Thursday, November 4, 2010

Biskut Tart Bunga

Biskut ni kegemaran saya...senang je ...

Resepinya:

Tart bunga/tart gulung- (Resepi asal - Hanieliza)

Bahan

60 gm butter

190 gm majerin

70 gm gula halus

1 biji kuning telur

1 s/k esen vanilla

350 gm tepung gandum

50 gm tepung jagung



Jem Nenas..

boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek

atau..

1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula

1/2 cawan air ]

1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat

2 kuning telur

2 s/kecil air

pewarna kuning



Cara.

. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.

. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.

. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.

. Gaulkan sehingga rata dan sebati.

. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.

. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.

. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.

. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.

. Sapukan dengan bahan glaze tadi.

. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Monday, November 1, 2010

Biskut Kacang Mazola

Biskut ni kegemaran anak-anak dan suami...tiap kali Hari Raya, anak-anak kata ,biskut ni mesti buat...

BISKUT KACANG MAZOLA - KOLEKSI BUKU RESEPI AMY - AWAL 80AN

Bahan-bahannya:-

500 gm kacang tanah ( 1 kati) - goreng tanpa minyak dan mesin.

500 gm tepung gandum (1 kati)

3 cawan gula halus

2 biji kuning telur (untuk sapuan atas)

Secukupnya minyak Mazola untuk mengguli

Cara:-

1. Tepung gandum, kacang, gula di gaul rata.

2. Bila rata tuangkan minyak Mazola dan diuli sampai lembut dan sebati.

3. Canai dan terap dengan acuan, sapu kuning telur diatasnya.

4. Bakar 180’C selama 20-30 minit.


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails