Wednesday, October 23, 2013

Kuih Cara Berlauk Paling Sedap!!!!!


Saya pernah makan kuih cara berlauk ..masa di Kuantan,
sedap sangat..masa tu SUK Negeri Pahang meraikan kami
dari JPA.Lepas tu saya makan kuih cara berlauk dari gerai
atau dari acara tertentu, tak ada yang sesedap kuih cara
kat Kuantan tu...tapi resepi ni saya setuju dengan Che Ani
atau Rossa blogger rossamyzani.blogspot.com Dari Duniaku..resepi 
kuih cara berlauk ni lembut dan mabeles, sedap sangatttt..sampaikan 
anak saya si Ira..suruh buat lagi..Tq Che Ani @ Rossa sebab kongsi
resepi yang mabeles ni.

Kuih Cara Berlauk PALING SEDAP - Amy
Resepi asal  : Mak Mertua SHikin -
Sumber : CA Dari Duniaku

Bahan bahan :
a) Adunan Tepung

1 cawan tepung gandum
1 biji telur ( saiz A/B/C )
1 sudu kecil minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
sedikit pewarna kuning

Cara cara :
Adun semua bahan hingga sebati @ blend je.

b) Lauk dan  eksesori:

200gram daging/ayam - dikisar
2 labu bawang besar- racik halus
3 biji bawang kecil - potong mayang
1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang
1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
1 sudu kecil serbuk kari
garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Cara cara

1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah
   dan putih hingga kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah
   rendang..
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging
   /ayam kisar, bawang besar, masukkan air
   secukupnya hingga daging /ayam masak.
4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.

Aksesori : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.

Proses masak cara berlauk:

1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit
   minyak.
2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan,
   kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng,
   daun sup dan cili.
3.  Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu
   1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
   bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak
   sedikit garing makna kuih cara dah masak dan
   boleh la  angkat.
4.  Ulangi proses mencara sehingga adunan habis...


16 comments:

  1. akak...tenkiu ye
    sy bwt smlm kuih cara manis u bkak puasa guna resepi adunan tpg nie...
    my dad kata lembut sgt...sedap!!

    ReplyDelete
  2. tq resepi sy dah cuba...sedap...sy share resepi ngan kawan2 boleh ye...

    ReplyDelete
  3. Ptg ni bkak puasa I try resepi ni..tenkiu ya.

    ReplyDelete
  4. Untuk yang dah mencuba resepi nie...terima kasih...memang sedap sangat kan..???
    Masirah Mkz. Maz, Imah...lepas ni cuba pulak resepi lain...resepi yang ada kat blog ni..memang pilih..yang betul-betul sedap jer...

    ReplyDelete
  5. Resepi ni dapat banyak juga...sebab acuan guna acuan kuih bahulu...untuk 5 orang okey jer...

    ReplyDelete
  6. Sedap ye..nnt nak cuba buat lah..bahan pn xbanyak..tq kak untuk resepi nie

    ReplyDelete
  7. Salam ya....kita cuba..kalu jd nk buat bz......halalkn ilmu ni ya...tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua resepi dalam blog ni untuk dikongsi...ambil sahaja halal dunia dan akhirat.

      Delete
  8. Terima kasih kerana membenarkan kami berkongsi resepi. Maklumlah bila dah menetap di luar negara, semua nak makan tapinya semua kena buat sendiri. Tak boleh guna jari telunjuk lagi.

    ReplyDelete
  9. As salam Liza Azahar...seronok kan tinggal di luar negara...tpi masa nilah nak tunjukkan kebolehan memasak lauk pauk kuih muih..balik nanti dah expert...tak gitu..di luar negara menetap di mana?

    ReplyDelete
  10. As salam.. nk tny laa kuih cara berlauk ni boleh d frozen kn x.. klau boleh lpas defrost mcm mne nk pnas kn smula..

    ReplyDelete

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails