Pages

Friday, October 14, 2016

Jalan-jalan Johor dan Singapore....Part 2.

Hari ke lima baru kami masuk Singapore, dah lama tak
pergi Singapore ...dari duit kita mahal sampailah dah jadi
murah.. kami naik bas jerr..tapi faham-faham,lambat oii...
tunggu bas ...


Kami sampai kawasan masjid Sultan...dah tengahari kami
makan dulu, restoran memang berderet setentang depan
Masjid, nak murtabak, nasi briyani, mee goreng macam-
macam ada...

 




Kami singgah solat zohor di Masjid Sultan.. bersih dan cantik
masjid ni..cuma tempat ambil wudhuknya jauh ke bawah.
Sebab tempat solat wanita di tingkat atas. Lepas solat kami
jalan-jalan sekitar Kampung Glam dan merayau di sepanjang
Arab Street.




Patutlah di panggil Arab Street, kedai Pak Arab sesajer...





Dah puas merayau sepanjang Arab Street, singgah beli
cenderahati, beli Cendol style Singapore... kami pergi ke
stesyen MRT sebab nak pergi Marina Bay. Masa jalan tu
terpandang lah pulak kat basikal Singapore Post ni...
rasa antik sangat !!!.


 
 Cantik pokok-pokok ni....
 macam musim Autum pulak!!!
Dari stesyen MRT tu nak menyampai ke Marina Bay penat
jugaklah weii..pasal menapak...





Sempat ambil gambar bunga teratai cantik pulak.......

Kami gerak balik dah petang waktu orang balik pejabat..
Hmmm..masak..masa tunggu bas, masa kat Imigresen,
punyalah padat dengan manusia...lain kali kalau nak masuk
Singapore bawalah kereta..mudah sikit. Cuma kena bayarlah
bayaran masuk kenderaan. Banyak tempat tak pergi..lain
kalilah In Shaa Allah.

Thursday, October 13, 2016

Jalan-jalan Johor dan Singapore....


Assalamualaikum???
Entry kali ni…entry yang tertangguh… pasal pergi jalan-
jalan hujung April sambung awal Mei dalam 6 hari 5 malam. 
Baru sekarang nak masuk blog, dah 5 bulan berlalu. Sebab
nya malas nak upload gambar… baru hari ni pilih gambar 
dan update.
Memandangkan dah bertahun-tahun tak pergi Johor, jadi 
kami pilih hotel yang  pasukan JDT selalu duduk.
Cantikkkk hotel Thistle ni…naik lift kena touch kad bilik hotel, 
klu dak lift tak gerak….turun tak apa.. salah satu keselamatan
pelanggan yang hotel lain kami pernah pergi tak buat.
Kami pilih bilik yang ada “joining door”.





Malam kami cari makan, merayau ke seberang hotel,
di depan tu punya banyak gerai, rupanya kat padang 
ada tayangan kat screen besar perlawanan bola.. JDT pulak 
yang lawan…padang penuh dengan orang Johor.
Pagi pulak sarapan kat hotel, ramai orang datang bercuti..
makanan macam-macam dari nasi lemak, spaghetti, roti, 
puding, bubur, buah-buahan dan banyaklah lagi…



Cadang nak masuk Singapore, tapi saya tak sihat pulak
jadi kami jalan-jalan di JB sahaja. Tengahari pergi makan
di Kilang Bateri..macam-macam gerai ada di sini, tapi
kepala pening..pilih satu gerai dan duduk itu pun nak 
pitam.

Lepas makan di kilang bateri, balik hotel sebab tak sihat,
bila malam saya tak ikut dia orang pergi berjalan di Pasar
Karat..jadi tak ada gambar...
Hari Ke tiga sarapan dulu, lepas tu baru jalan-jalan di
kawasan hotel...cantik sangat-sangat..

Di bawah ni tempat TMJ adakan perbincangan selepas 
perlawanan bolasepak...anak nak ambil gambar masa malam
selepas perlawanan bola tu, tapi tak berani pasal body guard 
ramai bertugas..matanya pandang semacam jerr...
 





 

Pintu laluan untuk ke tempat letak kereta.
Petangnya pulak kami pergi JPO...wow!!! ramainya orang..
masuk ke kawasan kedai..tak lama lepas tu hujan turun 
pulak tu...hmm..anak-anak pun menyoping beli kemeja, 
blouse, t-shirt..



 

Nampak macam lengang sebab hujan turun, padahal 
dalam kedai punyalah ramai orang, tambah pulak ada
kedai-kedai yang buat SALE... 
Besoknya pula kami pergi ke Larkin...sebab Bibi Singapore
telefon nak jumpa...dapatlah jumpa kat Stesyen Bas Larkin, 
Bibi dengan kawannya nak pergi jumpa kawan mereka.
Lepas jumpa kami beli shawl yang memang banyak di jual
di situ, termasuklah beli wajik dan kuih-kuih Johor.
Kat sini pun tak bergambar pasal tak bawa kamera, lagi 
pun tak teringat nak guna HP.  Okay lah sampai sini dulu,
In Shaa Allah nanti sambung lagi.