25
Wasiat Luqman Hakim Kepada Anaknya
Bicara
Luqman dengan anaknya menerusi satu riwayat
dalam kitab Tafsir Rahul Ma'ani dan
Kitab Hidayatul
Mursyidin, diriwayatkan telah memberikan anaknya
dua puluh lima
wasiat iaitu:
1.
Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan
yang dalam, banyak manusia
yang karam di dalamnya.
Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah
lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya
ialah iman dan layarnya
ialah tawakkal kepada Allah.
2.
Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu
makanan kerana manisnya dan
janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana
manis
itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan
pahit itu belum tentu mendatangkan
musibah.
3.
Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman
sejati, maka ujilah terlebih
dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannnya. Bila mana dalam kemarahan
dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka
bolehlah engkau ambil
sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau
terhadapnya.
4.
Perbaikilah tuturkatamu, halus budi bahasamu dan
manis wajahmu, kerana engkau
akan disukai orang
melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah
memberikan
barang yang berharga kepadanya.
5.
Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa
kalau bukan perkara yang
menggelikan, jangan engkau
berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau
menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri
kamu dan janganlah engkau
mensia-siakan harta dunia
kamu.
6.
Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu, dan nafkahkanlah yang
selebihnya untuk
akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul
sampah,
kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya
jangan engkau
rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana
sesungguhnya
semua yang engkau makan dan pakai
itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau
bertemankan
orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan
diri kamu.
7.
Hai anakku, apabila engkau berteman, jadikanlah
dirimu orang yang tidak pernah
mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu
daripaamu.
8.
Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai
seorang yang tidak berhajatkan
kepada pujian atau
menagih sanjungan dari orang lain, kerana penguasaan
riya'
itu akan menyebabkan diri kamu beroleh kecelakaan.
9.
Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada
dunia semata-mata dan hatimu
jangan disibukkan
dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau
diciptakan
oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang
lebih hina melainkan
orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.
10.
Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata-kata busuk, kotor
dan kasar
kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam
diri. Kalau
berbicara, usahakanlah agar dirimu
mendatangkan manfaat kepada orang lain.
11.
Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya
apabila engkau selalu mencari
ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang
yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul
maka dia tidak mampu
memikulnya, padahal dia masih
terus mengumpulkannya.
12.
Janganlah engkau makan atau minum yang
berlebihan kerana sesungguhnya makan
yang terlalu
kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu
dan alangkah
baiknya makanan yang lebih itu diberikan
kepada anjing sahaja.
13.
Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan
disayang, sesiapa yang suka
berdiam diri sudah tentu
akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara
yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak
mampu menahan lidahnya
daripada berkata kotor,
sudah tentu akan menyesal.
14.
Hai anakku, bergaul mesralah dengan orang alim
dan berilmu. Perhatikanlah
kata-kata dan nasihatnya
kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar
nasihatnya, akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata alim
ulama bagaikan tanah yang
subur disiram air hujan.
15.
Hai anakku, bila engkau mengahdapi dua pilihan,
menjenguk orang mati atau
menghadiri pesta
perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih
menjenguk orang
mati. Sebab menziarah orang mati
itu akan mengingatkan kamu kepada kampung
akhirat, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan
itu hanya akan mengingatkan
kamu kesenangan
dunia.
16.
Makanlah makananmu bersama-sama orang yang
taqwa dan musyawarahlah segala
urusanmu dengan
para alim ulama dengan cara memohon nasihat
daripadanya.
17.
Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat, maka
dirinya akan mendapat
penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar
setelah menerima nasihat daripada orang lain, akan
sentiasa menerima kemuliaan
dari Allah swt.
18.
Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu,
maka marahnya itu sebagai
siraman air bagi tanam-
tanaman yang kering kontang.
19.
Jauhilah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu akan
menjadikan dirimu hina di siang
hari dan hina di malam hari.
20.
Selalulah berharap kepada Allah agar menjauhkan
kamu daripada sesuatu yang
menyebabkan kamu
menderhaka kepada-Nya. Takutlah kepada Allah dengan
benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari
sifat putus asa daripada
rahmat Allah swt.
21.
Hai anakku, engkau telah merasakan betapa
beratnya mengangkat batu yang besar
dan besi yang
amat berat tetapi adalah lebih berat daripada itu semua
apabila
engkau mempunyai jiran yang jahat.
22.
Hai anakku, janganlah sekali-kali engkau
mengirimkan utusan melalui orang bodoh
dan jahat.
Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik,
sebaiknya engkau
sendiri sahajalah yang menjadi utusan.
23.
Jauhilah sejauh-jauhnya sifat dusta, sebab berrdusta
itu enak sekali
mengerjakannya bagaikan memakan
daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan
dusta
yang dilakukan, akibat dan bahayanya amat besar.
24.
Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan
rendah di dalam beribadah dan
taat kepada Allah, maka
orang itu akan sentiasa tawadhuk kepada Allah, dia akan
lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan
dirinya daripada melakukan
maksiat.
25.
Hai anakku, seorang pendusta itu akan hilang air
mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seseorang
yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa
memikirkan
dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar.
Ketahuilah
bahawa memindahkan batu besar yang berat
dari tempat asalanya adalah lebih
mudah daripada
memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak
mahu mengerti.