Sunday, May 31, 2015

Cuti-cuti Ke Krabi....Sawadeekrap/sawadeekap....


Assalam…entry yang tertunggak..sebenarnya pasal pegi cuti, 
masa awal bulan..cuti panjang sempena Hari Pekerja…dan bersambung dengan Hari wesak…saya booking tiket masa bulan Februari...kebetulan harga tiket MAS rasa lebih ok dari Air Asia…jadi saya tempah untuk 8 orang termasuk kakak dan 
sepasang suami isteri kawan En.Hubby.

Pergi petang Sabtu…sampai awal sejam..tapi terpusing-
pusing Driver van hantar kat tempat penginapan…
padahal tepi jalan besar aje pun…




Nak kata cantik Bandar Krabi…rasanya biasa ajeer…macam
pekan Sg.Besar Selangor kut… tapi kami duduk di Ao Nang..
nak kata jauh dalam 20 minit ke 25 minit jugaklah 
dari pantai..kena naik van atau tuk–tuk…tapi makanan 
halal tak susah di bawah tempat kami menginap ada restoran 
Halal…tempat tumpuan orang Malaysia makan.


Ramai kan orang Malaysia...? 
sampai penuh dan habis makanan..

Nasi Goreng Nanas....

Sapa yang nak pergi sini..rasa nak dekat dengan laut…seberang jalan raya ajerr..duduk kat Ao Nang Princeville Resort…
tapi kalau nak senang makan..(makanan halal) duduk aje 
kat Hasna Palace….malahan seberang jalan depan Hasna Palace 
ni pun kedai makan berderet makanan halal...


Hari kami sampai dah petang…jadi kami jalan- jalan…lepas solat Asar… lepas tu makan malam…tengah makan azan maghrib…
lepas makan naik bilik solat maghrib…tunggu solat Isyak.. 
lepas solat baru kami keluar balik..naik van pegi tepi pantai 
malam-malam….
Ohhh..ada pasar malam..kedai-kedai cenderahati sepanjang jalan.. manusia punyalah ramai…yang ramai orang Malaysia..


Perkataan yang dijadikan modal di seluruh dunia
I love........ terpampang di T shirt...

Tapi saya tak beli T shirt yang ada tulisan I love ni..pasal 
anak-anak tak suka....masa kat Korea dulu saya beli jugak 
untuk abang, anak sedara.....Lepas jalan-jalan..jenguk singgah 
kedai- kedai..balik bilik naik van..
Besuklah pulak..kalau nak beli ...




Pagi lepas sarapan…kami gerak kepantai..naik van lagi…duk melangut tepi pantai…cakap kat En.Hubby..naik boat lah tengok pulau…En.Hubby kata speed boat penuh yang ada Long Tail boat jerr.. Long Tail pun ..apa ada kisah…jauh-jauh datang takkan nak melangut tepi laut…walaupun tak ada plan..sebab plan nak naik speed boat pegi 4 buah pulau termasuk Phi-phi Island pada Hari Isnin…( pernah pergi sekali pulau ni masa kami pergi Phuket dulu…tapi masa tu anak kecil lagi….).


Beli tiket untuk 8 orang kami pun naik Long Tail Boat…pulau 
di tuju Pulau Poda Island…singgah satu jam..kat situ…

Punyalah ramai manusia..nama pun cuti panjang…ambil gambar tunggu line clear…kalau idak gambar penuh dengan kepala orang ajerr…Memang ramai.kalau idak takkan lah speed boat boleh SOLD OUT..
Batu pulau yang selalu di jadikan gambar tarikan 
samada poskad, pamplet, broucher, flyer
atau pun key chain dan fridge magnet.





Memandangkan sapa pun tak buat persediaan melawat pulau..jadi kami setakat jalan-jalan ambil gambar jelah…nasib terfikir beli air mineral…hew…hew..hew…lepas satu jam... naik boat semula... tuju pulau lain pulak..




Bot berhenti ditempat orang snorkling...En.Hubby pun tumpang sekaki ....kami pandang jelah dari dalam bot.... nasib engkau lah labu....lepas tu kami pegi pulau lagi...tak nak turun ..cuma pusing-pusing dari satu pulau ke pulau...yang ingat Chicken Island...
yang lain  Tup island, Phranang Island dah tak tau yang mana satu.. 

Chicken Island ni ingat pasal ....
batu pulau tu macam kepala ayam




Kalau ikut boat petang baru balik..tapi kami malas nak turun dari satu pulau ke pulau...hanya pusing-pusing dan berhenti ambil gambar.. tengahari kami dah balik bilik... Lepas solat zohor..sana awal pukul 12.30 tengahari macam tu dah masuk waktu...
kami turun makan...malas nak cari jauh-jauh makan ajer kat
restoren bawah tu...





Pagi Isnin kami ke laut lagi…kali ni naik speed boat...



Singgah di Bamboo Island..kat sini pakat mandi... 


Lepas mandi...dalam masa 1 jam singgah kat viking cave...rasanya
dah tak secantik dulu...masa anak kecil dulu...kawasan ni memang cantik sangat... 


singgah pulak ke Pileh Bay...wow..cantik sangat kawasan bay
ni macam ada pintu masuk..lorong untuk laluan bot-bot..tapi
tak sempat snap laluan tu... pasal kamera dalam beg..bila boat berhenti...baru ambil gambar....




singgah
 

kat hujung gambar di atas sebelah kanan tu..laluan seakan 
pintu masuk ke Pileh bay...
kemudian singgah pulak di Maya Bay...kalau tengok keadaan 
sebenar...speed boat..long tail boat bersusun-susun rapat...orang ramai sangat...tapi saya cari spot ambil gambar tuju yang
orang tak ramai..kawasan ni kecil aje...


Lepas tu singgah di Phi-phi Island..untuk makan tengahari..
keadaan pun dah tak sama macam dulu...mungkin selepas 
Tsunami...... 


Di pulau ini ada surau untuk solat dan restoran kat pulau ni memang masyarakat muslim yang punya dan kendalikan....






Berhenti singgah dikawasan ini sebab snorkling..cantik resort
kat pulau ni...kalau tak silap Island Resort... 

Masa kat sini merasa jugaklah naik Tuk-tuk......kalau nak merasa naik bot yang laju gilerr sampai terlambung-lambung..naiklah speed boat, kalau nak terminum air masin naik Long Tail Boat, pasal bila bot gerak... air laut tu kadang tempias kat muka kita..
cuma masa kami pergi hari tu cuaca memang panas terik sangat... 
kulit jadi gelap lah sekejap...pasal tak bawa losyen sun block...

Orang lain datang Krabi rasa waffle...rasa pulut durian..pergi pasar malam...sewa motor...saya tak...pasal nak beli waffle..anak-anak tak nak...nak rasa pulut durian..kawan hubby beli...dia kata durian tak manis...nak sewa motor..ramai pulak..cuma harga makan diorang ketuk...mahal...kami cuba makan kat satu tempat...kedai tu macam ada atap rumbia ke buluh ke...mahal wehh....!!!!

Pada yang tengah bercuti..selamat bercuti...Insha Allah dua minggu lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan...Selamat menyambut bulan Ramadhan..bulan yang penuh dengan kemuliaan, keberkatan, keampunan. Semuga sihat dan dipermudahkan juga bertambah amalan... Aamiin..

Saturday, May 9, 2015

Curi susu,milo.duit tabung masjid kena penjara..!!!!







Berita terbaru hasil dari Mesyuarat tergempar pagi ni 9/5/15…Akhirnya Tabung Haji jual semula tanah di TRX....
TH untung RM5 juta...1MDB untung RM184.5 juta..!!
Pandai sungguh sangatlah kan cari untung!!!!! 
Kalau ada harga diri dan maruah..... letak jawatanlah...!!!!


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails