Sebelum masuk bulan Mei dulu, pihak pengurusan Tiara Beach PD, telah menghantar surat perjanjian untuk menyambung pengurusan apartment di PD, tapi memandangkan nak hampir 1 tahun pihaknya tidak membayar sewa, saya dan suami ambil keputusan untuk menamatkan kontrak pengurusan, biarlah kami sendiri uruskan, kami ambil kunci bilik, dari pihak Tiara Beach. Bila kawan-kawan pejabat husband mula menyewa apartment untuk bercuti, kami pun mencari orang untuk menguruskan pembersihan dan penyewaan bilik, kalau kami yang cari penyewa, orang yang menguruskan dapat juga bayaran untuk pembersihan, kalau orang yang menguruskan itu pulak mencari penyewa, dia akan dapat lebih bayaran, itu perjanjian suami dengan pihak yang mengurus, so far so good Alhamdulillah.........kalau ada sesiapa yang membaca blog ni teringin bercuti sambil mandi-mandi seperti di Sunyaw Lagoon, bolehlah tel: 016 6565993 / 012 2100920, harga bilik studio untuk satu malam RM 180.00 (kalau pengurusan Tiara Beach, satu malam sewa RM 240.00) Inilah yang ada dalam bilik studio di Tiara Beach Resort....
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. " Surah Al-Baqarah: 216)"
Pages
▼
Sunday, August 8, 2010
Ronda-ronda di Wangsa Walk
Wangsa Walk ni..baru je jadi tempat ronda-ronda, itupun sebab anak-anak nak tengok wayang saja asalnya...selalu kami tengok wayang kat JJ Kepong, tapi kebetulan waktu tu kat TGV Kepong x ada cerita Legenda Budak Setan, search kat internet ada kat TGV Wangsa Walk...lepas solat zohor kami pun pergi...sampai parking penuh..tpi pusing ke belakang dapatlah masuk parking...masuk dan naik ke tempat TGV...beratur beli tiket...dapatlah tengok jam 5.30 petang kalau x silap... itu kebetulan ada cerita yang boleh ditonton. (Tayangan U).
Selepas tu kami pergi lagi..tapi setakat pergi makan kat Snack Corner dekat TGV tu (tempat favourite kami sekeluarga), dan anak-anak (yang berdua tu) main game..diaorang nak main bowling asyik penuh aje....Ada sekali tu pergi kami terpaksa parking kat luar kawasan dan melintas ke Wangsa Walk...anak-anak nak sangat ke kedai buku dalam tu......dan kebetulan diruang legar ada syarikat yang buat pameran taman hiasan dan promosi jaulan rumah..harga rumah yang dijual nak mencecah 1 juta ringgit...mak oiiiyaiii....!!!!!!aleh-aleh tengok proj.perumahan tu kepunyaan "Si Tukang Sapu"(dalam hati sempat dia merembat tanah-tanah kat kawasan Shah Alam, x heranlah boleh pergi tempat kartun) lari topik sekejap.....hua..hua..hua...
Semalam pergi lagi kat Wangsa Walk, tapi parking penuh gila....x jadi pergi Wangsa Walk kami melencong ke JJ Setiawangsa....kenapalah JJ Setiawangsa x buat TGV dan Bowling arena kat situ....??? Parking punyalah banyak tapi orang x ramai...sayang betul strategi silap...
Pesta Floria di Putrajaya
Sepanjang bulan Julai, x ada kemana-mana, cakap dengan husband, kita pergi pesta bunga nak...hari ni 2nd last day, kalau pergi hari besuk lagi ramai orang pasal sebab selalunya hari akhir orang suka memborong...sampai kat sana dah pukul 3.30 petang, cadang lepas balik dari pesta ni nak singgah rumah kawan di Presint 15...jadi kami meronda sekitar gerai-gerai jualan...belilah juga 3 jenis bunga tiruan, bila tiba digerai bunga orkid, apalagi beli 4 jenis bunga orkid hutan...satu pokok yang dah berbunga dan 3 lagi anak bunga, tapi lupa lak nak snap...posting lain kali InsyaAllah, saya akan masukkan gambar bunga-bunga yang di beli di pesta flora kali ini.
bunga yang menjadi tema tahun ini ...Bunga Heliconia....
Selepas ronda-ronda kami makan dan solat asar...kemudian telefon kawan, tapi dia pulak turun ke K.L, x ada rezekilah nak jumpa dia...mungkin lain kali kalau diberi kesihatan dan dipanjangkan umur dapatlah berjumpa, jadi sebelum kami balik ingat nak naik cruise tapi dah lewat ...kami singgah bergambar di tepi Jambatan Putrajaya...ramai juga yang ambil gambar kat situ...
Ingatan anak-anak...
(Sepatutnya posting ni pada Hari Ibu bulan Mei...tapi sbb gambar tak diupload, baru ni lah dapat diupdate) Hari ibu disambut besok..tapi anak-anak dah bagi hadiah awal-awal lagi...yang bongsu tu kreatif, pasalnya bersusah payah buat kad, melukis dan mewarna...cuba lihat kad hasil lukisannya....juga duit belanja sekolah yang dikumpul untuk membeli perhiasan...Mudah-mudah Allah akan menjadikan anak-anak ibu, anak-anak yang solehah, bahagia dunia dan akhirat, muslimah sejati..Aminnnn....
dan ini pula hadiah-hadiah yang diberikan kepada guru-guru sempena Hari Guru, untuk Guru Sekolah Rendah, Menengah dan Sekolah Agama. (jatuh pada bulan Mei juga....baru ni dapat update dan upload gambar)
dan paling seronok dan sibuk adalah yang paling bongsu, sampai 2 x, pergi beli hadiah untuk guru-guru dia sebab tak cukup, ialah ada 2 sessi sekolah, Sekolah Kebangsaan dan juga sekolah Agama.
Friday, August 6, 2010
Assalamualaikum.....Selamat menyambut Ramadhan
Salam...??? dah lama rumah ni ditinggalkan, berhabuk, bersawang...tak dijenguk-jenguk ........banyak yang x diupdate dan gambar-gambar yg x diupload....busy memanjang dan kurang sihat pun ya juga...dah nak masuk bulan Ramadhan...mudah-mudahan Allah panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang sempurna bukan untuk saya sekeluarga sahaja, tapi untuk seluruh umat Islam di mana jua berada...dipermudahkan segalanya, dimurahkan rezeki..Aminnnnnnnnnnn...............apatah lagi.....bulan untuk mendapat pahala yang melimpah ruah...ini akan tiba beberapa hari saja lagi...Jadi kepada semua pembaca yang sudi menjenguk blog ini sebagai member atau secara tidak sengaja...ingin saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.....