Pages

Wednesday, October 31, 2012

Patah Tumbuh Hilang Berganti.....


Tajuk entry yang sungguh yoyo o dan poyo sekali
hari ini…muahaahaha….tak ada kena mengena
dengan kisah cinta, putus cinta atau yang sewaktu
dengannya…..hik..hik..hik..
Cuma ada kena mengena dengan kisah tahun lepas
dan juga tahun ini…..tahun lepas hilang kamera,
tahun ni hilang telefon bimbit…

Adussss….kalau ikutkan saya malas nak beli….
Sementara waktu guna aje hp si kakak, sebab kak
Diba duk asrama jadi dia tak gunalah hp tu, pihak
sekolah tak bagi bawa barangan elektrik n d gang….

Tapi bila waktu nak balik Hari Raya Haji yang lepas…
Dia asyik pinjam kawan punya hp aje untuk sms (sebab
balik KL naik bas dan komuter) kesian juga…..
Memandangkan penggal persekolahan nak habis…
Dia dan kawan-kawan sibuk nak exam…5 Nov…minggu
depan dah mula exam…Cikgu pun sama sibuk, sebab
anak murid nak exam….jadi saya benarkanlah bawa hp
untuk mudah telefon dan sms, terutama waktu sekolah
cuti nanti, sebab dia masih kena duk asrama lagi kerana peperiksaan …

Jadi hari Sabtu lepas saya pergi ke Wisma Low Yatt,
Ingatkan tak ramai orang…rupanya….hmmmm…..!!!!
Nak memilih pun berhimpit-himpit….tapi sebab dah
datang saya beli juga…beli Samsung GT, sebelahnya
pula jual kamera Nixon…kat sini pun ramai juga…
saya beli Nixon Coolpix aje…janji ada dan boleh guna
ganti yang hilang dulu….…

Yang teruja guna GT ni..si adik Ira...pasal banyak
game...hmmm macam dia yang punya..control habis...
Kamera pun dia jugak....adehhhhh!!!!! Asal kau bahagialah dik!!!!!!!!!!!!!!!!



Tuesday, October 30, 2012

Nasi Lemon Kismis


Nasi Lemon Kismis – Amy
Resepi asal Chef Sabri Hassan

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi (cuci dan rendam 1-2 jam
Kemudian toskan)
3 cawan air
80 gm mentega
6 sudu makan minyak zaitun@ minyak Mazola

Bahan di hiris:
2 ulas bawang putih – di hiris halus
5 ulas bawang merah- di hiris halus
½ inci halia-dimayang halus
1 biji lemon – dihiris nipis (asingkan 2-3 hirisan
untuk hiasan)

Bahan lain:
1-2 helai daun pandan diikat
2 batang kulit kayu manis (ukuran 2 inci)
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 kiub @ 1 sudu kecil serbuk perisa ayam
Garam secukup rasa

Bahan hiasan:
Kismis
Daun bawang
Bawang Goreng
Hirisan Lemon

Cara:

1.  Panaskan periuk, masukkan mentega, minyak
dan tumis bahan dihiris (bawang, halia,lemon)
hingga naik bau.
2.  Masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
dan daun pandan.kacau hingga naik bau.
3.  Masukkan air dan beras, kiub/serbuk perasa ayam
Juga garam kacau rata.
4.  Biarkan nasi masak, bila agak-agak kering masukkan
kismis.
5.  Hias dengan daun bawang, bawang goreng juga
   hirisan lemon sewaktu menghidang.

Sunday, October 28, 2012

Daging Masak Mamak


Daging Masak Mamak - Amy
Resepi: Maklang Sumber : Rosyanti Mahram (Rnet)

Bahan
1 kg daging lembu (direbus sampai lembut)
2 sbm serbuk cili kering  
1 sk serbuk jintan putih
1 sk serbuk sajira (btk spt jintan)

Bhn kisar*:
Halia *
10 ulas bwg putih *
10 ulas bwg merah*
5 -10 labu bwg besar *
2 btg serai - titik
Daun kari
Daun pandan (simpulkan)
Daun pudina (option) -  
3/4 cwn kicap manis
1/4 cwn tomato puri -  
1 sb minyak sapi (option) –saya guna mentega
1 cwn bwg goreng (tumbuk halus)
sedikit air asam jawa
4 sekawan (bunga lawang/kulit kayu manis
/buah pelaga/cengkih)

Cara
1.  Panaskan minyak + mentega (minyak sapi).
2.  Masukkan bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan,
      serai, serbuk cili, jintan putih dan sajira...kacau
      dan biar hingga naik aromanya.
3.  Masukkan daging dan airnya sekali.
4.  Bila daging dah lembut dan rempah dah naik
   minyak, tambahkan bwg besar hiris, kicap,
   daun kari dan biarkan daging itu empuk sekejap.
5.  Masukkan tomato puri, daun pudina dan air
   asam jawa.
6.  Tambahkan garam secukup rasa.
7.  Bila kuah agak-agak kering, masukkan bawang
   goreng yang ditumbuk tadi,untuk pekatkan kuah.

Saturday, October 27, 2012

Ayam Masak Ros


Ayam Masak Ros –Amy
Bahan:
1 ekor ayam potong sederhana
Bahan kisar:
8 ulas bwg kecil
5 ulas bwg putih
1 inci halia
6 biji badam – rendam air panas buang kulit
6 bii gajus
Bahan tumis:
4 jenis rempah sekawan(kayu manis
bunga lawang,buah pelaga, cengkih)
6 btg serai diketuk
Bahan lain:
9 sudu makan serbuk rempah kari*
3 sudu serbuk cili*
1 sudu teh serbuk kunyit*
1 sudu makan serbuk jintan manis*
1 sudu makan serbuk ketumbar*
½ cawan tomato puree
½ cawan susu cair
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
2 biji bwg besar dihiris bulat
Cara:
1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak goreng ayam 1/2 masak.
    Angkat dan ketepikan.
3. Tumis bahan kisar, campur bersama rempah
    empat sekawan(kulit kayu manis, bunga lawang
    buah pelaga, kayu manis) serta serai. Kacau rata
    sehingga naik bau.
4. Bila naik bau masukkan bahan bertanda *.
    Kacau sehingga cili, segala rempah benar-benar 
    masak.
5. Bila cili dah masak, masukkan tomato puree,
   Masukkan ayam goreng tadi. Masukkan air. Gaul rata.
6. Masukkan susu cair, biar mendidih dan kuah memekat.
7. Bila kuah pekat tambah garam dan gula. Kacau rata.
8  Akhir sekali masukkan bawang besar, kacau sebentar.
    Gaul rata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Friday, October 26, 2012

Puding Kek Mentega Buah Peach


Puding Kek Mentega Buah Peach – Amy

Bahan-bahan:-
1 bungkus agar-agar
1 biji kek mentega
1 tin susu cair
2 cawan gula pasir (manis ikut citarasa)
2 biji telur – di pukul rata
Sedikit esen vanila
Sedikit Pewarna
1 tin buah peach–asing jus airnya, buah bahagi dua

Cara:-
1.  Buah peach bahagi dua, asingkan separuh
Untuk hiasan dan separuh lagi dikisar.
2.  Masak agar-agar hingga mendidih.
3.  Masukkan gula pasir dan jus buah.
4.  Satukan telur yang telah dipukul dengan
   susu cair juga buah yang dikisar.
5.  Masukkan gabungan telur,susu dan buah
    ke dalam adunan agar-agar, kacau rata,
    masukkan pewarna dan biar mendidih.
6.  Sementara itu kek mentega di potong dan 
   atur dalam acuan/bekas.
7.  Susun buah peach yang tinggal ke dalam 
   acuan / bekas bulat berisi kepingan kek.
8.  Tuang adunan agar-agar tadi ke atas kek
dan hias lagi dengan buah peach dan biarkan
beku.
9.  Sejukkan puding kek di dalam peti sejuk,
       Lebih kurang 20 minit, potong dan hidangkan.

Thursday, October 25, 2012

Salam Eidul Adha 1433 Hijrah


Salam Eidul Adha buat semua yang sudi
singgah dan membaca di blog ini.
Semuga semuanya sentiasa dirahmati Allah SWT
dunia dan akhirat. Ameen………………


Wednesday, October 24, 2012

Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah (9 Dzulhijjah)



Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.(Esok 
bersamaan 25 Oktober - Khamis) Ia disunatkan 
kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu 
bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa 
sunat hari `Arafah ialah:
1)    Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun
    yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata,
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya
tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda
menjawab:     يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus
dosa setahun yang telah berlalu dan setahun
akan datang.”(HR Muslim)
2)    Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala
   kerana ia termasuk dari 10 hari pertama 
   dari bulan Dzulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ,
 يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي
سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ,
 اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih
dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh
ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad
di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: 
“Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki
yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya
dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)
3)    Hari yang paling banyak dibebaskan dari api
neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala
membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih
daripada hari `Arafah.”(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. 
Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut
Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia
tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan
doa pada hari tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah
dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa
sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…
Sumber di sini

Jutawan Yang Sanggup Miskin Kembali



Anda tau Al-Rajhi Bank? Pernah dengar , pernah lalu
depan Al- Rajhi Bank?.Tentu pernah, entah-entah ada
buka akaun kat Bank tu. Hamba Allah yang kat atas ni
ialah pengasas Bank Al- Rajhi tersebut. Bank Al-Rajhi
adalah Bank Islam terbesar di dunia. Nama Jutawan ni
ialah Sulaiman Al-Rajhi. Lahir pada tahun 1920 di Arab
Saudi. Dibesarkan di padang pasir. Jutawan yang bekerja
dengan hasil usaha sendiri dan bukan berasal dari 
kerabat diraja.

Fakta berkaitan dengan Sulaiman Al Rajhi ni :
1)    Beliau berasal dari orang miskin menjadi Jutawan
   dan memiliki USD7.7Billion. Beliau dahulu (2011)
   orang yang ke 120 terkaya didunia mengikut
   Majalah Forbes. Sekarang kembali miskin kerana
   telah menyerah seluruh hartanya kepada anak-
   anak dan sebahagian besarnya didermakan ke 
   badan kebajikan.
 2)  Membuka Bank Islam kerana Islam mengharamkan
   faedah atau interest (tiada Bank Islam waktu tu).
3) Memulakan kerja harian selepas solat subuh dan
   berhenti hingga waktu Isyak.
4) Mula-mula membuka Bank Islam di London
   kemudian baru ke Timur Tengah.
5) Disiplin yang diamalkan selain bekerja keras ialah
   menepati masa.
6) Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir
   tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt
   telah beri cahaya pada siang hari secara percuma.
7) Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat 
   penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.
8) Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas
   ekonomi.
9) Menepati waktu; mempelajarinya pada awal
   memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa
   minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai
   syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai
   tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan
   tersebut.
10)Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri
    jamuan makan malam.Keluar dari jamuan tersebut
    selepas menyedari ada program hiburan yang
    menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab
    akhirnya membatalkan program tersebut bagi
    membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut.
    Itulah kuasa orang kaya yang beriman.
11)Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan
    dari mulut beliau apabila mendengar kilang-
    kilangnya terbakar.Bukan sekali kejadian itu 
    berlaku, tetapi dua kali.
    12)Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang
       amanah di atas muka bumi.

MORAL CERITA : NAK JADI JUTAWAN KENA KERJA KUAT DAN 
PANDAI CARI PELUANG. TIADA SHORT CUT NAK JADI KAYA. 
BUKAN SURUH DADDY BAILOUT BILA COMPANY NAK BANKRUPT 
ATAU DAPATKAN TENDER SECARA PAKSA SEBAB JAWATAN 
DADDY PENGERUSI!!!!.
AMBIKK NGKO!!!! DUSH!DUSH!...KAYA RAYA PASAL ANAK DADDY…
INGAT NI CERITA ANAKKU SAZALI KE?.........

Sumber dari: di sini dan di sini.


Monday, October 22, 2012

Apa Cerita Tabung Haji Ni???





Tabung Haji atau Lembaga Tabung Haji .Dulu-dulu 
dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji
fungsinya dah tentulah menguruskan jemaah haji 
dari Malaysia untuk menunaikan Fardhu Haji 
rukun Islam ke-5. Ditubuhkan di bawah Akta 8, 
Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969.

Tabung Haji bukan sahaja menguruskan pemergian 
jemaah haji ke Tanah Suci, malah berfungsi sebagai 
suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia 
untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal 
dan mengikut lunas-lunas Islam.

Namun pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji
iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995
dikuatkuasakan dan akta lama tu dimansuhkan
dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji
digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada
28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf
TH diperkenalkan sebagai singkatan nama
menggantikan perkataan Tabung Haji. Sebelum 
di pinda akta ni......abang saya ada bercerita...
VIP kat Tabung Haji ada menyebut pada abang 
saya begini... (takdir abang kenal VIP tu....)
"M.....   u nak tau, duit Tabung Haji punyalah 
banyakkk, sampai I tak tau nak buat apa?"
Saya pun jawab kat abang..."Apsal pulak dia
cakap macam tu...? duit Tabung Haji tu bukan
duit dia...tapi duit orang ramai...duit amanah tu.."
Abang jawab..."tulah...aku pun heran!!!!!!"
Tak lama lepas tu dengar berita, akta TH dipinda....
apa yang ada dalam akta tu sampai sekarang 
penyimpan TH tak tau....

Relevan ka itu cerita dengan ini cerita....relevan maa...
pasal isu yang hangat diperkatakan sekarang adalah
CEO Tabung Haji dibayar dengan gaji 85K/sebulan?
Wajarkah begitu dengan jawatan Kontrak pulak tu,
bukan jawatan tetap. Kalau tetap sekalipun layakkah
di berikan gaji sebanyak itu?

Duit dalam TH tu AMANAH orang ramai…masa tahun- 
tahun awal penubuhannya dulu….penyimpannya
hanya sekitar 300 orang sahaja…ialah…orang dulu-
dulu yang kaya boleh dikira, kalau ada bekerja gaji
pun tak seberapa..Saya ingat lagi..PTD saya kata
zaman mula dia bekerja..awal 70an gaji PTD hanya
sekitar RM 300 ringgit sahaja…kalau buruh ke ofis boy
hanya RM 70.00. …tapi harga barang masa tu murah
Duit 5 sen ke 10 sen masih boleh beli kuih-muih, nasi
lemak….kata mereka….

Zaman tu..TH boleh bayar bonus pada penyimpan 10%
Walaupun penyimpannya hanya ratusan orang sahaja.
Bandingkan sekarang..penyimpannya berjuta-juta orang,
Duit simpanan orang ramai dalam tu berbillion ringgit,
tapi penyimpan dapat bonus ciput je…sekitar 5 ke 6% aje…
sementara CEO nya gaji 85K sebulan, bonus je 300.000
ribu…TIGA RATUS RIBU tau….…bukan 30 ribu……… so apa crita????..Cer cite…cer cite?????
Kalau bonus ratus-ratus ribu ni selalunya Syarikat yang
cari untung contohnya bank…kalau tak untung,,company 
leh bankrup tau…..tapi nikan Tabung Haji..dah lah waktu
hujung tahun 90an dulu..wang lesap macam tu aje….
konon dibicarakan…tapi auta je lebih…. Macamlah
orang ramai tak tau…belum kes Silver Bird..kes kerugian
ladang kat Indonesia…macam-macam kes TH ni
sebenarnya…..duit amanah orang ramai macam duit
moyang mereka pulak!!!!!

Saya pulak takdir tahun tu(hujung 90an) masa kes
duit TH hilang tu tengah hangat-hangit, meletup
kebaboom, pergi ke kaunter TH…
pegawai dikaunter siap tanya…
”Puan baca ke surat khabar?”
saya kata “baca..”
Pegawai TH tu kata” Boleh baca…percaya jangan”….
Saya pun pandang kat pegawai tersebut….
Dia tanya lagi…”baca kes Tabung haji yang hilang
duit tu?….”
Saya angguk….
" kat surat khabar kata tengah ada perbicaraan kan?
 kata pegawai tu lagi…."Jangan percaya…semua tu
lakunan saja…sebab yang kebas duit tu…....TUTTTT "!!!
Dia sebut nama VIP tu….dan dah tentulah saya kenal….
seantero Malaysia kenal kalau di sebut…sekarang
dah arwah dah pun……cuma yang ini bukan kenalan
abang. Walaupun kenalan abang tu pun dah arwah
juga.....

Kes kehilangan duit ni..bukan saja TH…tapi Baitulmal,
KWSP, termasuklah salah guna duit Zakat dan cara
mengebas tu biasalah dengan pelbagai cara dan yang
tukang kebas juga menyalahgunakan semuanya tu…
BERLESEN….sebab ada jawatan ada pangkat…malahan
ada ilmu agama….bukan calang-calang orang bro!!!!!….
tapi tulah…kalau ada ilmu tanpa amal…memang jadi
Penyangak berlesenlah….jadikkkk…… kalau memang
ada LEMBAGA kat TH tu apa nak heran kan???????



Sunday, October 21, 2012

Bola Punya Pasal.....!!!!



Afiq Azmi Pemain Pinjaman dari Pasukan K.L

Saya memang peminat bola….ha …ha…ha…
Jangan pelik bin hairan bin ajaib k….!!!
Sejak zaman sekolah…siap jadi penyokong,
Pihak sekolah sediakan bas bawa pemain dan
penyokong. Tapi yang paling best bila pertandingan
akhir…sekolah saya Sekolah Tinggi Setapak K.L
vs Sekolah anak orang kaya-kaya iaitu St.John Inst.
Memang gempak wa cakap lu….bila sekolah
kami menang lagi kerek habissss….wakakaka..!!!

Bila bekerja pulak..minat diteruskan dengan menjadi 
penyokong pasukan Jabatan..hehehe masa tu kat JPA... 
JPA ni pulak team bola aje ada 2, Team A dan Team B...
dan kedua-dua team tu memang bagus, sebab satu jadi
Juara dan satu lagi tempat ketiga, sampai ke Johor 
saya ikut...sebab JPA juga sediakan bas untuk pemain
dan penyokong...Jabatan atau Kementerian lain
tak bawa penyokong. Bila ada free kami masuk 
Singapore....apalagi shopping laa....

Kalau setakat game Inter JPA...kadang budak-budak
bola siap "sound", Amy....kau punya pasal sampai 
Pengadil dengan Penjaga Garisan tak fokus kat kami,
apsal saya tanya???...Mana tak nya...asyik tertoleh-toleh
je kat engkau...wahaaha...gelak besar lu....!!!!

Tapi yang paling best ....bila Final Piala Malaysia...
saya ada sejarah tersendiri.....saya pernah join 
abang-abang saya jual topi, tshirt dan segala 
bagai di Stadium Merdeka...
dan yang paling best sangat-sangat... bila tengok 
pertandingan akhir Piala Malaysia, masuk stadium
free...lepas tu duduk kat kawasan VIP...betul-betul 
belakang tempat duduk YDA @ tempat menteri-
menteri tu...ha...ha..ha

Malam ni…tengok Final Kelantan vs ATM........
Saya sebenarnya tak sokong mana-mana..sebab
saya penyokong Selangor…kui..kui..kui..tapi pasal
Hubby beria sokong ATM…saya dengan sendirinya
dan si Iqa jadi penyokong Kelantan. Si Ira jadi
geng si ayah…

Saya cakap dengan hubby saya sokong juga ATM
tapi ATM mesin laa..pasal boleh keluar duit….ha..ha
Tengah dok melayan secara live pertandingan akhir
tu…ada lak pemain ni buat rambut Monahawk…....
ek eleh…muka handsome…tapi rambut Trojan…
sapa lagi kalau bukan pemain pinjaman Si Afiq Azmi …

Yang best bila Kelantan dah jaring gol… lepas tu ATM,
Lepas tu..sampai la 2-2 tambah masa lagi…adusss
letih larrr…nasib masa tambahan ada jaringan lagi..
Saya kata…”kan Kelantan menang”….!!!!
Jangan tak tau, rumah riuh rendah macam kat stadium….padahal yang tengok tu cuma empat 
orang…terlebih sudah..hahaha…
Bola punya pasal…kepala pun jadi weng !!!!

Tahniah lah pada pasukan Kelantan 3-2, tahniah
 juga untuk pasukan ATM, sebab malam ni kedua-
dua pasukan, main penuh bergaya!!!!! Syabas!!!