Sunday, July 31, 2011

Ramadhan datang lagi!!!!..................


Hari ni hari akhir bulan Syaaban esok dah bulan Ramadhan,....bila tiba bulan ni...ramai yang balik awal dari pejabat...yang dah jadi Menteri Perumahan macam saya ni....dah tak fikir pasal jalan sesak ke...apa ke....cuma sibuk hantar dan jemput anak kat sekolah....Masjid pun penuhlah..... Semuga Allah panjangkan umur kita untuk beramal sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan ,juga dapat menambah ilmu dari tazkirah dan dapat bersedekah dengan lebih lagi, mudah-mudahan dipanjangkan umur lagi untuk bulan-bulan, tahun-tahun yang seterusnya..............
Aminnnnnnnnnn..........
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2011 Bagi Kawasan Kuala Lumpur Dan Putrajaya, kalau nak jadual untuk negeri lain boleh pegi kat link di bawah:-http://www.matjoe.com/2011/03/jadual-berbuka-puasa-2011-1432h.html


IM Hassan Adli ...Calon menantu TERBAIK untuk kaum ibu

Hari minggu lepas, 24/7/11, kami sekeluarga ada di Melaka sebab kakak suami buat majlis pernikahan anak mereka Siti Nadiah...sibuk punya pasal terlupa nak snap gambar pengantin....balik dari sana waktu dah tengahari....hubby dah mengantuk sangat...saya kata singgahlah kat R n R tidur sekejap....masuk parking kat R n R Seremban lelapkan mata...tiba-tiba terkejut macam kereta kena langgar dari belakang...hubby turun dari kereta, tengok..rupanya ada la sorang chinese man nak masuk parking kat sebelah tapi tak reti sangat kut nak adjust stereng....habis bercalar kereta.....tapi hubby tak cakap apa pun.....chinese tu cakap... tak de apa kan...tak de apa kan...hubby tengok je...dan angguk-angguk....lepas tu langsung tak jadi tidur, balik K.L terus.....lepas tu hubby kata nak makan tengahari kat mana?...saya kata nak makan lauk kampung...terus kita orang pergi kat Restoran Haslam di Jalan Pahang.....ramainya manusia..makan kat situ...tapi lauk pauk dia memang best...wallaaaaa ....  best gilaaaaaaaaaaaaaaa......!!!!Tapi ini bukan story mory yang nak saya sampaikan.......tapi yang ini............
Si Iqa kata lepas ni pergi Jaya Jusco boleh...saya kata Kat Wangsa Maju...oklah ...solat zohor kat situ sekali.....Lepas solat kita orang merayau-rayau kat kedai-kedai dalam JJ tu, dan menyinggahlah kat kedai buku MPH..sambil menegok buku tu tak lama kemudian terpandang orang yang baru masuk kat kedai tu...eh!!! macam Imam Muda Hassan Adli lah....pandang lagi...ha ah....lah dia lah....ala comelnyaaaaaaaaaaa!!!!!!kulit putih....muka comel.....dia datang berdua.....dengan anak saudara kot?
So sambil tengok buku sambil tengok Imam Muda tu....ha...ha...ha....cakap kat anak-anak pegilah ambil gambar ustaz tu...anak-anak kata MALU LAAH.......
Memandangkan ustaz Li tu bukannya jauh pun saya pun panggil perlahan-lahan..."Ustaz........ustaz Hasan....anak saudara dia yang toleh.....anak saudara dia  tunjuk....Ustaz Li pun menoleh...boleh ambil gambar?...ustaz Li senyum..saya sebut anak-anak malu nak ambil.......,dia sebut sambil senyum MALU?,,,,,,saya pun snap lah gambar ustaz Li....tapi...saya pun dah masuk kategori malulah jugak...he...he..he, sempat Ustaz Li tanya...datang dari mana?...saya pun jawab dari Selayang...tapi....lepas snap saya pun bergerak ke rak buku yang lain....malu wehh!!!!!!!...tak pernah-pernah nak snap gambar orang lain apatah lagi...orang yang popular.....padahal saya ni dalam kategori orang yang MESRA ALAM gitu......tapi depan ustaz muda ni....saya dah jadi pemalu la..pulakkkk...hua....hua.....hua... Ini gambar di kedai buku tu.....
Masa tu hubby kat tempat lain....tapi hubby ada cakap dalam minggu ni Ustaz Li nak datang pejabat dia...saya pun pesan kat hubby..kirim salam Assalam kat ustaz..cakap terima kasih sebab benarkan ambil gambar dia....dan gambar dia saya masukkan kat blog.....tengok secara berdepan...sopan dan senyum je Ustaz Li..lembut aje bila bercakap.....wah!!!! ini calon menantu yang TERBAIK untuk kaum ibu di luar sana......  pa akal la anak-anak gadis saya masih remaja....kalau tidakkk....saya orang pertama nak ambil dia jadi menantu....wakakaka!!!!!!!
Hari ni 28/7/11, sambil tengok siaran langsung bolasepak Malaysia lwn Singapore, tanya hubby, Ustaz Hassan jadi datang?...hubby kata datang...tapi ramai perempuan dari lelaki...perempuan  yang jarang tengok muka kat surau pun ada datang....yang tak bertudung siap berskarf, merah telinga, muka Ustaz Hassan malu kot atau terkejut sebab ramai betul perempuan....saya tanya sampaikan salam tak?...tak sempat..masa salam orang lain dah beratur panjang tunggu nak bersalam, belum yang perempuan lagi....tak bersalam tapi sibuk nak bergambar-gambar....dan hubby kata lagi, Ustaz Li sempat sampaikan pesan datanglah kat kampung 31/7/11 dia buat kenduri doa selamat...orang kampung dah tanya bila nak buat kenduri...sempat Ustaz Li melawak....bukan kenduri dia kahwin...sesiapa yang nak masuk jadi calun boleh lagi mendaftar....wakakaka...... saya sebut dia dengan panggilan ustaz Li..sebab dia bahasakan diri dia  dengan panggilan Li (Adli).Ini gambar sewaktu datang ke pejabat hubby di Damansara.

Saturday, July 16, 2011

Cuba lihat cincin di jari????


Jari Mana Disyariatkan Memakai Cincin?

Jawapan pada soalan tersebut adalah bertepatan dengan kandungan antara 13 Nasihat Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam berpesan kepada Saidina 'Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:

1] jari tengah

2] jari telunjuk

Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dapatlah kita pahala.

Wallahu a'lam. Wassalam.
Beramal dengan Ilmu.
Dipetik dari : Mohd Syaiful Azlan Bin Abdul Rahman

Monday, July 11, 2011

6 Golongan Yang Masuk Neraka Tanpa Hisab!!!



AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"



Jauhi Enam Golongan Yang Akan di Masukan ke Dalam Neraka Tanpa Hisab


Allah S.W.T. telah menyediakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya, apabila mereka bertemu Allah S.W.T. di hari akhirat. Begitu juga Allah S.W.T. telah menyedikan neraka untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa dan tidak melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Kesemua manusia yang beriman akan melalui hisab iaitu timbangan amal di atas dosa dan pahala yang telah dikerjakannya ketika di dunia. Tetapi amat malang terdapat 6 golongan manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa hisab di sebabkan dosa besar dan kemugkaran yang mereka lakukan ketika di dunia.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :

"Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :

1. Kerajaan yang zalim

2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)

3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.

4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.

5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.

6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."

Huraiannya adalah seperti berikut :

Golongan pertama : Kerajaan yang zalim.

Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan diberikan amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam realiti kita hari ini di dalam seluruh dunia Islam pemimpin negara Islam kebanyakkannya tidak berlaku adil kepada rakyat dibawah pemerentahannya. Selagi mereka tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah S.W.T. selagi itulah mereka tidak akan dapat berlaku adil. Pemimpin kerapkali merampas hak rakyat, rasuah, menyalah gunakan dana kerajaan dan menagkap dan memenjarakan rakyat yang tidak berdosa tanpa dibicarakan di mahkamah terbuka. Para ulama yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada rakyat disekat dan dikenakan berbagai halangan dan sekatan sehingga rakyat yang dahagakan ilmu terbiar tanpa mendapat tarbiah dan kesedaran Islam.

Perkembangan terkini dua buah negara Arab yang mana pemimpinnya cukup zalim dan kejam, rakyatnya telah bangkit memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran, yang satu telah jatuh dan menanti yang satu lagi bila-bila masa akan jatuh dibawah gelombang rakyat yang dahagakan keadilan dan kebebasan. Cuba kita bayangkan bagaimana zalimnya seorang pemimpin Islam sanggup menjadi 'budak suruhan' Yahudi laknatullah, saudara kita Palestin membawa makanan dan ubat-ubatan melalui trowong bawah tanah pihak tentera telah melepaskan gas beracun hinggakan mereka yang berada di trowong mati kerana sesak nafas. Tunggulah balasan Allah kepada mereka yang menzalimi saudara muslim yang tidak berdosa!

Para pemimpin pergerakan Islam di dua negara tersebut telah di tangkap dan diseksa dengan berbagai-bagai seksaan sedangkan mereka bukan penjenayah, mereka hanya menyampaikan dakwah untuk menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kemurkaan Allah. Kebangkitan gelombang rakyat adalah suatu yang tidak dapat disekat lagi kerana rakyat memerlukan pemimpin yang adil , amanah dan pemimpin berhati rakyat.

Ingatlah wahai pemimpin umat Islam! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan Allah! Andainya kalian adil , kalian akan mendapat naungan Arasy di Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka tanpa hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah S.W.T.

Golongan Kedua : Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)

Islam melarang umatnya mengutamakan kemegahan atau taksub kepada sesuatu kaum/bangsa dan sifat separti ini dipanggil memperjuangkan asabiyah.

"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata:

“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Dapat difahami bahawa sayang kepada bangsa sendiri yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui Islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asabiyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah lalu dibela dan dipertahankan.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Golongan Ketiga : Ketua kampung/ pemimpin yang sombong.

Sifat sombong adalah satu sifat yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Tiada sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan kerana semuanya adalah milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kesemua itu.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."

Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."

(Hadis Riwayat Muslim)

Seorang ketua kampung atau pemimpin dikawasan mukim tidak seharusnya dia bersifat sombong kerana tugas untuk memimpin kampung atau mukim adalah satu amanah bukan satu keistimewaan dan boleh bermegah-megah.

Begitu juga orang kaya tidak sepatutnya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau, 'Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri (sombong)' ” (Surah al-Qashash ayat 76)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan (juga) Qarun, Firaun dan Haman. Sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala".

(Surah al-Ankabut ayat 39).

Jauhilah sifat sombong kerana sifat ini akan menjadikan seseorang termasuk di dalam golongan ketiga akan masuk neraka tanpa hisab.

Keempat : Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.

Salah satu cara untuk mendapatkan harta dengan cara yang halal adalah dengan perniagaan.

Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%) rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Peniaga yang berniaga melakukan penipuan dengan menaikkan harga barang atau menyorok barang keperluan harian tanpa memilirkan kesusahan orang lain adalah dikira berkhianat dan menipu orang ramai.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Sekiranya seorang peniaga itu berkhianat atau menipu dalam perniagaannya, menipu timbangan atau mengurangkan spesifikasi yang telah ditetapkan sesuatu barangan/ pembinaan maka dia termasuk golongan keempat akan di masukkan kedalam neraka sebelum di hisab.

Kelima : Orang kampung yang kerana kebodohannya. ( Orang bodoh yang mempertahankan kejahilannya)

Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'.

Orang jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain.

Golongan kelima yang jahil ini akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.

Golongan Keenam : Ahli ilmu kerana hasad dengkinya.

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.

Hasad dengki yang paling membahaya adalah apabila ulama menaruh hasad dengki kepada ulama yang lain. Apabila seseorang itu di gelar alim ulama maka dia adalah seorang yang berilmu dan mengetahui dosa dan pahala.

Dalam sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.

Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."

(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Biasanya ulama yang memiliki sifat hasad dengki adalah ulama dunia, ulama yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menyatakan kebenaran kepada pemimpin zalim walaupun kezaliman itu terang-terangan berlaku dihadapan matanya. Ulama seperti ini akan masuk neraka tanpa hisab dan dia lebih dahulu masuk neraka daripada penyembah berhala .

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada enam golongan yang masuk neraka tanpa hisab seperti huraian di atas. Orang yang paling berbahagia adalah golongan yang masuk syurga tanpa hisab seperti para Nabi dan Rasul dan para syuhada dan mereka yang benar-benar beriman, bertakwa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. bukannya golongan yang masuk neraka tanpa hisab.
Dipetik dari : www.mahatera.blogspot.com


Orang yang munafik





“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik Manusia :


1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.

2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.

3. Bila diberi kepercayaan / amanat maka dia akan mengkhianatinya.

Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga persyaratan di atas iaitu pembohong, penghianat dan pengingkar janji. Jika baru sebatas satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi baru camuna / calon munafik.

1. Berbohong

Bohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain. Jadi apabila kita tidak jujur kepada orang lain maka kita bisa menjadi orang yang munafik. Contoh bohong dalam kehidupan keseharian kita yaitu seperti menerima telepon dan mengatakan bahwa orang yang dituju tidak ada tetapi pada kenyataannya orang itu ada. Contoh lainnya seperti ada anak ditanya dari mana oleh orang tuanya dan anak kecil itu mengatakan tempat yang tidak habis dikunjunginya.

2. Ingkar Janji

Seseorang terkadang suka membuat suatu perjanjian atau kesepakatan dengan orang lain. Apabila orang itu tidak mengikuti janji yang telah disepakati maka orang itu berarti telah ingkat janji. Contohnya seperti janji bertemu teman di warung kebab tetapi tidak datang kerana lebih mementingkan bisnes. Misal lainnya iaitu seperti para siswa yang telah menyepakati janji siswa namun tidak dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

3. Berkhianat

Khianat mungkin yang paling berat kelasnya dibandingkan dengan sifat tukang bohong dan tukang ingkar janji. Khianat hukumannya bisa dijauhi atau dikucilkan serta tidak akan mendapatkan kepercayaan orang lagi bahkan bisa dihukum penjara dan denda secara pidana. Contoh berkhianat yaitu seperti anggota askar negara yang menjadi mata-mata bagi pihak asing atau musuh. Contoh lainnya yaitu seperti seorang pegawai yang dipercaya sebagai pejabat tanah, namun dalam pekerjaannya orang itu menyalahgunakan jabatan yang digunakan dengan cara menipu geran.

Jadi apakah anda munafik? Jika ya sebaiknya anda lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT dan bertaubat agar tidak dihukum dengan api neraka kelak di akhirat. Dipetik dari: http://www.sayamuslim.com/


Sunday, July 10, 2011

Apa yang tersirat????

PELUDAH WARNA


Kuasa gusar kini menggelegak murka;

warna kuning diisytihar racun terbisa.

Diragutnya baju-T segeram tenaga

dan diumum itulah busana bahaya.


Tapi, kita jahit semula perca kain,

menjadikannya panji terindah dan tulen.

Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu

kita kembalikan damai ke dalam qalbu.


Kini cahaya mentari mungkin diramas

dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.

Memanglah mereka kini peludah warna

sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.


Kerana nikmat amat lama berkuasa,

kuasa pun seolah menjadi hartanya.


A Samad Said


" Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan! " - NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

*Jika kita memiliki hati nurani kita mesti tahu apa yang tersirat!................

Sunday, July 3, 2011

Fobia warna Hijau warna Kuning??


Semenjak dua tiga menjak ni..rasanya ada yang fobia pada warna.....ingatkan fobia pada warna ni berlaku tahun 1998 aje....rupanya tahun 2011 ni pun berlaku juga...saya ingat masa kerja dulu...kawan-kawan teknikal sampaikan cerita, kisah budak-budak kantin kena marah oleh VIP dipejabat...saya tanya kenapa, sebab kuih untuk mesyuarat tu berwarna hijau...saya tanya kuih serimuka ke?...
Staf teknikal pun jawab ha..ah kuih serimuka...saya pun jawab apa masalahnya kuih tu warna hijau...memang kuih serimuka selalunya warna hijau..sebab campur air daun pandan atau pewarna hijau...
dia orang pun jawab itulah  pasal!!!!!!!!.......saya pun cakap..kuih tu pulutnya warna putih...atasnya warna hijau....kalau kuih pun warnanya menjadi masalah...kenapa tak cakap dengan Datuk tu...spray ajelah pokok-pokok disekeliling bangunan pejabat ni dengan warna merah...terpinga-pinga kawan-kawan teknikal saya...apsal? dia orang tanya....saya jawab dah tu pokok sekeliling ofis kita ni kan warna hijau....kalau dah fobia dengan warna hijau..tukar jelah warnanya...diaorang pun jawab betullah!!!!!betullah!!!!!!!!sambil ketawa terbahak-bahak.kah..kah..kah

Saya sambung lagi nampak gayanya warna bangunan kita tak lama lagi tukar catlah....yalah,..... diaorang jawab....HIJAU TU......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rupanya memang betul, tak lama lepas tu ...warna hijau tu ditukar ke warna coklat.....hu....hu...hu.... memang mental betul......Rupa-rupanya bukan setakat warna bangunan kami...lambang petronas pun tukar ...dulu bulatnya warna putih..luarannya warna hijau...sebab fobia...yang LUAR BIASA....tukar ...yang bulat jadi hijau dan luarannya jadi putih.....kos tukar logo aje dah berjuta...singkat akal betul...pasal apa berjuta...semua papan tanda..dipremis ke...di stesyen minyak ke, kepala surat ke....memo ke..... semua nak kena tukar seluruh Malaysia tu....mau tak berjuta-juta...sedekah kat anak-anak yatim lagi banyak dapat pahala......ini dak cari bala namanya........

Aleh-aleh sekarang fobia dengan warna kuning.....yang heran nya...bukan kuning je kena tangkap ..yang pakai warna hitam pun kena.....skru dengan wayar kat kepala tarcabut ke apa ni...?Kisahnya disini........ http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Allah bagi akal terletak ditempat yang paling tinggi iaitu dikepala....bukannya di bawah tapak kaki....takkan lah tak boleh berfikir yang mana betul yang mana salah..yang mana hak yang mana batil......
seolah-olah "DUNIA INI ANA YANG PUNYA" terlupa kot .....LANGIT DAN BUMI NI MILIK ALLAH S.W.T YANG EMPUNYA.......terlupa yang kita semua akan di hisab/di adili di Akhirat nanti, itupun kalau kita PERCAYA PADA RUKUN IMAN YANG ENAM...salah satunya PERCAYA PADA HARI AKHIRAT!

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails