Pages

Sunday, June 19, 2011

Puding Cream Crackers

PUDING CREAM CRACKERS-
(KOLEKSI BUKU RESEPI AMY TAHUN 80AN)


Bahan-bahannya:-
5 keping biskut cream crackers
1 paket agar-agar
6 gelas air
4 biji telur
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1 tin buah laici/nenas/buah-buahan campur
Sedikit serbuk koko


Cara:-
1.  Biskut cream crackers direndam dengan ½ tin susu cair,
     biar hingga kembang.
2.  Lepas itu dilecek @ hancurkan biskut yang telah kembang tadi.
3.  Masak agar-agar dengan air hingga larut, baru masukkan gula
     biar mendidih dan tapis.
4.  Pukul telur ayam hingga kembang, masukkan ½ tin lagi susu cair 
     tadi.
5.  Tuang adunan ini kedalam biskut yang telah dilecek, 
      masukkan esen vanila dan kacau sebati.
6.  Selepas itu tuang adunan tersebut kedalam agar-agar yang telah 
     ditapis tadi. Kacau hingga rata.
7.  Asingkan satu mangkuk agar-agar dan masukkan serbuk koko.
8.  Sediakan satu bekas, dan susun separuh buah laici/nenas 
     kedalam bekas tersebut.
9.  Tuang adunan asal berselang seli dengan adunan bercampur 
      koko kedalam bekas, secara bergilir-gilir supaya mendapat 
      adunan berbelang.
10. Akhir sekali, hias/tabur separuh lagi buah laici/ nenas diatas 
      puding tersebut.
11. Sejukkan sebelum dihidang.


* Air laici boleh dibubuh kedalam rebusan agar-agar tadi, kalau ingin kan agar-agar tidak berair(terlalu lembut) bubuh gula batu kedalam rebusan agar-agar.

Cubalah.....sedap aje lalu kat tekak...he..he..he

Pertanyaan Imam Ghazali untuk peringatan kita


Sekarang dah bulan Rejab, tak lama lagi Syaaban, lepas tu Ramadhan...membuatkan saya teringat pada pesanan Imam Al Ghazali atau lebih kepada pertanyaan dan peringatan kepada kita semua.

Pertanyaan Imam Ghazali kepada anak-anak muridnya:-
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?


2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. ( Surah Al 'Imran ayat 185:  Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya  pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan amalan soleh agar kita tidak menyesal dikemudian hari nanti.


Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU.  Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.(Surah al-A'raf ayat 179: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk 'isi neraka jahanam' kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai).

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.  Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.(Surah Al-Ahzab :72 ).

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia, kita tinggalkan solat.


Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


Kesimpulan jawapan Imam Ghazali kepada anak-anak muridnya:-


1. Yang paling dekat dengan diri kita di dunia,  MATI.
2. Yang paling jauh daripada diri kita di dunia,  MASA LALU.
3. Yang paling besar di dunia,  HAWA NAFSU.
4. Yang paling berat di dunia,  MEMEGANG AMANAH.
5. Yang paling ringan di dunia, MENINGGALKAN SOLAT.
6. Yang paling tajam di dunia,  LIDAH MANUSIA.


Renung-renungkanlah....dan peringatan lebih kepada diri sendiri.

Nasi Pandan Kismis

Nasi ni dah selalu juga buat ....cuma tak sempat nak masukkan ke blog....masak dan hidang...yg ni versi tak da gajus......

Kalau nak hidang...lauk pauknya seperti ayam merah, ayam masak madu, daging masak hitam, daging kurma, acar rampai, acar jelatah atau apa saja lauk kesukaan seperti daging kambing ke...semua bole..tak de hal...punya....Kalau tak suka guna pewarna, kena lebihkan daun pandan sekurang-kurangnya 10 helai. Resepi ni dapat dari buku masakan Isteri - isteri VIP...ada pulak terselit resepi Chef Zaidah...ini resepinya:-

NASI PANDAN KISMIS  - Amy -Resepi asal Chef Zaidah


Bahan-bahannya:-
3 cawan beras basmathi
1 cawan susu segar
6 helai daun pandan – dimesin bersama 3 cawan air
5 ulas bawang merah – dimesin
2 ulas bawang putih – dimesin
1 cm halia
1 sudu besar serbuk badam
3 sudu besar minyak sapi
½ cawan kismis
Sedikit pewarna hijau
Garam secukup rasa


Bahan dimesin:-
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
Bahan tumis:-
1 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga


Cara:-
1. Panaskan minyak tumis bawang merah dan bawang putih dan bahan
    dimesin juga bahan penumis hingga wangi.
2. Masukkan air pandan dan susu serta garam dan pewarna hijau.
3. Biar mendidih, masukkan beras. Bila hampir kering masukkan kismis.
4. Kacau rata (guna garfu), biarkan nasi hingga masak.
5. Hidang nasi bersama gajus panggang dan bawang goreng.



Cubalah resepi ni...sedappppppppppppppp!!!!!

Saturday, June 18, 2011

Bercuti di Pulau Pangkor

Plan pergi Pulau Langkawi batal, nak pergi Pulau Perhentian tak jadi..last-last pergi Pulau Pangkorlah........pesan kat anak-anak jgn bawa banyak baju....leceh nak naik bot, masing-masing bawa backpack. Kami pergi pagi Ahad, singgah sarapan di Sungai Buluh, ikut jalan Telok Intan-Setiawan, sampai Lumut dah tengahari, simpan kereta..beli tiket bot...beratur lama jugaklah....ramainya manusia..dah letih takda lah terfikir nak ambil gambar...dalam bot baru ambil gambar ....  



Sampai di jeti Pulau Pangkor dah nak kat pukul dua...ambil teksi (sebenarnya van) semuanya warna merah jambu...berderet-deret ambil penumpang...hantar kami sekeluarga ke Teluk Nipah...dah tak da pilihan sebab cuti sekolah memang penuh, sebab dah cuba booking melalui internet...Pasir Bogak atau chalet yang dekat dengan jeti habis.........................driver van tu kenakan kami RM 15.00 walaupun sebenarnya RM 12.00 je....sampai kat kaunter chalet...bilik blum siap kemas.jadi kami pergi makan dulu.... OMD!!!!!!(Ohh!!!!..mak datuk)bila bayar bil...mahalnya mengalahkan K.L....padahal sekelilingnya laut, tempat nelayan pulak tu...ada ke ikan bakar seekor je, bukan besar pun RM 40.00, sayur kailan ikan masin, satu piring biasa tu harganya RM 8.00, padahal kat K.L baru RM 4.00 ke RM 4.50 je, Udang goreng kunyit ditekannya harga RM12,00, Tom Yam satu mangkuk RM 12.00 jugak.....hu...hu..hu..


Lepas makan masuk bilik  solat zohor dan rehat sekejap...lepas solat asar, kami keluar jalan-jalan dan minum petang..dalam banyak-banyak gerai ada lak gerai jual lempeng pisang..lupa lak nak ambil gambar gerai ni......lepas makan kami melihat-lihat pantai dari atas pelantar (pantai di sebelah bawah).Ada yang masih dalam pembinaan


Pemandangan waktu senja, cantiknyaaaaaaaaaaaaaaa....Subhanallah...............
Sebelah malam, lepas solat maghrib kami jalan-jalan sambil cari makan...digerai ni murah sikit sebab order masakan yang goreng-goreng...nasi goreng, mee goreng...malam pun kami tak ambil gambar....balik bilik..sebab besuk pagi nak naik bot pergi pulau...
Pagi kami sarapan nasi lemak dahulu sebelum menaiki bot pergi ke Coral Island...semalam tuan bot janji RM 70.00, tapi pagi ni naik RM 80.00 lak pulak, alasannya nak bawa pusng-pusing....hemmmmmmm.......

Ek...eleh rupanya pusing-pusing setakat nak bagi makan ikan je...........
Lepas tu baru kami pergi ke Coral Island.......


Pasir pulau ni cantik putih bersih dibanding dengan Pulau Pangkor pasirnya hitam sedikit.....nak mandi ombak kuat, tapi kat sini .....paling best mandi...sebab ombak tak kuat.....masa nak mandi inilah pertama kali tengok gamat hidup-hidup berenang kat tepi pantai....

Kami letakkan barang-barang yang kami bawa satu tempat...atas batu...lepas tu ada yang mandi, ada yang main air je......

Masa mandi ni cuaca redup aje...tapi makin lama matahari mula menunjukkan diri, maka si Thira..pun ajak balik...sementara nak tunggu bot sampai...makin banyak bot datang menghantar rombongan untuk mandi.....
Sampai di pantai...semua pakat nak naik jet ski....sementara sikakak dengan ayah naik jet ski si Thira mandi pasir.....





Lepas main jet ski balik ke chalet...rehat....lepas asar kami keluar ke pekan Pulau Pangkor tapi sorang pun tak ambil gambar  kat pekan tu...kami naik teksi pink coloured.....maa!!!!!
Balik dari pekan Pulau Pangkor dah senja, malam lepas Isyak baru kami keluar...jalan-jalan, pun tak ambil gambar.....Esoknya pagi-pagi keluar pergi sarapan...lepas tu main air kat pantai...terus mandi....










Lepas mandi balik bilik, mandi berkemas...pukul 12.00  tengahari, kami dah ada kat lobi, pulangkan kunci dan tunggu teksi pink datang.....sampai kat Jeti..orang dah ramai beratur....


Salah satu bot/ferry...lama kami Que.....naik lenguh kaki......masuk dalam bot..lega rasa...tapi gambar kurang terang lak pulak guna kamera hp....pasalnya membelakangkn cahaya.....




Sampai jeti Lumut...dah kat pukul 1.45 tengahari lebih kurang...kami singgah makan dulu... 







Sebelum balik K.L sempat kami menyimpang singgah kat Teluk Batik ....solat Zohor dan jalan-jalan sekejap...




Dalam kereta...masing-masing terliuk lentuk tidur keletihan............hu...hu..hu.....

Sampai kat sini dulu crita-criti, gtg now..kejap lagi nak gi kelas tajwid...kelas dah mula balik...sbb sepanjang cuti sekolah...klas tak ada......Assalam!