Pages

Wednesday, January 29, 2014

Bertemu Jodoh Melaka dan Kelantan...

Pasangan Nor Hisham dan Nor Amirah

Sibuk kehulu kehilir...blog baru nak update...crita anak sedara
En.Hubby melangsungkan perkahwinan hari Sabtu lepas di 
Melaka. Kami gerak dari KL lepas Maghrib, sampai kat Melaka
dah kul 10 lebih nak kat kul 11 malam. 

Dak Mira ni jumpa dan berkenalan dengan pasangannya masa
sama-sama belajar bidang perubatan..tahun lepas baru habis
pengajian, dapat keje masa pertengahan tahun...awal tahun ni
langsungkan perkahwinan...


Lepas akad nikah..tengok bapak si pengantin lelaki peluk-peluk
pengantin lelaki sambil menangis...ohhh!!! rupanya si Abe 
Hisham ni...anak sulung...si Dak Mira ni pulak anak bongsu..
Orang Kelantan datang dengan satu bas...tapi masa kenduri tu
ramai sungguh tetamu tak berhenti-henti, sampai ke petang
Masa pihak catering dah kemas kerusi meja pun masih ada lagi 
orang datang...tuan rumah bagi makan apa yang ada ajelah...



Haa..coklat ni atas permintaan dak MIra..
dia suruh saya buat..
tapi sebab sibuk kehulu kehilir..
si Ira pulak tak sudah-sudah nak coklat DAIM...
saya gi Wangsa Walk beli Daim si Ira 
lepas tu masuk Cold Storage...
Beli coklat Belgium...
jadilah salah satu hantaran si Dak Mira...
he..he..he..mengelat sungguh kau ya Cik Amy!!

Wednesday, January 22, 2014

Seafood Goreng Belacan...Walaa...Best Wehhh!!

Diluar sana sibuk dengan kangkung..kangkung pulak 
popular dengan kangkung goreng belacan... tapi rumah
saya jarang sangat beli kangkung...jadi saya masak
seafood...ohhh best sangat...!!!

Seafood Goreng Belacan - Amy
Bahan–bahan:-

1 mangkuk sederhana lala - cuci bersih
4-5 ekor sotong – dibersihkan dan dipotong bulat
10 ekor udang sederhana besar - bersih buang kepala
1 labu bawang besar – di hiris
1 batang serai – diketuk
3-4 biji cili padi diketuk
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar: -
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 biji cili merah
4- 5 biji cili padi
1 1/2 inci belacan

Cara-cara:-
1. Lala, sotong udang dibersihkan.
2.Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
3.Masukkan serai yang diketuk, baru masukkan seafood.
4.Bubuh air sedikit, kemudian bubuh hirisan bawang
  dan juga cili padi ketuk.
5.Perasakan garam dan gula secukupnya,kacau rata dan
  angkat.

Nasi Karot...Sedap...Senang Sangatttt !!!!....


Jemu makan nasi putih..saya masak nasi karot.... ini
versi yang mudah sangat...tak perlu susu, tak guna
minyak sapi ...tapi sedappp..!!!!

Nasi Karot - Amy

Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi
3 cawan air
½  batang karot dipotong dadu
Daun sup daun bawang
Bawang goreng
Garam secukupnya

Bahan Tumis:-
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
½ inci halia* (bahan bertanda* dikisar)
1 labu bawang besar – di mayang
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga cengkih
2 sm kulit kayu manis
2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar majerin
1 kiub pati ayam

Cara menyediakan:
1. Masukkan majerin dalam periuk letrik,bubuh periuk 
  letrik atas dapur biasa. Tumis bawang besar 
  kemudian tumiskan semua bahan kisar dan bahan 
  tumis yang lain sehingga bau wangi. 
2.Apabila naik baunya masukkan air,kiub pati ayam,
  daun pandan,beras,garam secukupnya dan gaul rata. 
3.Bila nampak mendidih, angkat periuk dan hasil 
  tumisan,masuk periuk dalam bekas nasi letrik dan 
  biarkan hingga masak.
4.Apabila nasi kering masukkan karot,kacau nasi 
  perlahan-lahan guna garfu atau senduk kayu.
5.Hiaskan dengan bawang goreng, daun bawang,daun 
  sup.Sedia dihidang.


Monday, January 20, 2014

Bingka Ubi...Sedap..Lembuttt ..dan Resepi Mudah !!!...

Assalam...dah berzaman tak buat bingka ubi..teringin 
sangat nak makan...sebab dah lama tak buat ..dah tak
ingat resepi...cuma ingat kalau buat bubuh majerin...
bingka warna kuning sebab tak guna gula merah..
Jumpa resepi di blog Kak An Periuk Tanah.. guna 
resepi beliau cuma tukar guna gula putih, tambah 
majerin, pewarna kuning tapi tak guna telur.

Bingka Ubi Kayu - Amy
Resepi asal : Periuktanah

Bahan-bahannya:
4 cawan ubi kayu parut.
1 cawan gula.
2 cawan santan pekat.
1/2 tsp garam.
3 sudu besar majerin/butter
Sedikit pewarna kuning.

Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam 
   mangkuk.
2. Gaul hingga sebati.
3. Tuangkan kedalam loyang yang telah dilenser
   minyak.
4. Bakar hingga masak atau hingga berkerak 
   dibahagian atas bingka.
5. Biarkan bingka betul-betul sejuk baru di potong.



Wednesday, January 15, 2014

Keladi Asam Rebus Tempoyak....Menambat Rasa..!!!!

Selalu kalau keladi biasa dimasak asam rebus atau asam pedas,
tapi kali ni ..tukar sikit sebab ada tempoyak yang diberi
oleh kakak...masak ni pun sikit sebab dalam keluarga ni, saya
aje yang makan, yang lain tak reti makan keladi ...

Keladi Asam Rebus Tempoyak - Amy

Bahan-bahan:-
3 tangkai batang keladi bersama isinya –
(dibuang kulit dan dipotong)
2 batang serai - di ketuk
2 tangkai daun kesum
3 keping asam keping
2 sudu besar tempoyak
garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan dikisar/tumbuk:-
Segenggam ikan bilis
5 biji cili merah
6-8 tangkai cili padi
4 biji bawang merah
½ inci kunyit hidup

Cara:-
1.  Rebus keladi hingga empuk.
2. Toskan, buang air rebusannya dan ketepikan.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk
   bersama air, serai dan tempoyak.
4. Masak di atas api yang perlahan dan kacau rata.
5. Masukkan asam keping,daun kesum dan garam
   secukup rasa. Jerang hingga mendidih
6. Akhir sekali masukkan keladi yang sudah di rebus tadi,
   angkat dan hidangkan.

Tip: Penjual sayur tu kata kalau nak beli keladi, beli yang
     batang keladinya putih kalau hijau warnanya gatal...
     


Sunnah Rasulullah: Amalan Harian Dan Ibadah....


Amalan Harian : 15 Sunnah Rasulullah SAW....

Berikut merupakan antara amalan harian yang dilakukan 
oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia 
menjadi sunnah  buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini 
mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan 
boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh 
wa musleh’.
.
1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, 
yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang 
lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu 
‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.
2. Dahulukan Kanan
Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam 
segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, 
bersikat, berwuduk dan mandi.“(Hadis riwayat Muslim)
.
3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling 
disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah 
pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
4. Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu 
‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak 
dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid)kerana celak 
dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan 
bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
5. Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu 
‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan 
Ibnu Hibban.)
.
6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a.meriwayatkan:“Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. 
Selepas makan  Baginda menjilati ketiga-tiganya.”
(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.
7. Minum
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah 
Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik 
nafas (menghela) dua kali.” 
(Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.
8. Bersilaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang 
sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan 
ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat 
mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang 
yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali 
silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan 
keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat 
dan yang memutuskan persaudaraan.”   
(Riwayat Ibnu Majah).
.
9. Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah 
Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak 
seperti sedang menuruni tanah yang landai.” 
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a.meriwayatkan:“Rasulullah Shalallahu 
‘alaihi wasalam mengulangi  perkataan Baginda tiga kali 
supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” 
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi 
Muhammad  Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.
12. Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalammenggauli kami. Baginda 
berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu 
Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung ughair?’” 
(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan 
Ahmad)
.
13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur 
pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam 
selalu menadahkan  kedua tapak tangan sambil membaca 
Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda 
meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, 
Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau,
dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh 
Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” 
(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan 
Ahmad)
.
14. Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah 
tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam 
membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu‘alaihi wasalam membaca Al-Quran 
dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. 
(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
.
15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu 
‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua 
kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya,“Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa 
Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu 
dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam
menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah).



7 Sunnah Rasulullah dalam beribadah :


Sama-samalah kita cuba memperbaiki diri dan amalan,
sebagaimana kasih dan sayangnya Nabi kepada kita 
umatnya. Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1435..






Sunday, January 12, 2014

Teknik Psikologi Dan Doa Didik Anak Jangan Tinggal Solat .....

Perkongsian ini memudahkan kita mengajarkan 
keperluan hamba ALLAH bernama manusia mendirikan Solat...Mari Mencuba. Ini tips menarik dari blog 
Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi 
untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.
Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun.
Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi 
manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang 
mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar di atas:

1.Jika tidak solat Subuh buang 2 batang mancis 
  dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak 
  solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat Zohor, buang 4 batang mancis
  di bahagian lengan.Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat Asar, buang 4 batang mancis
  di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak
  solat Asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat Maghrib, buang 3 batang mancis
  di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa 
  hantu dah.

5.Jika tidak solat Isyak, buang 4 batang pada kaki.
  Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus
maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak
sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh Maghrib
dan Subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan
tiada perut. Orang tengok pun akan lari.Jadi, renung-
renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka
cacatlah kita ini.
Sumber : di sini

DAN DOA UNTUK ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU
DI SURUH, DI BEBEL DAN DI PUKUL...

Amalkan membaca doa seperti dibawah ini dalam sujud, 
setiap kali solat dan pada bila-bila masa saja berdoa. 
Teruskan berdoa..Doa...Doa...Dan berdoa...

Doanya adalah ayat Al-Qur'an dalam surah Ibrahim
ayat ke-40.
Doa tersebut berbunyi seperti berikut:

"Robbij'alnii Muqiimash Sholaati, Wa Min Dzurriyyatii.
Robbanaa Wataqobbal Du'aa..."
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang 
yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat 
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." [Surah Ibrahim ayat 40].

Juga boleh di tambah Surah Ibrahim ayat 41 bersama-
sama Surah Ibrahim ayat 40 semasa berdoa tu...

Friday, January 10, 2014

Ikan Sepat Goreng Cili Padi ..Perghhh!!! .....Best sangat..!!!


First time beli ikan sepat basah..selalu beli ikan sepat kering
(ikan masin)si penjual ikan kata sedap goreng bercili. Stok
cili padi ada lagi..hmm apalagi buat goreng cili padilah...
Sedap walaupun pedas..Perghhhh !!!....

Ikan Sepat Goreng Cili Padi – Amy

Bahan:-
3 ekor ikan sepat basah – bersihkan (garam dan kunyitkan)
1 biji bawang besar –di hiris bulat
3 biji cili padi – dititik
1 batang serai – dititik
2 biji limau kasturi – di belah dua (perah jusnya)
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng/menumis

Bahan kisar:-
10 biji cili padi
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara:-
1.  Panaskan minyak dan goreng ikan sepat yang
 telah dibersih, digaram dan kunyitkan.
2. Goreng ikan sepat sehingga garing. Angkat
   toskan dan ketepikan.
3. Gunakan sedikit minyak gorengan ikan sepat tadi,
   tumis bahan kisar hingga naik bau kemudian
   masukkan cili padi,serai yang dititik.
4. Setelah itu masukkan bawang hiris, perahkan 
   limau kasturi. Kacau rata. Perasakan secukupnya.
5. Angkat dan tuangkan ke atas ikan sepat basah
   yang telah digoreng tadi.  

Kerabu Pucuk Paku Dan Kerang....Menambah Selera...!!!


Pergi pasar beli pucuk paku, beli kerang teringin nak
makan kerabu...hmmm sedap makan dengan nasi panas
panas, tambah pulak ada lauk ikan sepat basah goreng
cili padi. Memang menambah selera.....!!!!

KERABU PUCUK PAKU KERANG - Amy

Bahan-bahannya:-
1 ½ kg kerang
2 ikat pucuk paku
1 labu bawang besar [hiris]
3 biji limau nipis ambil jusnya
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:-
2 batang serai
4 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu besar udang kering - (rendam dulu)
4 ulas bawang merah
1/2 cawan kelapa goreng

Cara memasak:-

1.   Rebus kerang, ambil isinya.
2.  Pucuk paku ambil daun hijau sahaja. Basuh dan
    rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut. 
    Toskan.
3.  Gaulkan semua bahan kisar,kerang,bawang hiris, 
    jus limau dan pucuk paku.
4.  Rasakan garam dan gula secukupnya.
5.  Hidangkan.

Tuesday, January 7, 2014

Ikan Tilapia Bakar Sumbat Sambal Kelapa -Perghh!!!!..Berasap Pedas Tapi Sedappp!!!



Perghh!!!..Berasap telinga..tapi sedappp sangat!!! 
Padahal cili padi bukannya banyak manapun...

Ikan Tilapia Bakar Sumbat Sambal Kelapa - Amy
Resepi asal - Chef Hanieliza

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan tilapia - di bersihkan dan di belah belakang
1 helai daun kunyit – dimayang halus
3 biji limau kasturi dibelah dua

Bahan Sambal
4 biji cili merah *
5 biji cili padi *                           
5 biji bawang merah *
2-3 sudu besar kelapa parut * (putih sahaja)
1 sudu besar udang kering di rendam *
3 batang serai – diracik
Garam secukup rasa
* Bahan bertanda - dikisar 

Cara:
1. Ikan Tilapia dibubuh garam dan kunyit selepas 
   dibersihkan.
2. Gaulkan bahan dikisar tadi dengan serai yang diracik 
   dan daun kunyit yang telah dimayang.
3. Sumbatkan bahan sambal yang digaul tadi dibelakang
   ikan.
4. Bakar ikan sehingga masak (titiskan sedikit minyak).
5.Terbalikkan ikan supaya kedua-dua belah ikan masak.
6. Hidangkan dengan hirisan limau nipis.
   (masa nak makan perahkan limau tersebut…)

* Kalau nak mudah bakar ikan guna aje magic pan...
  sonang gituu...