Pages

Wednesday, April 25, 2012

Kisah Dong Yi..." Berani Kerana Benar "


Anda pernah menonton Drama Korea?
Mesti pernahkan?...Kalau bukan peminat setia..
mesti anda pernah tertengok atau
mendengar Drama “Winter Sonata”…
Saya mula meminati drama Korea selepas
menonton drama tersebut..bukan di kaca tv,
tetapi CD sebanyak 30 keping
rasanya masa tu penghujung tahun 90an…..
Saya siap ambil cuti pada hari Sabtu
sebab nak tengok CD yang berkeping-keping tu..
muahahaha…..bila ingat balik …….
‘‘awat sampai lagu tu”…????

Lepas tu adalah beberapa siri drama yang
saya ikuti..Stairway to Heaven.,Full House,
Autum in My heart, Endless Love…
terbaru Dong Yi..itupun tertengok di TV 8
…dan kerana nak tahu cerita itu sepenuhnya..
saya beli DVD drama tersebut…
mahal memang mahal…ada 3 dvd,
PART 1, PART 2 DAN PART 3….
Setiap satu ada 5 dvd…
ada 4 tajuk dalam sekeping dvd dan
3 chapter untuk satu tajuk.
Maknanya anda kena menonton
12 episod dalam satu dvd……

Pengajaran penting dari kisah klasik ini…
Adalah “BERANI KERANA BENAR”…
Kekayaan ..Pangkat dan kuasa
bukan perkara utama tetapi
keihklasan hati..kejujuran
yang menjadi tonggak utama…
Drama ini masih keudara lagi di TV 8,
Masih lagi episod 21 atau ke 22…
Banyak pengajaran yang kita perolehi..

Ada orang mengejar pangkat, harta dan
kekayaan dengan menjadi KAKI BODEK,
PENGAMPU, RASUAH, FITNAH, YES MAN
MENYALAHGUNA KUASA…
malahan SANGGUP MEMBUNUH
untuk kepentingan diri sendiri…
MEMBUAT DAN MENYEBAR FITNAH,
MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH
MENJADI BUDAYA HIDUP..
dan yang paling teruk adalah
rakyat golongan bawahan yang menjadi mangsa.
Pegawai yang jujur berkhidmat di KHIANATI…dan dihapuskan….

Jika anda semua  ingin mengetahuai
rentetan  peristiwa, yang saya sebutkan..
beli atau tonton di TV 8 jam 5-6 petang
setiap hari Isnin ke Jumaat..
(ewahhh…buat promosi pulak yeea!!!!!)
untuk orang bekerja memang tak boleh
tengoklah waktu ni..sebab masih dalam
perjalanan pulang dari pejabat …
so.... beli je….DVDnya. 




Tuesday, April 24, 2012

10 Teman Iblis



10 Teman Iblis




1.   Hakim yang tidak adil

2.   Orang kaya yang sombong

3.   Pedagang yang khianat

4.   Pemabuk /peminum arak

5.   Orang yang memutuskan silaturrahim

6.   Pemilik harta riba

7.   Pemakan harta anak yatim

8.   Orang yang melengahkan solat /

     sering meninggalkan solat

9.   Orang yang enggan 
     
     memberikan zakat/kedekut

10. Orang yang selalu berangan-angan
    
     dan khayal dengan tidak ada faedah




Thursday, April 19, 2012

Jadi wakil rakyat, bukan jadi wakil tembolok

Tinggal dalam pondok usang
MUAR - Lapan beranak di Kampung Parit Abdul Aziz, Sungai Balang Darat dekat sini, terpaksa tinggal di pondok usang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran pada Jun tahun lalu.

Norhawa Arip, 37, berkata, pondok tersebut dibina atas tanah milik ibu mertuanya hasil gotong-royong penduduk kampung kerana mereka sekeluarga tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

Menurutnya, pondok berukuran 20x15 kaki ini didiami bersama suami, Ariffin Md Amin, 39, dan enam anak mereka berusia 15 hingga tiga tahun, sejak lapan bulan lalu.

“Apa yang menggusarkan hati saya apabila memikirkan keselamatan anak perempuan berusia 15 tahun kerana dia sering tinggal sendirian dengan keadaan rumah yang tidak berpintu,” katanya.

Norhawa berkata, selepas tragedi tersebut dia ada membuat permohonan rumah baru daripada Baitulmal menerusi ketua kampung tetapi masih tidak mendapat sebarang maklum balas positif.

Sementara itu, Ketua Kampung berkenaan, Abdullah Basiron berkata, pihaknya akan membantu untuk mengemukakan semula permohonan tersebut.
..................................................
Baitulmal pun tak ada respon..buat bodoh aje...kalau orang miskin macam ni..buat tak layan...kalau kena rembat dengan orang-orang yang bergelar didepan nama mereka...boleh lepas lak pulak!!!!
Yang menghairankan bin pelik, mana pergi wakil rakyatnya?

Takkan jadi wakil rakyat nak dapat gaji je tapi kerja tak mau?
Waktu pilihanraya anda dipilih sebagai WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL TEMBOLOK DIRI SENDIRI..GAJI ANDA DIBAYAR OLEH RAKYAT BUKAN PARTI YANG ANDA WAKILI…NGERTI?????
(udah ngomong dalam bahasa Indon aku...Tu..laa…pasal..ramai na warga asing boleh jadi pengundi….)


Mudahnya dapat pahala!!!!!...


Mudahnya Dapat Pahala....

Sebagai seorang Muslim seharusnya kita membina pencen pahala dan membina simpanan syurga untuk kita di hari akhirat.
Untuk demikian terdapat banyak cara untuk mudahnya dapat pahala. Mari kita renungkan kata-kata harian kita yang sering kita gunakan. Kita boleh membina ladang pahala kita dengan menukar kata-kata harian kita
Sama-sama kita tukar tutur kata harian kita. Dari ucapan yang sia-sia kepada ucapan berpahala…InsyaAllah..

peh.. gempak giler..** tukar kepada Subhanallah
OMG (oh My God)..** Tukar kepada Ya Allah
Terbaek…. ** Tukar kepada Alhamdulillah
Ok..Oraait ** Tukar Kepada Insya-Allah
Cilakak **Tukar kepada “Astagfirrullahhalazim” ATAU “Innalillah”
Ellemak..lupa lak.. **Tukar kepada Allahumassoli ’ala Muhammad..
Arghhh.. pening… **Tukar kepada Astaghfirullah…
Eeee… teruknya **Tukar kepada Na’uzubillah..
Opocot… **Tukar kepada Allahu akbar..
Hek eleh… **Tukar kepada La ilaha illallah..
Don’t say HELLO Say ASSALAMUALAIKUM .
Don’t say THANKS Say JAZAKALLAH KHAIRAN .
Don’t say TAKE CARE , BYE Say FII AMAN ALLAH .
Don’t say GREAT Say MASYAALLAH .
Don’t say OKAY Say INSYAALLAH .
Don’t say I AM FINE Say ALHAMDULILLAH .
Don’t say WOW Say SUBHANALLAH 

Dari sumber : disini

Friday, April 13, 2012

Syurga bagi mereka..Penjara bagi Mukmin....






Hidup ni memang susah... tapi...mati lagi susah!!!… suka tak suka, macam tu la hidup. Lebih lebih lagi kalau nak dikaitkan dengan hidup mengikut nilai-nilai murni Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W;
"Dunia ni ibarat penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir"
Riwayat Imam Muslim.

Lebih baik kita rasa dipenjara atas rasa cinta terhadap Allah Taala,  dari kita rasa ghairah macam syurga, terlalai dik kerenah manusia. Belajar melatih diri dengan membuat sesuatu, ikhlas kerana Allah S.W.T... Buat sesuatu jangan kerana balasan tetapi kerana Allah S.W.T......

Tapi biasa la kan, cakap mudah... nak buat tu yang payah. Payah nak istiqomah, pasal istiqomah ni bagaikan tembok tebal yang memenjara diri mukmin dari melakukan perkara yang dikeji Allah s.w.t... Lagipun memang dah tabiat manusia ... yang tak elok tu la yang di buru, yang hodoh kelaku tu la yang depa tuju dulu...
Memang syurga dicipta Allah untuk hamba hambanya yang layak saja... yang tak layak, neraka jahannam la jawabnya... Percaya syurga dan neraka adalah tanda keimanan kita pada Allah S.W.T...
Apa pun, syurga ni memang unik... dicipta indah oleh Allah untuk hamba hambaNya yang indah...

Dari Jabir r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:
"sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.

Para sahabat bertanya:
"Bagaimana makanan yang mereka makan?
Jawab baginda:
"Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka."

Indahnya syurga dan uniknya penghuni syurga... tidak mahu kah kita menjadi unik???...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/

21 Amalan Menuju Ke Syurga


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

JALAN KE SYURGA
Sahabat yang dirahmati Allah,
Syurga adalah tempat tinggal yang abadi di hari akhirat disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin.

Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad SAW. bersabda maksudnya : "Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."

Seorang ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia."

Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat balasan pahala dan jalan menuju kesyurga Allah SWT.

1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud".( Hadis Riwayat Muslim)

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana didalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya". (Hadis Riwayat Muslim)

4. Adakah kalian inginkan keredaan Allah setiap masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah reda kepada hambanya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum". (Hadis Riwayat Muslim)

5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat". (Hadis Riwayat Abu Daud)

6. Adakah anda inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim didalam syurga". (Hadis Riwayat Bukhari)

9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa".
(Hadis Riwayat Muslim)

10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya".
(Hadis Riwayat Muslim)

12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada hazanah syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH" dia akan mendapat satu daripada hazanah syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam".
( Hadis Riwayat Muslim)

14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " QUL HUWA ALLAHU AHAD... " dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran".
(Hadis Riwayar Muslim)

15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dua kalimah yang Allah sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHA NALLAH WABIHAM BIHI... ' dan 'SUBHA NALLAH HAL A'ZIM.."
(Hadis Riwayat Bukhari)

16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki".
(Hadis Riwayat Bukhari)

17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh Allah sepanjang masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

18. Adakah kalian ingin Allah mengampunkan semua dosa kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca ' SUBHA NALLAH WA BIHAM DIHI.' sebanyak 100x sehari Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana Allah dia akan dijauhkan daripada azab api neraka". (Hadis Riwayat Bukhari)

20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad Allah akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya".
(Hadis Riwayat Bukhari)

21. Adakah kalian ingin Allah mengangkat darjat kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan menangkat darjatnya dan memuliakannya". (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita beramal dengan amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kepada Allah SWT, melaksanakan jihad dan kerja-kerja kebajikan di dunia ini semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Balasan untuk mukmin yang istiqamah dengan Islam adalah kebaikan di dunia dan kebaikan dihari akhirat dan dijauhi daripada seksaan api neraka. Hayatilah 21 perkara amalan di atas untuk menuju ke syurga Allah SWT.


Sumber dipetik dari sini:



Sunday, April 8, 2012

Majlis Raja Sehari - Shila dan Faiz


Majlis Raja Sehari  
Noor Shila dan Ahmad Faiz
 di Dewan  Tun Hamdan Sheikh Tahir
Anjung Wisma Sejarah  
Jalan Tun Razak Kuala Lumpur
Sabtu  7 April 2012
Jam 8.00 malam -11.00 malam

Kalau nak jumpa adik beradik, saudara mara masa kenduri kendaralah..masa tulah pakat semua hadir..masa tulah jumpa mak saudara, pak saudara, nenek saudara, cucu cicit, sepupu sepapat, ipar duai dan biras…tapi gambar banyak kat kamera orang lain….yang ada kat saya ini je lah….

Anak-anak saya bergambar dengan kakak sepupu (pengantin perempuan)



Pengantin bergambar dengan mak dan abah juga kakak, adik dan mak long.



Ayah pengantin..abang saya 

Pengantin perempuan Ggee atau nama sebenar Noor Shila - anak saudara



Shasha kakak pengantin
 Gambar adik-adik lelaki si pengantin tak ada kat saya..ada kat kamera orang lain laa gamaknya.... Gambar saya dengan Datin Tengku..isteri Dato Ahmad Tamimi Siregar pun kat kamera orang lain...banyak noo kamera...sampai saya pun tak tau kamera siapa...?

 Untuk Shila dan Faiz ..Didoakan semuga kekal bahagia hingga ke akhirat Aminnnnn....



Jalan-jalan cuci mata..shopping..shopping!!!


Jalan-jalan cuci mata..sambil makan-makan dan shopping!!!!

Dua minggu berturut-turut pergi SOGO..kali ni..anak-anak nak beli baju…pusing sana pusing sini..saya melayan dua anak dara saya Diba dan Iqa…anak yang bongsu Thira dengan si ayah ke bahagian kanak-kanak.. Dah siap membeli pergi makan…lepas tu solat zohor…lepas solat kami ke PWTC pulak ada pameran Home Life Style 2012…

Kami letak kereta kat The Mall..jalan kaki ikut Hotel Pan Pacific..betul-betul cuci mata…pasal waktu lalu kat “parking kereta” tepi laluan pejalan kaki tu …ini yang kami nampak,“Lamborghini”“ Boleh di lihat ..tak mampu dibeli..huhuhu…..


Intai jangan tak intai...anak-anak kata..."slumber aje letak duit dalam kereta..banyak la tu..berlipat-lipat....."



Masuk ke dalam PWTC…macam-macam ada…dari hiasan taman..peralatan dapur, kunci pintu bernombor style pintu di rumah orang-orang Korea….safety box…pergola,…indoor aquarium..sofa, katil, tilam , meja makan..almari ..hiasan bilik mandi..perkakas dapur..hmm..macam-macamlah yang ada…duit je..tak de…pasal harga semua ribu riban tak ada yang ratus…..!!!!!


















Pemuzik memainkan irama lagu-lagu Jepun /Korea....lebih kurang begitulah....nama alat muzik pun tak tahu...hua..hua..hua

Thursday, April 5, 2012

Cinta tak bererti memiliki - “Aku & Dia Dah Putus…”



 Artikel ini dari 

Assalamualaikum....
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
 “aku dah x sayangkan dia. pelik bukan ? 
Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau ?
kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik,
 lagi kesian kalau aku teruskan. 
aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. 
lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku.
 dia tipu aku. Aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. 
kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.
mungkin kalau aku sayang dia. 
sekarang aku dah longlai.
separuh mati aku terluka.
rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran 
diri kau dengan benda dah lepas ni…
tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap. 
kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya 
kenapa perasaan aku 
pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu
ada hikmah.
aku mula refleksi balik segala apa
yang aku dah buat.
apa yang jadi dalam hidup aku.

dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. 
Dia taknak aku setia pada orang
yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu
kebenaran setelah setahun.
mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup 
untuk menampung kekecewaan aku.
dan aku fikir-fikir balik, 
Allah beri yang terbaik untuk aku.
sedangkan banyak benda yang aku lalai.
hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.
cari jawpan pada soalan-soalan aku.
aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.
leka dengan cinta lelaki.
aku dah bazirkan masa,
duit untuk cinta lelaki.
aku dah sedar aku sepatutnya fokus
cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku 
jumpa lelaki yang salah.
sekarang aku rasa aku tahu kenapa.
aku belum cukup baik.
dan aku kena betulkan diri aku 
untuk dapat yang terbaik. 
Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.
tapi kita manusia ni lebih menghargai
rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple
 susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah 
then gaduh sampai emo seminggu.
lepas itu mula nak pegang-pegang tangan,
bergambar rapat-rapat…sebab tu,
lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.
doakan.selangkah.dua langkah…
aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki ? cinta?”

“hanya yang Halal.  Janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang? rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah. semua jawapan-jawapan 
yang aku cari membawa aku pada Allah.
aku nampak cahaya melambai-lambai 
dari jauh.cahaya itu yang buat aku
bangun.dan ketenangan itu milik aku.
sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya
tiada berpenghujung.aku khilaf.
sebab aku tahu Allah sentiasa ada,
 cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai 
dengan situasi aku.
mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia 
bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.
tapi sekarang aku dah sedar,
faham tanggungjawab aku.
Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku 
dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”

p/s :  Semoga bermanfaat :)

Manusia : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri 
dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri 
tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain 
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri 
dan pengalaman orang lain…. 

*Saya suka artikel ni....berfikiran positif dalam hidup... 
Cinta pertama tak semestinya bersatu. 
Jangan membandingkan hubungan percintaan kamu
dengan apa yang ada di kaca TV, 
kerana kisah mereka ditulis oleh penulis skrip
sedangkan hubungan kamu ditulis 
Tuhan Yang Maha Bijaksana..~
Cinta Allah  S.W.T CINTA YANG HAKIKI. 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 
"Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, 
justeru itulah yang baik bagi kamu 
dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai,
justeru itulah yang tidak baik bagi kamu.
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." - (Surah Al-Baqarah: 216)