Entry ini sebenarnya ditulis waktu Tunisia dilanda revolusi rakyat, tetapi tidak dapat di"update"kan kerana laptop saya ni, dilanda virus, makin lama makin banyak, sehingga terpaksa dihantar ke "workshop" untuk diperbaiki dan dibuang virus yang melanda...
Ada ungkapan sebegini "Disebalik kejayaan lelaki ada wanita dibelakangnya" mungkin ada benarnya....ramai lelaki berjaya hari ini, kerana punya seorang wanita bergelar isteri yang menyuntik semangat , mendokong segala usaha suami sehingga menjadi ternama, berkuasa dan kaya raya. Sehinggakan dokongan dan sokongan seorang isteri itu melebihi apa yang sepatutnya.
Maksudnya... jika kejayaan seorang lelaki @ suami itu berdasarkan kerja keras dan usaha bersungguh dan tidak melalaikan apa sahaja yang wajib..bersyukur dan beruntunglah seorang isteri @ wanita disamping lelaki tersebut...tetapi jika hasil kekuasaan, kekayaan didapati dari hasil yang tidak munasabah atau lebih tepat dari hasil yang haram, rugi seruginya seorang wanita itu jika tidak menegur atau menasihati si lelaki tersebut.
Haram kerana hak orang lain diambil dijadikan hak sendiri. Seperti kata Syeikh Al-Qaradawi "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."
Adakah jika seorang wanita menegur atau mengingati, menasihati seorang lelaki akan jatuh harga diri seorang lelaki? Ataupun sebenarnya seorang wanita takut kehilangan apa yang dia punya? Harta, kuasa, kekayaan, dan ternama? Jika ya ..kedua-dua jawapannya...lelaki dan wanita ini adalah manusia yang tamak haloba, pentingkan diri...lupa dunia ini milik siapa.....
Dilihat pada peristiwa-peristiwa yang terjadi dari dahulu hinggalah peristiwa yang terkini , ramai wanita memilih menjadi " LEBIH SUDU DARI GARPU " mana tidaknya..jika si suami Pengarah...isteri jadi Pengerusi, jika si suami Menteri, isteri jadi Presiden... itu belum bab shopping menyoping, intan berlian, kasut, beg tangan...percutian.... lihatlah contohnya:-
FARAH DIBA PAHLAVI - IRAN (1967 - 1979)
FARAH DIBA - SHAH REZA PAHLAVI
Suami - Raja Iran
Majlis penabalan sebagai permaisuri 1967 menelan belanja AS$10 juta.
Koleksi lukisan termahal..150 buah – oleh Picasso, Monet, Andy Warhol, Jackson Pollock, etc…
Seorang wanita yang meminati seni budaya, menghabiskan duit yang banyak untuk menganjurkan pelbagai program kegemarannya, disamping punya ramai pekerja untuk menjayakan apa-apa program selaras dengan kehendaknya. (Muncul sebagai watak pemboros menghabiskan duit negaranya, sedangkan rakyat bawahan tidak terbela)
IMELDA MARCOS (1965 - 1986)
IMELDA - FERDINAND MARCOS
Suami - Presiden Filipina
Imelda - Ahli Parlimen Filipina (1978 - 1986)
Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary (1978 - 1986)
Menteri Pembinaan Insan (1978 - 1986)
Membeli belah di New York , Rome, Copenhagen 1983 - AS$5 juta
Membeli hartanah di Manhattan (Crown Building ) - AS$51 juta
(Herald Centre) - AS$60 juta
Koleksi kasut yang tertinggal di istana sebanyak 2, 700 pasang (bukan sahaja muncul sebagai watak pemboros, tetapi terkenal sebagai seorang yang suka mencampuri urusan negara
dan membolot pelbagai jawatan dalam kerajaan suaminya, bila dikritik tingkah lakunya, dijawab dengan selambanya, "itu adalah tugasnya untuk memberi cabaran positif atau motivasi untuk golongan miskin". Sah-sah lah perempuan ni mangkuk ayun bertingkat-tingkat - pendapat pribadi yekk!!!! )
Cuba lihat koleksi kasutnya......
LEILA TRABELSI (1987 -2011)
LEILA TRABELSI - ZEIN EL ABDIN ALI
Suami - Presiden Tunisia
Leila Trabelsi membawa lari jongkong emas 1.5 tan ,bernilai 45 juta euro ( RM183 juta )
Ben Ali mempunyai kekayaan berjumlah 3.5 bilion euro (RM14.35 bilion) yang sebahagian besarnya disimpan di Perancis.
Leila membelanjakan ribuan pound sterling hanya untuk membeli pakaian mewah.
Leila Trabelsi - rakyat Tunisia memberinya jolokan 'Imelda Marcos dari dunia Arab'.
Leila juga digelar The Regent of Carthage, iaitu sebuah kerajaan purba yang mengamalkan pentadbiran tidak jauh berbeza dengan yang dijalankan keluarga Zine el-Abidine.
Mengumpul lebih 50 kereta dan rumah mewah selain dikatakan memiliki kapal layar sendiri.
Akhbar "Le Figaro" Perancis melaporkan bahawa , Leila Trabelsi telah membelikan anaknya yang masih berusia enam tahun beberapa buah rumah mewah di Perancis dan didaftarkan atas nama anaknya itu.
Bila lihat gambar istana mewah untuk anaknya ini, teringat rumah mewah milik Khir Toyo....."SAMA TAPI TAK SERUPA"
Salah satu rumah mewah di jalan "Foch", yang terletak di lingkaran 16, untuk anaknya yang bernama Muhammad Zainal Abidin, yang digelar media sebagai "Maharaja dari keluarga kecil."
Leila juga membeli sebuah stadium olahraga untuk musim sejuk. Selain itu Muhammad Zainal Abidin dibelikan dua villa mewah di kawasan pantai ternama, Cote d'Azur di wilayah Perancis Selatan, yang merupakan salah satu daerah pelancongan yang paling berprestij di dunia.
Anak perempuan mereka, Cyrine, Nesrine, 24, dan suami Nesrine, Sakhr terbang melarikan diri ke Paris, Perancis serta menginap di bilik bertaraf Suite VIP pada harga lebih 300 euro (RM1,230) semalam di Hotel Disneyland.
Nesrine menggemari makanan-makanan mewah seperti ais krim dari St Tropez di Perancis dengan menerbangkan khas terus ke rumah mewahnya yang terletak di tepi pantai.
Source : The Sun (beritaislamglobal.blogspot.com)
Leila Trabelsi dikenali kerana telah mendapat pengaruh besar dalam mengendalikan pemerintahan suaminya Ben Ali, bahkan perdana menteri Tunisia Muhammad Ghannouchi mengatakan bahawa sebenarnya yang berkuasa di Tunisia adalah Leila bukan Ben Ali.(fq/imo) Sumber : http://halaqah.net/
Wanita yang seterusnya....................
SUZANNE MUBARAK (1981 - 2011)
SUZANNE - HOSNI MUBARAK
Suami - Presiden Mesir
Rumah mewah milik mereka berharga £8.5million di kota London.
Anak Mubarak, Gamal, 47, melarikan diri, terbang ke Britain dengan jet peribadi bersama keluarga beliau berserta 97 buah bagasi. Beliau memiliki rumah agam enam-tingkat era George tidak jauh dari Harrods di Knightsbridge, Barat London.
Mubarak dikatakan telah mengumpul kekayaan bernilai £25billion untuk keluarganya sejak memegang tampuk kuasa pada 1981.
Suzanne, yang berdarah Welsh itu, diberi jolokan Marie Antoinette iaitu Permaisuri yang gila kemewahan yang dipenggal kepalanya semasa Revolusi Perancis. Tetapi menurut khabar angin yang datangnya dari masyarakat Mesir di Britain, President, 82, dan isterinya Suzanne, 69, juga merancang untuk menginap di rumah mewah tersebut. Malah, beberapa petugas bagasi di Heathrow memaklumkan yang mereka terlihat Wanita Pertama sampai di lapangan terbang. Suzanne, Gamal dan abangnya, Alaa, 49, telah menjadi lambang kemewahan dan korupsi di Mesir.
Malah Wanita Pertama yang meminati bidang fesyen itu memegang passport Britain kerana ibunya Lily May Palmer adalah warga Britain – yang merupakan anak kepada seorang pelombong arang batu di Pontypridd.
Waktu entry ini diupdate semula...dah lari pun pasangan ni keluar dari Mesir...
Sehingga sekarang...revolusi rakyat ini makin menular dan melanda banyak negara-negara Arab, seperti Bahrain, Yaman, dan paling teruk Libya...dan yang terkini negara Barat Armenia......
Kesimpulannya...apabila pemimpin lupa pada tanggungjawabnya sebagai pemimpin, mendahulukan diri sendiri dan keluarga lebih dari rakyat yang dipimpinnya...maka tidak hairan akan tiba masanya untuk jatuh tersungkur...apatah lagi seorang pemimpin yang bernama LELAKI @ SUAMI membiarkan seorang yang bernama ISTERI...bermaharajalela untuk memegang watak sebagai pemboros dan ketua untuk segala urusan negara..... TUNGGUUUUUUUUUUU!!!!!!!!LAH WAKTUNYA.......