Masa
kami kat Malaysia, anak saudara Ggee whatsap..dari Korea tanya...Maksu
nak pegi Nami Island tak?.. Jawap nak…nak pegi hari Sabtu…hari
lain nak pegi tempat lain…diaorang kata, kami
pun nak pegi sewa van..kalau nak ikut naik van sewa
kongsilah..ok..
Memang dalam plan nak pegi situ..walaupun pulau tu lebih cantik pada musim salji..(kata oranglah).Tau pasal pulau tu pun sebab Cerita Winter Sonata...kalau tak...haremm tak tau..ngeee!!!!
Pagi
jam 9.00 van dah tunggu jauh juga Pulau tu..Tengah
perjalanan kami berhenti di tepi jalan melihat pemandangan
sungai di Korea…boleh kata dam pun ya juga…pemandu van lupa lakk namanya… sebut
North Hangang
River..yang pasti sungai di Korea bersih tak macam sungai kita…
Kami
sampai dikawasan jeti..bos rombongan punyalah banyak..tempat beli tiket
ramainya manusia.. anak saudara kata..hari
Sabtu dan Ahad adalah hari orang Korea bercuti..Wow..kagum
gilerrr…orang Korea sendiri
melancung dalam negara diaorang macam pelancung luar negara ramai berpusu-pusu…patutlah
industri pelancungan mereka boleh menjadik…
Masa nak masuk ke wharf tu kena lalu Imigresen Pulau Nami (tunjuk aje tiket yang kita beli)dan yang tukang jaga tu siap
cakap"Selamat Datang"
dalam Bahasa Melayu tau...!!!! Satu feri ni tak tau boleh isi berapa ramai tapi memang penuh..yang bertugas akan block dari satu group ke satu group, muat - muat untuk diisi dalam wharf. Tapi perkhidmatan wharf @ feri dia banyak...dari jeti ke Pulau Nami tu tak lama dalam 7 ke 10 minit...kejap sangat..
dalam Bahasa Melayu tau...!!!! Satu feri ni tak tau boleh isi berapa ramai tapi memang penuh..yang bertugas akan block dari satu group ke satu group, muat - muat untuk diisi dalam wharf. Tapi perkhidmatan wharf @ feri dia banyak...dari jeti ke Pulau Nami tu tak lama dalam 7 ke 10 minit...kejap sangat..
Pulau Nami ni boleh tahan luasnya…penat berjalan …itupun kami tak sampai hujung..kami sampai kat kawasan bermain dan tempat sewa basikal..lepas tu kami patah balik. Ramai yang sewa basikal untuk round satu pulau ada yang naik keretapi, ada yang naik bas
dan ada yang naik seakan- akan bas tapi terbuka dan muat untuk 8-10 orang rasanya...
Sempatlah
si Ira naik basikal yang berpusing diruang atas..Kami
gerak ketepi jeti untuk naik wharf balik..sebab lepas ni kami
nak menyinggah di Petite France…tempat shooting drama “My
love from the star”,“Secret Garden”dan juga “Running Man”….
Bersambung lagi..Insha Allah....
No comments:
Post a Comment