Thursday, November 20, 2014

Apam Pisang...Senang dan Sedap....!!!


Assalam..lama dah tak mengupdate blog...bersawang....
berhabuk..mood pun hilang...jenguk blog sendiri pun payah
hmmm..!!!
Dah lama nak masukkan resepi apam ni...buat pun dah
lama....masuk kt blog ni senang nak buat rujukan samada
diri sendiri ataupun anak-anak...nak salin-salin dalam buku
macam zaman dulu-dulu ...memang tak buat dah....!!!! 

APAM PISANG
Resepi dari : AlongRoz @myresipi 

Bahan-bahan :
2 biji telur
1/2 cawan gula putih atau gula perang
1 cawan tepung gandum
1/2 tsp soda bicarbonate
1/2 tsp baking powder 
4 biji pisang - dilenyek 
Secubit garam
1 tsp esen vanilla
Cara penyediaan :
Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat.
Masukkan campuran tepung dan gaul sehingga sebati.
Masukkan pisang, esen vanilla dan garam. Gaul sebati.
Sapu minyak pada loyang atau acuan kecil dan tuang
adunan. Kukus 45 minit untuk adunan di dalam loyang
atau 15 minit untuk adunan di dalam acuan-acuan kecil.
Hidangkan bersama kelapa muda parut atau boleh 
dinikmati begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails