Ada pelbagai resepi nasi Arab, dan salah satunya nasi Mandy
cara masak ada pelbagai, ada campur daging kambing, campur
ayam dan ada yang bubuh bungkusan bara kayu arang sewaktu
memasak. Tapi kalau teringin sangat makan..masak aje cara
yang mudah...
Nasi Arab Mandy
Bahan-bahan :-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 
beras selama 20 minit
5 1/2 cawan stok ayam (air rebusan)
1 sudu besar minyak sapi @ butter @ minyak
jagung,
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga 
3 biji bunga cengkih - untuk ditumis
5 ulas bawang merah – dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
beberapa helai daun pandan 
Pewarna kuning telur @ serbuk saffron (koma-koma)
Garam secukup rasa
Cara memasak:-
1.  Ambik
periuk nasi elektrik, panaskan minyak sapi @
    butter,tumis hirisan bawang merah dan putih,
kayu
   
manis, buah pelaga dan bunga cengkih.
2.  Masukan
stok ayam (air rebusan), masak sehingga air 
    stok
mendidih, kemudian masukan beras basmathi yang 
    telah
ditoskan tadi, sedikit garam dan daun pandan.
3.  Biarkan
nasi mendidih, bila nampak agak kering , 
    masukan
safron @ pewarna kuning telur dalam nasi 
    dengan
cara titik.. biarkan sekejap barulah digaul rata
    nasi supaya sebati warna tadi.
4. Tutup nasi biar nasi masak sepenuh nya. (Masa ni boleh
    kismis di atas nasi).
*  Saya tambah bubuh kismis dan gajus. Air rebusan boleh
   ganti dengan kiub pati ayam. Saffron pulak beli masa
   ke Mekah haritu..itu pun beli sikit je...
wah hmm nampak sedap dan lazat sangat, tapi malas pulak nak masak
ReplyDeleteMudahnya masak nasi arab kini tak payah susah-susah hanya dengan ....
salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)
ReplyDelete