Tuesday, December 20, 2011

Biskut Kelapa Mudah


Seperti dijanjikan saya sertakan resepi Biskut kelapa mudah....kalau ikut tuan punya resepi biskut ni di terap dan dipotong-potong guna pisau agar-agar, tapi saya buat bulat-bulat je, tekan dengan belakang garpu macam buat German Cookies, lepas tu bubuh ceri. Ceri ni yang tolong hiris halus kejap kak Diba , kejap si Iqa...

Biskut kelapa mudah - mokcik73@myresipi.com
mudah dan rangup dimakan
Bahan-bahan ( 100 biji )

        250g mentega

        50g badam dikisar halus

        2 cawan kelapa kering dikisar halus

        3 cawan tepung gandum

        1 1/2 cawan gula halus

        1/2 sdk baking powder

        1/2 sdk amplex (peragup biskut)

        1/2 sdk esen vanilla

        2 biji telur

        pewarna hijau dan ceri utk hiasan

 Cara-cara

1.       pukul mentega dan gula hingga kembang.

2.       masukkan telur, pewarna dan esen vanilla, pukul lagi.

3.       masukkan badam dan kelapa kering, gaul.

4.       masukkan tepung yg telah diayak bersama baking
          powder dan amplex sedikit demi sedikit.

5.       gaul sebati dan uli doh ikut kegemaran yg disukai.
          biasanya biskut kelapa ni org bulat2 dan golek
          dgn kelapa kering mcm buat buah melaka tu pastu
          tekan dgn garfu.
6.       utk menjimatkan masa dan yg ada penyakit 'm'
          macam saya ni boleh lah ikut cara saya ni.
7.       canai doh lebih kurang 1cm kemudian potong dgn
          pemotong agar2 hias dgn ceri.
8.       bakar dlm oven 150c selama 20 minit atau
          sehingga masak.

Hari ni hubby bawa dua-dua jenis biskut (Biskut Bunga Cina dan Biskut Kelapa Mudah) ni ke pejabat sebab ada makan-makan kat ofis dia...satu kebetulan lak pulak...pasal buat kedua-dua biskut ni..petang semalam. 

Biskut Bunga Cina@Semperit Susu


Assalam....? Ribut tidak...hujan renyai sikit-sikit..mimpi tidak...menggigau tidak, saya buat biskut raya, saya pun hairan kenapa biskut mesti di sebut raya kat belakangnya...kalau tak raya pun..boleh buat biskut..dan saya buat dua jenis biskut raya...hu...hu...hu..
Biskut Bunga Cina @ Semperit Susu dan satu lagi Biskut Kelapa. Waktu nak buat ni, terlupa acaun semperit tak ada di apartment ni, nasiblah ada cookie press, belasah jelah labuuuuu dan ini resepinya:-

BISKUT BUNGA CINA/SEMPERIT SUSU - azie mazidah fb/farah salleh fb (norlieharumaini.blogspot.com) (http://zachoes.blogspot.com)

Bahan-bahan:-

1 buku butter
1/2 tin susu pekat ( 505 grm bhgi 2)
1 1/2 tin tepung jagung brown & polson ( 600 grm )
sedikit vanila. Hiasan: Coklat chip


Cara-

 1. Pukul sebati butter dan susu pekat juga vanilla, tak perlu sehingga kembang. (Guna pemukul telur ‘ whisk ‘)

2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, gaul sebati sehingga boleh dikepal(tak perlu habiskan semua tepung)

3. Ambil doh terap guna acuan bunga semperit, buat dua warna.

4. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper.

5.Bakar pada suhu 170'C – 12 -15 minit atau hingga masak.


*Gaul guna spatula atau sudu besar atau senduk kayu.
biskut ni wrnanya memang putih cream suci sesuai seperti namanya... 
diperkaya dgn rasa susu n cair d mulut..


Ini versi pink colour..Athirah punya keje...dia cantum doh warna asal dan pink...buat biskut ni kejap aje apatah lagi pakai cookie press... untuk biskut kelapa nanti saya up date...Insya Allah.... 

Jangan!..Jangan!....Jangan!!!!!


Pesanan ini saya terima melalui e-mail...dah lama tahun 2007, sewaktu berkemas majalah dan fail-fail terjumpa fail yang berisi e-mail yang di cetak, bila terbaca e-mail ini semula, saya masukkan ke blog agar pesanan ini boleh di jadikan panduan kita bersama.

1. Jangan sengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka.

Kalau tertidur lain cerita..

2.Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).

Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3.Jangan tidak menutup kepala ketika membuang air kecil dan besar,

 kerana jika tidak…..nanti di Padang Mahsyar kepala penuh dengan najis-najis tu.

4.Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.

5.Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapan.

6.Jangan tidur selepas solat Subuh,

nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat).

7.Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.

Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

8.Jangan keluar rumah,tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut² kita mati dalam perjalanan.

9.Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

10.Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

11.Jangan bergaul bebas ditempat kerja.

Banyak buruk dari baiknya.

12.Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa,

 kerana mati boleh datang bila² masa.

13.Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia,

kalau memang kita bersalah.

14.Jangan mengumpat sesama rakan taulan.

 Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

15.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apabila berjaya..

Kalau gagal kecewa pula.

16.Jangan bakhil untuk bersedekah.

Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

17.Jangan banyak ketawa.

 Nanti mati jiwa.

18.Jangan biasakan berbohong,

kerana ia adalah ciri² munafik

dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

19.Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.

Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

20.Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

21.Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.



*”Sebarkanlah ajaranku, walau satu ayat pun”

(Sabdar Rasulullah SAW)

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu

dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,

maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.’’




Biar Betul???????

 Pagi Sabtu, anak-anak saya mandi di kolam renang...saya sibuk masak rendang ayam, sebab nak makan dengan nasi himpit..Siap masak rendang, anak-anak saya balik dari kolam renang.
si Ira bercerita...Ibu tadi ada baby jatuh kolam...
"Haa..!!!!!saya terkejut...lemas ke?.."sikit la..jawab si Ira,"
"Baby besar mana? " Dah..boleh jalan..terkedek-kedek"
"Siapa tolong?...kita oranglah...jawab si Ira..."
"Macamana boleh jatuh?..."baby tu jalan-jalan..tergolek dalam kolam"
"Mak dia mana?, " tak ada baby tu sorang-sorang "
"Biar betul?..." Orang yang dulu, nampak baby tu ,..risau tengok baby tu takut dia  jatuh kolam...cerita si Ira, orang toleh kakak je..tengok-tengok baby tu dah terlentang dalam kolam"
" Kolam budak ke dewasa?" " Kolam dewasa..."
"Lepas tu? " Kak Fiqa...jerit..eh.baby jatuhlah!!!!!"
"Kebetulan kak Fiqa dah keluar dari kolam, kak Diba dalam kolam tapi, kita orang kat sebelah tepi kolam yang bertentangan ... jauh sikit"
" Kak Fiqa ketakutan...nak buat apa ni? (gabra tahap gaban)
" Kak Diba kata, cepatlah tolong baby tu!!!!!"
"Kebetulan baby tu jatuh dalam kolam, tapi betul-betul sebelah tepi kolam, dalam keadaan terlentang, tapi air kolam tu dah tutup muka baby tulah".
"Baby tu tak tenggelam ke?.." Tak macam orang berenang, tapi terlentang"
"Ohh!!!!!malaikat tolong tu...."
"Orang dengan kak Fiqa tarik baby tu keluar, tapi tak larat, tarik baby setakat kat tepi je, kak Diba yang tolong angkat.."
Saya tanya "tak ada orang lain ke mandi kat kolam?"
"Ada..., tapi budak-budak, ada orang lelaki tepi kolam tu duduk, tapi dia orang tak perasan, ada orang lelaki dengan ayah dia lagi..."
" Dah besar ke?, "orang tu..dah besarlah. ada ayah dia sekali tapi dia orang tengah baca majalah ke surat khabar..."
" Eh!!!!tak kan tak perasan masa kau orang kecoh-kecoh?"
"Dia orang pandang je.." cerita si Ira..
" Eh..biar betul diaorang ni!!!"
"Lepas tu baby tu hantar ke mana?"
" Kita orang hantar ke TASKA...agak-agak je lah..sebab baby tu datang dari arah tu..."
"Pimpin ke dukung?...kak Diba dukung baby tu, nasiblah baby tu batuk-batuk keluarkan air kolam yang tertelan tu...."
"Anak siapa?...anak orang yang TASKA tu bela ke?
" Tak...anak orang TASKA tu sendiri...terkejut emak dia...rupanya dia suruh anak dia, kakak baby tu jaga, tapi akak baby tu leka main..."
"Orang TASKA tu cakap apa?"
" Nasib....ada kau orang, kalau tidak dah lemas...."
"Saya kata kat anak-anak ...kalau belum ajal tiba...."
" Baby tu comel, putih,,,baby boy...."
" Tapi!!!!!!! yang menjadi persoalan saya ialah...kenapa orang lelaki dewasa yang ada kat tepi kolam tu, boleh tak perasan?...Kalau leka membaca pun takkan tak terdengar apa-apa...dan yang menghairankan...ada dia orang toleh, tapi setakat pandang dan tak bertanya apa-apa...
Hairan bin ajaib...orang macam ni...!!!!"

Sunday, December 18, 2011

ARAK - pusing kot mana pun tetap HARAM!!!

Malam semalam saya dengan Ira pergi ke seberang jalan kawasan Pangsapuri Saujana Gombak, sebab kat situ ada Pasar Raya...beli susu cair dan santan kotak untuk stok simpanan. Masa beratur nak bayar..ada lelaki depan saya, beratur untuk buat bayaran..saya terpandang pada  barang yang di belinya...ARAK...tergamam saya...yang bertugas di kaunter bayaran pula dua orang anak gadis bertudung, seorang masukkan dalam beg plastik, seorang lagi punch mesin kira duit..." Saya pun sebut..kesian kat pekerja pasaraya ni...elok-elok kerja tu halal ...dah jadi ???" kebetulan ada perempuan belakang saya, tengah tunggu giliran juga nak buat bayaran, dia pandang muka saya dengan wajah tertanya-tanya...? saya pun jawab..sebab terbabit menjual benda haram tu walaupun tak rela....
  
Dalam istilah lain, arak juga dikenali sebagai minuman beralkohol. Oleh itu, ia tidaklah terhad dan terbatas kepada arak yang dihasilkan daripada anggur. Memang anggur digunakan untuk membuat arak tetapi apa jua bahan, arak tetap haram. Arak mendatangkan kemudaratan



Rasulullah S.A.W telah mengutuk/ melaknat kerana khamar (arak) atas sepuluh orang iaitu:-

1.            Yang memerah (orang yang membuat arak)

2.            Orang yang diperahkan(Tauke arak)

3.            Yang meminum (Orang yang meminum)

4.            Yang membawa (Orang yang menghidangkannya)

5.            Yang dibawakan (dihidang)(Tetamu yang menerima minuman)

6.            Yang Menuang (Pelayan, Bar tender)

7.            Yang menjual (Pekedai, hotel, kelab, Sykt Penerbangan)

8.            Yang Menawarkan harganya (Syarikat penjual)

9.            Yang membeli( si peminum atau syarikat)

10.          Yang menyimpan (syarikat, pekedai, kelab)

(Diriwayatkan Oleh Ibnu Majah Dan Tirmidzi)

Kerjaya di hotel adalah kerjaya yang halal dan baik. Begitu juga bekerja di kedai. Cuma dalam aspek berkaitan arak, ia perlu diberi perhatian.
a)      Arak adalah maksiat dan mungkar. Kewujudannya bekerja di situ satu
         tanda reda dengan   maksiat.
b)      Keterlibatannya dengan arak tidak dapat dielakkan.

Jadi...biarlah urusan jual beli arak diuruskan oleh rakan sekerja yang bukan Muslim, tetapi yang selalu berlaku, pekerja tidak berani bersuara apatah lagi jika majikannya bukan Islam.Andaikan ada pelanggan ingin membeli minuman arak, (contoh di pasar raya yang saya pergi) maka masalah akan timbul ketika itu. Jika kita bekerja sebagai juruwang, kita yang menjual arak tersebut. Ini sudah termasuk dalam tegahan Nabi saw.

Selagi ada peluang untuk mencari pekerjaan lain, di tempat lain berusahalah mencarinya.
WALLAHU'ALAM BISAWAB.

Kredit kepada:- Artikel Halal dan haram dalam Islam. Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi  dan http://hidayahcentre.wordpress.com

Thursday, December 15, 2011

Jangan suka mengambil kesempatan!!!!!!!


Assalam, lama dah tak jenguk blog, hari ni saya masuk pun sebab saya nak lepaskan rasa geram saya sangat-sangat...

Saya dan anak-anak memang dah lama tak pergi apartment kami...disebabkan cuti sekolah yang masih panjang lagi, kita orang pun pergilah duduk sana..tambahan si Ira asyik sebut nak mandi kolam tak sudah-sudah....

Nak dijadikan cerita, semalam lebih kul 9.00 malam, saya ajak hubby dan Ira, pergi kedai sayur yang berhadapan dengan pasar borong Selayang, sambil angkut majalah dan frame gambar untuk dihantar ke Nakhoda, bila sampai kat bawah apartment, tunggu hubby tak muncul-muncul dari parking kereta...apahal pulak ni???...padahal dia dah turun lebih awal...tunggu punya tunggu punya tunggu, tengok-tengok dia datang dengan sec.guard, sambil bagitau ," kereta u kena kunci! "...saya tanya apsal lak kena kunci?...Apa diaorang ingat kita ambil parking orang lain ke?

Hubby pegi uruskan kat management ofice... barulah pergi ke parking semula...si Ira yang ikut, ...saya tak ikut...sebab benda-benda macam ni akan buat saya marah.. Saya tunggu...saya tanya hubby apa kes?..sampai kena kunci?...hubby kata diaorang ingat bukan tuan punya parking yang parking....Saya pun rilekslah...walaupun ada rasa tak puas hati...

Lepas beli sayur, mee dan kue teow untuk dimasak besuk (hari ini) saya ikut hubby pergi ke ofisnya di Damansara...kena lalu tak berapa jauh dari Istana Negara yang harga berbillion ringgit tu....singgah sekejap aje ambil h/p hubby yang tertinggal.....Lepas tu kami singgah kat gerai makan yang berhampiran up town Sri Gombak...lepak makan yong tau foo, dan char kue teow...kemudian balik apartment....

Sampai kat tempat parking "slumber badak" aje..ada kereta lain parking kat tempat kereta kita orang....  hubby kata ada kereta lah parking!...dan disinilah rasa marah dan geram saya bermula....hubby pusing kereta pergi kat Sec.Guard kat pintu masuk, tapi agak jauh jugalah dia berhenti, saya turun tanya kat guard, apsal orang lain parking kat tempat kita orang...sebab apartment ni..kalau tak ada kad masuk "smart card entry" seakan "Touch N Go"...tak siapa pun boleh masuk.....kalau masuk dan parking kat tempat orang lain akan dikunci dan denda RM50.00/.

Saya cakap..dahlah kereta saya, you all kunci...sampai saya kena tukar kereta lain, sebab kereta saya tak ada sticker apartment...sebab dapat satu sticker saja...dan sticker tu ada kat kereta lain...balik-balik ...ada pulak kereta orang lain park kat situ...
Guard tanya nombor rumah berapa?...sayapun cakaplah....*******...kemudian pak guard-pak guard tu cakap sudah 2 (dua)hari itu perempuan komplein parking dia orang lain ambik....  Saya cakap, "banyak dia punya cekadak!!!"...sedap-sedap mengaku parking tu dia punya...saya kat apartment sejak 2007,  dan parking lot saya memang tertulis no.rumah saya....kalau parking lot kroni management , tertulis dengan nombor kereta ...ingat saya tak tau semua tu!!!...saya marah kat guard...kemudian ada sorang guard tu kata parking lah kat visitor...ohhh.....banyak cantik?????sedap-sedap bagi parking lot saya kat orang lain sampai kereta saya kena kunci...saya kata kat dia orang, " saya tak nak dan saya nak parking saya balik"!!!!!....guard tu kata tanyalah sama management...saya kata bagi nombor tel...saya pun tel..dan tanya apsal parking akak, orang lain parking?

Orang managent tu suruh kami tunggu depan pintu lif, rupanya orang management tu yang bagi orang lain park kat tempat saya dengan  alasan " menumpang sekejap aje".....saya bengang betul.... sebab dia bagi alasan "bodoh" sedangkan guard tadi cakap orang tu kata parking tu, dia punya....dan setahu saya orang yang beli atau sewa memang dapat parking seorang satu lot parking, dan boleh sewa lot parking lain, kalau nak lebih....Orang management tu tel.orang yang parking tu untuk alihkan kereta dan si perempuan tu kena parking kat tempat OKU...

Hari ni..saya sms jiran sebelah..sebab dia kat tempat kerja..saya pulak kat rumah...tanya memang dah lama ke ada orang lain park kereta kat tempat parking akak?....jiran saya balas sms... jawab memang dah lama ada orang guna parking akak, ingat akak sewakan...!!!!

Rupanya manusia ini di mana saja, tak kira tempat dan waktu...memang ada jenis yang suka mengambil kesempatan terhadap orang lain...satu perkara yang memang saya tak suka sangat-sangat kerana...manusia jenis ini, dia akan buat apa saja yang dia suka, asalkan dapat kat dia, sedara-mara, kroni ke..walaupun itu hak orang lain.

Seperti kata pepatah milineum " Nampak hebat sebab tinggal dekat kondo dan pakai kereta merc, tapi Lembu tetap Lembu".

Sunday, December 4, 2011

Langkawi Pulau Lagenda - Hari Ke Empat

Hari ni hari ke empat, kul 12.00 tengahari kena check out...so hubby kata, breakfast kat kedai depan jelah, lepas tu kita jalan-jalan sebelum check out...
Jadi lepas sarapan pagi, kami ke Padang Mat Sirat, ke kawasan Beras Terbakar, walaupun saya tau, dah tak ada dah berasnya...cuma nak bawa kakak dan anaknya Izzat jalan-jalan kat situ.
 
 
 
Kat sini beli madu tualang , t.shirt...lepas tu...keluar masuk gerai, jenguk sana-sini, balik ke bilik penginapan dan berkemas...sebab masa kami balik pun dah pukul 11.00 tengahari lebih dah, pukul 12.00 pulang kunci...kami ronda-ronda, tapi disebabkan cuaca panas terik, dan masing-masing berangkut coklat yang banyak...kami cadang nak pergi airport terus...tapi hubby cadang kita singgah kejap kat "Look Out Point", dari situ boleh nampak airport...so kami pergilah apatah lagi memang saya pun tak pernah pergi ke situ.....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Lepas tu kami terus gi airport, solat Zohor kat surau, lepak-lepak, makan kat Merry Brown..ronda-ronda sampai letih laa...kemudian solat Asar pulak...
 
 


 
Pukul 6.00 petang kami masuk ke balai berlepas, tunggu sampai letih laa...masuk waktu maghrib terus masuk surau solat...sebab flight 7.50 malam...

 

 
 
 
 
 
 
Kami semua selamat sampai di LCCT KLIA hampir jam 9.00 malam kebetulan masa nak mendarat cuaca kurang elok, Kuala Lumpur hujan....  rupanya abang ipar dah tunggu lama dah kat airport.....balik singgah Sg.Buloh , sempat singgah makan malam lagi Abang Zali (abang ipar suami, kakak dan ayah si Izzat) belanja kami makan. Sampai kat Batu Caves dah kul 12.00 malam.Alhamdulillah semuanya selamat....Aminnnn.

Saturday, December 3, 2011

Langkawi Pulau Lagenda - Hari Ketiga

 Hari ke tiga di Pulau Langkawi, pagi-pagi lagi dah bersiap ingat nak breakfast kat restoran di AB Motel...pergilah,,aleh-aleh tutup..kami merayau sekejaplah kat tepi pantai...

 
 
 
 
 
 
 
 

Kami keluar dari kawasan AB Motel...kami sarapan di Man Cafe...biasalah makan nasi lemak...

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lepas sarapan kami ke Under Water World, selagi tak pergi selagi tulah si Ira,tanya...bila nak pergi....memang dari K.L lagi dia nak pergi ke situ...yang si Iqa pulak nak naik Cable Car...kebetulan habis sarapan pukul 9.30 pagi...terus jelah pergi kaunter tiket, beli...mahal tiketnya..dewasa aje rm 25.....dan kami jadi group yang pertama masuk ke Under Water World pagi tu....
 
 
 
 
 
 
Sambil tengok sempat lagi si Ira bergambar dengan replika Penguin...

 
 
 
 
 
Ambil gambar tapi lupa nak catat nama hidupan laut ni....
 
 
 
 
 
 
 
 
Ada juga gambar yang diambil tak jelas...guna camera h/p je...sejak kamera hilang kena curi...sampai sekarang tak beli lagi....
 
 
 
 
 
 
 
 Seperti biasa, di dalam kawasan pameran sebegini, mesti ada tempat menjual aksesori, cenderahati dan sebagainya......tapi mahallah.......

 
 
 

Lepas habis pusing di Under Water World..kami singgah ke Laman Padi.....bertentangan dengan Mutiara Pelangi Beach Resort....
 
 
 
 
 
 
Selalu tengok orang-orang dalam buku atau t.v...sekarang tengok depan mata, cari juga tali dengan tin kosong untuk halau burung...tak ada lak pulak...dan ini pertama kali anak-anak pijak sawah padi...
 
 
 Ada dua orang pekerja tengah bekerja tengah sawah, yang kerbau duk sedap berkubang.....

 
Kami merayau-rayau tengah sawah, sambil bergambar, duk lepak kat pondok tapi bau tahi kerbau kuat sungguh...tu yang tak lama kat situ......
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 banyak sungguh bunga teratai tepi-tepi sawah dan dalam air...
 Lepas tu kami singgah stesyen minyak...aduhai !!!cantik sungguh tepi laut kat Harbour Park..
 
 
 
 
Cakap kat anak-anak, lain kali kalau pergi lagi, kita sewa bot ni, dan ronda-ronda, tapi kena simpan duitlah...dah tentu sewa bot mewah ni mahal....
Lepas tu kami ke Oriental Village, yang juga tempat Cable Car...ingatkan bolehlah naik, sekali sampai OMD...!!!!!!!(oh mak datuk!!!) ramainya orang...apatah lagi Mat Salleh...saya pergi kaunter tiket..tanya harga dan waktu naik...petugas tu bagi tau...kalau sanggup tunggu 1 1/2 jam untuk tunggu giliran ok...Haa!!!!!....terkejut saya, lamanya nak tunggu giliran...saya pun bacalah kat papan kenyataannya..kalau tak nak menunggu dan nak giliran cepat tambah je duit tiket sebanyak rm 50/... mak oiiii....tiket asal untuk dewasa rm 30/ kalau tambah jadi rm 80/...kalau sorang pun membazir..inikan pulak 7 orang......(tengah macam ni pun saya terfikir pasal rasuah...nak giliran cepat tambah duit...kalau nak tender hulur je duit..macam tu ke agaknya...???) Kalau tender tebuka...tak boleh nak hulur-hulur, tapi kalau tender terus atau tertutup...???

 
 
 
 



Oleh kerana tak jadi naik cable car...kami merayau-rayau, dalam kawasan Oriental Village...
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 Kami keluar dari kawasan oriental Village, dan singgah di suatu tempat...tepi laut..tapi tak tau namanya..lepak sekejap makan buah..terlupa nak tanya nama tempat tu kat si penjual  buah....
 
 
 
 
 
 
Lepas lepak makan buah, kami pergi Pantai Pasir Hitam, makan tengahari...lepas makan, ronda-ronda, beli T-shirt Diba dengan Iqa ..nak beli untuk si Ira..dia merayau ikut ayahnya.
 
 
 
 
Lepas tu, kami  balik ke tempat penginapan...solat zohor....lepak-lepak dalam bilik tengok tv, tapi siaran tv kat sini memang tak boleh bla....channel tv yang memang JARANG-JARANG saya tonton kecuali cerita tertentu...mana taknya...TV1, TV2 dan TV3. TV1 memang tak pernah kecuali tertengok masa tukar-tukar channel, TV2 bila ada Tayangan Gambar, dan TV3 tengok drama sekali-sekala. Disebabkan tak ada siaran lain...hmmm hadap jelah.....

Lepas solat asar, si Ira ajak ayah dia dengan Izzat mandi pantai, saya dengan yang lain lepak je kat bilik...rupanya kakak pergi kepantai menengok dia orang mandi...

Lepas Isyak kami keluar makan malam....sekali lagi kami makan di Man Cafe...sebab masakannya sedap walaupun harga...sama macam kopitiam kat K.L....
 
 
 
 
 
 
 
 
Lepas makan malam, kami jalan-jalan, jumpa la satu pasar malam...merayau sekejap..rupanya peniaga dah nak balik..ada yang tengah berkemas...dah bertahun tak pergi pasar malam sampai tak tau pasar malam tutup kul berapa...pasal masa kami ronda-ronda tu baru kul 9 lebih nak dekat kul 10.00 malam
 
 
Belilah ayam goreng, putu piring...pulut dengan durian....lepas tu kami bawa makanan tu ke tepi pantai...lepak-lepak...tengok-tengok dah kul 11.00 lebih..jom lah balik bilik , cakap kat dia orang, ,nak berkemas, besuk check out kul 12.00 tengahari....

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails