Monday, November 4, 2013

Doa Belajar - Doa Untuk Ingat Dengan Sekali Baca

"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang 
apabila memandang bahan bacaan dengan sekali 
pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya, memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya.

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu 
apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka 
kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya 
dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai 
Tuhan sekalian alam ."

Doa ini hendaklah diamalkan/dibaca 3 kali sebelum mula 
belajar ketika selepas solat. Antara tips atau panduan 
dalam mengamalkan doa ini ialah :

1. menjaga solat 5 waktu,
2. hormati ibubapa dan guru 
3. menjaga pandangan mata
4. elakkan daripada melakukan dosa dan maksiat

Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya 
iaitu Imam Waqi' akan lemah hafalannya. Maka Imam 
Waqi' menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa, 
kerana ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak 
akan diberikan kepada pelaku maksiat.

Selain daripada itu, menurut al-Marhum Kiyahi 
Mahfudz Sya’roni; yang merupakan seorang alim 
di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia; sesiapa yang 
mengamalkan doa dibawah ini insya Allah tidak akan 
mudah lupa terhadap ilmu yang dipelajari. Ianya 
hendaklah dibaca tiga kali selepas belajar, mengaji atau 
mendengar ilmu yang disampaikan oleh guru. 

Doanya begini :

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ اللَّـهُـمَّ ارْزُقْنِيْ حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ رَحْـمَـتَكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha 
Pengasih. Ya Allah berilah ilmu hikmah-Mudan 
tebarkanlah rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Mentadbir 
sekalian alam”.

Selain daripada itu doa-doa tersebut, boleh juga 
diamalkan ayat al-Quran dari Surah al-Israa' ayat 
70. Semasa membaca doa ini disunatkan meletakkan 
tangan di atas dahi. 

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak 
Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan 
berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan 
Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari 
benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan 
mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-
makhluk yang telah Kami ciptakan."

Untuk memudahkan anak-anak yang belajar,termasuklah
diri kita yang sedang belajar setiap hari..Mencari ilmu 
tidak akan pernah habis sampai bila-bila.



5 comments:

  1. Sangat bermanfaat. Mohon izin untuk amalkan dan dikongsi bersama2 keluarga dan rakan2. Dalam usaha untuk hafal al Quran

    ReplyDelete
  2. اسلم م عليكم boleh saya ijin

    ReplyDelete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails