Pages

Sunday, December 28, 2014

Pesawat Air Asia - (Surabaya - Singapore) Pulak Di Lapor Hilang.....!!!!



Pesawat AirAsia rute Surabaya-Singapura hilang kontak 
setelah 8 menit lepas landas. Berikut data lengkap 
pesawat itu. 

Data ini didapatkan dari Corporate Secretary Angkasa 
Pura I, Farid Indra Nugraha, Minggu (28/12/2014).

Rute: Surabaya-Singapura

Nomor penerbangan: QZ 8501
Jadwal : 05.20 LT (Local Time)
Jadwal Tiba: 08.30 LT
Nomor registrasi: PK AXC

Jam boarding: 04.40 LT (Local Time)


D/C : 05.25 LT

Off Chock : 05.27 LT 
Take Off : 05.35 LT
Eta Sin : 00:35
Komposisi Crew QZ 8501

Captain : IRIYANTO


FO : REMI EMMANUEL PLESEL


SFA : WANTI SETIAWATI

FA : KHAIRUNISA HAIDAR FAUZI
FA : OSCAR DESANO
FA : WISMOYO ARI PRAMBUDI
ENG : SAIFUL RAKHMAD

POB (Person on Board) : 138 dewasa/ 16 anak-anak / 01 bayi 

BGE(Baggage/bagasi) :106 Collies / 1305 Kg
CGO (Cargo) : NIL (nihil)


Semuga semuanya selamat dan dilindungi oleh Allah SWT.


Thursday, December 25, 2014

Kan dah kata...Sakan Bercuti!!!....


Nak beliau disalahkan sepenuhnya pun tak boleh juga pasal 
beliau dilahirkan dalam "Dulang Emas". Anak golongan 
bangsawan mana pernah hidup susah...dapat pulak isteri 
yang semua orang kat Malaysia ini "faham"...

Jadi sebagai rakyat marhaen cuba baca artikel ini:

Malaysia sebuah negara sedang membangun dimana rata
-rata rakyatnya miskin dan kurang berpengetahuan 
memerlukan seorang pemimpin dari rahim mereka yang 
benar-benar bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi bertelinga 
rakyat, berhidung rakyat, bermata rakyat dan juga 
berkepala rakyat.
                          
Kerana pemimpin dari rahim mereka sahajalah yang mampu 
untuk menghadam kemiskinan dan pernah mengunyah 
penderitaan rakyat, memahami suka duka rakyat. Saya 
percaya seumur hidup Najib beliau tidak pernah bermain 
banjir dan tertelan air selut. Dia tidak pernah digigit 
nyamuk dan betisnya dihisap lintah. Atau pun kalau dia 
ditakdir menyeberang air selut dia akan didokong oleh 
pembantu ayahnya. Telapak kaki Najib tidak pernah terkena 
duri jauh sekali tahi ayam moner.
                        
Dia tidak pernah tidur di bawah khemah berunggunkan api, memakan ubi kayu bakar. Yang dia makan roti bubuh kaya 
dan keju bersama "Ovealtine" atau "Milo" panas berasap. 
Jauh sekali untuk dia memakan ubi gadung, ubi keladi 
dan juga ikan haruan dan puyu panggang dibara api.

Jadi kalau seorang pemimpin tidak pernah merasai itu 
semua, apa dia peduli dengan nasib rakyat. Kesusahan 
mangsa banjir yang bertarung nyawa kini tidak pernah 
tersentuh oleh hati nuraninya.

Sebab itu kalau hendak memilih pemimpin pilihlah dari 
kalangan kita, rakyat marhaen yang memahami denyut 
nadi rakyat. Yang tahu kepedihan dan keperitan rakyat. 
Yang sanggup tidur dan bersama  rakyat dalam keadaan 
apa sekalipun.

Seorang pemimpin tidak lengkap dan ideal kehidupan 
dirinya sebagai pemimpin kalau setakat merasa atau 
mengetahui penderitaan rakyat itu menerusi audio video 
atau foto sahaja. Tidak cukup setakat membawa novel 
"Ranjau Sepanjang Jalan" untuk mengetahui penderitaan 
rakyat miskin, betapa sakitnya kaki dicucuk duri nibong, 
susahnya menghalau burung ciak atau bertarung dengan 
ulat memakan padi. Tidak cukup. Penderitaan bukan dapat 
dihayati menerusi sebuah lukisan bagai mana realistik 
sekalipun.

Makanya kalau hari ini disaat rakyat berdepan dengan 
kesusahan melawan arus banjir tetapi Najib bersedap-
sedap bermain golf di Hawaii dan berdakap dengan isteri 
di pulau itu, jangan salahkan dia, sebaliknya salahkan diri 
kita sendiri kerana kitalah mengangkat dia menjadi perdana menteri negara kita.


Artikel sepenuhnya di sini.



Tak apa Pak Nil.. jangan bimbang...Melayu Mudah Lupa!!!.

Doa Sewaktu Banjir Dan Di Landa Musibah.....


"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"
 Bersabar dan terus berdoa...Allah tempat mengadu.


Rakyat dilanda banjir...Pemimpin dan geng kat mana..??? sakan bercuti...???


Ini pertanyaan dari rakyat marhaen.....
Pemimpin Malaysia dan geng kat mana?

Apakah bercuti dan berehat di luar negara lebih penting 
sehingga ianya tidak boleh ditangguhkan langsung? Atau 
kalau sedang bercuti, tidak bolehkah pulang segera dan
menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin kepada 
rakyat?

Apakah tiada hati dan perasaan ??, tidak prihatin dan 
lebih mengutamakan diri sendiri???dengan tidak sanggup
menangguh atau memendekkan percutian mereka di ketika 
rakyat sedang sengsara ini ???. 

Rakyat sampai dah tak tau nak buat apa...rumah hanyut,
tenggelam..tempat penempatan pun dilanda banjir..bukan
satu dua negeri...Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak.
pihak penyelamat pun dah buntu..hanya bantuan orang
ramai, usaha dan doa kepada Empunya Langit dan Bumi,
agar air surut dan keadaan pulih kembali. 

Takkan masih nak enjoy menikmati matahari terbenam
di LA dan matahari terbit di NY... hujung tahun lepas dah
buat, tahun ni sama jugak ke ????...Kat mana? Kat mana?



Wednesday, December 10, 2014

Cuti - cuti di Korea ....Bhg,8 ( Incheon Airport )

Balik dari Namsan Tower..kami berkemas..kemas pakaian dan bersihkan rumah yang kami sewa…sebab esok pagi dah nak balik… Penerbangan walau pukul 11.00 pagi..kami kena awal..sebab dari Itaewon ke Incheon ambil masa 1 jam lebih… jadi lepas solat subuh.. saya sempat buat nasi goreng dan panaskan pizza.. En.Hubby turun buang sampah, bila masuk ke rumah ..dia kata “ Driver teksi dah tunggu..” kami pun berangkut beg. Masa masuk jumbo teksi tu... suasana masih sunyi..padahal masa tu dah pukul 7.00 pagi....... sebab orang Korea tak keluar rumah lagi, 






Sampai kat Incheon Airport..tempat serah bagasi..belum buka lagi..jam 8.30 pagi baru buka...saya dengan En.Hubby pergi pulangkan dongle wifi yang kami sewa kat tingkat bawah...
bila kami naik,orang dah beratur serahkan bagasi.. lepas serah
bagasi baru kami gerak ke gate pelepasan...lalu Imegresen...
teliti woo…sampaikan cream vaseline saya pun dia keluarkan 
dan baca...

Masa kami tunggu flight tu ramai orang Malaysia....yang kami
jumpa kat Hangang Park tu pun satu flight...termasuklah sorang
bekas artis Singapura ni...Maizurah Hamzah..masa pergi satu flight...balikpun sama. Alhamdulillah..jam 5.00 petang kami sampai di Malaysia.

TIPS:- 
1. Jika nak bercuti ke Korea..tukar duit ringgit RM ke USD
    terlebih dahulu..lepas tu baru tukar ke WON Korea. 
2. Cari penginapan yang boleh masak, boleh bawa paket
    makanan dari Malaysia yang ready made..seperti jenama
    Sharifah..Brahim.. Jimat sikit duit belanja...
3. Jika nak shopping baju ikut cuaca Malaysia..datang musim
    panas atau musim bunga.
4. Pengangkutan awam sangat tiptop (efisyen)...bas, teksi,               subway... tak perlu bimbang untuk dari satu tempat ke satu         tempat.... 
5. Kalau nak jalan- jalan ke pulau atau tempat popular mereka
    pilih hari biasa jangan hari Sabtu dan Ahad..sebab kedua-dua       hari tu rakyat Korea sendiri keluar melancong dalam negara
    diaorang...sesak padat sangat-sangat...
6. Kalau boleh berbahasa Korea lebih mudah...tetapi jika tidak
    boleh bertanya ditempat Information...malah ada pegawai
    pelancungan di tempatkan seperti di Myeondong...ada pegawai
    bertugas memberi map subway di stesyen subway...malahan
    tempat yang memang pelancung pergi ada balai polis untuk       pelancung.
7. Makanan halal banyak di Itaewon...ditempat lain ada..tapi kena
    pandai cari...selalunya kami siap-siap makan dirumah dan
    bawa air mineral dan roti atau coklat/pizza yang dibeli di           kedai Arab Turki.
8. Masjid hanya ada di Itaewon...dari rumah yang kami sewa, lebih     kurang 15 minit ..itu yang En.Hubby bagitau...sebab dia pegi         solat dengan abang di masjid tu berjalan kaki..dia kata tak           lama (Masjid di kawasan atas bukit)... jemaah ramai orang           Arab...orang Korea Muslim tak ramai, adalah seorang dua.

Tuesday, December 9, 2014

Cuti-cuti di Korea...Bhg.7.. ( Dubai Restaurant, Namsan Tower)..

Plan hari ni..kami nak ke Namsan Tower..sebab esok dah nak
balik Malaysia…lepas zohor baru kami nak pergi..anak saudara
pergi menyopping kain ela…diaorang sms kata babah diaorang 
nak belanja Nasi Arab… kami keluar..abang dah tunggu..kami
pun gerak pergi ke Dubai Restaurant…
Ohh..cantik restoren ni..kami pun order..anak-anak saudara 
kata Nasi Arab kat sini sedap..tu yang abang nak cuba..





Wow..!!!memang sedap sangat.. Nasi Beriani Ayam, Beriani Kambing ..saya order falafel..sedap kudapan ni seakan-akan bergedel tapi rangup..abang siap order salad Arab lagi..salad yang ada buah zaitun tu...
Lepas makan kami pergi anak beranak aje ke Namsan Tower..
kami tunggu bas berhadapan Hamilton Hotel..bas ni dekat dengan
exit subway Itaewon gate no.4..bas untuk Namsan Tower no.03 guna ajer T Money.....












Bus stop untuk ke Itaewon...bila balik atau turun dari Namsan Tower tu...inilah tempat tunggu bas..ikut no.bas yang kita naik. 
Kat Namsan Tower ni ada muzium Teddy Bear..tapi kami tak
naik pun...kami lihat pemandangan dari tempat kunci dan 
disekitarnya ajerr...duit cash kena ketepikan sebab besoknya nak
balik kena bayar duit wifi yang kami sewa..satu hari sewanya
8,800 won (kena kali 6 hari) dan juga nak bayar jumbo taxi...
nak naik bas pegi airport boleh..(bus stop yang sama, berhadapan Hamilton Hotel dan no.bas 6030 terus ke Incheon Airport) tapi memandangkan beg pakaian banyak..tak larat nak menarik beg dari rumah sewa tu ke bus stop (walaupun jaraknya 10 minit ajerr..) nak naik teksi biasa...kami pula 5 orang..kalau baby atau kanak-kanak okey..untuk jumbo taxi kena bayar 85, 000 won...lagipun mana tau nak beli apa-apa ke kat airport nanti, saya pula memang ketepikan duit sebab saya nak simpan dalam album koleksi duit. 
Kalau boleh saya nak habiskan cerita bercuti ni..banyak keje yang nak di buat..tambah pulak sekolah dah nak mula balik..menjahit tudung dan lencana dah selesai...tapi baju belum bergosok...borang-borang dah siap isi... jadik kita sambung lagi...Insha Allah..

Cuti-cuti di Korea.....Bhg.6..(Namdaemun. Myeondong)



Hari ni kami ke Namdaemun..naik teksi..lepas tu jalan kaki masuk ke kawasan Namdaemun..kedai-kedai macam kat Petaling Street,
Bezanya Petaling Street ada gerai jualan…yang ni kedai-kedai lot
sepanjang jalan..ada kedai besar ada kedai kecil macam bazaar kat Jalan Tuanku Abdul Rahman..macam-macam ada…duit jerr
yang tak aderr…ha..ha..ha..tak cukup…





Kat sinilah kami beli souvenir..key chains, fridge magnet.chopstick
hiasan, frame berkaki...poster, poskad, kalendar..t.shirt, cap, brooch,
shawl, coins case, purse..hmmm banyak lagi... Lepas tu kami jalan
lagi menuju Myeondong..sepanjang nak menuju ke shopping kompleks...ada pasar malam..kiri kanan jalan kedai-kedai besar..




 


Kat sini ada Lotte Young Plaza...kat Dongdaemun Lotte Fitin...



 





Kalau nak shopping bawalah duit...kalau tak hulur ajelah kad
kredit atau debit..hmmmm....tapi kalau kad credit nak bayar bulan-bulan masak ngko...!!!
Sampai sini dulu...bersambung lagi..Insha Allah..