Bahang bulan Syawal dan Aidilfitri masih lagi
terasa akan
nikmat dan kesyukurannya dalam kita meraikannya dengan
bermaaf-maafan serta berkunjung mesra kerumah sanak dan
saudara. Dalam usaha
meningkatkan amalan sunat yang
berterusan yang baik serta disukai oleh Allah
S.W.T selepas
Ramadhan, umat Islam sangat digalakkan tetapi tidak dipaksa
untuk
terus ibadah puasa sunat pada Syawal (lebih dikenali
sebagai puasa enam).
Bagi mereka yang ingin memulakan puasa enam pada bila-
bila masa dalam
bulan syawal masih tidak terlewat untuk
melaksanakan amalan sunat itu selagi
kita semua masih lagi
berada di dalam bulan Syawal. Banyak hikmah atau rahsia
puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik
kesabaran insan, sekali
gus tidak menjadikan Hari Raya
sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu
dengan
mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-
puasnya selepas
sebulan berpuasa.Ia juga akan memberi
kesempatan kepada tubuh
badan kita untuk menyesuaikan
diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar
dan dahaga.
Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini
diterangkan
dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa
Rasulullah
saw bersabda, yang bermaksud:
“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian
mengiringinya
dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu
seperti
puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada
Ramadhan
dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal,
seolah-olah kita
berpuasa sepanjang masa, iaitu selama
satu tahun. Justeru,umat Islam perlu
merebut peluang
ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan
menampal
sebarang amalan yang berkurangan atau cacat
dalam amalan fardhu.
Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita
pada
Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka
puasa enam Syawal adalah
sebagai penampal terhadap
kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak
dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam
memberi peluang yang baik
kepada mereka untuk
menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat.
Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh
umat
Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa
enam pada Syawal ini.
Imam Ahmad dan An-Nasa’i,
meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW,
bersabda
yang bermaksud:
“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan
(puasa)
10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya)
sebanding
dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan
berpuasa selama setahun penuh.”
– (Hadith riwayat Ibnu
Khuzaimah & Ibnu Hibban)
Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW
bersabda,
yang bermaksud:
“Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung
dengan
enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama
setahun.” –
(Hadith riwayat Al-Bazzar).
Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai
pahala
puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan)
diberi
ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith.
Membiasakan puasa selepas
Ramadhan memiliki banyak manfaat,
di antaranya:
• Puasa
enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap
dan penyempurnaan pahala daripada
puasa setahun penuh.
• Puasa
Syawal dan Sya’aban bagaikan solat sunat rawatib,
dan berfungsi sebagai
penyempurnaan daripada sebarang
kekurangan. Perkara ini kerana pada hari
qiamat,
perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi)
dengan perbuatan sunat.
• Seperti
keterangan Rasulullah SAW dalam beberapa
riwayat,majoriti puasa fardhu yang
dilakukan Muslimin
memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan
keadaan ini memerlukan sesuatu bagi menutup dan
menyempurnakannya.
Bagi saya segala amalan yang dikerjakan oleh seseorang
hamba untuk mendekatkan diri dan
tawaduk serta berserah
kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan
berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada rakan-rakan
ambilah peluang
selagi mampu, kerana kita semua telah
di tinggalkan Ramadhan. Kita sendiri
tidak tahu apa kita
masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan Ramdhan
dan
syawal akan datang. akhir kata dari saya beramalah
selagi mampu dan SELAMAT
BERPUASA ENAM.