Pages

Thursday, February 27, 2014

Apam Keledek...Gebuss..Lembut..Sedappp!!!!

Assalamualaikum??...
Dah berminggu tak update blog...busy..wehh!!! Ni pun masuk
entri resepi aje..pasal dah siap bertaip...kalau idak..minta 
ampun..!!! Buat kuih apam ni pun sebab En.Hubby balik dari
Kelantan bawa ubi keledek.. separuh dah bagi kat Ina anak 
sedara...yang tinggal tu takkan nak biar dalam bakul tu..kena
merajinkan diri lerr... Bila masak kuih ni..En.Hubby kata..
SEDAPPP..!!Tapi bukan aje sedap..kuih ni lembut dan gebuss!
Warnanya pun semulajadi sebab keledek tu keledek kuning...

APAM KELEDEK - Amy
Sumber: MadiHa

Bahan A:-
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B:-
200 gm keledek (dikukus) (saya rebus)
180 gm gula kastor (boIeh kurangkan 150 gm)
1 biji telor
150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder 
(saya guna baking powder biasa ajer)

Cara Membuat:-
Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. 
Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. 
Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-
demi sedikit dan kacau rata.
Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. 
Biarkan adunan sehingga 1 jam (tutup mangkuk adunan).
Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke 
dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu 
dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (kukus 
selama 15 - 18 minit).

Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan 
sedikit garam dan dikukus sebentar agar kelapa tidak mudah 
basi.

Tuesday, February 11, 2014

Bercuti Di Grand Pool Villa LEXIS.....

LEXIS ni.. dah pernah pergi..dulu kami pilih Garden Living, 
tapi kali ni di Water Villas. Percutian ini sepatutnya tahun 
lepas, dalam perkiraan hujung bulan November atau awal 
Disember sebab anak-anak semua pada bulan tu dalam waktu 
cuti…dan ambil yang dekat…dah tentu NS..sebab cuti En.
Hubby dah tinggal berapa hari aje...tapi nak menyampai bulan 
November cuti En.Hubby pulak dah kehabisan …jadi anjak 
ke tahun ni..ingat nak cuti masa tahun Baru Cina..tapi penuh,
jadi ambil lepas cuti panjang tu..tapi si Iqa tak dapatlah ikut 
sama sebab dah balik Kolej…kita hanya merancang tapi Allah 
yang menentukan…

Cuti kali ni..tak keluar jalan-jalan, pasalnya Port Dickson ni 
sama aje..tak ada yang baru pun…tapi bilik Grand Pool Villa 
ni memang besar dan cantik…port yang paling saya suka 
duduk kaunter sebelah swimming pool sambil layan drama 
My Love From The Star. Si kak Diba sibuk buat assignment,
si Ira pergi main ping pong, lumba kereta...dan mandi kolam
pagi-petang...











 







 






Cuti tiga hari dua malam..ingatkan tak ramai orang sebab 
baru lepas Cuti Tahun Baru Cina…rupanya ramai orang...
masa check out beratur panjang.Buggy car sampai tak cukup
untuk penghuni bilik mengangkut beg masing-masing. Dari
menunggu lama..angkut je lah beg sendiri masukkan ke kereta.
Balik kami terus pergi Politeknik Sabak Bernam hantar Kak 
Diba balik kolej asrama. Lepas ni kalau ada rezeki nak pilih
Landscaped Garden pulak...

Monday, February 10, 2014

7 Kalimah Agung .....Mengingati Allah Sepanjang Masa.....

Sabda Rasulullah S.A.W
"Barang siapa hafal tujuh kalimah, ia terpandang mulia
 di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya
 walau sebanyak busa/buih laut"

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan
   sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai
   melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah tersilap perkataan
   yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat
   sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika
   menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika
   menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah
   sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari
   lidahnya.
   Dari tafsir Hanafi..
   mudah-mudahan ingat,
   walau lambat-lambat,
   mudah-mudahan selalu,
   walau sambil lalu,
   mudah-mudahan jadi bisa,
   kerana sudah biasa !



Saturday, February 8, 2014

Allah Menjawab Al - Fatihah Kita.......


"Ramai orang yang cara membacanya tegesa-gesa, 
dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. 
Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari 
surah Al-Fatihah tersebut, ALLAH menjawab setiap 
ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah Subhanahu 
Wata'ala ber-Firman: "Aku membagi solat menjadi 
dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

Ertinya,
tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in 
adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah 
urusan Hamba-Nya.

Ketika Kita mengucapkan 
"Alhamdulillahi-Rabbil 'alamin". Allah menjawab: 
"Hamba-Ku telah memuji-Ku."

Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra-him", 
Allah menjawab:
"Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", 
Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

Ketika kita mengucapkan 
“Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, 
Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku 
dan hamba-Ku.”

Ketika kita mengucapkan 
“Ihdinash shiratal mustaqiim, 
Shiratalladzina an’amta alaihim 
ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.” 
Allah menjawab: 
“Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. 
Akan Ku penuhi yang ia minta.” 
(HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

Berhentilah sejenak setelah membaca SETIAP 
satu ayat. Rasakanlah jawaban indah dari Allah 
kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan 
ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang 
mengucapkan hal yang sama dengan kita.

Barangsiapa yang ucapan “Aamin-nya” bersamaan 
dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan 
Ampunan kepada-Nya.” 
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Wallahu a'lam..

Sumber disini

Bila baca artikel ni, teringat satu program agama 
dari Indonesia... Ustaz apa yer...???
Ustaz Maulana ke?..tak ingat namanya
Tapi tag line nya“Jamaah..Ohh...Jamaah.??
Jawab jamaahnya... “Yee...!!!”
Ada seorang hadirin tanya.. “Doa apa yang patut 
kita baca,supaya kita tidak tergolong atau tidak 
mudah tersesat...?”
Ustaz tu jawab...baca ayat yang setiap hari kita 
baca dalam Solat iaitu Al Fatihah....kan dalam 
ayat tu ada sebut...
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus....”

Semuga kita selalu membaca ayat ini dan sedekahkan 
bukan saja pada yang sudah meninggal tapi sedekahkan
juga pada yang masih hidup. Bukan saja pada ibu-bapa,
anak-anak, saudara-mara, kawan-kawan,tapi sedekah 
untuk semua kaum muslimin dan muslimat tak kira 
dimana pun mereka berada...mudah-mudahan Allah 
memberikan Rahmatnya.. Aamiiin......!!!!!

Thursday, February 6, 2014

Chewy Cheese Ball......Kudapan Yang Enak.......Sedap......Nyum..Nyum!!!


Kudapan yang enak untuk anak-anak atau mak bapaknya
sekali...hik..hik...hik..Tak perlu pergi KFC sebab nak 
makan benda ni..buat sendiri lebih berbaloi..Saya syorkan
guna cheese yang mudah cair seperti mozarella, parmesan
atau guna slice cheese, jangan guna cheese yang buat kek
keju tu..nanti sampai kesudah inti cheese tu takkan cair.
Resepi ni baru hari ni ada kesempatan nak masuk dalam
blog...

CHEWY CHEESE BALL – Amy

Bahan - bahannya :-
4 biji kentang sederhana besar
1 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar mentega
Garam secukup rasa

Bahan Inti :-
Mozarella Cheese(Parut) atau Parmesan Cheese(Parut)
Atau Slice Cheese (Chesdale) - dipotong dadu

Bahan Salut :-
2-3 biji telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (warna kuning + putih)
Tepung gandum @ tepung jagung

Cara Membuatnya :-
1. Kupas kentang, potong kecil dan rebus hingga empuk
   tapi tidak terlalu lembik. Toskan dan lecek halus.
2. Masukkan mentega dan gaul rata.
3. Masukkan serbuk cili dan garam secukup rasa.
   Kacau hingga rata.
4. Ambil sedikit adunan doh dan leperkan.
5. Masukkan parutan atau kepingan cheese yang telah 
   dipotong dan bulatkan doh tadi seperti bebola guli,
   buat hingga siap.
6. Sadur bebola dengan tepung, kemudian celup dalam 
   telur yang telah dipukul tadi dan golekkan ke atas 
   serbuk roti.
7. Ulang semula-celup bebola dalam telur dan golek 
   lagi sekali di dalam serbuk roti (breadcrumbs).
8. Goreng dengan api sederhana hingga masak atau 
   kuning keemasan.
9. Angkat dan toskan.Hidang bersama sos pilihan anda.

Inilah bahan yang dah dibancuh..kentang yang dah lecek,
serbuk roti, bancuhan telur..
Ini pulak kentang lecek yang dah campur dengan serbuk
cili, lepas buat bebola golek dalam tepung jagung...

 Untuk kali ni saya guna cheese ni..sebab ada stok ni aje.
Inilah hasilnya selepas digoreng....