Friday, November 29, 2013

Hujung tahun yang busy....


Hujung tahun yang busy sesangat...walaupun cuti sekolah, tapi barang-barang sekolah nak kena beli... kasut, baju sekolah, tudung,  baju sukan, belum buku tulis.. Waktu yang sama kena sedia duit yuran dan segala macam...

Kak Diba dah pun masuk semester yang baru....Alhamdulillah masih dapat duk asrama. Ada kawan dia yang dah kena duk rumah sewa... sibuk juga membeli barang-barang untuk keperluan Kak Diba..

Barang-barang untuk si Iqa aje tak beli lagi...nak selesaikan si Ira  dulu...nak kena beli buku tulis.. sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama... kedai buku sekolah kebangsaan dah buka...sekolah agama bulan Disember....


Kerana  busy ..busy... tak sempat nak up date blog....maaflah kepada pembaca..

Friday, November 22, 2013

Lempeng Dan Sambal Tumis..Aduh Sedapnyerrr!!!! Resepi yang sangat mudah !!!!

Hujan-hujan waktu petang teringin nak makan lempeng..
Semua taukan apa bendanya lempeng ni..bukan lempang...
Kalau selalu main agak-agak aje bancuhan, tapi kali ni buat
saya ikut resepi yang ada sukatan supaya mudah buat anak-
anak sekarang buat rujukan..anak-anak saya leteww...!!!
Resepi mengikut trending ...blender saja..!!!

Lempeng – Amy
Resepi asal : http://jendeladapursurianti.blogspot.com

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh garam halus
1 biji telur

Cara masak :
1. Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap
   dalam mesin pengisar (blender) menjadi batter.
2. Ambil satu senduk bancuhan tepung (batter) dan
   dilenserkan dalam kuali non-stick. Jangan terlalu tebal,
   lebih kurang seperti tebal roti canai.
3. Bila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan
   lempeng bahagian bawah naik ke atas.
4. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali.
5. Sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal
   sardin mau pun kuah kari.
*anggaran 10 - 11 biji lempeng sebesar piring alas cawan.

Terimakasih kepada tuan punya resepi..Lama tak buat 
lempeng, licin tak sempat nak simpan untuk ke malam...
bertambah sedap bila cicah dengan sambal tumis ikan bilis..
Resepi sambal kat.. http:disini


Thursday, November 21, 2013

Rakyat BRIM!!!....BRIM!!!!....Isteri Pemimpin BROOM!!!....BROOM!!!....

Sekali BROOM..BROOM guna RM470,000.Setakat ini BROOM..BROOM sudah hampir RM15 juta untuk 
minyak dan 160 juta untuk mengendalikan pesawat.
BROOM ..BROOM atas  nama “Jemputan Peribadi”,
tetapi guna Jet Peribadi dengan Kos Ratusan Ribu
yang di bayar oleh Kerajaan.Pasal apa Kerajaan bayar?..
Pasal mesyuarat kabinet yang luluskan BROOM.....
BROOM. Tau apa itu Mesyuarat Kabinet ?? Bahasa
kakitangan Gomen MESYUARAT JEMAAH MENTERI!!!.
Kalau PERIBADI apasal Jemaah Menteri yang kena
luluskan ??? Kan??..Kan??..Kan??
(Mesyuarat ini diadakan pada setiap Hari Rabu,zaman
aku keje dululah, sekarang tak taulah)

BROOM..BROOM pegi “Qatar International Business 
Women Forum” – kalau ikut kelayakan yang patut pegi 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan pegawai MITI..
kalau ikut tajuk forum Menteri Wanita Kementerian 
Hal Ehwal Wanita dan team yang patut pegi..

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada 
kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," 
kata MP Pengerang di Parlimen. 

Dah kata jemputan peribadi lantaklah sapa pun nak pegi..
tapi apasal naik jet Peribadi Kerajaan ?? Atas kapasiti 
apa ??Nak kata menteri tidak,nak kata business woman 
wakil kerajaan bukan..Atau memang sebenornya ada jet 
pribadi hak milik sendiri ??? 


Tapi kalau milik peribadi sendiri apasal Kabinet yang 
lulus ???? Program 2 hari,pegi 4 hari,ooo!!!...termasuk perjalanan pergi balik. Dalam 2 hari, hanya 25 minit 
berucap, selebihnya..??? Nak tunggu penuh dua hari
di forum tersebut??? Qatar kan tempat seronok untuk ‘shopping’??? dak gitu!!!Apatah lagi kalau bagi yang tak
ada masalah nak 'berbelanja'.

Yang bestnya delegasi BROOM..BROOM semuanya 
perempuan termasuk Tauke Lembu Sharizat,Bini Anifah 
Aman, bini Stopa Mamat ada, bini Deris Jusoh dan
join sama wakil Pengerang Azalina. Patutlah backing
habis!!!...Tapi ada mamat sorang tu backing habis pasal 
apa?? Ehh!!! bukan sorang tapi dua orang...mangkuk
ayun ke aperrr??? (malas nak sebut nama..)

Lihat senarai yang menjadi panel, tengok wakil Malaysia

Mr. Raed Chehaib, CEO, Interactive Business Network 
– Qatar
H.E. Dr. Mohammed Bin Saleh Al Sada, Minister of 
Energy & Industry – Qatar
Mr. Barton Cahir, President, ExxonMobil Qatar Inc. 
– Qatar
Mrs. Aisha Alfardan, Vice Chairwoman, Qatar Business 
Women Association – Qatar
Mr. Wael Sawan, Managing Director and Chairman of 
Qatar Shell Companies – Qatar
H.E. Mrs. Datin Seri Rosmah binti Mansor, - 
First Lady of Malaysia.
Sadhguru Jaggi Vasudev, Founder, Isha Foundation – 
India
Dr. Maryam Matar,Chairman & Founder of UAE Genetic 
Diseases Association (UAEGDA) – UAE
Mrs. Haifa Fahoum Al-Kaylani, Founder and Chairman, 
Arab International Women’s Forum – London, United 
Kingdom.Senarai penuh panel rujuk: 

Ikut kat list panel tu..siap ada gelaran lagi..bukan ke 
gelaran tu untuk Permaisuri YDPA. Parah kalau ada 
penyakit suka glamour…suka di beri perhatian… Nauzubillahhiminzalik!!!!!

Wednesday, November 20, 2013

Jalan-jalan Di Bukit Merah Laketown Resort Perak Bhg.2...

Sambungan kisah jalan-jalan di Bukit Merah Laketown resort..
Waktu mandi-manda tu…cuaca terang, panas… tapi makin 
lama makin redup…awan dah makin mendung…kami pun 
gerak keluar dari kawasan waterpark…balik lalu gerai makan
Si Ira kata lapar…dah singgah beli makanan.. sambil tunggu
makanan siap..hujan pun turun dengan lebat-selebatnya..elok 
pula ada laluan berbumbung untuk ke bilik hotel, kami balik 
ke bilik tanpa basah kuyup, walaupun sebenarnya baju 
separuh kering kat badan sebab baru keluar dari kawasan 
mandi tadi.
Malam lepas solat Maghrib..sambung ke Isyak..baru kami
keluar cari makan malam…jam dah tunjuk kul 10.00 malam.
Hmmm bertambah lemaklah kat badan… sampai kat Le Lac
Restoran tengok masih buka lagi..kami masuk si Pelayan kata
maaf hidangan buffet dah tak ada..tak apalah makan ala carte
jelah…restoran memang dah lenggang (dah tak ada customer)
waktu tu..kami order ikut kegemaran masing-masing..
Kak Diba Spaghetti bolognaise, Iqa dan Ira Pizza Pepperoni,
Saya malam-malam buta order mee goreng mamak dan
En.Hubby Nasi Goreng Semanggol (sempena nama tempat kat
situlah)  dan Coklat Paradise…





Makanan/masakan yang kami makan malam tu…memang
sedap…sangat-sangat…mabeles!!! Alhamdulillah..syukur atas 
nikmat Mu.Bukan senang nak dapat Mee Goreng Mamak 
yang sedap,mamak masak pun hancur… bila sebut sedap
teringat masa kat A Famosa Resort Melaka..Restoran Kelab 
Golf kat situ…mee goreng Mamak dia memang meletop…sedap..sedapppp!!!! 
Jadi ini kali kedua saya jumpa yang sedap masakannya. 
Ingatkan mee goreng aje sedap..rupanya pizza, nasi goreng, 
sampaikan ke coklatnya mabeles sangat-sangat!!!. Tapi
coklat terpaksa suruh bungkus...sebab dah lewat..pekerja
kat situ pun dah berkemas-kemas nak tutup kedai daa!!!...
Kami jalan-jalan dulu sebelum balik bilik...
Pintu gerbang untuk ke jeti Pulau Orang Utan...sebelah siang 
inilah keadaannya...




Ramai 'Mat Salleh' dan keluarga yang gi pulau orang utan ni..
bot besar bersedia menanti...tapi kami tak pegi sebab cutinya 
pun 1 hari...kul 12.00 tengahari dah nak check out...malaslah
nak kelam kabut...
Kalau nak bercuti kesana memang banyak aktiviti boleh join..
bukan setakat water park, ada eco park, chairlift (yang 
bergantungan kat atas kawasan water park) skycycle,Pulau 
orang utan, naik basikal, boleh naik bot tengok matahari senja,
atau naik bot pusing-pusing satu tasek/pulau. Kawasan yang
sangat luas....dan penginapan ada 3 pilihan nak kat Suria, 
Laketown atau Kampung Air...tapi Kampung Air kena keluar
duit riban-ribanlah pasal sewa aje untuk satu malam dah lebih
dari seribu...inilah Kampung Air..
Ambil gambar dari jauh aje..kami tak pegi situ pun sebab kete
tak dibenarkan sampai kesitu..penyewa akan dihantar dengan
menaiki kete buggy...laluan nak ke Kampung Air..nun disebalik
pokok-pokok diseberang Tasik..
Sebelum balik sempatlah budak-budak ni beli tanda kenang-
kenangan...Okey..Assalamualaikum...jumpa lagi!!!...

Tuesday, November 19, 2013

Jalan-jalan..Mandi-manda Di Bukit Merah Laketown Resort Perak...


Assalamualaikum?...
Dah berhari tak update…kerana kemalasan melanda..
Bercuti di Bukit Merah...lebih kepada mandi-manda...
First time dapat bilik yang ada 4 katil single..sebab 
selalu kalau tak King, Queen disertai 2 single bed. 
Sofa kat bilik ni pun boleh buat katil. Sesiapa yang 
nak bawa anak-anak jalan-jalan masa cuti sekolah ni, 
saya syorkan booking aje kat internet..laman web resort 
itu sendiri. lebih murah berbanding dengan walk in...
sebab walk in tak ada pakej untuk keluarga. Banyak nak
kena bayar....
Malas nak menaip panjang-panjang…jadi tengok gambar
ajelah ya…!!!
















 












 Kawasan mandi yang cukup luas, jenuh jygaklah dari 
satu tempat ke satu tempat, kebetulan masa kami
mandi masih belum ramai lagi...baru nak mula cuti 
sekolah..bas rombongan sekolah dah mula datang ..
Disebabkan kemalasan untuk menaip, nanti kita 
sambung lagi yekk!!!... Insya Allah!!.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails