Pages

Wednesday, February 29, 2012

Belajarlah…..(Jangan Takut ALLAH SWT Bersamamu)

BELAJARLAH…..(JANGAN TAKUT ALLAH SWT BERSAMAMU)
"Belajarlah Bersyukur meski TAK CUKUP
  Belajarlah Ikhlas meski TAK RELA
  Belajarlah Bersabar meski TAK MUDAH
  Belajarlah Memahami ,meski TAK SEHATI
  Belajarlah Memaafkan walaupun TERLUKA 
  Belajarlah Taat walaupun BERAT
  Belajarlah Setia walau BANYAK GODAAN
  Belajarlah Memberi walau TAK SEBERAPA
  Belajarlah Mengasihi walau kau DISAKITI
  Belajarlah Tenang walau kau sedang GELISAH
  Belajarlah Percaya meski TAK YAKIN" 
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu
Berterima kasihlah pada orang yang telah…

  MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT…
  MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA…

  MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…

 ☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..
   
" Ujian kerana kejayaan lebih berbisa dari kegagalan.
  Sangat berpotensi membawa hati keras,
  tinggi diri dan sukar menerima nasihat.
  Adakalanya dirasakan doa tidak lagi diperlukan,
  hanya'kehebatannya' diperlukan,maka tersungkurlah ia.
  Kegagalan pula berpotensi lunakkan hati,rendah diri,
  menambah fikir tapi berbisa dalam,
  hingga boleh membawa putus asa
  dan bersangka buruk terhadap ALLAH.
  Awasilah kedua ujian itu wahai diri"

"Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya"(HR Tirmizi)

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan
maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang
dan kebaikan yang dilakukan akan kekal.
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa
maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang
dan dosa yang dilakukan akan terus kekal"
(Saidina Ali r.a)
 
Kredit kepada http://fangurlz-group.blogspot.com/
                             http://zieypink.blogspot.com/

4 Perkara yang lebih buruk kedudukannya


4 Perkara yang lebih buruk kedudukannya
سم الله الرحمن الرحيم


1- Perbuatan dosa yang dilakukan
    oleh orang muda yang bodoh adalah buruk,
    tetapi ianya lebih buruk jika dilakukan oleh kaum tua.

2- Sibuk dengan urusan duniawi

    oleh orang bodoh itu adalah buruk,
    tetapi lebih buruk lagi jika
    orang alim sibuk dengan urusan duniawi.

3- Malas beribadat orang awam adalah buruk

    tetapi lebih buruk apabila orang alim malas beribadat.

4- Berperangai sombong bagi orang kaya adalah buruk

    tetapi lebih buruk lagi apabila orang fakir
    berperangai sombong.

    Kredit kepada http://dirihamba.blogspot.com/

Kita Sebenarnya..??????


KITA SEBENARNYA..
lebih gembira menyambut 1hb. Januari
daripada 1 Muharram.

KITA SEBENARNYA..
lebih tahu apa itu 14 Februari
daripada 12 Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad
daripada hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu
daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv
daripada solat.

KITA SEBENARNYA..
lebih tahu nama artis-artis kita daripada
nama-nama Allah, para Nabi dan Para-para sahabat.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyebut hello atau hai
daripada Assalamualaikum.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka memuji manusia
daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka membaca majalah
daripada buku-buku agama dan Al-Quran.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka memaki,mengumpat orang daripada
mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

KITA SEBENARNYA..
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada
bersyukur dengan keimanan kita.

KITA SEBENARNYA..
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.
tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,
kita lebih suka menjawab..
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

TAPI …….
layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?
yang sesungguhnya, akhirat itulah negeri yang kekal.
‘Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat,
maka ia tidak akan dibalasi melainkan setimpal
dengan perbuatan jahat itu.
Dan barang siapa yang mengerjakan amalan soleh,
baik laki-laki mahupun perempuan,
sedang ia dalam keadaan beriman,
maka mereka akan masuk syurga,
mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab'.
- (surah al-mu'min)

Kredit kepada : http://trashtoflash.blogspot.com/


Aku hairan melihat???? (Kita Sering leka, khilaf dan terlena)


AKU HAIRAN MELHAT ???.....

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu
bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu

bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu

bahawa semua perkara terjadi menurut takdir,
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu

bahawa di akhirat ada perhitungan,
tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka,

tetapi masih melakukan dosa.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin,

tetapi masih mengingat selainNya.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya..










Monday, February 27, 2012

Cendawan Busut Tumis Air


Rasanya dah lama sangat tak makan sayur cendawan ni, kebetulan pergi pasar Selayang, makcik yang selalu jual buah kuini tu ada jual cendawan ni, saya pun ambil dua piring , dan cakap kat makcik tu, dah lama saya tak makan cendawan ni, dulu masa kecik-kecik, kalau hujan mesti ada cendawan ni, sekarang susah nak jumpa. Makcik kat pasar tu kata, ni pun pasal hari hujanlah dapat cendawan ni!.

CENDAWAN BUSUT TUMIS AIR – Amy.
Bahan- bahan

2 piring cendawan busut
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
1 biji cili merah
1 - 2 batang serai dititik
garam dan perasa
2 cawan air

Cara - cara
-Tumbuk lada hitam hingga lumat.
- Hiris bawang merah dan bawang putih.
-Serai dititik dan cili merah dihiris.
-Tumis bahan hiris dan bahan tumbuk
  sehingga naik bau.
-Masukkan juga serai yang dititik serta air.
-Bubuh  garam dan perasa.
-Masak hingga mendidih, kemudian masukkan
 cendawan busut.
-Masukkan cili merah yang telah dihiris.
-Renihkan seketika, tutup api dan angkat,
 siap untuk dihidangkan.

Siput sedut masak lemak cili padi


       SIPUT sEDUT MASAK LEMAK CILI PADI - Amy
      Bahan-bahannya
      1/2 kilo siput sedut
      10 biji cili api
      2 cm kunyit hidup
      2 batang serai dititik
      1 biji kelapa diparut (santan pekat dan cair)
      1 keping asam gelugur
      Sehelai daun kunyit
      garam secukup rasa
      sedikit gula
     CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
      1. Perah santan, dapatkan santan pekat
         dan cair diasingkan
       2. Siput sedut dicuci bersih, guna hampas kelapa,
         jika tak ada, cuci guna cuka atau tepung  
         supaya bau hanyir siput sedut ni hilang.
      3. Potong belakang siput dengan gunting tajam
        (dihujung sekali)
      4. Cili api dan kunyit hidup ditumbuk untuk
         dijadikan bahan tumis.
      5. Tumiskan bahan tumbuk cili api dan kunyit hidup tadi,
         masukkan santan cair dan masukkan siput sedut.
         Masukkan juga garam,gula, asam keping 
         dan batang serai yang dititik.
      6. Apabila masak, masukkan santan pekat,
         daun kunyit, didihkan sebentar
         dan kemudian matikan api.

         *Masak lemak cili padi, tanpa bawang-bawangan
          dan halia adalah cara masak N.S.
 

Mee Goreng Kampung


MEE GORENG KAMPUNG - Amy
Bahan2nya:
1 bungkus mee (dibasuh untuk buang rasa kapur)
3 sudu besar cili kisar
1 paket bebola ikan
2 keping fish cake
4 – 5 ekor sotong – dihiris bulat
Sayur sawi
Sedikit minyak
Sedikit kicap
Garam secukup rasa

Bahan di tumbuk/kisar:-
3 sudu besar ikan bilis
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih 
Caranya:
Panas minyak, tumis bahan tumbuk, kacau hingga naik bayu.
Masukkan cili kisar, sotong, bebola ikan, fish cake.
Masukkan sedikit garam.
Kemudian masukkan mee kacau sebati.
Masukkan sayur sawi, tuang sedikit kicap.
Kacau mee biar rata rasanya.
Tutup api, boleh dihidangkan.

 * Mee goreng kampung yang telah di modenkan...moden???? Ini cara lama, dulu kalau nak jadikan rencah mesti ikan bilis di jadikan bahan rencah, untuk masak mihun @ mee,,,dulu-dulu ikan bilis adalah makanan bagi rakyat marhaen, itulah yang paling murah jika dibandingkan ayam atau daging..zaman saya kecil dulu, walaupun besar di Kuala Lumpur, nak makan daging ayam, kena tunggu Hari Raya atau saudara jauh datang berkunjung ke rumah, baru rasa lauk ayam, ayam yang dipelihara sendiri oleh ayah. Bezanya adalah dalam mee ni ada fish ball dan fish cake...dulu-dulu mana ada benda ni... 


Apam Nasi - Lembut dan sedap !!!


Kuih apam yang lembut dan sedap, mudah untuk dibuat.

APAM NASI - cha myresipi.com
Bahan-bahannya:
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3 / 4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis kering
beberapa titik pewarna merah, kuning, hijau.
Kelapa parut putih, campur garam dikukus 5 minit.

Cara-caranya:
1. Kisar nasi, air dan gula pasir hingga hancur.

2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum,
    tepung beras dan yis kering.
    Gaul sebati.
3. Curahkan bahan-bahan kisar ke dalam
    bahan-bahan kering dan kacau sebati 

    sehingga tidak bergentel.
    Rehatkan selama 3 jam.
4. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan.
    Kacau perlahan.
5. Panaskan kukusan, minyakkan sedikit acuan.
    Masukkan adunan tadi 3/4 acuan
    dan kukus selama 15 minit. 
6. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus.

Saturday, February 25, 2012

Mutiara Kata Yang Indah


Mutiara Kata Yang Indah

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.
( Saidina Ali)


kredit untuk:  di sini

Thursday, February 23, 2012

6 Perkara Allah SWT Rahsiakan Kepada Orang Mukmin

 

سم الله الرحمن الرحيم
UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:

1-Allah SWT menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan Allah SWT tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatan yang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut, walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2- Allah SWT menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah SWT tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah SWT masih bersifat rahmat didunia. sedangkan sebenarnya Allah SWT Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3- Allah SWT menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain. Oleh itu Allah SWT menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

4- Allah SWT menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5- Allah SWT menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Jika Allah SWT zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

6- Allah SWT menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah SWT zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegah-megah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.

Ayam Masak Kicap Cili Padi - Terbaik dari ladang....!!!

Lauk kegemaran semua, memang mabeles...ekekekeke.......

Ayam Masak Kicap Cili Padi - Amy

Bahan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
5-10 biji cili padi* (terpulang kepada tahap kepedasan yang disukai)
10 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*

1 inci kunyit hidup*
2 batang serai di ketuk
Minyak masak
½ cawan kicap manis Kipas
Secubit gula secukup rasa
(bahan yang bertanda* di tumbuk /kisar)
 Bahan lain:-
  Cili merah/hijau – di belah 4
  1 labu bawang besar - dihiris
Cara:
1. Ayam dipotong kecil, bersihkan bubuh garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Tumiskan bahan yang ditumbuk lumat, juga serai ketuk.
4. Tunggu hingga naik bau, baru masukkan ayam.
5. Kacau biar sebati, baru masukkan kicap manis.
6. Masak dengan api perlahan,
    tutup kuali dengan penutup kuali.
7. Biarkan sehingga lembut.
8. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
    perisakan dengan gula secukup rasa.
9. Masukkan bawang hiris dan belahan cili.
10.Tutup api, angkat dan hidangkan.
  * Tidak perlu bubuh garam sebab dah ada kicap

 

Jering Goreng Bercili (Balado)

Sambal jering ni hanya saya seorang saja yang pandai makan, yang lain pandang je, pasal semuanya tak pandai makan... 


jering goreng bercili/balado. –Amy
Bahan-bahannya:

20 biji jering  (dihiris dan digoreng dahulu)
1 mangkuk kecil ikan bilis (digoreng dahulu)
*10-15  biji cili merah
*2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
(bahan bertanda * disatukan dan ditumbuk / dikisar)
Minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Tumis bahan tumbuk/kisar.
    Kacau selalu dan goreng hingga kering dan garing.
2. Jangan biarkan, kacau selalu supaya tidak hangus.
3. Bubuh garam dan gula secukup rasa.
4. Lepas dah garing, bubuh jering dan
    ikan bilis yang telah siap digoreng.
5. Gaul sebati, angkat dan hidangkan.

 


Wednesday, February 22, 2012

Kari Daging Utara

Pasal apa saya panggil kari ni kari daging utara, pasal...saya dapat resepi dari orang utara yang duk kat Kubang Pasu, zaman-zaman awal 90an kalau tak silap, pasal kat surat tulisan tangan yang disertakan resepi tu tak dak tulis haribulan,laa ni tak tau crita, pasal dah lost contact, nak contact semula, alamat yang ada kat surat tu pun tak lengkap, surat tu masih ada dalam simpanan saya lagi, mudah-mudahan Siti Hajar dan keluarga, sihat walafiatlah hendaknya.....Aminnnnn........

KARI DAGING UTARA-Amy - Resipi asal : Siti Hajar Yaacub - Kubang Pasu

Bahan-bahan:

600 gm daging batang pinang - cuci dan hiris
1 paket rempah kari daging *- jadikan pes + kerisek
2 sudu besar kerisik*
2 keping asam gelugor
6 cawan santan (3 cawan santan cair, 3 cawan santan pekat)
2-3 biji kentang - kupas kulit dan belah 4
Garam, gula secukup rasa
¼ cawan minyak masak

Bahan digiling/kisar untuk menumis:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia – hiris
1 camca besar jintan manis
3 biji buah pelaga
Bahan tumis yang lain:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2-3 tangkai daun kari

Cara-cara:

1. Panaskan minyak.Tumis bahan tumis hingga
   wangi dan perang.
   Masukkan pes rempah kari  bercampur kerisek
   dan masak hingga pecah minyak.

2. Masukkan santan cair, daging dan dikacau rata.
   Masukkan kentang dan asam gelugor.
   Masak hingga daging dan kentang empuk.

3. Setelah daging dan kentang empuk,
   masukkan pati santan dan masak hingga mendidih.
   Reneh seketika hingga pecah minyak.
   Rasakan garam gula.

 

Monday, February 20, 2012

APABILA DUA MAMAT HENSEM BERTEMU

Ustaz Azhar Idrus n Ustaz Don Daniyal
Walaweiii!!!!...yehaaa!!!...gediks sungguh bahasa saya...muahahahaa....
Dua penceramah dakwah bebas berbeza generasi, umpama si bapa dengan anak bujangnya....tetapi menjadi satu FENOMENA..........
Seorang di masjid-masjid...jemaah sampai berpuluh-puluh ribu, dan seorang sedang meningkat nama di sebuah stesen tv swasta....tapi seorang pun saya tak pernah jumpa secara live...jauh tak, apatah lagi dekat...huwaaaa!!!!...hanya menonton di You Tube dan siaran tv.......tapi kalau dua-dua ni berceramah buat saya terpaku...dua-dua pun pandai buat lawak noooo!!!!...

JIKA BENAR SAYANG..!!!!!


>> JIKA BENAR SAYANG..<<

~ Jika benar sayangkan Allah,
      mengapa INGKAR PERINTAHNYA?
~ Jika benar sayangkan Rasulullah,
      mengapa TINGGALKAN SUNNAHNYA?

~ Jika benar sayangkan Al-Quran,

       mengapa tidak MEMBACA

       DAN MEMAHAMINYA?

     
~ Jika benar sayangkan ibu dan ayah,

       mengapa selalu MENDERHAKAI mereka?
     
~ Jika benar sayangkan AGAMA,
       
       mengapa TIDAK MEMPERLAJARINYA

       dan MEMPERJUANGKANNYA?

~ Jika benar sayangkan KEHIDUPAN,

       mengapa TIDAK MANFAATKANNYA?

 
~ Jika benar inginkan SYURGA,
       mengapa TIDAK BERUSAHA
       untuk MENDAPATKANNYA?



 ~ Jika benar TAKUTKAN NERAKA,

       mengapa MASIH MENJEJAKINYA?

~ Jika benar TAKUTKAN MATI,
       mengapa TIDAK BERSEDIA 
       MENGHADAPINYA?