Pages

Saturday, September 29, 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah
melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya
dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng –
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan
kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan
yang mereka sembunyikan –
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki
terutamanya pada mereka yang mengikatnya
dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman
jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka
wanita itu telah dianggap melakukan zina dan
tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung
yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah
dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian
hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan)
di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut
Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) –
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:
Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah
berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota
badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
(Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk
dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan
mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian
dari pemandangannya.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan
yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya
boleh pandangan yang pertama sahaja manakala
pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud
dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan
itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
(Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang
minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,
iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-
perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu,
puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya
dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam
Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
(Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang
perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan
di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud
dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang
berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan
di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D ,
An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari
Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju
jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu
supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu
mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi
maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli
Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian
tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan
menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan
mencium baunya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang,
ketat/ membentuk dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun
perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam
Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu
menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki
yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Sesungguhnya penghuni syurga yang paling
sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921)

Sila SHARE jika anda sayangkan ibu, isteri,
adik, kakak dan kaum wanita keluarga anda..

Sumber:di sini



Friday, September 28, 2012

Ruginya .....!!!

Ruginya ….jika berwajah tampan,
cantik, kaya TAPI TAK SOLAT. Sudahlah miskin, 
TAPI TAK SOLAT dan rugi jadi kanak-kanak
(alam kanak-kanak-paling indah)
TAPI TAK SOLAT….


Ruginya  "HIDUP"…jika  tak
Solat berjemaah…..


Ruginya mengaku Islam, 
Lahir sebagai Islam
Tapi ambil mudah 
tentang ajaran ISLAM….


Ruginya jika asyik berkata…
"Jangan sibuk dengan
Hal Orang Lain…..!!!"


Thursday, September 27, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah.



Jodoh itu rahsia Allah. sekuat mana kita setia, 
sehebat mana kita merancang, selama mana 
kita menunggu,sekeras mana kita bersabar
sejujur mana kita menerima…..
“jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita,
Kita tetap tidak akan bersamanya”
Tidak semestinya jodoh kita dengan orang
yang dah lama kita kenal, tapi mungkin
jodoh kita dengan orang yang baru kita kenal,
sebab kalau kita suka tak semestinya bercinta,
kalau bercinta tak semestinya ada jodoh,
tapi kata pepatah “ Kalau jodoh tak kemana”

Walau di genggam kuat, andai ia bukan
milik kita, ia akan terlepas jua, walau di tolak
ke tepi, andai ia untuk kita, ia akan mendatang jua.
Itulah jodoh namanya…
Sudah tertulis di Loh Mahfudz sejak azali lagi….
kadang-kadang Allah tidak memberi apa
yang kita mahu, bukan kerana kita tidak berhak,
tapi kerana Allah tahu kita berhak lebih baik
daripada itu.
Seperti Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 
"Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, 
justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh 
jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah 
yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui 
sedangkan kamu tidak mengetahui. " 
Surah Al-Baqarah: 216)"

Jadi  bercintalah hanya kerana Allah,
Menyayangilah hanya kerana Allah,
Membahagiakan hanya kerana Allah,
kerana hanya Allah yang dapat menimbulkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan itu.
Nanti ada yang kata, “Cakap senanglah”….
ya... memang betul….cakap memang senang…
Bukan mudah nak melakukannya…..
apatah lagi kalau dah putus cinta…
putus tunang, bercerai - berai……
sakit hati, sedih, marah, dendam..
macam-macam perasaan ada……
bukan mudah wehhh!!!!!
Cuma kena terima hakikat dan kenyataan…
Macam doa ni….
“ Ya Allah…jika dia jodoh ku,
dekatkan dia pada ku…
jika dia bukan jodoh ku,
jauhkan dia dari ku
berikan kami jalan terbaik,
agar tidak saling menyakiti”

Dan yang paling penting…
biar putus cinta dengan manusia,
asalkan jangan putus cinta dengan Allah
dengan manusia…Allah akan gantikan
dengan yang lebih baik….namun jika
putus dengan Allah…..apa lagi yang ada?
Kadangkala Allah sengaja beri kita rasa
sunyi dan keseorangan, walau ada insan
disekeliling kita…Allah rindu nak dengar
kita menangis, mengadu, munajat dan
bersujud kepada Nya…
Sayang sungguhkan Allah dengan kita….
tapi kita ni juga yang tak reti-reti bahasa..!!!!!

Bila bercakap soal jodoh…ramai memilih
untuk berusaha keras mencarinya…walau 
sedar jodoh sudah di tentukan….
Tapi bila bercakap soal hidayah, ramai
yang menunggu biarpun sedar hidayah itu
perlu dicari,dan bukannya jatuh ke riba
atau datang bergolek. (Bab hidayah ni….
ingatan untuk diri sendiri….dush!!!dush!!!).

*Hari ni tak pasal-pasal, menulis pasal
jodoh…ialah..saya cuma teringat pada
kawan-kawan...Masih ada yang single-mingle.
Saya doakan “Yang terbaik” untuk
teman-teman semua tak kira walau
di mana berada….
“Rahsia Allah,hanya Allah yang tahu”.


Selamat Hari Jadi...Afiqah Najiha!...


Semalam tak sempat nak masukkan entry ni..
Si adik yang teruja nak buat surprise!!!!....
Beli cup cake gambar teddy bear untuk si kakak,
Dia ada gak tanya lepas balik sekolah,
ibu ada buat cup cake tak untuk Hari jadi kakak?
Saya jawab tak ada… Dia jawab, tak apalah  
nanti ajak ayah gi beli je lah…
Hadiah saya bungkuskan masuk dalam kotak..
Belikan baju kemeja “Ladylike” dan sehelai lagi
Seakan t shirt....."Diesel"….


Doa ibu, ayah juga kakak dan adik, jadi anak
yang solehah, diberikan kesihatan, panjang umur,
bahagia hidup dunia dan akhirat...dan boleh
menghadapi peperiksaan dengan tenang,
(seminggu je lagi)Aminnnn......
Kad ucapan hari jadi pilihan si adik berbentuk 
bungkusan hadiah 

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya



~*Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya*~

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya






6 Persimpangan Dalam Diri Manusia



Abu Bakar r.a berkata:
“ Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu,
 jiwamu di sebelah kanan mu,
nafsu di sebelah kiri mu,
dunia di sebelah belakangmu dan
semua anggota tubuhmu berada di sekitar mu,
Sedangkan Allah di atas mu.”

Iblis terkutuk sentiasa mengajakmu
meninggalkan agama,
Jiwa mengajak mu kearah maksiat,
Nafsu mengajak mu supaya memenuhi syahwat,
Dunia mengajak mu supaya memilihnya
daripada akhirat dan
Anggota tubuh mu mengajak mu untuk
melakukan dosa dan
Tuhan mengajak mu masuk ke syurga
serta mendapat keampunan Nya, sebagaimana
Firmannya yang bermaksud”…..Dan Allah
Mengajak mu masuk Syurga serta menuju
Keampunan Nya.”

Sesiapa yang memenuhi ajakan iblis,
maka hilang agama dari dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa,
maka hilang darinya nilai nyawanya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsu,
maka hilang akal dari dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia
maka hilang akhirat darinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan anggota
tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
dan sesiapa yang memenuhi ajakan Allah SWT,
maka hilang dari dirinya semua kejahatan
dan memperolehi semua kebaikan.




Monday, September 24, 2012

Kek Pisang Gebu Dan Mudah


Kek Pisang Gebu – Amy – Resepi asal Cik Ann
-periuktanah.blogspot.com

Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum *diayak bersama
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu besar air limau nipis/lemon
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185’ C api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan
    margerin dan alas kertas minyak atau
    kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender'
    hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran
    tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau.
    Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak
    dalam oven selama 45 minit atau kek
    keperangan.
    Tips: Cucuk bahagian tengah kek untuk 
          mengetahui kek masak atau tidak.
          Letakkan kek di rak paling bawah oven
         (kalau guna oven elektrik 21 l) api atas
         bawah sepanjang proses untuk hasil 
         memuaskan.
** Memang mudah buat kek ni..sekejap je dan
    hasilnya, lembut dan gebu aje...Terima kasih 
    Cik Ann dan juga adiknya sebab kongsi
    resepi sedap dan mudah ni.

Thursday, September 20, 2012

Cerita P.Ramlee "Advanced" dari zamannya...

Tan Sri P.Ramlee

Yang paling advanced bila Alif Mim Nun Wau
jadi SARKIS …hua..hua…hua!!!!
Samseng and the gang

Sudah tentu anda kenal Tan Sri P.Ramlee…
Tak kiralah budak kecik , orang dewasa,orang tua…
mesti biasa dengan cerita Tan Sri P.Ramlee.
Seorang seniman yang Genius….dan advanced
dalam penceritaannya…Pengajaran yang boleh 
diperolehi dari cerita-cerita Tan Sri P.Ramlee:

Amalan kronisme dan nepotisme - Cerita Pendekar
Bujang Lapok.
Budaya mengampu, membodek, kaki kipas,
Penasihat 20% - Cerita 3 Abdul.
Jika berharta jangan lupa bayar zakat dan 
bersedekah- Cerita 3 Abdul dan Ahmad Albab.
Berharta tapi bongkak dan sombong, pilih kasih
- Cerita Ibu mertua Ku, Ahmad Albab,
Tamak haloba, menipu, berpoya-poya - Cerita
Ali Baba dan 40 Orang Penyamun, 3 Abdul.
Integrasi kaum - Cerita Bujang Lapok, Madu Tiga.
Budaya samseng dan Provokasi murahan -
Watak Sarip Dol and the Gang.
Penindasan kepada orang miskin - Cerita 
Penarik Beca dan Antara Dua Darjat.
Mendidik anak dengan cara sayang yang salah-
Cerita Anakku Sazali.
Setia dan taat tidak bertempat - Cerita Hang Tuah
Pemimpin yang kurang ilmunya - Cerita Musang 
Berjanggut dan Belalang.

Malahan banyak lagi karya beliau penuh dengan
sindiran dan pengajaran. Filem-filem yang di sebutkan
di atas hanyalah sebahagian dari karya-karya terbaik
di antara beratus lagi karya Terbaik Allahyarham. 
Sehingga ke hari ini, saya fikir anda semua masih
menonton atau boleh layan cerita-cerita ini, walaupun
sudah beribu kali di tayangkan.

Al - Fatihah buat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.


Wednesday, September 19, 2012

Sambal Belacan Goreng



Sambal Belacan Goreng- Amy
Resepi asal dari Rossamyzani.blogspot.com

Bahan-bahan:
10-15 biji cili padi
2-3  inci belacan
2-3 biji bawang merah
1 biji tomato
Garam gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng
Cara:
Bawang dipotong atau belah 4 atau 6
Tomato dibelah 4 atau 6
Goreng semua bahan kecuali garam dan gula
Goreng sampai layu, tapi jangan garing
Setelah itu baru semua bahan ditumbuk..
memang lembut dan senang untuk menumbuk..
Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa.
 *Bila cuba resepi ni sambalnya seakan-akan
sambal untuk buat ayam penyet.
Bezanya tak ada campuran ikan bilis.
dan sayur bendi tu dicuci dan direbus.


Monday, September 17, 2012

Orang Lelaki Yang Tidak Boleh Menjadi Wali....




























Jadi orang lelaki pun ada panduannya cara menutup aurat yang betul!
Seperti gambar di bawah:









Pecal Sayur


Pecal Sayur- Amy
Bahan A ( kuah)
Untuk di goreng dengan sedikit minyak dan dikisar
5-6 tangkai cili kering
6 biji cili padi
3 ulas bwg putih
6 ulas bwg merah
1 inci belacan
Bahan B
350 gm kacang tanah di goreng tanpa minyak
dan di kisar kasar
gula putih ( secukup rasa)-
garam (secukup rasa)
air asam jawa (secukupnya)
2 cwn air
Cara:
1.Campurkan semua bahan A dan bahan B.
   Masak sehingga mendidih dan pekat sedikit.
   Sejukkan.
Bahan Sayur:
100 gm taugeh di celur
100 gm kangkung di celur
50 gm kacang panjang – di hiris dan dicelur
1 biji timun di hiris
2 ketul tauhu di goreng dan di hiris nipis
1/2 biji sengkuang di hiris memanjang

Cara:

1. Susun kesemua sayur didalam pinggan.
2. Tuangkan kuah keatasnya.
3. Sedia untuk dihidangkan.

Terung Masak Pedas




Terung Masak Pedas - Amy
Bahan:
2 biji terung panjang yang sederhana besar
– di goreng
Bahan kisar:
10 -15 biji cili padi
2 sudu besar udang kering ( dibasuh)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan lain:
2 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar – di mayang
1-2 biji cili merah – di hiris
garam dan gula
sedikit minyak
Cara:
1.  Panaskan minyak dan goreng terung
   hingga masak.Angkat dan ketepikan.
2.  Sedikit minyak untuk menumis bahan-
   bahan kisar
3.  Masukkan sos tiram.
4.  Perasakan dengan gula dan garam sedikit.
5.  Bila naik bau masukkan bawang besar
   yang telah di mayang juga hirisan
   cili merah. Gaul rata dan angkat.
6.  Bahan tumis tadi di gaul bersama terung
   goreng tadi dan di hidangkan.