Sunday, January 31, 2010

Ilmu Wajib Dicari


Masa kecil-kecil dulu, belajar mengaji Al Quran dengan arwah emak, membesar di Kuala Lumpur zaman 70an, tak ada sekolah Agama, kalau ada jauh berbatu-batu,dulu batu sekarang kilometer daa. Kebanyakkan ibu-bapa hantar anak sekolah Kebangsaan aje, tak macam kat Johor ada sekolah agama zaman tu.... Zaman tu pergi sekolah Kebangsaan pun jalan kaki aje....hujan ke panas ke, mana ada zaman tu bas sekolah warna jingga macam sekarang ni.....Budak-budak pergi sekolah, naik basikal pun tak ada.... cikgu-cikgu yang ada kereta pun boleh kira.....

Bila mengaji dengan emak sendiri...biasa la..memang habis, tapi tulah ilmu mengaji tu tak seberapa..faham-faham ajelah....bila nak mengaji, tak menagaji ikut suka.. sekarang baru rasa......bukan rasa Orennnn...rasa menyesalllllllll.......

Bila umur meningkat dewasa, mengajinya tak seperti orang yang belajar di sekolah agama, sebutannya,  kefasihannya..... belum bab tajwidnya .....x belajar jadi x tau apa.....tau pasal  baris atas,  baris bawah, depan, mati, panjang dan pendek bacaan tapi hmmmmmm.........

Masuk zaman pekerjaan...ada masuk kelas belajar mengaji balik, tapi semedang x habis, pasalnya urusan entah apa-apa masa tu....yang dikejar...

Bila sudah berumahtangga, masih bekerja, masuk balik kelas, elok-elok dari satu buku ke satu buku sebab belajar dari Iqra pertama, untuk pembetulan sebutan dan belajar tajwidnya, dah asyik pindah pejabat aje, sekejap pindah bangunan ni, sekejap pindah ke bangunan  tu, kotak barang pindah pun tak sempat habis buka, kejenya pindah-pindah....
Jauh dari kelas pengajian, nak kena naik teksi, bila tengahari jalan kat K.L ni semedangnya sesak, JAMMMMMMMMMED aje.....Pandu kereta sendiri, asyik nak bayar parking je...satu hari RM 5.50 sekali masuk untuk satu hari, keluar dan masuk balik kena lagi, parking tempat swasta. Bangunan tempat kerja parkingnya ikut jam..satu jam RM 2.50, kita ada kat pejabat satu hari 8 jam dan kiralah satu hari nak kena bayar parking berapa? Sebab tu kakitangan mengelak parking kereta dalam bangunan tempat kerja. Tetapi perkara yang membuat sakit hati tersangattttttt lah sangat.................(nama pun manusiakan?) yang pegawai kumpulan A nya free....ada ke patut!!!!!!.... Siap dapat pas keluar masuk lagi  .... Apa punya turrrrrrrrrrr la!!!!!!!!!!

Kelas mengaji dengan sendirinya tergendala lagi, tapi orang selalu kata "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih"  Apa salahnya berkorban untuk ilmu dunia dan akhirat...memanglah........, tetapi waktu belajarnya hanya waktu rehat tengahari, 1 jam aje...sementara nak tunggu teksi, nak sampai ke tempat pengajian....orang dah belajar, kita baru sampai, dan makan tengahari pun tak adalah..sebab kelas habis pukul 2.00 petang, waktu orang masuk kepejabat semula. Nak balik ke ofis, kena tunggu teksi lagi.... bila terlewat masuk kepejabat, seperti biasalah....... mata-mata lain pun memandang.... masuk pejabat nak pergi Solat Zohor pulak....x ada kat tempat lagiiiii....jadikkkkk,  kelas pun tamatlah juga.........tapi bukan tamat dalam hati...

Berfikir-fikir tak boleh jadi macam ni....jadi saya bersara lebih awal, kelas pengajian inilah yang saya cari, telefon ustaz, ustaz kata kalau ada kekosongan dan kelas baru dibuka, ustaz akan telefon, bersara bulan Mei 2008, alhamdulilllah awal bulan Julai, Ustaz telefon kelas baru akan bermula, so.... kelas pengajian pun bermula.....

Jommm!!!!!!... Datanglah beramai-ramai ke :-

Yayasan  Sekolah Al Quran,
Jalan Yap Ah Sak ,
(di Jalan Raja Abdullah),
Tingkat 7,
Wisma  Warisan (Heritage House),
KUALA LUMPUR.

Waktu ikut pilihan anda sendiri, nak pagi, tengahari, petang, malam, dari hari Isnin hingga Khamis, Jumaat cuti dan kelas ada lagi pada Sabtu ke Ahad. Satu minggu kelas 2 kali, satu jam satu hari, Ustaz yang mengajar pun muda-muda lagi, anak murid tak kira umur, ada yang dah umur 60an lebih ...tapi yang penting niat nak belajar dan kesungguhan itu.....sementara Allah berikan umur panjang dan kesihatan...rebutlah peluang!!!!!!LAGIPUN KELAS NI PERCUMAAA.......MAA!!!......



Seperti pesan seorang ustaz masa kuliah Sabtu malam Ahad di masjid pada 6/10/07...
"Abu Dardak menulis sebuah hadis...
Barang siapa yang berjalan di atas bumi ini untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan jalannya".

Jomlahhhhhhh .....hadir ke kelas pengajian!!!!!!!!


Sup Mamak Juga Yang Orang Suka

Dalam banyak-banyak masakan sup, orang mesti suka sup mamak, kenapa ye?? Pasal kepekatannya kah? Pasal mamak tu kah ? Pasal saja cari pasal kah? hee...hee, saya tak berapa jalan dengan masakan kedai mamak, sebab kedai mamak tak ada ulam-ulam dan sambal belacan , sayur yang ada balik-balik kobis dan bende....sayur-sayuran lain x ada....tak feel betulllllllllllllll...................Tapi kalau nak resepi cara mamak yang orang kata POWER TUU.....nanti saya up date kan...buat sementara, layan je sup yang saya masak ni....Sup Tulang dan Sup bebola Ikan. Sup bebola ikan ni kegemaran anak-anak LAYANNNNNNNN.....................    Ada yang nak resepi juga ke?
     
  
             
Ini Resepinya:-

SUP BEBOLA IKAN


Bahan-bahannya
1 atau 2 bungkus bebola ikan

Bahan Sup
2 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Sedikit halia
serbuk lada sulah
Daun sup + daun bawang
Bawang goreng
Kentang (jika suka)

Rempah tumis:-
Kayu manis
Bunga lawang

Cara-caranya-

1. Kisar halus bawang merah,bawang putih dan halia- tumis hingga naik minyak masukkan sekali kayu manis
    dan bunga lawang.
2. Masukkan air, garam, serbuk perasa & lada sulah serbuk.
3. Bila sup dah mendidih, baru masukkan fishball tadi, juga kentang.
4. Biar mendidih, masukkan garam.
5. Taburkan daun sop/bawang & bawang goreng.


 
SUP TULANG

Bahan-bahannya:-
1 kg tulang lembu (siap dipotong ikut suka)
2 liter air
2 camb minyak
1 labu bawang besar dihiris halus
garam dan serbuk lada hitam
Daun sup dan daun bawang dihiris halus
Bawang goreng

Bahan Rempah:-
4 ulas bawang putih - diketuk
5 cm halia - dihiris
1 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
6 cm kulit layu manis
1 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk ketumbar
1 camt serbuk lada sulah

Caranya:-
1.Rebus tulang, air dan rempah selama 1 1/2 jam  @ hingga empuk. Tambah air jika perlu.
2.Keluarkan tulang dan tapis air rebusan.
3.Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga garing dan wangi.
4.Masukkan air rebusan, garam, serbuk lada hitam dan tulang.
5.Bila sup menggelegak, bolehlah diangkat.
6. Sebelum dihidang taburkan dengan daun sup dan bawang goreng.

Saturday, January 30, 2010

Sayur Labu Masak Lemak - Lauk Tengahari

Dah lama tak update resepi masakan.....nak update..... line Internetnya asyik  x dapat..............
sekarang line dah clear...upload gambar lak makan masa....
Ini lauk masak lemak labu dan pucuknya. Nak sedap lagi mesti ada ikan masin dan sambal tumis...hua...hua santap habis....
Nak rsepinya? Alaa..belasah aje......Macam masak lemak yang lain.....
tapi nak ikut panduan ni pun boleh.  

SAYUR LABU DAN PUCUKNYA 


Bahan-bahan:-
1/2 biji atau 1/4 kalau labu besar
Sedikit pucuk labu - di ambil pucuk & batang yang muda sahaja. 
1 biji bawang besar *
2-3 ulas bawang putih *
Sedikit cili merah * (kesemua dikisar*)
Udang basah boleh ganti ikan bilis
garam  secukup rasa
santan secukupnya

Cara

1. Bubuh santan, masukkan garam, bahan dikisar dan udang basah.
2. Bila mendidih masukkan labu dadu. Kacau sentiasa.
3. Bila labu hampir empuk masukkan pucuk labu. Kacau  selalu biar pucuk labu layu.
    Jangan biar terlalu lama, cepat padamkan api.

Pulut Kuning


Kalau masak pulut mesti bubuh kunyit masa merendam, tapi kenapa pulut mesti warna kuning? Anak tanya....Sebab tak buat warna hijau.....hee..hee.... yalah...kenapa tak bubuh warna lain...tapi mesti pelik kalau bubuh warna lain...warna putih ori tu, selalu buat lapisan kuih, kalau tak pun, makan macam biasa lauknya kelapa gula manis, sambal tumis,  serunding kelapa atau ikan kering...kalau yang kuning ni pulak selalu makan dengan rendang.
Kalau dicuba bubuh warna lain...nanti tak ada sapa yang nak makan....takuttttttttttttt!!!Selalu masak macam tanak nasi biasa, cuci lepas tu bubuh air secukupnya,secubit garam, daun pandan   dan masak sehingga kering,guna periuk nasi letrik mudah aje...sukatan pun tak ada......tapi mesti ada yang nak tau ikut sukatankan? terutama orang yang tak biasa masak pulut.Resepi ikut sukatan ni dari Chef Hanieliza....cuba jangan tak cuba...

PULUT LEMAK  - HANIELIZA


Bahan
2 cawan beras pulut [basuh dan toskan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
garam


Cara
1. Masukkan semua bahan dalam loyang.
2. Letakkan loyang dalam kukusan.
3. Masakkan sehingga pulut sebati dengan santan.

DUNIA 3 RASA



Tazkirah dari Ustaz....nama x tau, sbb saya tak catit dalam buku catitan, terlupa.....

Mengenal Dunia.
Jikalau menyamai dunia ini dengan seekor nyamuk sekalipun, dunia ini tidak ada harganya. Kalau ada 'harga' dunia ini , orang kafir tidak boleh meneguk walaupun seteguk air,tetapi dunia ini lebih hina, keji dari bangkai.
Dikeji oleh Allah kecuali 3 golongan:-
1.     Orang yang zikir kepada Allah.
2.     Orang yang mengaji/ mencari ilmu.
3.     Orang yang mengajar/memberi ilmu.

Dunia ini ada 3 rasa:-
1.     Dunia ini rasa manis -
        Umpama semut dengan gula, semut mati dalam gula. Rasa manis membawa  mudarat.
 2.    Dunia rasa pahit  -
        Umpama ubat yang pahit, tapi memberi manfaat.
3.     Dunia rasa racun - Umpama dadah, kita elak / takut sebab membawa pelbagai mudarat.Bila dunia
        rasa racun, takkan ada manusia nak makan @ minum racun kecuali otaknya sinting.
        Begitulah rasa dunia kepada orang yang taat kepada Allah. Kita takut dan rasa takut itu semua kerana
        Allah.

1. Bila dunia rasa manis, kita beramal untuk dunia semata, bangun untuk dunia, cari duit untuk dunia.
    Kita sedang sakit, kalau rasa dunia ini manis .
2. Bila dunia rasa pahit, kita beramal untuk akhirat, belajar untuk akhirat, dan mengambil dunia ini sekadar
    hajat sahaja, Infak ke jalan Allah.
3. Bila dunia rasa racun, kita akan lakukan segala perbuatan untuk Allah, kita tidak akan mementingkan
    dunia , bekerja, solat mengaji kerana Allah.Orang yang hampir dengan Allah, Allah tidak akan mungkir
    janji, bila di akhirat Allah akan lambakkan segala-galanya.

Friday, January 29, 2010

Tazkirah yang menyentuh rasa


Dalam banyak-banyak kuliah / tazkirah, kuliah dari Ustaz ni, x ingat siapa, terlalu berkesan dihati...Ustaz ni menyampaikan kuliahnya di Masjid Sg Tua Baharu.Masa tu kalau x silap tahun 2006. Sudah 4 tahun berlalu.

Ustaz kata, Hidup di dunia ini, kena tahu membezakan kewajiban hidup dan keperluan hidup.

Keperluan hidup:
Rumah untuk tempat tinggal, tempat berlindung keluarga.
Kenderaan (kereta ke motor dan sebagainya sebagai alat untuk memudahkan pergerakan / perjalanan..salah satunya  mencari rezeki.
Pakaian .... Makan ...Minum...
Duit.....
Semua diperlukan untuk keperluan hidup, kesihatan dan kasih sayang.
Tetapi.......
Kewajiban hidup....?
Ustaz pun bacalah satu ayat/doa yang sering kita baca bila Solat...
" Inna solati.......sampai habis...(doa Iftitah.)....
Ertinya:-
" Sesungguhnya solatku, ibadatku. hidupku dan matiku hanya bagi Allah Tuhan seru sekelian alam"  Ustaz tu sebut maknanya sampai habis ayat.
Itulah kewajiban hidup...........aduhhh..terkedu saya....
Ustaz sambung lagi, kalau rumah dah ada...kereta ada 2 - 3 buah, duit banyak..kalau tak kaya raya pun tapi semua keperluan cukup,makan minum, apalagi yang kita cari di dunia ni?
Tentulah kita cari bekalan untuk kita bawa bila mati nanti ...dan bekalan itu jugalah untuk Dunia yang kekal abadi. Kita terkejar-kejarkan dunia sampai kita lupa Dunia yang satu lagi.
dan Tazkirah inilah yang membuat saya berfikir-fikir, Apa lagi yang dicari? Nak rumah dah ada ....nak kereta dah ada....duit simpanan...oklah walaupun bukan jutawan....Kerja kat pejabat bertimbun-timbun , sampai bawa balik kerumah, kadang sampai tidur jam 2.00 ke 3.00 pagi,  kalau tak bawa balik, buat kat Ofis, sampai malam, balik lambat....apa taknya, kendali program untuk seluruh Malaysia, dicampur peringkat ASEAN dan Dunia, ditambah kendali malam Anugerahnya ....mengalahkan pegawai yang gaji beribu-ribu, mengalahkan menteri-menteri, tapi ..... ada orang hairan?  menghargai jauh sekali.......anak-anak kat rumah harap orang lain yang jaga.... ohhhhh...Tidakkkkk.....lalu kerana Tazkirah ini jugalah saya ambil keputusan BERSARA AWAL, dari Perkhidmatan Awam. Hasrat ini tertunai pada 1 Mei 2008. Alhamdullillah......
Saya fikir, biarlah saya cari bekalan untuk Dunia yang satu lagi sambil menguruskan keluarga (anak-anak dan suami )sendiri.
Teringat kata-kata Ustaz yang lain..." JADIKANLAH DIRI SEBAGAI PEDAGANG SAJA DIDUNIA INI ".

dan yang pasti JANGAN JADI DAGANG PAK MALAU !!!    

Roti Jala Dan Kuah Kari

Roti Jala memang mudah dibuat dan tambah enak bila 
ada kari ayam @ kari daging....selepas dibancuh, guna 
blender aje....panaskan kuali (Non stick pan) 
tanggungjawab untuk menggirai dan melipat/
menggulung roti , diserahkan pada anak-anak. Tiga dara 
tu memang boleh membantu....Resepi dapat dari Blog 
Hana.

ROTI JALA – Amy
Resepi asal - HANA
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning @ serbuk kunyit
3-4 helai daun pandan (simpulkan)
sedikit minyak masak

Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan dalam blender kecuali daun
   pandan. Blend hingga sebati.
2. Perapkan adunan selama 1/2 jam.
3. Sediakan kuali leper non-stick, sapukan sedikit 
   minyak guna daun pandan yang telah disimpul.
4. Tuang adunan kedalam bekas dan ceduk adunan 
   dengan acuan roti jala,  tebar/kirai adunan atas kuali. 
5. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. 
   Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.


Thursday, January 28, 2010

Kuih Bakar Pandan

Kuih Bakar Pandan ni memang kegemaran, dapat resepi mudah
 ni dari Joayee Myresepi, walaahhhhh......tapi dah nak habis 
baru teringat nak snap gambar...ni jelah yang ado......baru-
baru ni buat lagi tapi, dah bagi kat anak saudara Lina, baru 
teringat nak tangkap gambar....apo nak dikato....lain kali lah 
ambil gambar sebelum kuih bakar ni dipotong...
Respinya mudah sangat, terima kasih pada yang bernama 
Joayee...berkat lo..resepi yang dikongsi memang berbaloi 
dan ramai yang dah mencuba...Mudah-mudahan mendapat 
pahala dari ilmu yang dikongsikan.

Ini resepinya:-

KUIH BAKAR BIJAN - (JOAYEE)


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air daun pandan yang dikisar
2 cawan santan @ 1 cawan santan + 1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
2 sudu besar majerin
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan jika suka

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar (blender) 
kecuali bijan dan majerin. Blend hingga sebati .
Masukan majerin kedalam loyang dan panaskan loyang 
kedalam ketuhar (oven) bila majerin dah cair/panas,  
masukkan bahan kisaran dari blender kedalam loyang tadi.
Taburkan bijan (jika suka).
Bakar 40 - 55 minit - 180c masak sampai garing @ berkerak,
bergantung kepada kepanasan ketuhar masing-masing .
Cubalah....BERBALOI-BALOI........!


Saturday, January 16, 2010

LINE INTERNET BLING...BLING...


Memang sakit hati bila line internet dok 'Bling- bling', nak bayar bil tak boleh, terpaksa pegi Pej.Pos, pegi bayar kat mesin ATM,dari hujung bulan 12 sampai tahun 2010  Jan, baru hari ni 16/1/10 dapat update blog, eeeee....bengang betul...iklan suruh POTONG....... POTONG, tapi kita customer first badge pun x dpt line internet amacam?

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails