Pages

Monday, June 30, 2014

Alhamdulillah.... Bersama Ramadhan Lagi....,

Ramadhan datang bukan 
untuk mengubah jadual hidup kita,
Tetapi 
ia datang untuk mengubah hati kita. 

Thursday, June 12, 2014

5 kunci perkara ghaib.....

Nabi Muhammad saw bersabda :
    5 kunci perkara ghaib,tiada yang mengetahuinya 
    melainkan Allah iaitu :-

1)  Tiada yang mengetahui apa yg tersimpan di dalam 
    rahim melainkan Allah.
2) Tiada yang mengetahui apa yg akan terjadi esok hari
    melainkan Allah.
3) Tiada seorang pun yang mengetahui bila waktunya 
    hujan akan turun melainkan Allah.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia 
    akan mati melainkan Allah.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi 
    melainkan Allah.

[Riwayat Bukhari]

Monday, June 9, 2014

Corus Paradise Resort....Hari Ketiga


Port pemandangan yang paling saya suka...kolam renang..
depan kolam ada seakan teluk kecil ada boat dan susur keluar
ada batas pokok kelapa, tempat para pengunjung hotel 
berjogging dan lepak sambil mengadap laut dan langit yang
biru...... Subhanallah...!!!!

Tak tau malam ada orang main piano ke tidak...pasal lepas
makan malam kami terus balik bilik.....kalau kat Sutera Habour
Sabah memang ada orang main muzik...

Ini menu nasi goreng..dan omelet dimasak atas permintaan...







Lepas sarapan...lepak kat bilik...pukul 10.30 pagi...kemas-
kemas kul 11.00 pagi kami check out...nak balik awal pasal 
nak singgah Wangsa Walk Mall...Choww..!!!!

Corus Paradise Resort....Hari Kedua


Hari kedua…sarapan di Restoran Hotel..lepas tu jalan-jalan 
sekitar hotel tepi restoren, kolam renang dan tempat BBQ.
Lepas tu lepak dalam bilik aje..sebab petang baru nak pegi 
pantai dan mandi kolam...








Lepas solat Asar baru kami keluar...jalan-jalan dipantai.....



Banana Boat..kalau nak naik kena ramai
tapi yang pasti mesti tercampak ke dalam
air ...dah itu cara permainannya... 

 Yang ni. Hierspeed boat viper...
tak pernah cuba...beriya si Ira ajak naik
benda ni...jadi kami berdua naik..
yang lain pakat tak nak......
bila dah naik..."BARU KAU RASA"




Main pasir....
Kami balik bilik si Ira dengan si Ayah gi kolam renang...tapi
mandi tak lama...sebelum Maghrib dah balik bilik..
Malam lepas Maghrib, turun ke restoren...kali ni orang tak
ramai...dah ramai yang balik.

Menu makan malam yang best sangat..pasal ayam perciknya
sedap, ada ulam-ulam kacang panjang, bendi rebus,petai rebus
ada telur asin, kerabu ikan bilis, kerabu kacang botol, sambal
tempoyak dan sambal gesek.. ini yang saya ambil.. ada sambal
lain lagi..sambal belacan, cencalok, budu.... 

Menu lain...bubur gandum, mushroon soup dan soft bun..

Menu pencuci mulut...macam-macam ada tapi kami ambil
ni aje....

Bersambung lagi....Insya Allah....

Sunday, June 8, 2014

Corus Paradise Resort ....Hari Pertama



Assalamualaikum...dah berhari tak update blog...nak crita
pasal cuti...oleh kerana cuti En.Hubby dah tak banyak yang 
tinggal, walaupun baru ½ tahun(guna cuti masa pegi Umrah
dulu) Jadi untuk menjimatkannya, cuti kali ni kami pergi PD 
lagi, Hmmm… tapi kali ni kami pegi Corus Paradise Resort. 
Dulu pernah pergi ramai - ramai, tapi tu kat apartment 3 
bilik…tapi kali ni kami gi hotel..sebab si Ira nak mandi kolam.
Kalau apartment nak gi kolam jauh sangat…







Hari pertama sampai dah petang... jadi kami duk dalam bilik
ambil gambar dari bilik hotel, tengok matahari senja,orang
naik jet ski, tengok tv, lepas solat maghrib kami pergi makan malam…punyalah ramai orang makan kat restoren hotel tu…
dapat meja pun hujung-hujung…









Dah nak habis makan baru teringat nak snap…taraaaa!!!!
ini aje yang tinggal untuk di kunyah…



Okey sambung lagi...Insya Allah....