Pages

Tuesday, November 22, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak



Ikan Patin Masak Tempoyak 
Bahan2:-
1 ekor ikan patin - dipotong empat
10 biji cili padi (suka pedas boleh tambah)
4 sudu besar tempoyak - tempoyak lama
1/2 inci kunyit
2 kuntum bunga kantan dibelah
sedikit daun kesum 
garam
air secukupnya
Cara:- 
1. Kisar cili padi dan kunyit hidup.
2. Masukkan bahan yang di kisar dalam periuk.Letak di atas api yang sederhana.
3. Masukkan
tempoyak, sedikit air,kacau pekat.
4. Masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum, garam.
5. Setelah mendidih, angkat dan hidangkan.
* Anak-anak dan suami dah pandai makan ikan ni, masa dia orang pergi Cherating,  singgah kedai makan ada jual lauk ni..cuba makan dan rasa sedap...bila balik ke rumah , anak-anak terutama si Iqa..suruh beli ikan ni ... 
Mula-mula masak lemak cili api....kemudian saya masak campur tempoyak, goreng bercili....masak kari...sedap ikan ni....dimasak pelbagai cara.


Wednesday, November 16, 2011

Senyum, jangan kata apa-apa!!!


Maniskan wajah -" senyumlah kerana itu adalah suatu sedekah".
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
* Oleh: Hasnita Mohd Leham


Monday, November 14, 2011

Kek Coklat Yatie


Seperti di janjikan saya sertakan satu lagi resepi kek coklat, kali ini resepi dari kawan sepejabat masa bujang-bujang dulu. Resepi ni guna cawan, sesiapa yang tak ada mesin timbang untuk buat kek/biskut boleh guna resepi ni.Saya namakan kek ni sempena nama kawan yang memberi resepi tersebut.

KEK COKLAT YATIE –Resepi asal Yatie Basiron
Bahan-bahan:-
1 buku mentega
1 ½ cawan gula castor
1 / 2 cawan koko
3 biji telor (asingkan putih dan kuning telor)
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan air sejuk
2 ½ cawan tepung kek
Bahan untuk topping:-
½ keping coklat
1 tin cream nestle
Bahan untuk hiasan:-
Coklat rice, parutan coklat atau manik warna-warni.
 Cara:-
1.      Pukul mentega, gula dan koko hingga kembang.
2.    Masukkan telor sebiji-sebiji, baru masukkan esen vanilla.
3.    Dalam bekas lain, guna mixer pukul putih hingga kembang.
4.    Adunan mentega tadi gaul dengan tepung dan selang seli dengan air sejuk.
5.    Masukkan putih telor yangb telah kembang dan gaul rata.
6.    Masukkan dalam loyang yang telah digris, tabur sedikit tepung bagi rata.
7.    Bakar sehingga masak, 180 C .
8.    Setelah sejuk kek itu dibelah dua jadikan 2 lapis, tengah salut dengan krim, begitu juga diatas dan sekeliling kek.
Untuk cream:-
Cooking coklat dimasak campur cream nestle secara double boiler, sapu pada kek dan hias dengan coklat rice, parutan coklat atau manik warna-warni.
Nota* resepi kek coklat dalam blog ni dah ada 3 resepi yang berbeza, tapi kalau niat nak berniaga, saya syorkan resepi yang SUPER MOIST, bila orang beli orang bukan saja nak rasa sedap tapi berbaloi dengan harga, jadi ambil dan guna resepi yang betul-betul sedap.

Kek Super Moist Chocolate

Saya nak beri dua resepi kek coklat, resepi yang dah lama tersimpan dalam koleksi saya. Satu tabiat saya adalah, saya hanya akan memberikan resepi yang betul-betul jadi, yang dah saya cuba dan dah saya buat menjadi. Resepi pun tak ada tipu-tipu, sebab ilmu yang ada perlu dikongsi bukan untuk di bawa mati. Sebelum ni saya dah masukkan satu resepi kek coklat moist juga tapi yang ini SUPER MOIST dan satu lagi kek coklat tanpa sukatan gram, iaitu guna sukatan cawan, tapi bukan cawan minum ya sayangggg, cawan sukatan metrik atau sukatan khas untuk buat kek , biskut atau kuih. Resepi pertama adalah:-

KEK SUPER MOIST CHOCOLATE – AMY
Bahan-bahan:-
275 gm mentega
250 gm gula halus
250 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telor
2 biji kuning telor
1 1/3 cawan air sejuk
1 ½ sudu teh soda bikarbonat
Cara:-
1.     Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.    Masukkan telor satu persatu dan pukul ingga rata.
3.    Masukkan tepung yang telah dicampur dengan soda bikarbonat,    
     serbuk koko selangseli dengan air sejuk.
4.    Masukkan adunan kedalam tin kek yang telah digris atau dilapik kertas kuih.
5.    Loyang berukuran 10 inci.
6.    Bakar dengan suhu 180 C selama 45 minit atau 1 jam.
Hiasan:-
1 keping coklat masakan
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam
1 tin kecil susu  (cream nestle)
Masak secara double boiler. Hias kek ikut cita rasa.

* Letak topping coklat atas kek ni boleh ikut dari mana-mana resepi pun apatah lagi, cream nestle tin kecil ni sekarang susah nak cari,dah banyak pasaraya pergi macam dah tak jual, tak taulah kalau bulan Ramadhan jual ke tidak...dulu ada juga jual kat Giant, sebab tu sekarang saya kalau nak buat topping saya guna coklat jenama colatta(coklat compound) coklat yang memang khas untuk buat coklat campur dengan susu segar
*Resepi kek ni untuk jualan zaman bujang dulu. Sesiapa yang nak berniaga atau nak cuba resepi kek ni silakan....kek ni memang lembut dan gebu.

Sunday, November 13, 2011

Cornflake Madu - Ranggup dan enak.....


Biskut ni (biskut ke?)kalau buat memang tak 'dan' nak hidang kat tetamu, sebab habis dimakan dek anak-anak terutama si Iqa dan Ira, tak kiralah berapa balang pun...habis lesap, siap bergaduh lagi budak berdua tu....Resepi ni memang koleksi dari anak dara lagi...memang buat tiap tahun ....  

BISKUT CORNFLAKE  MADU - RESEPI SHARIFAH NOOR SYED ABDULLAH
Bahan-bahannya:-
90 gm mentega
1/3 cawan madu
1 ½ sudu besar gula castor
4 cawan cornflakes
½ cawan gajus cincang/badam cincang
¼ cawan kelapa tin
1 sudu besar bijan - digoreng
Buah ceri cincang untuk hiasan.
Cara:-
1. Campurkan mentega, madu serta gula castor dan panaskan diatas api sederhana hingga mentega cair.
2. Biarkan mendidih beberapa minit, angkat dan sejukkan.
3. Masukkan cornflakes ,kelapa goreng, bijan, buah gajus kedalam mangkuk adunan, dan masukkan bancuhan mentega tadi.Gaul mesra semua adunan.
4. Sudukan adunan kedalam cawan kertas, hias dengan ceri.
5. Bakar 150’C selama 10 minit atau hingga nampak kekuningan.
Biskut Cornflake Madu saya tak di hias dengan ceri, sebab anak-anak tak suka...bila ada je benda tu habis dibuangnya, ingatkan masa kecil je macam tu..rupanya sampai ke besar..jadi bila buat saya tak bubuh dah potongan ceri sebagai hiasan.  




Biskut Green Peas



Ini satu lagi biskut yang telah di buat pada Hari Raya Eidul Adha...kebetulan kacang peas yang dah memang jual kat pasar raya tu cuma beli dua paket je...mesin jadikan tepung, bila dah bentukkan jadi biskut tak da lebih untuk dijadikan hiasan atas biskut...jadi belasah jelah...kalau letak kat atas biskut sebiji kacang peas sebagai hiasan, biskut ni jadi lebih cantik....lain kali lah ye....hua..hua..hua..tengah-tengah dok menaip entry resepi ni...ke udara lagu Tombok Ati...saya tak faham sangat kalau dalam bahasa Jawa nasiblah ada dua versi...saya suka lagu ni sebab versi Melayu berjodol Ubat Hati...ada 5 perkara..
Ok...dah termasuk siaran iklan pulak sebentar...ini resepinya-

Green Peas Cookies
Sources:- farrahaiza@myresipi.com
Bahan2:-
250 gm kacang hijau
250 gm tepung gandum
125gm gula icing
150gm-160gm minyak jagung Daisy- ikut kesesuaian doh

Cara-cara:
1. Blend dulu kacang hijau dengan pengisar sampai jadi tepung/serbuk
2. Campur dengan tepung dan gula
3. Masukkan minyak dan kacau sebati hingga menjadi doh.
4. Bentukkan bulat-bulat.
5. Sapukan egg glaze dan letak 1 biji kacang peas sebagai hiasan.
6. Bakar dalam oven 175C selama 20-25 minit, ikut suhu oven sendiri.

Biskut Tart Bunga 2 @ Sweet Tart - sedap sangat...



Biskut yang telah dibuat masa Hari raya Eidul Adha yang lepas, saya suka resepi ni sebab bila makan biskut ni, tepung nya tak melekat kat lelangit atau lidah, ada sesetengah resepi biskut tart, bukan saja gebu, tapi bila makan melekat kat lelangit mulut...itu yang tak best....
ini resepinya:-

Sweet Tart
: Sumber ResepiNet.

Bahan-bahan:-
1 buku mentega (250 g)
70 g gula halus
350 g tepung gandum
50 g tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara:-
      1.     Pukul butter campur gula hingga sebati.
     2.    Masukkan telur dan esen vanilla.
     3.    Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, gaul rata.
     4.    Uli jadikan doh.
     5.    Terap dengan acuan, bubuh inti nenas.
     6.    Bakar pada suhu 170 C selama 15 minit, ikut oven masing-masing.

 Biskut ni cantik kalau nak dijadikan hadiah atau hantaran, letak dalam case yang kecil-kecil (transparent) lapikkan kertas doily, keliling letak renda dan ikat dengan riben....walaweiiiii.... 




Jalan-jalan di Port Dickson

Assalam?...Waktu berhari raya Eidul Adha....Kami ingat, kami sekeluaga je berhari raya Eidul Adha di Port Dickson......ek eleh rupanya ramai yang bawa keluarga termasuk mak ayah datang bercuti dan beraya di P.D..
Lepas solat hari raya, kami balik ke Tiara Beach, sarapan / makan nasi beriyani nasi impit, ayam masak madu, biskut raya yang memang di bawa dari rumah.
Disebabkan kami tak kemana-mana, pukul 10.00 pagi lebih. budak-budak bantai membuta, termasuklah si bapak budak....hu..hu..hu
Sebelah petang lepas asar baru kami keluar jalan-jalan di pantai Blue Lagoon, sayang dah tak macam dulu, lautnya pun dah tak biru, konon-konon nak mandi, bawalah tuala semua, tapi bila tengok air lautnya lain macam je langsung tak jadi...kami main kat tepi pantai jelah....walaupun orang lain, ramai yang mandi.....


























Ini pulak pada sebelah tengahari hari Isnin 7/11/11, pantai ni bersebelahan Pejabat Majlis Perbandaran Port Dickson, kawasan ni, dilarang untuk mandi...just boleh lepak-lepak dengan makan-makan je.......dan kebetulan masa kami sampai ada sekumpulan Pak Arab tengah makan tengahari di situ...


 Di bazaar P.D, sebelah malam ..tak da banyak yang dijual, pelampung, tuala, gula-gula....


 Rasa lapar walaupun dah pukul 10.30 mlm singgah di gerai makan berhadapan Perpustakaan Awam P.D, tak berapa jauh dari Water Front P.D....lambat servicenya ....pasal orang ramai........



Pagi hari Selasa 8/11/11, kami jalan-jalan lagi, sebab lepas solat zohor, nak hantar Diba balik asrama, dan kami plan terus balik K.L...
Tempat kami pergi Pantai Cahaya Negeri, kawasan hari keluarga dan memancing.....kebetulan hujan renyai-renyai.......
















Lepas tu kami pergi Pasir Panjang, di pertengahan jalan kami jumpa tempat percutian, juga dijadikan tempat training....Eagle Ranch Resort...yang best nya...macam kat tempat Red Indian dan pekan Cowboy...teringin juga nak cuba bermalam di sini.....






Sebelum balik sempat ambil gambar tempat mandian baru yang di panggil PIRATE SHIP di Tiara...semalam masa budak-budak mandi tak ambil gambar sebab sibuk memasak ...









TETAPI....Dalam banyak-banyak Resort kat P.D ada satu resort yang paling TERcantik dan menarik...di panggil THE HIBISCUS...Aduhhhhh cantik gilerrrrr, siapa arkitek yang genius ni tak taulah...Resort Home ini direka berdasarkan sekuntum bunga raya (Hibiscus bahasa saintifiknya), dari dua helai daun  dan kuntum kelopak bunga sehungga kedebunganya...Bunga Raya itu dijadikan designnya....sebab tu saya kata genius....... agaknya kalau nak sewa mesti beribu harganya...bukan anak-anak saje yang teringin, saya sendiri teringin nak pergi.....JOM lihat......



Cantikkan??????......