Pages

Monday, September 30, 2013

Kau Yang Rasuah..Kami Yang Tanggung???..." Err.. Pasaipa Tak Tanya Bekas Timbalan Saya ..."

Dua posting menarik minggu ni yang patut anda baca.
Dari blogger yang memang popular King Jason,tapi blog
dia saya tak dapat nak cari jadi saya salin dari blogger
yang ada muatkan posting ni. Satu lagi posting yang
patut anda baca dan fikir, adalah posting dari blogger
Mantot (Cursing Malay).

(1)Kamu yang rasuah...kami yang tanggung??
oleh King Jason

Kamu bina lebuhraya..guna wang rakyat..patut
kami dapat free..rupanya kami kena bayar tol!!
Perjanjian tol..kami tak tahu apa apa..kamu kata
kerajaan berjimat dengan menswastakan lebuhraya..
sudahnya...hutang negara makin bertambah!!!

Kamu bina KLIA2, KLIA 1 tu nak buat apa? Tukun?
LCCT tu pula nak buat apa? Bakal jadi macam Subang
airport ka? Kamu bina projek membazir dengan kos
segala mahal..KAMI LAGI YANG TANGGUNG!!! Siapa
kata projek ni tak wujud RASUAH KRONY??

Kami tanggung kos bil electric yang tinggi..lebih tinggi
kos yang kami tanggung dari negara jiran kami!! Kamu
kata..IPP dapat subsidi gas..rupanya yang kamu bantu
tu kawan2 niaga kamu..bukan kami!!! Semua kos tu
last-last dari cukai kami!!! MENGAPA KAMI KENA
TANGGUNG?

Kamu membazir kan wang cukai kami dengan
berbagai perkara yang kami tak diberi AUDITNYA.
Kamu suruh kami berjimat cermat, kami sudah
habis berjimat..apa yang kamu buat DIKERUSI
PERDANA MENTERI ?

Semua yang kamu buat..GUNA WANG KAMI, kenapa
negara kami terHUTANG RM622 bilion ? Siapakah
yang akan bayar? Kamu yang salah urus negara..
KAMI YANG TANGGUNG???
Sumber di sini:
(2)"Errr....Itu Bukan Saya. Saya Sudah Lupa. 
    Pasaipa Tak Tanya Bekas Timbalan Saya ..."

Mereka adalah bekas pengarah syarikat itu Datuk
Philip Lim Jit Meng dan Datuk Tan Liang Keat,
pengurus besar syarikat Lim Kah Heng serta
penasihat perniagaan, Datuk Ng Poh Weng, Datuk
Marcus Yee Yuean Seng dan Datuk Chin Wai Leong.

Selepas dua jam prosiding mahkamah, kesemua mereka 
meminta dibicarakan terhadap tuduhan tersebut. Ia 
mengambil masa hampir lima jam bagi mahkamah 
mendaftar lebih 900 tuduhan terbabit, sebelum 
prosiding bermula pada jam 3.30 petang.

Terdahulu, Jit Meng, 56, dan Tan, 41, mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Sesyen lain atas tuduhan 
membuat kenyataan palsu di sebuah lamanweb 
bahawa perdagangan emas itu adalah selaras dengan 
prinsip-prinsip syariah.
...............
Orang kata,
Pakcik Mahathir kita ni adalah seorang yang
Mempunyai visi yang melangkaui masa.

Orang kata lah....
Betul atau tidak, Wallahuallam.

Saturday, September 28, 2013

Mee Rebus Udang...Sedapp Nyer...!!!

 MEE REBUS UDANG 
Bahan-bahan hidang:
500 g mee kuning
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
3 biji telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi secukupnya
Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
Cili hijau - dihiris
Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang

Bahan-bahan untuk kuah:-
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
2 camca besar udang kering, direndam 10 minit*
2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*
(*bahan bertanda dikisar halus)
3 camca besar cili kering kisar.
2 camca besar rempah kari ikan,dibancuh dgn sedikit air
2 biji keledek, direbus hingga empuk dan dilecek halus
Air rebusan kulit udang (kulit udang rebus dan kisar)
tapis ambil airnya
300 g udang sederhana besar
gula dan garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak tumis bahan dikisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kering kisar dan rempah kari,
   tumis hingga naik bau.
3. Masukkan air rebusan udang, masak hingga mendidih.
4. Masukkan keledek rebus, kacau hingga rata dan pekat.
5. Masukkan udang segar,kacau seketika.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Hidangkan bersama mi dan bahan-bahan lain.



Di Celah Kesempitan..Dan Yang Mengambil Kesempatan !!!..



Presiden Malawi sanggup jual pesawat presiden dan
kereta mewah menteri-menteri kabinetnya, kerana
membantu kesusahan dan kemiskinan rakyat. Malahan
wanita itu telah menurunkan gajinya sebesar 30 persen.
(Jual 35 buah kereta Mercedes Benz yang digunakan para menteri kabinet).

Membela laa sangattt!!!...
Bagaimana sikap pemimpin-pemimpin negara kita?
Menteri Malaysia disaran guna duit sendiri beli minyak
jika guna kereta..dikatanya orang tu BODO.Lihat aje kos
rumah PM dan TPM lebih RM18,000 untuk sehari. Kos
termasuklah kos baik pulih mencecah RM60,000 sebulan,
bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.
Musykil sungguh , takkan ubah suai rumah tiap-tiap 
bulan? dan tak masuk akal bil air sampai seribu sehari
mandi ke berkubang?? Yang terbaru kos jamuan hari 
raya RM.2.88 juta- kos bagi menjamu 80,000 tetamu.
Juta weh!! Tapi apa nak herankan..Kerajaan yang bayar
bukan dia atau keluarganya yang kena bayar…

Anak menteri lak beli rumah bernilai Rm. 7.2 juta…
macam nilai tu pada dia Rm 72 hengget aje…kalau 
ditengok dari pekerjaan dan perniagaannya..memang 
tak mampu dia beli harga tu..tapi dah apaknya kata 
"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya,". 
Apo nak dikato…buah cempedak jadik nangko…!!!

Baru 3 tahun jadi menteri
rumah dah sebesar ni...
Kalau lebih tahun lagi ???

Sejarah telah mencatatkan bila Khalifah Umar Abd Aziz
naik takhta, Badwi di gurun pun tahu kerana serigala
telah boleh berjinak-jinak dengan sekawan kambing.
Begitu juga apabila perginya Khalifah Umar, Badwi
di gurun telah awal lagi menjangkakannya kerana
serigala yang selama ini tidak mengganggu ternakan
telah mula mengganas kembali.Itu lah peri pentingnya 
kita memilih pemimpin.Binatang pun tahu.Kalau 
binatang pun mengambil kesempatan, apatah lagi 
manusia?
Kenaikan harga petrol bukan sahaja akan menaikkan
segala bagai harga di sekeliling kita, tetapi gejala lain
yang tidak dapat kita banteras seperti ragut, curi,
merompak, merogol mungkin akan berleluasa…bila 
manusia ini hilang akal warasnya, pasti terjadi yang 
diluar kawalan. Berawas-awas, berwaspada dan 
beringat-ingatlah kita.
Berdoalah... Allah itu dekat, Dia tempat kita mengadu. 
Pohonlah padaNya.
"Ya Haiyyu..Ya Qayyum dengan rahmatMu daku 
memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, 
dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku 
walaupun sekelip mata”
(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Memang tepat, apa yang dikatakan oleh Allahyarham
Ustaz Fadzil Mohd Noor-"Ujian daripada Allah ada dua, 
ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Ramai yang 
berjaya ujian kesusahan tetapi gagal dalam ujian 
kesenangan." 

“Tidak beriman kepadaku orang yang tidur dengan 
kenyang sementara tetangganya lapar padahal dia 
mengetahui hal itu.” (HR. Al Bazzaar)

47% yang memilih Pemimpin Carakin (Cakap Tak
Serupa Bikin) Pekak atau Tuli, seluruh rakyat
1Malaysia diperbodohkan.... Yenna deyy!!

Thursday, September 26, 2013

Merdeka Kah Kita ???????

Hari Rabu selalu blogger buat entry WW, tapi
saya jarang sekali. Ada aje yang nak dibebelkan...
31 Ogos sudah berlalu dah nak sebulan. Kata seorang
sejarahwan sebelum PRU13 lepas, bahawa " Tanah
Melayu tidak pernah di jajah!!" Jadi saya dan orang lain
tertanya-tanya untuk apa kita sambut Hari Merdeka,
kalau negara kita tak pernah dijajah ?? Kita merdeka
dari siapa??  Disuruh pasang bendera untuk apa?? 
Takkan sambut hari Merdeka sebab nak menghabiskan
duit peruntukkan kerajaan?? Haa itu kisah hari merdeka.

Tapi pernah tak kita menyoal sekali diri..adakah kita ini  
betul betul menjadi rakyat yang merdeka???....

Nak belajar tak berduit, kena berhutang, apalagi 
PTPN KAN ADO!!!! pinjam PTPTN..bila tak lepas bayar,
Passport kena tahan tak boleh keluar kemana-mana..
lebih baik pinjam duit jual LEMBU!!!
Along berlesen...???

Nak beli barang keperluan..korek duit yang mana ada, 
tapi beban bertambah bila minyak naik, tambang bas, 
teksi jadi naik, harga barangan keperluan pun mengikut 
sama, saya baca ada keluarga sampai nak beli sardine 
dalam tin pun tak mampu..apatah lagi ikan segar….
Takkan nak pakai “BUKU TIGA”..

Masa keje dulu saya pelik, bila Abang yang kat pantry 
pejabat buka buku 3…kira apaa?...rupanya budak-budak 
ofis minum hutang kat dia, bila cukup bulan baru bayar…
adehhh!!!! Biar betul..??? abang tu kata BETULLLL…kalau 
kau tengok pantry ni kosong, maknanya dah dapat 
gajilah tu..diaorang akan makan kat tempat lain…bila 
poket kosong…pantry ni akan penuh balik…wah!! Itu 
macam pun ada ka??...Abang tu jawab….ADA!!!!...Jangan 
tak percaya!!!!...Inflasi meningkat berganda-ganda…gaji 
naik seciput, nak cover apa???...

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan segala sumber 
alam, kita kaya raya dengan limpahan minyak, gas, 
kelapa sawit, balak, hasil pelancongan, industri dan
banyak lagi. Kenapakah kita, rakyat sering termangsa 
dan dimangsakan dengan tekanan inflasi yang 
berterusan. Tak sudah - sudah kisah subsidi..sekarang
ni cerita subsidi gula..nak naikkan harga gula..cerita
pasal diabetes...corner sana corner sini..mangkuk ayun
betul!!!!

Malaysia negara pengeluar minyak. Kenapakah kita tidak menikmati limpahan nikmat minyak negara sama seperti
Brunei, Saudi Arabia, UAE. Negara-negara tersebut
menyisihkan sebahagian pengeluaran minyak untuk 
kegunaan dalam negeri. Malahan siap ada dana untuk 
anak baru lahir, setiap pasangan baru kahwin ada 
peruntukan untuk beli rumah. Hasil jualan minyak 
siapakah yang sebenarnya menikmatinya. Jika ianya 
PETRONAS. Petronas ini milik siapa dan bertanggung 
jawap kepada siapa? PETRONAS buat bangunan canggih
-canggih seperti KLCC...tapi anda tahu tak tuan tapak 
tanah bangunan KLCC tu adalah tauke MAXIS dan tuan 
punya ASTRO?

Yang pasti hutang negara dah melebihi RM500 billion 
had yang dibenarkan, sekarang nih dah jadi RM622 
Billions. Dalam hutang yang dah melebihi had.. Gabenor 
Bank Negara kata.... "Hutang Isi Rumah Rakyat Malaysia 
masih terkawal".... adehhh!!!....Nak kata tak belajar 
ekonomi…pelajaran dan jawatan..GAH sekali..tak kan 
nak tipu orang kampong??..orang kampong mana?? 
Ramai sekarang yang berpelajaran termasuklah anak-
anak, cucu dan cicit mereka…
Gaji kena 5 digit baru boleh beli...

Dulu zaman 80 an rumah murah harga RM 25,000, 
rumah teres RM 60,000, rumah Bandar (town house) 
dalam harga RM35,000 pun ada orang tak mampu 
beli…sekarang rumah teres RM 500,000 ke atas…baru 
ni saya tengok iklan rumah sedang dibina 2 ½ tingkat…
harga RM 800, 000 lebih nak dekat sejuta…gilerr ke 
hape!!!! Nak gaji berapa baru boleh beli? Setakat 4 – 5k 
tak mampu nak beli…inikan pula gaji bawah tu..mampu? 
Sampai bila nak menyewa…??? 
Rakyat Malaysia umpama anak tauke/anak hartawan, 
bapak kaya raya, anak miskin melata..logik? Tak logikkan?
Nak beli kereta, harga kereta kita yang kedua termahal 
di dunia…DI DUNIA wehhh..MYv kita sama dengan harga
AUDI TT kat London …apa cer???? Kalau AUDI TT kat 
Malaysia tak tahu nak katalah….Sedangkan kereta itu 
sudah jatuh jadi barang keperluan..
Harga Audi TT di London 
sama harga MYv di Malaysia

Nak harap pengangkutan awam..bas..hmm entah 1-2 
jam baru muncul…LRT, Komuter, ERT..tengok kawasan
bukan semua ada,dengan jalan sesak, janji ribu kali
di janji, konon selaras subsidi sebab nak perbaiki sistem
pengangkutan awam..hasilnya..?? Phuii !! Beli bas kroni, 
dapat tender buat MRT kroni, kalau tak dapat kat kroni
memang tak ada projek baru...selagi tak MASYUKK, 
selagi tu laa...diaorang yang berkuasa ni buat bodoh je...
jalan sesak mana nak rasa pasal pegi keje ada out rider
siap suruh KETEPI..KETEPI..rupanya nak bagi malaun 
laluan..dahlah memasing mulut longkang. Bila mulut
longkang, kepala diaorang pun dah jadi jam***...memang
tak terfikirlah susah orang…yang penting pada diaorang 
MASYUKKK!!!! 

Jadi..adakah kita MERDEKA dalam erti kata yang
sebenarnya ??. Merdeka dalam kehidupan seharian??

Kata-kata dari Ibnu Khaldun memang 
tepat dan benar sekali.
“Di awal sesebuah kerajaan atau pemerintahan bilangan 
orang kaya kurang dan kadar cukai juga rendah tetapi 
kutipan hasil negara banyak. Di akhir sesebuah 
pemerintahan atau sesebuah kerajaan hampir tumbang, 
bilangan orang kaya besar dan kadar cukai juga tinggi 
tetapi hasil negara sentiasa tiada kecukupan atau hilang”
- Ibnu Khaldun.

Monday, September 23, 2013

8 Perkara Penentu Bahagia Atau Derita Di Dalam Kubur....

8 Perkara yang menentukan bahagia atau

derita didalam Kubur....
Abu-Laits berkata: “Siapa yang ingin selamat
dari siksaan kubur maka harus melazimi(amalkan)
empat dan meninggalkan empat iaitu:

Empat yang harus dilazimi/diamal:
1. Menjaga solat lima waktu
2. Banyak bersedekah
3. Banyak membaca al-Quran
4. Memperbanyak bertasbih
membaca:
(Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah
wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua yang empat ini dapat menerangi
kubur dan meluaskannya.

Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:
1. Berbohong
2. Khianat
3. Adu-domba
4. Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad S.A.W
pernah bersabda: “Bersihkanlah kamu daripada air
kencing, sebab umumnya siksa kubur itu berpunca
daripada air kencing.
(Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih
- bersihnya selepas membuang air kecil.)

Sedutan dari Kitab Tanbihul Ghafilin
http://peribadirasulullah.wordpress.com

Sunday, September 22, 2013

Udang Goreng Mentega @ Butter Prawns

Kali ni kita masak udang cara lain pulak, takkan asyik 
buat sambal atau goreng kunyit aje...sesekali tukar 
selera ok!. Resepi banyak macam-macam tapi saya salin 
dari Azie Kitchen. Terima kasih banyak-banyak untuk 
Azie diatas perkongsian resepi siap panduan bergambar 
macamana nak buat floss telur lagi.Tapi floss telur saya 
tidak halus..kalau betul-betul macam kat kedai , halus 
seakan suhun goreng. Nanti nak cuba cara Nita-
sudipkayu pulak.

Butter Prawns  - Amy
Resepi asal : Azie Kitchen

Bahan-bahan:
12 ekor udang
Sedikit Garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih - jika suka
Garam secukup rasa

1. Mula- mula goreng dulu udang yang digaul dengan
   sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah
   warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama nanti
   udang akan mengecut, dan agak keras bila dimakan.
2. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Panaskan butter/margerin di dalam kuali lain dan
   tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga
   garing dan naik bau.
4. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar.
5. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk
   lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan
   bubuh banyak sangat garam sebab butter atau
   margarine memang dah bergaram.
6. Bubuh udang yang telah masak di dalam piring
   hidangan dan ketepikan.

Untuk Sarang Telur:
2 biji Kuning Telur
Sesenduk Butter/Margerin
Secawan Minyak masak

1. Pukul ringan kuning telur.
2. Panaskan Butter/Margerin bersama minyak.
3. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas,
   pusing-pusingkan dengan senduk laju laju
   membentuk bulatan sehala tanpa henti. Sebaiknya
   gunakan senduk bulat.
4. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi
   sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halus.
   Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang
   Telur hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga
   telur tu masak berwarna keemasan.
5. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis aluminium
    /tapis santan besi untuk toskan minyaknya.
6. Setelah siap sarang telur tadi, bolehlah dimasukkan
       atau taburkan sarang telur/floss  ke atas udang
   yang di dalam piring hidangan tadi.
7. Siap untuk dihidangkan.



Thursday, September 19, 2013

Bercuti Ke Pulau Mutiara..Penang!! Bhg.4

Hari ni hari keempat di Penang. Selepas sarapan kami 
jalan-jalan di pantai Batu Feringghi…sambil tengok orang 
main jet ski, naik bot, main parachute, lepas tu kami 
cari jeruk..masing-masing nak bawa balik untuk kawan 
kolej dan rakan kerja En.Hubby.




Yang herannya gerai jeruk kat Teluk Bahang jual satu
paket Rm 5.00, yang gerai kat Jalan Batu Feringghi
jual Rm 6.00, nasi lemak bungkus pun macam tu, kat
gerai depan Eden Parade rm 1.20, tapi kat gerai depan
Hard Rock Hotel udah jadi rm 1.50, padahal nasi lemak
yang sama.

Lepas beli jeruk, kami balik bilik sebab nak check out..
Kami singgah Teluk Bahang jumpa kawan En.Hubby,
Yahya dan Asma…tapi kebetulan Yahya keluar, yang 
ada cuma Asma dan Danial (anak bongsu) dan kawan-
kawannya. Ucapkan terima kasih kepada mereka 
sekeluarga. Anak-anak Asma 4 lelaki bujang, Amir, 
Haffiz, Shafiq dan Danial. Yang dapat kami jumpa, 
Shafiq dan Danial aje. Shafiq kami jumpa masa datang 
makan tengahari tempohari, Danial pula masa nak balik 
tu. Dua yang kami jumpa, tinggi-tinggi muka mix… ala-
ala Christiano Ronaldo pun ya juga.

Kami balik ikut feri…sebab anak-anak tak pernah naik…
jalan sesak..



Menarik di Pulau pinang...rekabentuk kedai, rumah 
hingga ke signboard perniagaan cantik-cantik belaka

Kedai pakaian - Jenama Bruberry, Polo
Butik Chocolate..yum..yum
Kedai Pizza, Pasta
Tempat makan steak
Taman Perumahan

Taman Perumahan

Villa Percutian - The Lost Paradise
Hotel Hard Rock