Sabda
Rasulullah S.A.W.“Jika amanah disia-siakan, maka 
tunggulah kiamat.” Bertanya, “Bagaimana menyia-
nyiakannya?” Rasulullah S.A.W.
menjawab, “Jika urusan 
diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah 
kiamat.” (HR Bukhari)
Sabda
Rasulullah S.A.W….“Nanti akan datang di akhir 
zaman
menjelang kiamat, Pemimpin-pemimpin manusia 
ketika
itu adalah umpama Singa, dan Menteri-menteri 
mereka
pada hari itu ibarat Serigala, Hakim-hakim 
mereka
pula adalah Anjing gila,dan manusia-manusia 
ketika
itu hidup adalah umpama kambing tanpa 
pedoman.”
Apa
akan jadi kepada struktur sebuah masyarakat bila 
pemimpin bermentaliti seperti
singa?..Singa itu kerjanya
tukang
terkam.Dari dahulu lagi singa itu memang Raja. 
Samada
ada pilihanraya atau tidak Singa tetap Raja…
Raja
di hutan. Kerjanya terkam sana, terkam sini.
Menterinya
pula adalah Serigala. Serigala itu adalah
binatang
paling licik, binatang yang sangat pandai 
mengampu.. bahasa sekarang pandai membodek. Bukan 
sahaja licik tapi kuat membodek.Serigala si tukang ampu.
Manakala
hakimnya adalah Anjing Gila. Anjing itu 
kesetiaannya memang
sangat bagus. Boleh mengecam 
majikannya dan ikut arahan majikannya.Anjing memang 
setia tetapi ada kekurangannya. Anjing tidak boleh 
membezakan mana tetamu orang
baik dengan tetamu 
orang jahat.Bagi anjing yang baik @ jahat tidak
penting
..yang penting daging. Bila orang jahat sebelum
masuk 
rumah beri daging..anjing akan senyap..hilang kes..buang 
kes.. Cuba yang datang
Ustaz tangan kosong..dari anjing 
tu diam…dia akan menyalak malah lebih kuat
salakannya.
Cari
alasan, cari-cari kesalahan. Ertinya bagi hakim yang mentalitinya seperti
anjing, salah atau betul itu tidak 
penting, yang
penting baginya adalah daging..yakni 
suapannya. Nilai suapannya, nilai sogokan
atau nilai benda 
atau hartanya atau wangnya.Boleh sahaja yang benar jadi 
salah
dan yang salah boleh jadi benar.
Manusia
hidup tiada pegangan seperti kambing. Kambing 
ke mana di bawa pun bunyinya
sama..mbekkkk!!! Ke 
padang rumput..mbekk,ke pasar mbekk,ke masjid mbekk
ke
parlimen mbekk, di sembelih pun mbekk..nak bunyi 
lain tak reti..tak tau..Akhir zaman
akan terjadi seperti itu..







Singgah lah aku ke rumah ini. Salam kenal.
ReplyDelete