Thursday, February 28, 2013

Daging Masak Kuzie Pak Engku



DAGING MASAK KUZI PAK ENGKU
Bahan-bahan:
1 kg daging di potong 20
4 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan susu pekat
½ sudu teh garam
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
dan bunga cengkih secukupnya
750 ml air
Bahan kisar
15 ulas bawang putih
2 inci halia - dikisar
½ biji bawang merah | di buat bawang goreng
4 sudu makan rempah kuzi
½ tin susu cair
3 sudu makan tomato sos
100 gm badam biji | di buang kulit
100 gm kismis
100 gm badam serbuk

Cara memasak:
Panaskan minyak sapi di dalam kuali.
Tumis kulit kayu manis, buah pelaga,
bunga lawang dan bunga cengkih.
Masukkan daging dan air, biarkan daging
masak sehingga empuk. Jika air kering tambahkan
air lagi sehingga empuk.
Kemudian masukkan serbuk rempah kuzi dan
sedikit air.
Apabila naik minyak masukkan bawang goreng
yang di kisar, badam biji, kismis, tomato sos, susu cair,
susu pekat dan garam. Gaul sebati sehingga pekat.
Apabila kuah sudah pekat masukkan pula serbuk badam
yang digaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan.

Ayam Masam Manis



Ayam masam manis - Amy

Bahan-bahan:
500gm dada ayam ( potong dadu besar)
5 sudu besar tepung goreng serbaguna
2 sudu besar cili kisar/cili giling
1 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
1 – 2 batang serai diketuk
3-4 sudu besar buah nanas dadu (dalam tin)
1-2 biji tomato potong dadu ( isi dibuang)
1 biji bawang besar – dipotong dadu
3 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak masak
Sedikit air

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
8 biji bawang merah
1 inci halia

Cara-cara:
1.  Cuci bersih ayam, gaulkan dengan tepung
   goreng serbaguna. Goreng hingga kekuningan.
   Angkat & ketepikan.
2.  Panaskan minyak tumiskan bahan kisar
   dan serai sehingga naik bau.
3.  Masukkan cili kisar, kacau rata. Biar
   sehingga pecah minyak.
4.  Kemudian masukkan nanas dan tomato,
tambah sedikit air, baru masukkan sos cili
dan sos tomato juga garam dan gula.
5.  Akhir sekali masukkan bawang besar, ayam
   yang telah di goreng. Gaul rata. Angkat
   dan hidangkan.


Sunday, February 24, 2013

Nasi Mentega



NASI MENTEGA GAJUS - Amy.

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi – rendam (3-4 jam) dan tos
4 cawan air  
3 sudu besar mentega
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan - disimpul
1 sudu kecil garam
20gm gajus goreng (beli ready made aje)
Sedikit kismis hitam
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kayu manis
1 labu bawang besar - dimayang

Bahan dikisar/tumbuk
3 ulas bawang putih  
5 biji bawang merah
1 inci halia
2 sudu besar udang kering  

Cara-cara:

1.  Panaskan butter dalam periuk, tumis bahan kisar
   hingga wangi.
2.  Masukkan rempah tumis sekawan (bunga lawang
   Cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bawang besar.
   Goreng hingga naik bau.
3.  Masukkan air dan garam.
4.  Masukkan beras dan dikacau seketika. Masukkan susu,
dan daun pandan.  Masak nasi seperti biasa.
5.  Bila nasi hampir kering masukkan kismis dan biarkan sebentar hingga nasi masak.
6.  Gembur kan nasi guna garfu perlahan–lahan,baru
bubuh gajus goreng.

Bubur Caca Keledek


Bubur Caca Keledek

Bahan-bahannya:-
1 ketul keledek sederhana besar
1 cawan bubur caca
3 camca besar sagu biji, rendam dan toskan
2 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/4 camca teh garam
Air secukupnya

Cara membuatnya:-
1.  Kupas keledek, potong dadu, rendam dan
    ketepikan.
2.  Cuci bubur caca dan rebus hingga lembut.
Tos dan ketepikan
3.  Masak gula melaka dan gula pasir bersama
   1 cawan air hingga gula larut.
4. Masukkan keledek kedalam air gula dan daun
   pandan. Biar hingga keledek empuk.
5.  Masukkan sagu biji, caca yang telah direbus,
    santan dan garam. Masak hingga mendidih.
6. Tambah air jika bubur/pengat kelihatan agak
    pekat.

Kerabu Telur Masin



Kerabu Telur Masin

Bahan-bahan:
2-3 biji telur masin
Sedikit suhun (dicelur)
1 labu bawang besar – di mayang
1-2 tangkai daun kesum – dihiris
1 kuntum bunga kantan - dihiris
1 biji limau nipis/limau kasturi – ambil jusnya
1 batang serai - dihiris
4 biji cili padi – dihiris halus
1 biji cili merah - dihiris
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Rebus telur masin, belah dua, buang kulit dan
    susun dalam pinggan.
2. Campurkan semua bahan hiris dalam bekas lain,
   jus limau nipis/limau kasturi, garam dan gula.
   Gaul rata.
3. Tuangkan bahan yang telah digaul rata tadi
    ke atas telur masin.

Sunday, February 17, 2013

Kerabu Sotong

Kerabu Sotong - Amy


Bahan-bahannya:-
2 ekor sotong size L
1 biji tomato – di potong dadu
½ batang lobak merah – di hiris
1 tangkai daun kesum – dihiris
1 kuntum bunga kantan - dihiris
1 batang serai - dihiris
4 biji cili padi - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
2 biji limau nipis – ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara:-
1.   Bersihkan sotong, kemudian dihiris bulat.
2.   Panaskan air dalam periuk, celur sotong dan 
     ketepikan.
3.   Campurkan sotong bersama bahan hirisan 
     di dalam satu bekas.
4.   Bubuh garam dan gula secukup rasa.
5.   Perahkan jus limau, gaul rata.
6.   Hidangkannya sebaik disediakan.

Saturday, February 16, 2013

Lala Goreng Pedas



Lala Goreng Pedas -Amy
Bahan – bahan:
1 peket lala

Bahan kisar:
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
10 tangkai cili padi

Bahan lain:
2 batang serai - di ketuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar- di mayang
Sedikit air
gula dan garam - secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

1. Tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram, kicap dan serai.
3. Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan lala, hirisan bawang besar, gaulkan 
   dan kacau rata.
5. Tutup kuali dan biarkan kuah sebati.
6. Selepas 10 minit, kacau rata, tutup api dan angkat.

Terung Bakar Air Asam Jawa

Oleh kerana dah lama tak masukkan resepi masakan,
Jadi hari ni saya masukkan beberapa resepi.

Terung Bakar Air Asam Jawa – Amy.
Bahan-bahannya:

4 biji terung
1 biji tomato
2 ulas bawang merah
10 biji cilipadi
250ml air asam jawa yang pekat
Sedikit belacan bakar
garam, gula secukup rasa

Cara-cara
1.  Cuci bersih terung dan toskan.
2.  Bakar terung hingga masak di atas api
   yang kecil.
3.  Buang kulit / kupas kulit terung ketika
    panas dan susun di tas pinggan.
4.  Guna air masak untuk bancuhan air asam.
5.  Bawang merah, cili padi, tomato, dihiris /
   cincang halus.
6.  Satukan bahan cincang tadi ke dalam air
   asam dan juga sedikit belacan bakar, bubuh
   juga garam,gula secukup rasa.
7.  Tuangkan air asam keatas terung bakar tadi,
hidangkan dengan nasi putih.

Wednesday, February 13, 2013

Lappy masuk rumah sakit...!!!!


Dah 2 minggu tak update blog…pasal lappy masuk
rumahsakit…mana taknya bila on aje skrin bergegar-
gegar…Nak tak nak hantar rumah sakit….sakit jugaklah
poket pasal LCDnya kena tukar…tapi nak buat camano…
dari sakit mata tengok berdouble-double benda kat 
skrin…Bila dah sembuh…si Iqa lak guna lappy ni .....
Cuti Tahun Baru Cina 4 hari je…assignment berlambak-lambak….dia nak bawa Lappy gi kat Kolej..saya kata beli 
yang baru ajelah untuk dia, pasal lappy yang ada ni nak 
guna untuk kegunaan kat rumah. 

Saya pergi tanya kat kedai komputer…ada Notebook…??? 
Si Tauke kedai (Sanusi) kata……Pembekal cuti Tahun Baru Cina…Suruh sipekedai tu order…dah biasa dengan tauke 
kedai ni…orang Kelantan …repair pc ke hp ke, beli 
aksesori ke, nak install segala benda kat PC atau hp serah 
aje kat dia,memang terror….walaupun mungkin tidak 
sehebat arwah En. Azli Paat pakar ICT tu…
(Alfatihah untuk arwah….)

Hari yang sama gi juga Low Yat…tapi rimas tul laa…….
Orang terlampau ramai…bersesak-sesak…belikan hp
untuk Iqa bawa gi Kolej…yang kelakar hp paling cikai
sebab hp tu nak di jadikan lampu suluh bila ada 
blackout..Kawan-kawan dorm dia semua pakai hp tu,
sebab cikgu pesan jangan bawa yang mahal-mahal 
dan canggih-canggih..Kami carilah di dalam Low Yatt..
tu..akhirnya dapatlah Hp Nokia yang ada flashlight tu….

Kedai kat Low Yat.. tu jual notebook yang saya dah 
order kat kedai berdekatan rumah tu...saya kata kat 
anak saya"ibu order kat kedai Sanusi tu...supaya senang 
kalau ada masalah atau nak install apa-apa, biar dia 
yang urus...kalau beli kat sini...nanti kalau ada apa-apa 
susah nak diurus...." (Mana taknya bawa kereta jalan 
sesak...nak kena naik ERT dan park kereta kat Jalan 
Doraisamy..tu pun kalau ada parking kosong...memang
leceh.... Sepanjang tak mengupdate blog...ada yang bagi 
komen dan pertanyaan...Insya Alllah nanti saya akan 
update entri untuk pertanyaan tu.... 


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails