Saturday, August 30, 2014

Nasi Lemak Hijau @ Pandan...Sedap dan Mudah..!!!!

Asyik buat nasi lemak biasa, sesekali tukar pula...tukar
warna dan sedikit rasa...sebab buh halba dan serai ketuk.

Nasi lemak Lemak Hijau @ Pandan
Bahan-Bahannya :-)
2 cawan beras Basmathi- 
(cuci dan rendam 20 minit. Toskan)
1 cawan santan
1 cawan air daun pandan(*1 cawan air campur 6 helai
daun pandan dikisar halus)
1 cawan air
1 batang serai, diketuk
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, diketuk
2 ulas bawang putih, diketuk
5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 sudu teh halba
Sedikit garam

Bahan Sampingan :-)
Sambal ikan bilis/sambal tumis udang/Sambal Sotong
Hirisan timun / Sayur kangkung celur /tumis
Ikan bilis /ayam goreng
Telur dadar/ Telur Mata
Kacang tanah goreng

Cara membuatnya :-)
1.      Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice 
    cooker. Tuang air daun pandan, santan dan 
    masukkan daun pandan yang disimpul.
2.      Masukkan bawang kecil hiris, bawang putih 
    ketuk, halba, halia dan serai ketuk tadi.
3.      Masukkan garam dan masak seperti biasa, 
    biarkan mendidih. 
4.  Bila nasi masak,kacau nasi menggunakan 
    chopstick ataupun garpu supaya nasi tidak patah.
5.        Boleh dihidangkan bersama bahan-bahan 
    sampingan sebelum dihidang.

 

Disebalik Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...




Inilah pandangan anak-anak sekolah hari ini…
Imej…reputasi…hancusss pada anak-anak
di bawah umur…!!!!
Apa makna hari MERDEKA kepada pemimpin???


Thursday, August 28, 2014

Saturday, August 23, 2014

Biskut Coklat Chip Rangup...Kejap aje...habis !!!


Biskut Coklat Chips Rangup
Resepi Asal - Hanieliza
Bahan A
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara:
1.  Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula
    sehingga sebati.
2.  Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3.  Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan
    senduk kayu.
4.  Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5.  Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C
    selama 25 minit atau sehingga masak.
6.  Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Keluarga Ipar Duai..Raya 2014






Gambar yang diambil lebih kepada gambar candid…
Ada 1-2 keping yang ipar duai, anak saudara sebelah
En.Hubby yang ready..kebanyakkan gambar yang 
diambil diaorang tak perasan pun…malahan anak-anak 
saya pun tak sedar gambar diaorang diambil. Kebetulan 
waktu beraya ni..kawan-kawan anak si Ina ni datang 
beraya...(kebetulan raya ni anak Ina balik dari Moscow 
dan bercuti raya sama keluarga). Ida pun balik cuti dari
Adelaide..walaupun cutinya hanya seminggu. Jadi kami 
semua melepak diruang tamu kedua, ruang menonton 
dan diruang makan, tambahan pula ramai yang leka 
melayan sidebab Nysa.
Gambar Nysa dan ibunya Nadia..(baby ni bukan kisah
pun sapa yang dukung dia).

Friday, August 22, 2014

Al Fatihah dan Salam Takziah MH17


Al Fatihah dan salam takziah buat yang muslim..
Salam Takziah juga buat yang bukan muslim.


Renungan:
Jika kamu temui kesulitan maka senyumlah.
Yang pergi tidak akan kembali.
Yang memudaratkanmu akan dimudaratkan.
Yang membuat kamu menangis akan ada yang
menangiskannya.
Jika kamu merasa kesempitan maka sujudlah 
pada Tuhanmu…pastinya ia akan mengimbangimu.

Kek Tembikai Kukus....Lembut Sedap...!!!!


Satu lagi kek yang sedap..dah lama tak buat..last buat 
kek ni tahun 2009 ke 2010..tapi masa buat tu tak 
terfikir pun nak ambil gambar ke..masuk resepi kat 
blog ke..memang tak...masuk ni pun sebab nak tambah 
koleksi kek terbaik dan simpan dalam blog untuk 
rujukan anak-anak ataupun anak saudara malahan 
pembaca yang menyinggah masuk membaca blog ni.

Kek Tembikai Kukus
Sumber:Sue-Hasue.blogspot.com
Bahan:
230g mentega
5 Biji Telur gred A atau B
1/2 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum/tepung hongkong
3/4 gelas horlicks-perisa original
3 sudu makan penuh susu pekat manis
3 sudu makan penuh serikaya
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah
Pewarna hijau/ pandan emulco
Chocolate chip /kismis hitam yg dipotong agak kecil 
secukupnya.

Cara:
1.  Panaskan pengukus dan gris rata acuan/loyang 
    dengan mentega dan di tabur tepung sehingga rata
    sepenuhnya. Pastikan loyang ditepuk-tepuk
    supaya tepung rata dan tidak bertompok-tompok.
2.  Di dalam bekas kering,pukul mentega dan gula halus 
    sehingga putih/kembang dan masukkan telur satu 
    persatu. Pukul adunan dengan rata setiap kali 
    memasukkan telur seterusnya. Ulangi langkah 
    tersebut sampai telur habis.
3.  Setelah itu masukkan esen vanilla,susu pekat manis,
    serikaya dan horlicks original. Pukul sebati 
    menggunakan kelajuan sederhana.
4.  Masukkan pula tepung. Biasanya saya ayak terus ke 
    dalam adunan sambil dikacau perlahan sehingga 
    tepung habis dan adunan sebati. Pastikan adunan 
    benar2 sebati dengan menggaulnya menggunakan 
    senduk.
5.  Bahagikan kepada 3 bahagian-
    3 senduk untuk warna hijau,2 senduk tanpa warna 
    dan selebihnya warna merah-gaul bersama kismis/
    coklat chips yg digaul dengan sedikit tepung.
6.  Kukus dahulu warna hijau.Tutup permukaan loyang 
    dengan aluminium foil untuk mengelakkan air 
    menitis jatuh ke atas kek. (kadang2 tuala diletak 
    atas penutup pengukus tidak membantu)
7.  Apabila permukaan kek agak kering(jgn tunggu
    menggelembung),lapis lagi dengan warna asal.-Uji 
    dengan hujung lidi jika kurang yakin masak atau 
    belum.Ulangi langkah tersebut untuk melapis warna 
    merah.Kukus sehingga masak.
8.  Sejukkan sepenuhnya di dalam loyang sebelum 
    dikeluarkan dn dipotong.
Tips: Salah satu cara untuk tahu kek sudah masak 
      apabila bahagian tepi kek sudah agak renggang 
      dari loyang.(untuk separuh adunan- guna loyang
      8 1/2 x 4 1/2 in)


Thursday, August 21, 2014

Kek Buah Kukus...Sedapppp!!! Terbaik!!!.. Untuk peminat kek buah...!!!

KEK BUAH KUKUS
Resepi Asal Chef Zubaidah Chepa [Buku Steamed Cake]
Sumber : Sheila/ Spicesjourney

Bahan-bahan;
225 gm mentega
340 gula pasir
50 gm air panas
500 gm mixed fruits/ Buahan campuran
3 biji telur [saya guna saiz A]
1 sudu teh Cream of Tartar [ayak]–
yang ni saya tak letak
2 sudu teh soda bikarbonat [ayak]
350 gm tepung gandum [ayak]
1 sudu teh serbuk Nutmeg/ Buah pala [ayak]- 
yang ni tak letak sebab tak ada
1 sudu teh Vanilla Extract/ Essence

Cara :
1.  Masakkan gula pasir sampai perang [jangan sampai
    hangus pulak] dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
    Guna api kecil sahaja.Masukkan mentega /marjerin
    dan biarkan cair.Masukkan pula mixed fruits dan
    biarkan mendidih seketika.Ketepikan dan sejukkan
    sebentar.
2.  Ayak semua bahan bertanda/kurungan [..].Masukkan
    ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan
    tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu
    hingga rata dan sebati.
3.  Dalam bekas lain, pukul telur sebentar.[saya pukul
    mengunakan mixer].Kemudian tuangkan ke dalam
    adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan
    yang betul-betul sebati.Di sini saya kacau dengan
    senduk kayu pula.
4.  Masukkan adunan ke dalam bekas 4 segi bersaiz
    7''x7'' dan kukus selama 4 jam dalam pengukus
    yang telah dipanaskan airnya.Kek ni jika dikukus
    2 jam pun dah masak, tetapi untuk mendapatkan
    kelembapan seperti ini, kukuslah 4 jam.Kukus dengan
    api yang sederhana pada2 jam yang pertama dan
    pada 2 jam yang terakhir, kukus dengan api yang
    kecil.Jika mahu tambah air pengukus, pastikan 
    ditambah dengan air panas.
5.  Alas tutup pengukus dengan tuala atau kain, supaya
    wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau
    tutup loyang / bekas dengan aluminium foil semasa
    mengukus kek.Lebih baik guna bekas yang besar dan
    tinggi sedikit.
6.  Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan
    biarkan kek ni dalam pengukus dahulu hingga sejuk.
    Jika terus angkat buah akan turun.Selepas itu bolehlah
    keluarkan  dari pengukus.Potong kek apabila benar-
    benar sejuk, lebih bagus biarkan ia semalaman dalam
    tudung saji. Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.
Tips: Guna pisau yang tajam untuk memotong kek ni.

Crispy Crab Stick....Kruk..krap..Sedap sangat sampai licin...!!!

Inilah yang saya hidangkan masa saudara-mara datang beraya
di rumah...kruk-krap..kruk-krap, makan sampai licin..Bila anak-
anak saudara datang ziarah si Ira...benda ni dah habis...
Si Shasha siap tanya carbstick makusu dah habis ke??.. Saya
jawab..dah...!!! ingat nak buat lagi tapi tak sempat nak pegi pasaraya..dah sibuk ke hospital..Si Shasha kata dah agak dah..
mesti habis..Shila dah habislah crabstick tu!!!!

CRISPY CRABSTICK
Bahan-bahan:
Isi ketam (crabstick)
Minyak untuk menggoreng
Daun kari secukupnya

Cara:
1.     Keluarkan paket crabstick, biarkan 20-30 minit 
   (defrost).
2.   Picitkan crabstick sampai penyek, dan gelekkan di 
   tapak tangan. Lepas tu pisah-pisahkan atau carik-
   carik je isi yang terlekat antara satu sama lain.
3.   Goreng isi ketam yg telah dicarik-carik tadi 
   menggunakan minyak yang banyak.
4.    Masukkan daun kari dan goreng sehingga garing.
5.   Tos dan pastikan betul-betul sejuk sebelum disimpan 
   ke dalam bekas kedap udara.

Tips : Jangan tambah garam atau apa-apa lagi. Crabstick tu
       memang dah masin. Biarkan sejuk. Baru boleh disimpan.
       

Gambar Raya 2014







Gambar Keluarga pada Hari Raya Eidul Fitri 2014.
Ramai yang tak ada sebab ada abang yang beraya
di Rawang sebab anak dia patah kaki, ada abang yang
balik Tg.Malim, ada abang dan kakak yang beraya kat 
Kg.isteri dan suami di Sg.Besar.
Ada anak saudara yang balik kg. suami di Perak, yang 
beraya dengan keluarga suami atau isteri walaupun 
sekitar K.L. Ada yang tak balik sebab belajar di Korea.
Kalau semua ada memang ramai...Lagi ramai…lagi 
riuh..lagi gilerrr…..

Bila Manusia Tak Beradab.......

Assalam, lama saya tak menjenguk blog..bukan sibuk beraya..
Tapi ditakdirkan..keluarga ditimpa musibah…habis cuti raya..
sekolah pun bermula…hari pertama sekolah Si Ira kemalangan
dilanggar motor oleh budak bawah umur darjah 5 yang 
merempit dihadapan sekolah Agama sebelah petang..

Petang..anak saudara saya Si Ina..terjerit-jerit..sambil 
menangis ”Makusu cepat Thira kena langgar depan sekolah 
Agama ..!!!”“Ustaz Zainal dah bawa Thira pergi Klinik 
Kesihatan Unit Kecemasan…”

Saya capai apa yang saya ingat..purse, tablet, pakaian Si Ira..
duit cash..lepas tu pegi sekolah… Mak bapak memang tengah 
ramai kat kawasan sekolah..ada satu bapak pelajar..tunjuk 
kat saya “ini budak yang langgar..ini mak bapaknya…” saya 
tengok emak budak yang langgar anak saya bagai nak rak menangis..sampai saya kata..bawa bertenang.., lepas tu saya 
terus telefon En.Hubby…panggilan tak jawab..telefon pula 
Ustaz Zainal.. ustaz kata saya dah kat klinik…Telefon balik En.Hubby..dapat..”Thira kena langgar sekarang kat Klinik 
Kesihatan Unit Kecemasan…”

Saya pergi kat mak bapak budak tu ambil nama, no KP, no 
tel..alamat rumah..lepas tu saya kata..apa-apa urusan semua 
kemudian,sebab sekarang saya nak ke klinik tengok anak saya..   
Mak bapak pelajar dengan pelajar semua pandang saya .....

Lepas sampai klinik saya terus jumpa doktor dapatkan surat 
rujukan untuk ke Hospital Selayang… sampai Hospital terus 
pergi Bahagian Kecemasan… petugas ambil kerusi roda..angkat 
Thira keluar…Lepas petugas isi borang ke apa....” Puan kena 
pergi Bahagian Pendaftaran ambil nombor… yang saya bila 
petugas suruh ambil nombor..blurr ??? KECEMASAN AMBIL 
NOMBOR ???......Tanya balik… kena ambil nombor ke…???? 
Ya..Puan, bahagian Pendaftaran…Ahhh sudah..saya pun que..
orang bukan sorang dua…

Dapat nombor..Puan pergi Unit Soft Tissue..saya dan 
En.Hubby tolak kerusi roda yang Thira duduk..masuk..doktor 
tanya…lepas tu ambil gambar..lepas tu telefon doktor lain 
bercakap dalam Mother Lang. dia sepatah apa tak faham 
Bahasa Tamil…lepas tu bila cakap dalam BI…rupanya dia kata 
Saya tak boleh buat apa-apa…. Tak lama Doktor yang ditalian 
masuk ke unit tu..dia pandang anak saya terus dia kata..
Puan..Puan kena masuk dalam..kami tak boleh buat apa-apa…

Kami pun keluar..jumpa petugas kaunter kecemasan..kata…
"Doktor tak buat apa pun.." Ehh..takkan doktor tak buat 
XRay…??Saya kata tak buat apa pun..dan kat sini bermulalah 
episode nak marah…sebab..bila petugas tu kata.. “Puan kena 
masuk Green Zone..Puan kena pergi balik Bahagian 
Pendaftaran ambil nombor semula… saya kata nombor tadi 
tak boleh guna ke.. tak boleh kena ambil nombor baru…
Saya tengok orang yang beratur nak ambil nombor..
barisannya dah keluar dari pintu pentadbiran dah berjela 
keluar…

Masa ni saya mengamuk…Hospital ni gila ke apa… tolak orang 
ke sana..tolak orang kesini macam bola..lepas tu suruh ambil 
no berulang kali.Orang lain yang dengar jawap…Betul..betul!!! 
Elok-elok saya sabar saya jadi hilang sabar…anak saya dah 
terlentok kat kerusi roda dengan darah penuh kat mulut yang 
dah membengkak besar..penuh kat baju sekolah… kaki dua-dua 
dah bengkak biru besar..siku pun bengkak biru…

En.Hubby tengok saya mengamuk kata..Nak pergi Tawakal??
saya kata jomlah… Petugas kat kaunter tanya..pergi mana?..
Saya jawab pergi swasta lah..tolak orang kesana sini..kata 
Bahagian Kecemasan…

Kejadian langgar ni En.Hubby tak nak buat report..dengan 
alasan“Benda dah nak jadi…pasal satu kampong..datuk  budak 
tu duduk dalam satu lorong selang 2 biji rumah…Maafkanlah 
kesalahan orang….” Ramai yang hangin…kenapa baik sangat..
babitkan anak..Sampaikan petugas-petugas Hospital Tawakal 
kata kena report..supaya  budak tu tak buat lagi..dan saya 
tak boleh buat apa-apa bila En.Hubby tak nak buat laporan 
polis…

Anak saya buat operation dalam bahagian mulut jahit atas 
bawah dan pasang besi dalam mulut sebelah atas pada hari 
kedua.. sebab gigi dah tungang terbalik masuk dalam..Bila 
keadaan si Thira  dah okey doktor Pakar kata..dia okey so 
boleh discharge…hari ketiga tengahari kami pulang ke rumah…
tapi doctor kata..ada gigi dia yang mati..bila besar nanti gigi 
tu akan bertukar warna samada kuning, coklat atau hitam…
ohh saya dah tersentap hati…yalah anak saya perempuan.. 
Saya cakap kat En.Hubby..tengok benda ni membabitkan anak 
sampai dia besar…Anak perempuan pulak tu…En.Hubby saya kata…”Maafkan salah orang…” Bila anak dia Si Ira pun mengamuk..En.Hubby kata “Belajar maafkan salah orang..” Hmmmm…!!!!!

Bila dapat tau kami dah balik kerumah…kawan-kawan sekolah 
tak putus-putus datang melawat.Bila Ustaz dapat tau kata 
dah balik rumah..Ustaz tanya..Buat Report tak ??Saya kata
Husband saya tak nak buat report dia kata.. "Maafkan
kesalahan orang ni banyak pahala……saya tak boleh buat apa-
apa. Ustaz kata ustazah-ustazah dia nak datang melawat..
saya jawap nanti saya telefon husband dulu. Kalau boleh.. 
datanglah petang-petang…Bila kawan-kawan dan Ustazah-
ustazah si Ira datang melawat, barulah saya tau cerita yang 
sebenar… 

Kejadian berlaku sewaktu pelajar baru keluar sekolah..
perkarangan sekolah masih ramai mak bapak dan pelajar 
sekolah..anak saya dilanggar walaupun dia berada di tepi jalan…
di hadapan Ustazah Kelas dia…terjerit ustazah dia..bila 
nampak budak tu langgar anak saya sampai melambung....
Ustazah nak angkat bimbang patah..darah dah membuak-buak 
keluar…Ustazah pun jerit…Ustaz!!!! Anak murid saya kena 
langgar..!!!!!!!

Budak yang langgar tu dah jauh baru dia berhenti, itu pun 
mak bapak pelajar pegang supaya dia tak lari,yang menyakitkan 
hati kata Ustazah..slumber dia kata anak saya salah sebab 
melintas tak tengok jalan.. sampai ustazah tu cakap..kamu 
yang bawa motor press selaju-lajunya tanpa break..budak tu 
melintas dah sampai tepi pun..kalau kamu break.. kamu mesti 
jatuh sama..Ini tak kamu langgar anak orang macam kamu 
langgar anak ayam…kalau dia tengah melintas mestilah kat 
tengah jalan..tapi ini kat tepi jalan!!!

Mak bapak semua mengamuk..sebab budak tu tunjuk lagak 
gangster, bercekak pinggang dengan memek muka dan mata 
mencerlung macam ketua penyamun dengan gaya kaki berdiri 
ala-ala ketua gangster.. (ustazah – ustazah  tu mengajuk 
cara budak tu bercakap,berdiri dan menjegil biji mata)sampai 
ada satu bapa pelajar tu cekak baju budak tu cakap..Kau 
memang kurang ajar..pakcik tanya kau baik-baik..kau jegil-
jegilkan mata macam gangster…apa kau ingat kau gangstar. 
Padahal budak tu baru sekolah rendah. dan semua perkara 
berkaitan dengan budak ni, kelakuannya tingkah lakunya baru 
tulah saya tahu...

Yang hairan emak bapaknya kata kat saya masa kat hospital..
”kak kami tak tau dia bawa motor,sebab masa tu kami pergi 
kubur..” saya masa tu tak marah…Tapi bila si Thira buka 
mulut bercakap…” Ibu …budak tu bukan hari tu aje bawa 
motor..tapi tiap-tiap hari merempit depan sekolah agama 
tu..dia bukan bawa perlahan..dia memang bawak motor laju…
Orang selalu nampak dia…. Ooo hangin saya…dia mengadu 
sebelum masuk bilik operation….

Bila kawan-kawan sekolah mengadu…”Achik budak tu tiap -
tiap hari bawa motor laju..depan sekolah Agama, depan 
Sekolah Keb.. budak tu kaki ponteng sekolah…ustazah-
ustazah dia pulak bagitau..ayah budak tu tau anak dia bawa 
motor..bila pulak dia tak tau..memang dia yang benarkan 
anak dia bawa motor..dia nak lepas dirilah tu..

Yang paling menyakitkan hati..bila anak saya kata…ibu tau 
masa orang atas katil sebelum masuk wad..emak dia tanya 
kat anak dia.. “Baby bawa motor laju kenapa..? ibu tau 
dia cakap apa..”Baby nak cepat..pasal nak berak…!!!
Saya kata…ohh jadi yang dia merempit setiap hari depan 
sekolah agama kamu..pasal hari-hari, dia nak beraklah !!!..
Sakitnya hati…Para Ustazah dengar alasan tu kata…
pandainya mereka cerita…yang merempit depan sekolah 
kebangsaan tu pun nak terberak jugaklah…

Kawan-kawan anak saya kata..hari yang dia langgar anak 
achik tu Mak bapak kata diaorang tak tau pasal diaorang pergi
kubur…habis yang hari-hari anak dia bawa motor tu…takkan 
mak bapak dia hari-hari pergi kubur??? Kalau tak takkanlah 
pakcik aiskerim tu cakap..
Aku baru bagi amaran kat kau tengahari tadi..kau bawa motor 
laju-laju ni..nanti kau langgar anak orang…tengokkan petang 
dah jadi…masa Pakcik tu tegur budak tu kat sekolah 
kebangsaan …

Perkara yang paling membuat Ustazah-ustazah dan jiran-jiran 
marah…bila anak saya dah keluar hospital tak ada..emak bapak 
budak tu datang nak ucap terimakasih sebab tak buat report 
polis…dan tak bertanya macamana kos perubatan…senyap jerr.
Macam tak ada hati, tak ada perasaan…yang dilanggar anak 
orang… Bila fikir balik..macmana anak tak jadi kaki merempit…
pasal manjakan anak tak bertempat..lepas tu mak bapak kaki pembohong..Mereka terlupa dunia ni umpama roda…Hmm…
belajar-belajar lah minta maaf pada orang, jika dah buat salah.
Hidup macam tak beradab…!!!!



Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails