Pages

Friday, June 29, 2012

Puding Sagu Koktel Buah


PUDING SAGU KOKTEL BUAH - AMY

Bahan-bahan:
Untuk sagu biji:
300 gm sagu (1/2 kati)
(dimasak dengan air berlebihan)
apabila nampak terang, keluarkan dari api.
Tuang sedikit sagu kedalam tapis
dan cuci dengan air mengalir untuk
hilangkan kanjinya.Buat sampai habis,
masukkan sagu tadi kedalam acuan
@ mangkuk dan sejukkan.

Bahan-bahan lain:
1.    2 mangkuk santan (jerang sekejap).
2.    1 mangkuk sirap gula melaka
3.    1 tin koktel buah
Cara menghidang:
Bubuh sagu dalam mangkuk gelas,
dihias dengan buah koktel dan hidang
bersama santan (dimasak) dan sirap gula
(letak berasingan,santan dalam bekas lain,
sirap gula dalam bekas lain pun boleh –
ikut citarasa masing-masing)
*Selalu puding ni dimakan dengan santan
dan sirap gula saja, tapi saya tambah
Koktel buah…untuk berbuka puasa…
Walahh..mabeles…(sekarangkan bulan
Syaaban, ramai orang berpuasa sunat).


Murtabak Mee Segera


Murtabak Mee Segera
Permintaan kakak Diba…"boleh tak buat Murtabak Mee 
Segera?", sebab warden buat sedap…gitulah komennya….

Bahan-bahan:

1 bungkus mee segera ~ celur air panas, dan toskan 
(Mee SAJI)
3 biji telur
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 biji cili merah ~ hiris halus
1 batang daun bawang ~ hiris
1/2 sudu kecil lada sulah
Garam
Sedikit minyak.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan 
   merah sehingga agak garing, angkat.
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kemudian 
   masukkan bawang yg telah digoreng, cili merah, daun 
   bawang,lada sulah dan garam.Pukul sehingga kembang.
3. Masukkan adunan ke dalam mee segera dan kacau 
   rata.
4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak,goreng 
   adunan telur dan maggi dengan menggunakan api 
   yang sederhana sehingga masak.

Saya penuhi permintaan anak, sebelum hantar balik ke asrama..demam chicken pox pun dah ok. ..saya buatkan 
Murtabak ni untuk Kak Diba berbuka puasa.

Thursday, June 28, 2012

'Khadam Pertama' – Beza Bagai Langit Dengan Bumi



Isteri kepada Dr.Mohamad Mursi, Presiden Mesir,
Puan Najla’ Mahmud mengulangi pendirian beliau
sebelum ini menolak gelaran ‘Wanita Pertama’
atau ‘First Lady’ untuk dirinya.

Beliau turut mengulangi ucapan suaminya semalam
bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa hak,
melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan,
yang berbeza dengan rakyat yang mempunyai hak.
sambil menggelarkan dirinya sebagai ‘Khadam Pertama’
bagi menggantikan gelaran ‘Wanita Pertama’.

Kata Puan Najla lagi ‘, sesiapa boleh memanggilnya
dengan ‘Ummu Ahmad’ atau ‘Saudari Najla’atau juga
“Hajjah Najla” sambil mengingatkan bahawa Islam tidak
pernah membezakan antara satu sama lain….

Bagai langit dengan bumi, beza sikapnya dengan isteri
pemimpin yang “ado”…..beza sikap orang yang taat
kepada Allah SWT dengan yang ingkar….



Inilah Ucapan Presiden Mesir.....



"Wahai sekalian penduduk Mesir. Kalian telah meletakkan
Bebanan yang cukup berat di atas belakangku. Aku bukanlah
manusia terbaik untuk memegang jawatan ini... Namun aku
akan berusaha dengan sepenuh tenagaku untuk memenuhi
segala janjiku. Semua rakyat mempunyai hak yang sama.
Adapun bagiku tiada apa-apa hak.Yang ada hanyalah
tanggungjawab…

"Bantulah aku untuk menegakkan keadilan di kalangan
kamu.Tolonglah aku selagi mana aku mentaati Allah
dalam menguruskan kamu. Jika sebaliknya dan jika aku
derhaka kepada Allah serta aku tidak konsisten dengan
apa yang aku janjikan, ketika itu tidak perlu lagi kalian
taat kepadaku." 

"Allah Hu Akbar"

Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Mulai 3 Julai 2012




Assalam. Seperti mana yang dimaklumkan di laman sosial dan blog-blog, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus akan bersiaran di Astro OASIS (Channel 106) mulai 3 Julai 2012 ini melaui slot kuliahnya yang bertajuk Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz Azhar Idrus yang kini menjadi fenomena anak-anak muda itu akan bersiaran sebanyak tiga hari seminggu iaitu pada hari selasa, rabu dan khamis secara langsung pada pukul 7:30 petang diikuti siaran ulangannya jam 11:00 malam. 

Bagi peminat Ustaz Azhar Idrus, pastinya berita ini akan membuatkan anda tersenyum. Kalau sebelum ini ramai yang nak sertai Kuliyah Ustaz Azhar Idrus, tetapi tidak berkesempatan atau jauh dari kawasan, tidak lama lagi Insya Allah, akan datang di kaca tv anda.

Jangan lupa sampaikan juga kepada ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan sahabat handai, semoga perkongsian ini memberi manfaat yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Aminnn.


Tuesday, June 26, 2012

5 Makanan Penyebab Kanser !



Sosej/Hot dogs – mengandungi terlalu banyak Nitrate. Pakar menasihatkan agar kanak-kanak tidak makan melebihi dari 12 hot dogs sebulan. Kalau anda ketagih juga nak kena Hot dogs beli jenis yang tidak ada kandungan Sodium Nitrate.

Daging yang diproses – Juga mengandungi banyak kandungan Nitrate. Juga mengandungi kandungan lemak tepu yang menyumbang pembentukan kanser. Ia juga meningkatkan risiko serangan jantung. ( Daging proses - seperti daging burger)

Donut – Berkemungkinan jenis makanan yang paling teruk menyumbang kepada kanser. Ia diperbuat daripada tepung, gula dan juga minyak yang dihidrogenasikan dan kemudian digoreng dalam minyak yang amat panas.

Kentang Goreng – Ia patut di panggil kanser - fries dan bukan
French – fries.Kentang goreng juga seperti donut yang dibuat
daripada ‘hidrogenated oils” dan digoreng dalam suhu yang
amat tinggi. Kentang goreng juga mengandungi acrylamides,
salah satu bahan penyebab kanser.


Keropok, snacks dan biskut serta seumpamanya – Juga diperbuat daripada tepung dan gula. Ia juga mengandungi ‘Trans – fat’.

Sumber di sini.

*Kalau kita sudah tahu risiko yang bakal kita hadapi, adakah kita akan meneruskan gaya hidup kita selama ini yang gemar makan, makanan segera.
Tepuk dada Tanya selera…..!!!!!

Orang Yang Terkaya Di Dunia.......vs Solat Fajar


Senarai daftar 10 orang terkaya di dunia tahun 2012
versi majalah Forbes:




1.      Carlos Slim Helu – tiga kali berturut dari tahun
2010 berada di posisi teratas senarai terkaya.
Kekayaan hasil telekomunikasi ini berasal dari
          Mexico mencapai US $ 69 billion.


2.    Biil Gates – berada di posisi kedua sama juga
seperti tahun 2011, degan total kekayaan hasil
dari Microsoft  bernilai US $ 61 billion.


3.     Warren Buffet dari Amerika berusia 81 tahun ini,
Memiliki Berkshire Hathaway, sebuah perusahaan
Konglomerat yang memiliki kekayaan hasil
Pelaburan. Nilai kekayaannya mencecah
US $ 44 billion.


4.    Bernard Arnault – berasal dari Peranchis – pemilik
Produk barangan mewah LVMH, merupakan orang
ke empat terkaya  dunia dengan nilai US $ 41 billion.
(Inilah pemilik Louis Vuitton).


5.     Amancio Ortega – menjadi salah satu orang terkaya
Di dunia dengan kekayaan sebesar US $ 37.5 billion,
Yang dimilikinya, berasal dari Sepanyol, menhasilkan
Pendapatan dari perniagaan Zara.


6.     Lawrence Ellison – pemilik  Oracle berasal dari
Amerika ini memilik kekayaan bernilai US $ 36 billion.
Perusahaannya bergerak di bidang teknologi
Berkembang pesat.


7.     Eike Batista – Industri minyak/gas dan keluli,
Membawa Eike Batista masuk kedalam senarai
Orang terkaya dunia versi Forbes ini. Nilai total
Kekayaan Eike Batista yang berasal dari Brazil ini
Mencapai US $ 30 billion.


8.     Stefan Persson – Pengusaha berasal dari Sweden
Berusia 64 tahun ini, mencapai angka US $ 26 billion.
Perusahaannya HnM, bergerak dalam bidang busana.


9.     Li Ka Shing – berasal dari Hong Kong ini memiliki
Bermacam-macam perusahaan, dan total kekayaannya
Mencapai US $ 25.5 billion.


   10.  Karl Albrecht merupakan pengusaha tertua yang
tertua masuk dalam senarai ini. Usianya sekarang
92 tahun, dan kekayaannya mencapai
US $ 25.4 billion.


Namun tetapi…….orang yang PALING TERKAYA
Di dunia adalah…….!!!!!

Orang Yang Solat Adalah Orang Yang Terkaya

Apatah lagi, disamping solat wajib, orang itu juga mengamalkan
Solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh iaitu SOLAT FAJAR.

Orang yang hebat akan sentiasa menjaga solat ini,
Yang dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.

“Nabi tidak pernah menjaga solat sunat melebihi perhatian
Beliau terhadap dua rakaat sebelum subuh.” (Muttafaq ‘alaih)

Antara solat sunat yang sangat dituntut adalah Solat Sunat Subuh.
Ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sangat menjaga
Solat sunat subuh ini walaupun terlewat  untuk mengerjakan
solat Subuh.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya
Daripada Saiyidah Aishah r.a. isteri Rasulullah SAW,
Bahawa baginda telah bersabda:
“Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik
Daripada dunia dan segala isi buminya”.

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa
Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:
”Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia.” 

Rasulullah SAW bersabda:
“2 rakaat solat sunat Fajar itu pahalanya lebih baik
Daripada dunia seisinya” H.R. Muslim dan Tarmizi 

Dikisahkan dari ‘ Aisyah r,,a bahawa beliau berkata:

لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْر

Rasulullah SAW tidaklah melakukan solat sunat pun
yang lebih beliau jaga dalam melaksanakannya melebihi
dua rakaat solat sunat subuh.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita diberi banyak pilihan selagi sihat dan umur panjang…
Orang yang tersenarai di atas kaya dengan harta kemewahan
Juga wang ringgit, tapi akan ditinggalkan apabila mati nanti.
 Sedangkan kita amat bertuah menjadi muslim, kerana dengan
Solat, amalan itu akan kita bawa mati dan menjadi bekalan
untuk akhirat.  Jadi apa tunggu lagi…Jom solat 2 rakaat solat
sunat Fajar sebelum kita Solat Subuh!!!.




Sunday, June 24, 2012

Lawak Antarabangsa ?????

Kisah Pertama....

Dua orang lelaki sedang berbual di kedai Kopi.

Leman:        Lama kita tak jumpa ye !!!, anak kau berapa sekarang ?

Kassim:       Ha..ha.. anak aku ? Ada 5 je !!!

Leman:        Iye ? Dahsyat ko ye ? Anak kau apa namanya ?

Kassim:       Abu, Abu, Abu, Abu dan Abu.

Leman:        Biar betul??? Ko tak  “konpius” ke ???

Kassim:       Tak arhh!!! Lagi senang….bila diaorang main kat luar,
                   Aku jerit, “ Abu!!!!!.....masuk…hari nak hujan ni !!!
                   Mereka semua masuk.

Leman:        ?????



Kisah Kedua.....



Rasuah - dianggap rezeki
Berjudi - di kata 'boleh bertaubat'
Arak    - di bedal
Perempuan - belakang kira
Tapi bila bab Makan......

Suka atau tidak.....
Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni ….
Cukup berhati hati bila tiba bab makanan
Dicari sampai sedalam dalamnya maklumat berkaitan
Samada ada bahan syak atau meragukan
Tak dinafikan tu memang bagus untuk jadi amalan
Apatah lagi makanan ini mengalir dalam diri
Menjadi darah daging..

Tapi halal dan haram bukan setakat apa yang kita telan
Jangan bila dalam hal lain .. pakat bedal kiri dan kanan
Hilang terus rasa nak cek waham dan dzan,
Pulun semacam sampai tahap meroyan....



Kisah Ketiga......

Satu hari seorang penggubah bunga telah pergi ke kedai gunting
rambut  untuk memotong rambutnya. Setelah selesai,
dan ketika beliau ingin membayar, si tukang gunting telah berkata
"Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan
khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu".
Si penggubah bunga berasa kagum lalu meninggalkan kedai tersebut.
Pagi berikutnya apabila si tukang gunting ingin membuka kedainya,
beliau menemukan sebuah kad ucapan 'terima kasih' dan sejambak
bunga ros diletakkan didepan pintunya.

Kemudian, seorang anggota polis datang untuk memotong rambut,
dan apabila beliau hendak membuat pembayaran, sekali lagi
si tukang gunting mengatakan "Saya tidak boleh menerima bayaran
kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma
selama seminggu". Polis tersebut berasa gembira dan berlalu pergi. Keesokannya, sekali lagi si tukang gunting mendapati ada sebuah
kad ucapan 'terima kasih' dan sedozen donut didepan pintu kedainya.


Kemudian, datang seorang ahli politik ke kedainya untuk memotong rambut. Apabila selesai dan ingin membayar, jawapan dari si tukang rambut tetap sama "Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu". Ahli politik itu berasa sangat gembira ketika meninggalkan kedai tersebut. Menariknya, apabila si tukang rambut bersedia untuk memulakan tugasnya pada keesokan hari, disana telah terdapat berderet deret ahli politik yang sedang beratur untuk menggunting rambut secara percuma .. kah kah kah

Dan cerita ni walaupun lawak, namun dapat menggambarkan apa yang tersirat dalam realiti membezakan masyarakat kat negara kita dan ahli politik yang menerajuinya.(Dalam erti kata lain…semua mau percuma maa!!!!!….)





Saturday, June 23, 2012

Kelebihan Bulan Syaaban..




Kelebihan Bulan Syaaban
Pengertian Syaaban: Kemuliaan, Ketinggian,
Kebajikan, Cahaya.

Sabda Nabi S.A.W. :
“Apabila masuk Syaaban, baikkanlah niatmu padaNya,
Kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan
seperti kelebihanku atas kamu.”
Diriwayatkan oleh Umamah Al-Bahili r.a.

Saiditina Aisyah berkata:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W.
menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan
bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat
baginda memperbanyakkan berpuasa
sepertimana bulan Syaaban.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Berkata Siti Aisyah r.a, bulan yang lebih dikasihi oleh
Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda baginda: ”Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan
adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan
dosa (jasmani dan rohani).”

Sabda Rasulullah s.a.w: ”Bahawa kelebihan Rejab
atas bulan-bulan yang lainnya seperti
kelebihan Qur’an atas segala kalam.
Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya
seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi).
Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain
seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: ”Dinamakan Syaaban
kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak,
dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan
ialah puasa bulan Syaaban.”
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.
Jika dia menyempurnakan puasanya sebulan
di bulan Syaaban, dipermudahkan Allah s.w.t
ke atasnya Sakarotulmaut dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir,
ditutup oleh Allah s.w.t dari keaibannya di hari kiamat
dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis
pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga.
(Dari kitab Al-Barakah).


Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan.
Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban,
kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali
sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah
dosanya yang telah lalu, diberkati rezeki baginya”
Sabda baginda lagi: ”Bahawa Allah Ta’ala membukakan
pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.”

Bulan Syaaban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
Dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud,
“Jibril telah mendatangi aku dan berkata:
Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban.
Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hambaNya
dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing
Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan.
  
Pada malam itu Allah tidak menoleh (tidak mengampuni)
kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba
(batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada
kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”.
Hadis riwayat Ibnu Majah, Imam Ahmad, Al-Tarmizi.
dan Al-Baihaqi.

Dari Abu Hurairah ra. berkata bahawa kekasihku (Nabi saw)
telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) :
"(Hendaklah) berpuasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb),
2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur ”.
Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari.

Rasulullah bersabda :
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah ke atasnya Sakrotulmaut dan
ditolakkan daripadanya kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan dari huru hara Munkar dan Nakir,
ditutupkan Allah keaibannya di hari Qiamat dan
diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis dan
Khamis terakhir pada bulan Syaaban,
dimasukkan dia ke dalam syurga.


Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban
daripada Umat Muhammad S.A.W terlebih afdal
daripada ibadatnya 400 tahun.
Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa,
lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Allah,

“ Mudah-mudahan aku daripada Umat  Muhammad S.A.W.”

Selamat Beramal !!!!!



Friday, June 22, 2012

Bulan Syaaban Yang Tiba....


Assalam…tengahari tadi, saya menonton khutbah Jumaat di TV..Imam  yang membaca khutbah, menyebut..Bulan Syaaban adalah bulan untuk memperbanyakkan ibadat.


1.  Puasa Sunat – Perbanyakkan lah –
      apatah lagi 15 terakhir Syaaban.
2.  Qiamullail –  contohnya - Solat Tahajud
      dan Solat malam yang lain.
3.  Kukuhkan silaturahim sesama manusia. –
      Saling bermaafan dan sucikan diri dari dendam.
4.  Beristiqamah – laksanakan amal ibadat setiap hari, walaupun sedikit.
5.  Memohon ampun kepada Allah S.W.T – tanpa sedar dosa kecil seperti percakapan,penglihatan, pendengaran akan menjadikan hati kita hitam. Jadi mohon doa dan keampunan Allah S.W.T.


Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: “Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya”.

Semoga kita meningkatkan amal, beroleh kemenangan dunia dan akhirat…Insya Allah….Amiiiinnn ….
Selamat Beramal !!!!.




Thursday, June 21, 2012

Ayam Kelapa Goreng Berkentang

Ayam Kelapa Goreng Berkentang - Amy
Bahan-bahan:-

1 ekor ayam di bersihkan dan di potong kecil
1 biji kelapa parut dan digoreng tanpa minyak
2 biji ubi kentang – dihiris nipis dan digoreng
3 cawan air
2 batang serai di ketuk
Sedikit air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula secukup rasa
1 biji bawang besar – di hiris bulat


Bahan dikisar
15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar  
8 ulas bawang putih
4 biji buah keras @ 2 sudu besar badam panggang kisar
1 ½ inci lengkuas
1 inci halia
½ inci kunyit hidup
2 batang serai


Cara Memasak
1. Ayam dibersihkan dan digaulkan dengan garam
   dan kunyit serbuk.
2. Tumbuk kelapa parut yang telah di goreng
    hingga lumat tapi jangan sampai jadi kerisek.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar
   sehingga wangi dan naik minyak dan cili garing. 
4. Masukkan ayam dan serai ketuk, digaul rata.
5. Bubuh air dan biarkan ayam masak hingga ayam  empuk.
6. Masukkan garam, gula secukup rasa. 
   Biarkan sehingga kuahnya pekat.
7. Masukkan kelapa tumbuk ,air asam dan
    hirisan bawang besar.
 8. Akhir sekali masukkan hirisan kentang goreng 
    dan gaul rata. Bolehlah di angkat.
* Kalau dah bosan masak lauk Ayam Masak Madu,
   Ayam Masak Merah, cubalah masakan ni....
   sedap menjilat jari wehh!!!!

Lontong (Nasi Daun Pisang)

Lontong ( Nasi Daun Pisang) - Amy
Bahan- bahan:-
3 cawan beras (di cuci dan di toskan)
5 keping daun pisang batu/pisang biji – dilayur atas api
Air rebusan (didihkan)
Cara:-
1.  Gulung daun pisang sebesar 4 sm garispusat.
2.  Ikat hujung daun pisang dengan tali raffia/atau dawai
   Juga ikat di tengah-tengah, supaya gulungan tidak terbuka.
3.  Masukkan beras yang telah di toskan tadi, separuh kelonsong daun pisang.
4.  Ikat hujung yang lagi satu dan rebus sehingga masak.
5.  Anggaran rebusan selama 4 jam atau lebih lagi supaya tahan lama.
6.  Selepas diangkat dari air rebusan, lontong tadi hendaklah di toskan secara menegak dalam bekas yang berlubang(bakul atau besen plastik contohnya)
 * Lontong nasi selalu dimakan dengan sayur lodeh dan juga lauk-pauk yang lain seperti rendang, ayam madu, ayam masak merah, daging masak hitam atau apa juga yang sewaktu dengannya. Di hidangkan pada Hari Raya, tapi sekarang tak perlu tunggu Raya...dah ada jual kat Pasar.