Pages

Monday, March 26, 2012

Tiga perkara yang perlu disegerakan...



Tiga perkara yang perlu disegerakan...

Sabda Rasulullah saw, ·"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah
di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya,
yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara
apabila telah ada orang sekufu dengannya”. ·

Dalam hadis ini Nabi saw menyatakan ada tiga perkara jangan di lengahkan.∙

Yang pertama∙

apabila telah masuk solat, maka bersegeralah menunaikannya.

Yang kedua:

Nabi saw menyuruh
kita agar segera mengkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah itu telah
selesai dimandi, dikafan dan di sembahyangkan.

Yang ketiga:

Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supaya menyegerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk memelihara dirinya dari maksiat dan fitnah.

Sunday, March 25, 2012

Wasiat Saidina Ali R.A.



Wasiat Saidina Ali R.A.


1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah
"PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Wednesday, March 21, 2012

Ayam Masak Madu


Ayam Masak Madu – Amy - Resepi asal - Cikgu ERT Norasikin Basri
Bahan-bahan Ayam Madu
6 ketul ayam
10 tangkai lada kering
1/2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 cmb gula
2 cmb madu
1 cmt garam
1/2 cwn minyak masak
1 cmb cuka
Cara membuat ayam madu
1. Goreng ayam mengikut cara anda sendiri. 
    Mamak biasanya goreng menggunakan tepung yang tebal.
2. Kisar lada kering, bawang besar, 
    bawang putih, halia sehingga hancur.
3. Panaskan minyak dan tumiskkan kullit kayu manis,
    bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
4. Setelah harum, tumiskan bahan kisar.
    Kacau sehingga lada betul-betul garing.
5. Masukkan gula, madu, cuka dan garam.
    Jika terlalu kering, masukkan 1/4 cawan air dahulu
    sebelum dimasukkan gula dan madu.
6. Akhir sekali, masukkan ayam goreng 
   dan digaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Tip masakan komersial dari Cikgu ERT Norasikin Basri
1. Saya sangat suka menggunakan ayam
    yang digoreng tepung yang tebal
    kerana tepung ini akan kembang
    apabila digaulkan dengan kuah ayam madu.
    Rasa kuah ayam madu akan meresap dalam tepung.
2. Anda boleh menggoreng ayam dengan 
    mana-mana tepung ayam goreng segera
    yang terdapat dipasaran. 
    Campurkan dengan sedikit rempah kari
    supaya sesuai dengan ciri-ciri masakan India.
3. Harga madu memang mahal, 
    jadi untuk menjimatkan kos,
    menggunakan 2 cmb madu sudah mencukupi
    dan ditambah dengan gula. 
    Dapatkan madu yang mempunyai warna gelap
    dengan rasa yang kuat. 
    Kalau dapat, guna madu yang telah
    disimpan beberapa tahun.
    Guna sikit pun dah terasa.
4. Boleh gunakan serai tetapi 
    jangan sekali-kali dikisar. 
    Tumis bersama rempah penumis.
    Begitu juga dengan daun kari.
5. Gula akan membuatkan ayam madu
    lebih berkilat tetapi gula mudah hangus
    dan berketul bila bercampur dengan minyak panas.  
    Jadi jangan masukkan gula jika kuahnya kering. 
    Masukkan air terlebih dahulu. 
    Lebihkan air jika ingin ayam madu yang lebih berkuah.
    Perasakan semua dengan seimbang.
6. Hias la sikit ayam madu tu.
    Taburkan daun saderi 
    atau bawang goreng pun ok.



Ikan Siakap Masam Manis


 IKAN SIAKAP MASAM MANIS
 Bahan-bahan:-
 1 ekor ikan siakap/kerapu
 Garam, kunyit dan tepung jagung
 Ramuan sos Bahan Kisar:-
 5 biji bawang merah
 5 biji bawang putih
 3 cm halia
 Bahan lain:-
 3  sudu besar cili kisar/cili kering
 3 sudu besar sos cili
 3 sudu besar sos tomato
 3 cawan air 
 1 sudu besar gula 
 Garam secukup rasa
 Perahan limau kasturi 

 Bahan hiasan:-

 1 mangkuk campuran nanas (dlm tin tos airnya)
 Sedikit daun bawang/daun sup
 1 biji tomato potong baji
 1 biji karot - dihiris
 Cara:-

1.       Bersihkan ikan, lumur garam dan kunyit,
      salut dengan tepung jagung.

2.      Goreng ikan hingga garing dan
      letak dalam piring hidangan.

3.      Untuk sos:- Tumis bahan kisar hingga naik bau.

4.      Masukkan cili kisar dan kacau hingga
      pecah minyak (biar garing).

5.     Masukkan sos cili dan sos tomato, gula,
     juga garam dan jus limau kasturi dan air.

6.     Biar mendidih baru dimasukkan potongan nanas, 
     tomato hiris , karot, kacau sekejap
     dan angkat agar sayur tidak layu.

      7.  Tuang kuah diatas ikan dan taburkan
           daun bawang/sup, sedia dihidang.

           *  Saya tak bubuh cili capsicum, timun,
             sebab yang ada ni pun dah macam-macam
             sayur, yang nak makan sayurannya mak
             dengan ayahnya...anak-anak segala
             sayuran di tolaknya ketepi,
             jadi bubuh sayuran yang ada ni
             pun cukup untuk memenuhi syarat je.... 




Thursday, March 15, 2012

Telur Itik Masak Lemak Cili Api

Selalu orang masak telur itik jadi bulat..tapi saya masak dah jadi lonjong...failed!!failed!!..Wakakaka....Hantam sajalah Labuuuuuu!!!!....

Telur Itik Masak Lemak Cili Api - Amy.
Bahan-Bahannya:-
4 - 5 Biji Telur Itik
10 Biji Cili Padi Di Kisar
1 Inci Kunyit Di Kisar

2 Biji Bawang Merah -Di Kisar
2 Mangkuk Santan

1 Keping Asam Gelugur
2 Helai Daun Kunyit
Garam Secukup Rasa

Cara Menyediakannya:-

1. Masukkan Bahan Kisar Bersama-sama Santan Ke Dalam Periuk.
2 Kemudian Di Masak Sehingga Mendidih.
3. Masukkan Garam, Asam Keping Dan Daun Kunyit.
4. Akhir Sekali Masukkan Telor Satu Persatu. Biarkan Mendidih.
5.Setelah Telor Masak Bolehlah Di Angkat Dan Di Hidangkan.


Tuesday, March 13, 2012

Udang Cocktail


Ini salad kegemaran saya, tapi bila mengingatkan yang udanglah paling tinggi kolesterol, terpaksalah diketepikan rasa suka tu... tak boleh nak  dimakan selalu...saya letakkan resepi salad kegemaran saya ni..resepi ni ..bukan susah pun.... 

UDANG COCKTAIL  - AMY.
Bahan-bahannya:-

300 gm udang (kukus+garam+lada sulah)
100 gm mayonis*
50 gm sos tomato* (* boleh ganti dengan sos Thousand Island)
Sedikit gula + air limau nipis @ lemon
Daun salad

Cara:-
      1.          Gaul mayonis dan sos tomato.
            Perahkan jus lemon dan bubuh
            sedikit gula dan serbuk lada sulah. 
            (* Boleh guna terus sos
            thousand Island)
   
       2.           Udang yang telah siap dikukus,
             di buang kepala dan kulitnya,
             cuma asingkan sedikit untuk
             hiasan tanpa dibuang kulit udang. 
     
            3.         Hiaskan gelas cocktail dengan
             daun salad.

    4.         Letakkan udang di atas
          daun salad dan curahkan sos tadi.  

        5.          Hias dengan udang yang diasing tadi.

        6.          Sejukkan sebelum dihidang.


* Cara hiasan terpulang kepada kreativiti masing-masing.

Monday, March 12, 2012

Qatar Berkongsi Kekayaan Negara Dengan Rakyatnya!!!!


Qatar negara yang menduduki tempat pertama dalam senarai negara terkaya di dunia. Negara ketiga pengeluar gas asli dunia itu mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK) $88,222 perkapita.
Pada 22 Februari lepas, Majalah Forbes telah mengeluarkan senarai negara terkaya di dunia. Faktor kedudukan negara terkaya di dunia ini dinilai melalui:

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
  • Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi
  • Senarai Penuh Negara Terkaya Di Dunia .
    1.    Qatar   
    2.      Luxembourg
    3.      Singapura
    4.      Norway
    5.      Brunei
    6.      Emiriah Arab Bersatu
    7.      Amerika Syarikat
    8.      Hong Kong
    9.      Switzerland
    10.  Netherlands
    11.    Australia
    12.   Austria
    13.   Ireland
    14.   Canada
    15.   Kuwait
    Qatar pada asalnya adalah merupakan negara pengeluar mutiara yang bermutu tinggi. Telaga-telaga minyak hanya ditemui pada tahun 1940an dan sebelum itu ekonomi Qatar bergantung  kepada aktiviti-aktiviti laut seperti nelayan dan mencari mutiara.  Rakyat Qatar atau lebih dikenali sebagai Qatari kini hidup aman  dan makmur dibawah pemerintahan Emir Qatar,  Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani. Emir mempunyai tiga isteri dan 21 anak. 
     
     
     
    TIADA PENGANGGURAN dan  TIADA RAKYAT yang TIDAK MEMPUNYAI TEMPAT TINGGAL. Rakyat tidak perlu membayar apa-apa cukai. PENDIDIKAN dan PERUBATAN adalah PERCUMA.  Ia sememangnya selamat untuk berjalan di mana-mana, pada bila-bila masa.  
    Amatlah menakjubkan: liter lima (kira-kira 1.3 gelen) gasolin bernilai $ 1, ya, satu dolar, manakala dua liter air bersih juga hanya satu dolar.
    Tiada nyamuk, tiada daging babi, tiada anjing sebagai haiwan kesayangan, kucing okay. Tiada tawar-menawar di pasar. Rakyat Qatar begitu bangga.
     
     
     
    Baru-baru ni ada pasangan suami-isteri (ayah dan ibu kepada seorang Ustaz) dari Malaysia pergi Umrah, dan balik singgah di Qatar. Rakyat Qatar bercerita.....pasangan yang baru mendirikan rumahtangga diberikan oleh Kerajaan Qatar, duit bernilai 100 JUTA (nilai dalam Ringgit Malaysia) sebagai permulaan hidup berkeluarga. Subhanallah.....!!!!
    Untuk anak-anak yang baru lahir pula diberikan duit simpanan permulaan sebanyak 100 RIBU (nilai dalam Ringgit Malaysia). Allah Huakbar...!!!! Nilai sebegitu diberikan kepada rakyat tempatan Qatar sahaja.
     
     
     
    Banyak sungguh nilai sebegitu untuk seorang yang bernama rakyat... dan Kerajaan Qatar berkongsi kekayaan hasil bumi yang Allah kurniakan bersama-sama dengan rakyatnya.
    Kekayaan negara tidak berpusing disekitar orang-orang tertentu sahaja....Kalau ikut nama negara yang ikut tersenarai adalah jiran Malaysia iaitu Brunei dan Singapura... nama Malaysia...yilekkk!!!!(walaupun Malaysia punya hasil bumi) mungkin nama Malaysia hanya tersenarai dalam negara yang paling BANYAK RASUAH ????...  
     Anak Sulung Emir Qatar





Hakim Syurga @ Hakim Neraka 2 ???....


HINA HAKIM KENA PENJARA…HINA NABI MUHAMMAD S.A.W…SENYAP JE ???
Sebelum ni dah ada entry mengenai undang-undang dunia  disini. Ini kisah yang terbaru....
"Imam Hoslan dikenakan hukuman penjara selepas Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah susulan tindakannya membaling selipar ke arah ketiga-tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan I, Istana Kehakiman, di sini antara 10.15 pagi dan 10.30 pagi pada 22 Februari lepas.
Hakim Zulkefli berkata, hukuman berkenaan adalah setimpal dengan tindakan Hoslan yang menjatuhkan maruah institusi kehakiman.
Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan Hoslan adalah serius, tidak boleh dibiarkan serta perlu dibendung.
Kejadian tidak diduga itu terjadi sejurus selepas panel memutuskan permohonannya untuk mencabar kesahihan tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Pesekutuan mengosongkan kuarters yang didudukinya selepas pelantikannya sebagai imam ditamatkan agensi itu pada Oktober 2008."

Ini pulak dari FB ZUNAR....

Pergi ziarah isteri dan keluarga Imam Hoslan di rumah mereka di Pandan petang tadi. Dengar cerita bagaimana hakim sengaja memprovok Imam Hoslan dengan kata2 kesat. Pendedahan beliau mengenai penyelewengan wang masjid tidak disiasat, sebaliknya beliau dihukum setahun penjara. Sekarang isterinya Pn Norli terpaksa bersendirian menyara perbelanjaan sekolah dan anak2 mereka seramai 7 orang. Pn Norli hanya berpendapatan RM700 sebulan.
Malaysia ni memang lain dari yang lain,.."PELIK BIN AJAIB BIN HAIRAN"......orang yang lapur rasuah, penyelewengan  kena...orang yang makan rasuah, menyeleweng  hidup  bebas senang-lenang ..kaya raya...tapi KAT DUNIA JE LAH YA????
Jangan jadi macam ni sudahlah ya...kat dunia lagi dah kena..... 



KARTUNIS SI PENGHINA NABI MUHAMMAD TERBAKAR SECARA TIBA-TIBA!


Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. AllahuAkbar!
http://uwaisqarny.blogspot.com/2012/03/gambar-kartunis-si-penghina-nabi.htmlHina