Pages

Friday, October 28, 2011

Kuih Talam Berlauk - Resepi 90an...

Teringin nak makan kuih ni...nak beli memang tak jual 
kat gerai..kecuali bulan Ramadhan...jadi saya buatlah...
resepi dah 20 tahun berlalu, mana taknya kat kertas 
resepi tu tulis 29/11/91...masa zaman bujang dulu, 
kat pejabat setiap Jumaat ada kelas masakan 
berselang seli dengan kelas jahitan.Watermark kat 
gambar atas tu tersilaplah...hua...hua..hua...
Saya kongsikan resepinya:-

TALAM BERLAUK- RESEPI KELAB PAKSU BLKK 
- JPA (29/11/1991)
Bahan:
2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
5 cawan santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu teh garam
Satukan kesemua bahan ini dan di kacau rata.

Bahan utk hiasan/taburan
½ kilo udang hidup (dibersihkan buang kulit dan 
di goreng sehingga masak)
1 sudu besar udang kering rendam, goreng tanpa 
minyak sehingga garing dan ditumbuk/blend
Satu pokok daun bawang dan daun sup di potong halus
3 biji cili merah di hiris
3 biji bawang merah dimayang dan dijadikan bawang 
goreng.

Cara:-
1. Bancuhkan tepung beras, tepung jagung, tepung 
    gandum, garam dan santan sehingga sebati.
2. Tapiskan bancuhan tadi dengan kain nipis.
3. Panaskan loyang dan pengukus.
4. Tuang bancuhan kedalam loyang dan masukkan 
    udang goreng tadi, separuh daun bawang dan daun 
    sup.
5.  Kukus sehingga ¾ masak, dan taburkan campuran 
    udang kering, cili merah hiris, daun sup /daun 
    bawang dan bawang goreng tadi di atas kuih, 
    kukus lagi sehingga masak.
6.  Sejukkan baru dipotong, hidangkanm bersama 
    sos cili.

Thursday, October 27, 2011

Makan tengahari di Pedas NS


Masa kami ziarah keluarga abang ipar di Rembau sebab maknya meninggal dunia, saya sekeluarga sempat singgah dan tidur di rumah mereka di Pedas (rumah abang ipar) di Rembau tu rumah mak ayahnya...kenduri arwah malam, lepas kenduri lebih kurang jam 11.00 malam , saya ikut kakak ke rumahnya di Pedas, balik ke situ pun kerana Diba bawa balik pakaian kotor dari asrama yang kena cuci dan gosok... kami dah plan esoknya, lepas zohor baru hantar Diba balik asrama di Kuala Kelawang.

Waktu tengahari kami singgah makan di kedai makan berhampiran dengan rumah kakak di sebuah taman perumahan, kak Midah bagi gelaran "kedai makan depan pondok lemang runtuh" pasal depan kedai tu di seberang jalan ada orang menjual lemang, dan pernah waktu hujan ribut, pondok lemang tu runtuh...alkisahnya....
Nak cerita pasal kedai makan tu...mak oii......lauk-pauknya sedap-sedap belaka...semuanya lauk kampung....memang favourite saya.....  dari masak tempoyak, ikan bakar air asam, sambal belacan, ulam-ulaman, sampai ke tempe goreng bercili...semuanya besttt.....




 Bila sebut menu lauk-lauk kampung teringat Restoran Haslam (pelakun Yusuff Haslam punya)  di sana lagi banyak lauk-pauk kampung...ni...nak kena pergi lagi kat sana.....Insya Allah.......

Tuesday, October 25, 2011

Kuih Seri Muka - Resepi Mudah..!!!


Saya buat kuih ni sebab teringin nak makan, bukan tak boleh beli, tapi kalau beli kurang
rasa lemak manisnya, tapi memandangkan anak-anak saya tak suka sangat kuih, kecuali
satu dua jenis seperti karipap, donut, apam, itupun ada yang suka ni, ada yang suka tu,
menyebabkan rasa nak membuat kuih- muih ni hilang...hehehe...tapi yang ini saya buat juga...
saya fikir kalau banyak ( sebab buat satu loyang ) nak makan 2-3 ketul kuih aje...tak apalah
kalau siap bagi pada Ina anak sedara dan emaknya (kakak ipar) jelah...Saya suka guna
resepi ni sebab guna ukuran cawan (cawan metrik).
Resepi seperti dibawah:-

KUIH SERIMUKA - Amy
Resepi asal : ANA ALI (Sweet treats)
Bahan-Bahan:-
Lapisan bawah
3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
1/2 sudu teh garam
Lapisan atas
3 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan (10 helai daun pandan dijdikan jus pandan)
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gadum
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam


Penyediaan:-

Untuk lapis bawah.
Basuh beras pulut, toskan, gaulkan dengan santan dan garam. Tanak sehingga 
masak .
Bila masak masukkan dalam loyang yang disapukan dengan sedikit minyak 

masak @ lapik plastik. Tekan sehingga padat.
Untuk lapis atas .
Kisar semua bahan2 dalam blender dan tapis.
Tuangkan perlahan2 ke atas pulut tadi.
Kukus lebih kurang 1/2 jam. Untuk mengelakkan bahagian atas kuih nih 
berkedut, boleh tutup loyang dengan aluminium foil semasa mengukus. 
Tunggu sejuk baru dipotong .

***potong menggunakan pisau plastik agar potongan licin dan kemas.

Wednesday, October 12, 2011

Sambal Kuini



Sambal KUINI

Bahan
1 biji kuini - hiris
5 biji Cili merah
7 biji Cili padi
sedikit Belacan - bakar
sedikit Garam
sedikit Gula

Cara
Tumbuk kesemuanya...last sekali baru masukkan kuini....
*  Saya tak pasti resepi siapa, kepada yang empunya resepi mintak halal....yang pasti  
    sambal ni tak letak air asam jawa.



Sambal Macang@Bacang




Sambal Macang atau ada yang sebut bacang, dua-dua sama maa.....

SAMBAL MACANG

Bahan-bahan:-

1 biji buah macang - dihiris

Bahan untuk ditumbuk:-

10 biji cili padi
5 biji cili merah
sedikit belacan dibakar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa

Cara:-

Tumbuk cili, garam dan belacan hingga lumat.
Masukkan gula dan buah macang yang telah diiris.
Masukkan air asam, satukan semua ,  bolehlah dihidang.

Sambal Udang


SAMBAL UDANG - AMY

1 kg udang
1 labu bawang besar - dimayang bulat
1/2 cawan jus asam jawa @ asam keping
garam secukup rasa
2 sudu makan gula
minyak untuk menumis
5 sudu cili kering yang telah digiling/kisar (beli cili giling ready made aje)

Bahan kisar:-
10 biji cili merah
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan (kalau suka)
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan cili kering sehingga garing dan naik
    minyak.
2. Masukkan jus asam jawa . Kacau rata.
3. Masukkan gula dan garam, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan udang dan hirisan bawang besar. Kacau rata. Tambah air kalau terlebih
    masam atau pedas. Biar secukup rasa.
5. Biarkan sebentar, bila udang suda membulat tanda masak dan bawang agak layu. Tutup
    api.
6. Hidangkan .
* Bukan sahaja makan dengan nasi , makan dengan roti pun sedap...Walllah...


Nasi Beriani Mudah


Nasi ni dimasak ketika kakak ipar dan anak-anaknya datang bertandang.

Nasi Beriani Mudah - Amy
Bahan-bahan:-
4 cawan beras basthmati – rendam 1 @ 2 jam, cuci dan toskan.
3 cawan air
2 cawan susu cair
1 paket rempah beriani ADABI
1 labu bawang besar – di mayang
3 biji bawang merah * - dikisar
2 ulas bawang putih * - dikisar
1 inci halia* - dikisar  
2 kuntum Bunga lawang 
2 batang Kayu manis
4 kuntum Bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar Mentega
3 sudu besar badam serbuk
1 kiub ayam
2 helai daun pandan
garam
Pewarna kuning @ saffron.
Kismis dan gajus goreng (beli aje yg ready made)

 Cara Memasak:

1.   Panaskan minyak sapi campur mentega dan tumiskan 
     bawang besar yang di mayang bersama rempah sekawan 
     (kayu manis, bunga lawang, cengkih)
2.  Kemudian masukkan bahan kisar, rempah beriani yang
     telah dibancuh dengan sedikit air, serbuk badam dan 
     tumis hingga naik bau. (Tumis semua dalam kuali).
3.   Sementara itu, masukkan air , susu cair dan kiub ayam 
      ke dalam periuk nasi letrik. Masukkan beras , garam 
      dan daun pandan. Kemudian masukkan bahan tumis tadi. 
      Biarkan nasi mendidih.
4.   Bila nasi hampir masak, letakkan pewarna kuning. 
      Biarkan nasi benar-benar masak.
5.   Akhir sekali masukkan gajus, kismis, biarkan seketika 
      lepas itu baru di gaulkan nasi tadi dengan gajus dan kismis 
      kacau sedikit guna garfu biar warna kuning itu bercampur. 
      Bolehlah dihidang.

* Nota:- Saya suka rendam beras basmati  sebab bila masak 
              beras tu jadi panjang-panjang. Saya rasa mudah 
              masak nasi yang sebegini sebab,  cara  masaknya 
              lebih kurang sama macam masak nasi jagung, 
              nasi tomato, nasi pelangi cuma tukar bahan-bahan 
              tertentu, macam tomato paste, jagung, pewarna 
              dan ganti dengan bahan yang diperlukan seperti 
              rempah beriani untuk nasi ini. jadi tak perlu tunggu 
              majlis kahwin @ apa-apa majlis baru nak makan 
              nasi macam ni.








Tuesday, October 11, 2011

Nasi Pelangi @ Hujan Panas


Saya suka nasi ni kerana warna-warninya dan sedap.

Nasi Pelangi - Amy
3 cawan beras basthmati – rendam 1 @ 2 jam, cuci dan toskan.
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 labu bawang besar – di mayang
3 biji bawang merah * - dikisar
2 ulas bawang putih * - dikisar
1 inci halia* - dikisar  
2 kuntum Bunga lawang 
sebatang Kayu manis
4 kuntum Bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar Mentega
2 sudu besar badam serbuk (badam yang dikisar)
1 kiub ayam
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
Pewarna hijau, merah dan kuning.
Kismis, bawang goreng.
Cara Memasak:
1.    Panaskan minyak sapi campur mentega dan tumiskan bawang
       besar yang di mayang bersama rempah sekawan (kayu manis,
       bunga lawang, cengkih)
2.   Kemudian masukkan bahan kisar, serbuk badam dan tumis
       hingga naik bau. (Tumis semua dalam kuali).
3.   Sementara itu, masukkan air , susu cair dan kiub ayam ke dalam
       periuk nasi letrik. Masukkan beras , garam dan daun pandan.
       Kemudian masukkan bahan tumis tadi. Biarkan nasi mendidih.
4.   Bila nasi hampir masak, buat 3 lubang menggunakan hujung
       senduk atau straw minuman. Letakkan pewarna merah, hijau
       dan kuning berasingan. Biarkan nasi benar-benar masak.
5.   Akhir sekali masukkan kismis, biarkan seketika lepas itu baru di gaulkan
      nasi tadi dengan kismis dan biar bercampur warna. Bolehlah dihidang
      dan ditabur bawang goreng.

Nasi Pelangi dengan lauk pauknya.

Ayam Penyet



Ayam Penyet masakan dari Indonesia yang cukup popular sekarang ...banyak cawangannya...kalau jalan-jalan di Wangsa Walk...kedai nilah  tempat kami makan....tapi saya lebih suka pergi di Cawangan kedai ayam penyet di Sri Gombak, sebab ada kawasan untuk orang tidak merokok " NO SMOKING"...masa bulan Ramadan hari tu saya cuba resepi ni...


Resepi Ayam Penyet Wong Solo

 Bahan A (Goreng dan kisar) — untuk merebus ayam 50 ketul
 Buah keras — 250 gram
 Ketumbar — 50 gram
 Bawang merah dan putih — 500 gram
 Kunyit — 600 gram
 Garam — 375 gram
 Air — 20 cawan

Bahan B (untuk menggoreng ayam)
Bawang putih — 900 gram
Kunyit — 25 gram
Telur — 5 (lima) biji

Bahan untuk sambal penyet:
Cili padi — 10 gram
Bawang putih — 10 gram
Tepung maizena (tepung jagung) — secukup rasa
Minyak masak — dua sudu makan


Cara membuat sambal penyet:

Semua bahan sambal penyet, kecuali minyak panas ditumbuk sebelum dicampur dengan minyak panas dan sedia untuk dihidangkan.

 Cara membuat ayam penyet:

Semua bahan A digoreng dan digiling dengan penggiling. Ayam dan bahan A (yang siap digiling) dikukus. Bahan B kecuali telur digoreng dan kemudian dikisar bersama telur sebelum dimasukkan garam secukup rasa. Apabila ayam siap dikukus, angkat seketika dan sapukan bahan B (yang siap dicampur) kepada ayam yang dikukus. Selepas itu, goreng dan tunggu sehingga masak. Ayam kemudian dipenyetkan dan siap untuk dihidangkan.

 * kalau tak tahan pedas, cili api boleh dikurangkan ikut selera sendiri. 

Saturday, October 8, 2011

Thira di Cameron Highland


Thira selalu complein apsal sekolah Kebangsaan dia tak pernah buat rombongan, tak macam sekolah lain...tak tau nak cakap apa...kalau jalan-jalan makan angin dengan keluarga dia dah biasa, tapi jalan-jalan naik bas rombongan memang dia tak pernah merasa,  jadi bila sek Agama dia buat program rombongan walhal untuk pelajar darjah 4, 5, dan 6, dia pun tumpang sekaki...balik minta duit kat ayah ...nak bayar duit rombongan.   Ramai yang pergi ada 2 buah bas...cuma budak darjah 3 perempuan ada 6 orang je....Tapi dia pergi bukan gambar dia yang banyak....dok ambil gambar bunga , bunga, bunga.....





















Jalan-jalan di Cherating










Gambar anak-anak sewaktu menemani ayah mereka ke Cherating Pahang, sebelum balik singgah di sebuah gerai makanan untuk makan tengahari, dari situ anak saya mulai pandai makan ikan Patin.

Tuesday, October 4, 2011

Biskut Tart Gulung


GHEE TART
sumber : kak ita

Bahan A.
250 g butter
2 bj kuning telur
3 sudu besar myk sapi
3 sudu besar gula castor

Bahan B.
350g tepung gandum
secukupnya inti jam

Cara

Sebatikan bahan diatas hingga rata. Masukkan tepung dan uli jadi doh yg lembut.
Canai dan masuk dalam acuan nastar..acuan tart gulung, tekan memanjang, isi inti nenas dan gulung. Sapu dengan kuning telur, susun di atas dulang pembakar yang telah digris, bakar sehingga masak.

* Biskut ni di buat masa hari raya yang lepas, kebetulan Diba balik cuti, tolong bulat-bulatkan jem, si Iqa tolong tekankan adunan pada acuan, dan saya cuma gulung aje tart tu, si adik Thira jaga oven...umur baru 9 tahun tapi pandai, maksudnya boleh diharap untuk masukkan dulang kuih, tengokkan biskut dah masak ke belum, lepas tu keluarkan biskut bila dah masak, dalam waktu yang sama saya pun ikut membantu, bukan tak yakin tapi bimbang juga sebab oven tu panas walaupun dia guna sarung tangan.

Monday, October 3, 2011

Bingka Pisang


BINGKA PISANG - HANA
Bahan-bahan
1 sisir pisang kapas ( 10 - 13 biji).. di lenyek.. mmg byk tau
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara-cara
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di

     gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan

   butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak

   yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt..