Memandangkan
tiket penerbangan awal pagi, kami
ambil
keputusan untuk menginap di Hotel Tune.
Pukul 5.00 pagi hantar Bagasi..lepas tu pegi Solat Subuh,
kemudian sarapan pagi...gerak masuk ke tempat
pelepasan...sampai dua kali kena check..kat tingkat atas
kemudian tingkat bawah...baru boleh duduk kat tempat
menunggu kapalterbang. Penerbangan kami jam 8.00
pagi. Perjalanan mengambil masa 7 jam..Kapten Kapal
terbang buat pengumuman...masa kapal terbang mula
gerak untuk meluncur, ada anak kecil penumpang yang
baca doa naik kenderaan.
Selepas 7 jam...sekitar jam 3.00 petang waktu Korea,
kapal terbang mendarat dengan lancarnya..Alhamdulillah..
Sebelum keluar ikut gate 14, sebab taxi yang kami booking
tunggu disitu...kami sewa Dongle Wifi...untuk senang dibawa
bila berjalan-jalan. Tunggu punya tunggu.......datanglah
pemandu Mr.Kim Jang San..mak oii..Jumbo Taxi tu....
Limousine..cantik gilerrr...duduk kat dalam dengan tempat
duduk leather ..ada Wifi free...lampu dalam yang cantik..
tv screen besar untuk penumpang dan screen kecil untuk
tempat duduk pemandu dan penumpang sebelah. Skrin
GPS memang on sentiasa...Dari Incheon Airport kami ke
bandar Itaewon...tempat terletak apartmen 2 bilik yang
kami sewa. Seperti biasa..pintu rumah orang Korea akan
guna digital door lock atau finger print, dan rumah yang
kami sewa tu digital door lock..
Rumah ni lengkap dengan mesin basuh, peti ais, tv,
WIFI 4G (lupa nak ambil gambar) WIFI Olleh tu untuk
jenjalan(kami sewa di Incheon Airport)...microwave dan
gas memasak yang disalurkan kesetiap rumah tanpa
guna tong gas, macam rumah flat kat Wangsa Maju
Seksyen 10 dan sewaktu dengannya. Lampu untuk
laluan masuk ditangga dan depan pintu menggunakan
censored, bila ada orang, automatik lampu nyala..kalau
tak ada lampu tu padam sendiri..macam pejabat baru
En.Hubby di KL Central. Memandangkan negara tu 4
musim..jadi sinki dan bilik mandi memang ada air panas...
dan rumah memang ada pemanas bilik. Satu bilik ada
air cond, kipas tak ada.Kalau nak sejuk bukak aje tingkap
yang dipasang jaring anti nyamuk, masa kami sampai
cuaca 6 darjah Celcius. Sejuk wehhh...!!!!
Inilah pemandangan waktu malam di bandar Itaewon..
dan di sini banyak kedai makanan halal..orang Korea suka
minum kopi..berderet Coffee House, mereka suka keluar
pada waktu malam sebabnya waktu siang sangat singkat
dan waktu malam yang panjang dan disinilah juga satu-
satunya bandar yang ada Masjid.
Okey..sambung lagi Insha Allah....
Waa...bestnya dah sampai Korea...
ReplyDeleteCepat sambung cerita lagi.... :)
Bestnyeee! Tak sabar nk pegi bulan 2 nanti:)
ReplyDeleteapartment area itaewon tu apa nama dia?