Teringin
nak makan kuih ni...nak beli memang tak jual
kat gerai..kecuali bulan
Ramadhan...jadi saya buatlah...
resepi dah 20 tahun berlalu, mana taknya kat
kertas
resepi tu tulis 29/11/91...masa zaman bujang dulu,
kat pejabat setiap
Jumaat ada kelas masakan
berselang seli dengan kelas jahitan.Watermark kat
gambar atas tu tersilaplah...hua...hua..hua...
Saya
kongsikan resepinya:-
TALAM
BERLAUK- RESEPI KELAB PAKSU BLKK
- JPA
(29/11/1991)
Bahan:
2
cawan tepung beras
1/4
cawan tepung jagung
1/4
cawan tepung gandum
5
cawan santan (dari 1 biji kelapa)
1
sudu teh garam
Satukan
kesemua bahan ini dan di kacau rata.
Bahan
utk hiasan/taburan
½
kilo udang hidup (dibersihkan buang kulit dan
di goreng sehingga masak)
1
sudu besar udang kering rendam, goreng tanpa
minyak sehingga garing dan
ditumbuk/blend
Satu
pokok daun bawang dan daun sup di potong halus
3
biji cili merah di hiris
3
biji bawang merah dimayang dan dijadikan bawang
goreng.
Cara:-
1. Bancuhkan tepung beras, tepung jagung,
tepung
gandum, garam dan santan sehingga sebati.
2. Tapiskan bancuhan tadi dengan kain nipis.
3. Panaskan loyang dan pengukus.
4. Tuang bancuhan kedalam loyang dan masukkan
udang goreng tadi, separuh daun bawang dan daun
sup.
5. Kukus sehingga ¾ masak, dan taburkan campuran
udang kering, cili merah hiris, daun sup /daun
bawang dan bawang goreng tadi di atas kuih,
kukus lagi sehingga masak.
6. Sejukkan baru dipotong, hidangkanm bersama
sos cili.