab dapat buat strike 4 ke 5 x....Dah balik KL, puas memujuk ayahnya nak main bowling lagi...jadi bawa dia  main bowling kat Selayang Mall, itulah tempat bowling yang paling dekat... tapi saiz kasut yang paling kecil pun masih longgar kat kaki dia, sumbatlah tisu, pakai stokin..tapi masih longgar, jadi dia main tak selesa....bola paling ringan pun size 6...last-last saya kata kat dia..belasah jelah dik....janji main...






Tempat bowling terbaru yg selalu dijenguknya di Wangsa Walk, pasal apa jenguk sebab selalu penuh, x dapat nak main, bukan setakat penuh, parking kereta pun payah, kadang terpaksa parking jauh, kalau dah boring sangat, langsung x jadi masuk ke kawasan tu...nampaknya kena pergi awal. 

Ingatan anak-anak...

(Sepatutnya posting ni pada Hari Ibu bulan Mei...tapi sbb gambar tak diupload, baru ni lah dapat diupdate) Hari ibu disambut besok..tapi anak-anak dah bagi hadiah awal-awal lagi...yang bongsu tu kreatif, pasalnya bersusah payah buat kad, melukis dan mewarna...cuba lihat kad hasil lukisannya....juga duit belanja sekolah yang dikumpul untuk membeli perhiasan...Mudah-mudah Allah akan menjadikan anak-anak ibu, anak-anak yang solehah, bahagia dunia dan akhirat, muslimah sejati..Aminnnn....








dan ini pula hadiah-hadiah yang diberikan kepada guru-guru sempena Hari Guru, untuk Guru Sekolah Rendah, Menengah dan Sekolah Agama. (jatuh pada bulan Mei juga....baru ni dapat update dan upload gambar)









dan paling seronok dan sibuk adalah yang paling bongsu, sampai 2 x, pergi beli hadiah untuk guru-guru dia sebab tak cukup, ialah ada 2 sessi sekolah, Sekolah Kebangsaan dan juga sekolah Agama.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails