Bahan-bahan Ayam Madu
6 ketul ayam
10 tangkai lada kering
1/2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 cmb gula
2 cmb madu
1 cmt garam
1/2 cwn minyak masak
1 cmb cuka
6 ketul ayam
10 tangkai lada kering
1/2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 cmb gula
2 cmb madu
1 cmt garam
1/2 cwn minyak masak
1 cmb cuka
 Cara membuat ayam madu
1. Goreng ayam mengikut cara anda sendiri. 
    Mamak biasanya      goreng menggunakan tepung yang tebal. 
2. Kisar lada kering, bawang besar, 
    bawang putih, halia      sehingga hancur.
3. Panaskan minyak dan tumiskkan kullit kayu manis,
    bunga      lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
4. Setelah harum, tumiskan bahan kisar.
    Kacau sehingga      lada betul-betul garing.
5. Masukkan gula, madu, cuka dan garam.
    Jika terlalu      kering, masukkan 1/4 cawan air dahulu
    sebelum dimasukkan gula dan madu.
6. Akhir sekali, masukkan ayam goreng 
   dan digaul sebati.      Sedia untuk dihidangkan.
Tip masakan komersial dari Cikgu ERT Norasikin Basri
1. Saya sangat suka menggunakan ayam
    yang digoreng tepung      yang tebal
    kerana tepung ini akan kembang
    apabila digaulkan dengan kuah      ayam madu.
    Rasa kuah ayam madu akan meresap dalam tepung.
2. Anda boleh menggoreng ayam dengan 
    mana-mana tepung ayam      goreng segera
    yang terdapat dipasaran. 
    Campurkan dengan sedikit      rempah kari
    supaya sesuai dengan ciri-ciri masakan India.
3. Harga madu memang mahal, 
    jadi untuk menjimatkan kos,
    menggunakan 2 cmb madu sudah mencukupi
    dan ditambah dengan gula. 
    Dapatkan      madu yang mempunyai warna gelap
    dengan rasa yang kuat. 
    Kalau dapat, guna      madu yang telah
    disimpan beberapa tahun.
    Guna sikit pun dah terasa.
4. Boleh gunakan serai tetapi 
    jangan sekali-kali dikisar. 
         Tumis bersama rempah penumis.
    Begitu juga dengan daun kari.
5. Gula akan membuatkan ayam madu
    lebih berkilat tetapi      gula mudah hangus
    dan berketul bila bercampur dengan minyak panas.  
    Jadi      jangan masukkan gula jika kuahnya kering. 
    Masukkan air terlebih dahulu. 
    Lebihkan air jika ingin ayam madu yang lebih berkuah.
    Perasakan semua      dengan seimbang.
6. Hias la sikit ayam madu tu.
    Taburkan daun saderi 
    atau bawang goreng pun ok.

terliur!!
ReplyDeleteYang..cubalah masak ikut resepi ni...sedap yang oiii.!!!..Resepi dari cikgu sek ERT Johor Bharu...memang mabeles...atau Yang ni tengah pregnant...kalau terliur kesian juga!!
ReplyDeleteNmpk mcm sdp.
ReplyDelete