Wednesday, November 26, 2014

Cuti-cuti di Korea.....Bhg.2..( Nami Island )

Masa kami kat Malaysia, anak saudara Ggee whatsap..dari Korea tanya...Maksu nak pegi Nami Island tak?.. Jawap nak…nak pegi hari Sabtu…hari lain nak pegi tempat lain…diaorang kata, kami 
pun nak pegi sewa van..kalau nak ikut naik van sewa kongsilah..ok..
Memang dalam plan nak pegi situ..walaupun pulau tu lebih cantik pada musim salji..(kata oranglah).Tau pasal pulau tu pun sebab Cerita Winter Sonata...kalau tak...haremm tak tau..ngeee!!!!
Pagi jam 9.00 van dah tunggu jauh juga Pulau tu..Tengah perjalanan kami berhenti di tepi jalan melihat pemandangan sungai di Korea…boleh kata dam pun ya juga…pemandu van lupa lakk namanya… sebut North Hangang
River..yang pasti sungai di Korea bersih tak macam sungai kita…
Kami sampai dikawasan jeti..bos rombongan punyalah banyak..tempat beli tiket ramainya manusia.. anak saudara kata..hari Sabtu dan Ahad adalah hari orang Korea bercuti..Wow..kagum gilerrr…orang Korea sendiri 
melancung dalam negara diaorang macam pelancung luar negara ramai berpusu-pusu…patutlah industri pelancungan mereka boleh menjadik… 



Masa nak masuk ke wharf tu kena lalu Imigresen Pulau Nami (tunjuk aje tiket yang kita beli)dan yang tukang jaga tu siap
cakap"Selamat Datang" 
dalam Bahasa Melayu tau...!!!! Satu feri ni tak tau boleh isi berapa ramai tapi memang penuh..yang bertugas akan block dari satu group ke satu group, muat - muat untuk diisi dalam wharf. Tapi perkhidmatan wharf @ feri dia banyak...dari jeti ke Pulau Nami tu tak lama dalam 7 ke 10 minit...kejap sangat..


Pulau Nami ni boleh tahan luasnya…penat berjalan …itupun kami tak sampai hujung..kami sampai kat kawasan bermain dan tempat sewa basikal..lepas tu kami patah balik. Ramai yang sewa basikal untuk round satu pulau ada yang naik keretapi, ada yang naik bas 
dan ada yang naik seakan- akan bas tapi terbuka dan muat untuk 8-10 orang rasanya...
  
Sempatlah si Ira naik basikal yang berpusing diruang atas..Kami gerak ketepi jeti untuk naik wharf balik..sebab lepas ni kami nak menyinggah di Petite France…tempat shooting drama “My love from the star”,“Secret Garden”dan juga “Running Man”….
Bersambung lagi..Insha Allah....

Friday, November 21, 2014

Cuti-cuti.. Di Soul Of Asia...Seoul Korea...Anneyeong haseyo !!!!! Bhg.1.

Memandangkan tiket penerbangan awal pagi, kami
ambil keputusan untuk menginap di Hotel Tune.


Pukul 5.00 pagi hantar Bagasi..lepas tu pegi Solat Subuh,
kemudian sarapan pagi...gerak masuk ke tempat 
pelepasan...sampai dua kali kena check..kat tingkat atas
kemudian tingkat bawah...baru boleh duduk kat tempat
menunggu kapalterbang. Penerbangan kami jam 8.00
pagi. Perjalanan mengambil masa 7 jam..Kapten Kapal
terbang buat pengumuman...masa kapal terbang mula 
gerak untuk meluncur, ada anak kecil penumpang yang 
baca doa naik kenderaan. 

Selepas 7 jam...sekitar jam 3.00 petang waktu Korea,
kapal terbang mendarat dengan lancarnya..Alhamdulillah.. 
Sebelum keluar ikut gate 14, sebab taxi yang kami booking
tunggu disitu...kami sewa Dongle Wifi...untuk senang dibawa
bila berjalan-jalan. Tunggu punya tunggu.......datanglah 
pemandu Mr.Kim Jang San..mak oii..Jumbo Taxi tu....
Limousine..cantik gilerrr...duduk kat dalam dengan tempat
duduk leather ..ada Wifi free...lampu dalam yang cantik..
tv screen besar untuk penumpang dan screen kecil untuk
tempat duduk pemandu dan penumpang sebelah. Skrin 
GPS memang on sentiasa...Dari Incheon Airport kami ke
bandar Itaewon...tempat terletak apartmen 2 bilik yang 
kami sewa. Seperti biasa..pintu rumah orang Korea akan 
guna digital door lock atau finger print, dan rumah yang 
kami sewa tu digital door lock..
Rumah ni lengkap dengan mesin basuh, peti ais, tv,
WIFI 4G (lupa nak ambil gambar) WIFI Olleh tu untuk
jenjalan(kami sewa di Incheon Airport)...microwave dan
gas memasak yang disalurkan kesetiap rumah tanpa 
guna tong gas, macam rumah flat kat Wangsa Maju 
Seksyen 10 dan sewaktu dengannya. Lampu untuk
laluan masuk ditangga dan depan pintu menggunakan 
censored, bila ada orang, automatik lampu nyala..kalau 
tak ada lampu tu padam sendiri..macam pejabat baru 
En.Hubby di KL Central. Memandangkan negara tu 4 
musim..jadi sinki dan bilik mandi memang ada air panas...
dan rumah memang ada pemanas bilik. Satu bilik ada 
air cond, kipas tak ada.Kalau nak sejuk bukak aje tingkap
yang dipasang jaring anti nyamuk, masa kami sampai 
cuaca 6 darjah Celcius. Sejuk wehhh...!!!! 









Inilah pemandangan waktu malam di bandar Itaewon..
dan di sini banyak kedai makanan halal..orang Korea suka
minum kopi..berderet Coffee House, mereka suka keluar
pada waktu malam sebabnya waktu siang sangat singkat
dan waktu malam yang panjang dan disinilah juga satu-
satunya bandar yang ada Masjid.
Okey..sambung lagi Insha Allah....

Thursday, November 20, 2014

Acar Belimbing....Lain dari yang lain...

Resepi lain dari yang lain...di hidang bersama Nasi Minyak, 
Nasi Pelangi, Nasi beringin dan yang sewaktu dengannya.

Acar Belimbing Besi - Amy
Resepi asal : Juara Master Cheff Musim Kedua

Bahan-bahannya:
5 biji belimbing besi – di hiris nipis
2 tangkai cili merah – di buang biji dan hiris halus
2 cawan cuka putih
1 cawan gula
3 tangkai daun bawang – hiris daun dan bawangnya
Secubit garam

Cara-cara:

1.  Masak cuka dan gula dalam periuk sehingga gula likat.
   Tetapi jangan terlalau pekat.
2. Masukkan cili merah dan sejukkan.
3. Gaulkan belimbing dalam campuran yang dimasak tadi,
   gaul sebati dan perap seketika. 
4. Sebelum dihidangkan , gaulkan bersama daun bawang 
   yang dihiris dan hidangkan.


Apam Pisang...Senang dan Sedap....!!!


Assalam..lama dah tak mengupdate blog...bersawang....
berhabuk..mood pun hilang...jenguk blog sendiri pun payah
hmmm..!!!
Dah lama nak masukkan resepi apam ni...buat pun dah
lama....masuk kt blog ni senang nak buat rujukan samada
diri sendiri ataupun anak-anak...nak salin-salin dalam buku
macam zaman dulu-dulu ...memang tak buat dah....!!!! 

APAM PISANG
Resepi dari : AlongRoz @myresipi 

Bahan-bahan :
2 biji telur
1/2 cawan gula putih atau gula perang
1 cawan tepung gandum
1/2 tsp soda bicarbonate
1/2 tsp baking powder 
4 biji pisang - dilenyek 
Secubit garam
1 tsp esen vanilla
Cara penyediaan :
Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat.
Masukkan campuran tepung dan gaul sehingga sebati.
Masukkan pisang, esen vanilla dan garam. Gaul sebati.
Sapu minyak pada loyang atau acuan kecil dan tuang
adunan. Kukus 45 minit untuk adunan di dalam loyang
atau 15 minit untuk adunan di dalam acuan-acuan kecil.
Hidangkan bersama kelapa muda parut atau boleh 
dinikmati begitu sahaja.

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails