Pages

Monday, April 29, 2013

Bila bercakap dan berdoa sesedap rasa, sesedap mulut !!!!!

Bila bercakap sesedap rasa...sehingga mempertikaikan
rezeki yang datang dari Allah. Adakah dia tidak percaya 
pada Rukun Iman??? Astaghfirullah!!! Satu daripada 
Rukun yang enam itu Percaya pada Qada dan Qadar…
Mujur ada yang tolong mengingatkannya...!!!! 
Sesungguhnya rezeki itu milik Dia...Dia boleh beri dan 
ambil sesuka Dia. Dan sesungguhnya Allah Maha Adil.

“Ya Allah, mereka berdua contoh teladan kami. Engkau Peliharakanlah mereka, kurniakan kesihatan untuk mereka agar dapat mereka meneruskan tugas sebagaimana ummu Mukminin, Isteri Nabi-Nabi dan As-Solafussoleh. Perkenankanlah Doa Kami Ya ALLAH.. AMIN.” – Daripada Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Bila berdoa sesedap mulut, sampai tak tahu apa makna solehah!!!... Contoh teladan??? Merujuk dari kitab 
mana??? Astaghfirullah......
Apa yang boleh saya katakan, kita manusia memang 
sering melakukan kesilapan, kerana lemah imannya. 
Tetapi jangan sampai kita kehilangan hidayah dan 
petunjuk Allah.Semuga Allah menerima taubat kita 
semua. 
Seperti kata Ustaz Haslin Baharin:-

Monday, April 22, 2013

Corat-Coret Sempena PRU 13 Bhg.2...

Cobaan!!!! Wakakaka!!!! 

Undurlah???? Sajerr aje!!! Atau tak reti ngeja Jawi???

Wa sokong!!!! 

Lembu punya pasal!!!! 
Wa sokong jugak!!! 

Poyo …yoyo o !!!! 

 

Orang dah sampai ke bulan jang oii …!!!!

Kesian dia!!!!Kesian dia!!! 

 

Anakku Sazali versi PRU!!! 

Sanggup dilembukan  

Wa keje tungkus lumus!!!! 

Wa kreatif tau!!! 

Mak saperr laa ni??? Tak malu sungguh!!!

Kami orang Hijau!!! 

Sudah jadi roket??? 

Friday, April 19, 2013

Kisah Menyentuh Hati - “Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”


Kisah Menyentuh Hati -  
Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian 
di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja 
darjah 6 duduk di tepi meja saya.
“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”
“InsyaAllah, UPSR 5A.”
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu 
pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. 
Katanya lagi,“Ustazah, ini serius tahu!”
Saya senyum sembil berkata;
“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga 
sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”
“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula 
bertanya siapa nama saya.”Saya mula merasakan anak 
ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan 
namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,
“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”
“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-
sungguh mahu ustazah doakan?”
Dia menyambung lagi,“Ustazah, saya meminta untuk 
didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, 
apa hadiah yang saya mahukan.”
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan 
seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah 
apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu 
sekiranya kamu mendapat 5A?”
“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya 
dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya 
dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”
Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,
“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini.
Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya 
mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada 
anak ini wahai Allah.”
Sekadar renungan bersama...Al-Azrul Zakuan www.fuh.my
                             
(Jika dapat 5A - Tuntut hadiah supaya ibu bertudung 
menutup aurat. Allah Hu Akbar !!!) 

Thursday, April 18, 2013

Corat-Coret Sempena PRU 13

Atuk yang ada anjakan paradigma!!!!


Dah lama tak dengar pepatah ni….
Mengaku aje Islam tapi ????

Perbadanan Putrajaya pun marah!!!!

Macam perli aje!!!!    

Makan pasir pun sanggup, semua tak apa!!!!

 Birkin jangan tak birkin…ngko haderr????
Demo boleh aperrBantah calun BN Kelana Jaya!!!

Idea tak ada…itulah kerjanya!!!

Jangan salah undi…nanti makan diri!!!!

BARU*.  !!! (cari dalam Kamus Dewan)
Orang yang melakukan kerja jahat bagi
pihak orang lain.

Ini semua orang tahu, BN = Barang Naik
 Bila salah guna kuasa…beginilah jadinya!!!
  • Banner majlis kahwin PRU!!! Sungguh kreatif!!!!!

Monday, April 15, 2013

Sehari Dalam Hidup Rakyat Malaysia.......Siapa Yang DiDahulukan????




Sehari dalam hidup rakyat Malaysia.
Dasar penswastaan yang dicipta oleh mantan Perdana 
Menteri Tun Mahathir pada tahun 80an…Anda fikir 
siapakah yang beruntung hasil dari dasar penswastaan 
tersebut..Adakah rakyat marhein seperti kita? 
Cuba lihat apa yang dipaparkan:

Bermula dengan bangun pagi.
1. - Letrik  
– Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.Pemegang saham 
utama Malakoff  Corp.Bhd. Syarikat ini memiliki 6 stesyen janakuasa yang menjual tenaga elektrik kepada TNB.
2.- Air 
– Tan Sri Rozali Ismail - Pemegang saham utama 
SYABAS - merawat dan membekal air bersih untuk 
pengguna Selangor dan Kuala Lumpur.
Air – untuk negeri Johor – bekalan air dari Aliran Ihsas Resources, pemegang saham utama - Tan Sri Syed 
Mokhtar Al-Bukhary.
3.- Gula
– Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.- Pemegang saham 
utama CSR (Central Sugars Refinery)dan Gula Padang 
Terap Sdn.Bhd.Gula MSM – milik FELDA , 20% Saham 
dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
4.- Roti - Roti Gardenia - Milik Tan Sri Syed Mokhtar 
Al-Bukhary.
5.- Beras
- Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary -  (BERNAS)
Pemegang saham utama Padi Beras Nasional Bhd –
syarikat memonopoli pembekalan dan pengedaran
beras Malaysia.
6.- Minyak Masak
- Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary– Pemilik utama 
syarikat perladangan Tradewinds Plantation Bhd.
Mengusahakan lebih 300,000 ekar ladang kelapa sawit 
di seluruh Malaysia.
7.- Kereta
– Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.Pemegang saham 
utama DRB Hicom – Pemilik Perusahaan Otomobil
Nasional (PROTON)
Honda Malaysia - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
8.-Motor
– Tan Sri Syed Mokhtar  Al-Bukhary.Pemilik Motor Kriss (MODENAS).
9. MRT – Projek milik – Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
10.- Minyak Petrol- Mirzan Mahathir – PETRON  -
Pemilik Saham Miguel Corp – memiliki  580 stesen
minyak PETRON seluruh Malaysia.
Petronas - Pengerusi  Tun Mahathir Mohamed.
11.- Gas Malaysia - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Pemegang saham utama syarikat Gas Malaysia Berhad.
12.- Tol Jalan Raya
Tol – Abu Sahid Mohamad –Maju Expressway
kutipan tol 30thn (tak kenal siapa dan proxy siapa?)
Tol – Chan Ah Chye – LebuhRaya Pantai Barat
kutipan tol 60 tahun(tak kenal siapa dan proxy siapa?)
Tol – Ahmad Zaki _ LebuhRaya Lembah Kelang Timur
Kutipan tol 50 thn (tak kenal siapa dan proxy siapa?)
Tol – Hafarizam Harun/Zaki Tun Azmi –
LebuhRaya Kinrara- Damansara ( yang ini Peguam 
UMNO dan Ketua Hakim)
Tol – Raja Eleena Azlan Gamuda Bhd –
LebuhRaya Damansara – Puchong, LebuhRaya KESAS
(anak Sultan)
13.- Urusan Kewangan/Bank
Bank Muamalat – Tan sri Syed Mokhtar Al Bukhary
CIMB Bank – Dato Sri Nazir Tun Razak
14.- Insuran _ Uni Asia Insurance – Tan Sri Syed 
Mokhtar Al Bukhary
15.- PUSPAKOM – pemeriksaan injin kereta 
– Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
16.- Kedai Buku
- MPH Bookstore - Milik Tan Sri Syed Mokhtar 
Al Bukhary
17. Pos Malaysia – Tan Sri Mokhtar Al Bukhary

Itu belum lagi:
Landasan Keretapi - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
KTMB - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Senai airport - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Tanjung Pelepas Port-Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Johor Port - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Penang Port - Milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Itu lah sebabnya masing-masing suka sangat kalau
ada agensi kerajaan nak di swastakan. Apa lagi bila
dah jadi syarikat korporat, masing-masing boleh
buat sesuka hati termasuk menjual sebahagian harta
syarikat dan mengagih-agihkan laba syarikat berkenaan.
(Macam harta moyang diaorang aje!!!!!)
Dulu, semasa penjawat awam menguruskan semuanya
pun beres jugak, dan gaji Pengarah JKR, LLN. Lembaga 
Padi Beras Negara,Pejabat Pos, Keretapi Tanah Melayu, 
Telekom dan yang sewaktu dengannya (sebelum 
diswastakan dulu) Jurutera atau pegawai yang 
menguruskannya tidaklah banyak gajinya. Tak adalah 
sampai gaji CEO ½ juta satu bulan cuma cukup sekadar 
bayar loan rumah dan sebuah kereta sebelum pencen. 
Okey aje…rakyat marhein macam kita tak adalah bil 
bulanan melambung tinggi macam sekarang.
Apa sahaja yang berkaitan dengan rakyat marhein 
semua di buat  untuk cari keuntungan semuanya 
diperdagangkan, dari bahan makan sampai ke tangki 
najis. Talian telefon, stesen tv, talian internet malah 
nak buat wasiat pun kena berurusan dengan duit, 
lagi banyak yang diwasiatkan lagi banyak untung yang 
dia orang dapat…tak caya cuba tanya Amanah Raya ….
Pasal apa mereka yang punya pengaruh kedudukan tak 
kisah dengan rakyat marhein…pasal, hidup mereka 
semua percuma!!!FREE BEB!!! FREE….Makan tanggung 
derrr!!!!
Yang tersenarai di atas hanya sedikit sahaja....tapi pelik
sebab hanya satu nama memonopoli semua...percaya????
sandiwara???? ataupun sebenarnya nama sekadar proxy
kepada malaon-malaon yang tidak kita ketahui!!!!.

KRONISMA – Amalan dan layanan istimewa (seperti 
memberi kontrak) berasaskan hubungan rapat diantara 
usahawan dan anggota kerajaan.Lazimnya melibatkan 
rakan dan ahli keluarga yang berkongsi kepentingan. 
Pertanyaan istimewa untuk anda semua adalah:- 
Do you still want to vote for a coruppted government 
again after 56 years and would 70 or 100 reason be 
good enough for you????