Pages

Thursday, November 29, 2012

Bercuti di Fraser's Hill Pahang - Hari Kedua......


Pagi kami sarapan kat Putri Bongsu Lounge
Shahzan Inn..Lepas sarapan si Ira ajak si Kak Diba 
main basikal,si Iqa tak turun sarapan..sebab tak suka 
sarapan pagi..dia ambil sarapan lewat jam 10.00 ke 
11.00 pagi… (sebab perut tak tahan...isi pagi-pagi) 
saya dengan hubby tengok Si Ira dengan si kakak Diba 
main basikal…bimbang sebab banyak kereta…..







Saya berkenan dengan banglo berhadapan dengan 
Shahzan Inn, 4 - 5 tahun lepas waktu datang ke sini, 
banglo ni macam rumah tinggal..semak samun..tingkap
rosak..tapi kali ni, banglo ni dah dibaikpulih dan dibuka
untuk disewa kepada orang ramai...cuba tengok iklan 
ni..iklan free aje ni...cantikkan banglo ni..paling dekat 
dengan pekan depan padang golf...



  




Lepas bergambar, balik bilik tengok tv, berkemas….
check out jam 12.00 tengahari..sebelum balik saja
singgah sekejap kat Pine Resort…cantik pemandangan
dari atas bukit..ada kabus...nyaman udara...terasa 
bersih sangat...lepas tu terus balik K.L…kami ikut laluan 
hala ke Raub... jalan belok-belok lebih jauh dari jalan 
masuk ke Fraser's Hill, sampai persimpangan ke KL.. 
berhenti sekejap beli makanan...lepas tu masing-masing lalok...kecuali En. Hubby, pasal dia drive...hik..hik.hik..








Papan tanda dipersimpangan Raub - KL, 
bintik-bintik bulat tu...rintik hujan yang 
mulai turun kena cermin kereta......Inilah  
saja cerita percutian 1 malam 2 hari
di Fraser's Hill.....anak saya si Ira suka sangat..
sebab Fraser's Hill masih sejuk berbanding KL.

Monday, November 26, 2012

Bercuti di Fraser's Hill Pahang - Hari Pertama


Plan nak bercuti ..tunggu kak Diba habis exam…
Habis exam Insya Allah selepas minggu pertama
bulan Disember…sebab minggu tu ada exam untuk
pelajaran teknikal…
Si Ira dah complein asal nak cuti tunggu bulan 12?
Dah bagitau…tapi macam tak faham-faham…dia ajak 
pegi SOGO…ajak gi Wangsa Walk, pegi Times Square 
lagi, I City…segala macam tempat nak pegi…..adehhhh!!!
Kebetulan En.Hubby cuti dah habis…ada untuk tarikh
cuti jemput kak Diba balik dari asrama bulan Disember
nanti…itu aje cuti yang tinggal…

Mana tempat yang boleh pegi Sabtu dan Ahad aje….
Dah tentulah tempat yang tak berapa jauh dari K.L..
Ambil keputusan gi Fraser’s Hill ajelah, walaupun saya
dah pegi sana..lima ke 6 kali..(termasuklah kena out
station masa keje dulu). Hubby booking ..ingat nak 
duduk kat Puncak Inn ajelah…tapi penuh..(dah pernah 
duduk sana sekali)…Jadi tukar booking Shahzan Inn…
(dulu masa nama Hotel Merlin kami pun dah pernah 
duduk ..saya dah 2x…sebab..out stations dan sekali tu 
dengan hubby dan anak- anak..masa tu diaorang 
sekolah rendah) dan juga ada satu banglo tu… saya tak 
ingat namanya. (Banglo tu 2x satu kali sebab keje,
(saya kena jaga peserta kursus- dari ofis saya,
saya sorang je..sepatutnya sorang PTD tu ikut bertugas,
kebetulan masa dah sampai kat Fraser’s Hill, malam tu
dapat panggilan hubby dia eksiden…terpaksa balik …
kebetulan ada pegawai dan kakitangan dari MARA yang 
bertugas sebagai fasilitator untuk Kursus tersebut..
kalau tak mati kutu di buatnya…(selingan iklan sekejap…kekeke…!!!!) dan sekali lagi, saya duduk banglo tu..ramai
-ramai dengan member ofis lama dari JPA.

Kebetulan abang sms ajak pegi Muar..abang dengan 
kakak yang lain ikut…dia orang plan nak tidur Melaka….
tapi sebab dah booking Fraser’s Hill, tak bolehlah nak 
ikut ke Muar….







Kami sampai nak dekat kul 1.00 tengahari lebih kurang begitulah..Ingatkan orang tak ramai..rupanya hotel penuh
Check in…petugas kaunter kata boleh masuk bilik…ambil 
beg semua…masuk bilik..rehat sekejap..azan Zohor 
berkumandang dari Masjid berhampiran…lepas solat 
Zohor baru kami turun pekan FH, jalan-jalan cari makan…

Kami pergi ke Puncak Inn..Restoren D'Olio. Memang 
cantik…tapi harga makanan..hehehe…meletops..










Lepas makan kami jalan-jalan…bergambar sakan..
beli cenderahati, pergi bagi makan ikan, singgah gerai
beli cucur @ jemput-jemput durian...gerai tu penuh
dengan pelanggan lelaki (rasanya semua dari KL)
dan pergi ke tempat menunggang kuda...si Ira yang 
nak sangat naik kuda…
Ingat nak pegi air terjun jalan tutup ada tanah runtuh…
Sedang diperbaiki…..sampai tersesat masuk kawasan
Perumahan pangsa…Lepas solat Asar Ira dengan abahnya
pegi main basikal….

















Malam anak-anak tak nak keluar sebab nak tengok 
Harry Potter…saya, Ira dengan hubby aje keluar…ohh!!..
kedai makan penuh manusia..kebetulan ada satu je 
meja kat kedai makan tu kosong..kedai lain penuh…
bila dah ramai…masakan pun faham-faham ajelah…
tak ada rasa….majoriti yang ramai tu dari KL.

Bersambung lagi.....hik..hik..hik....