Sunday, March 31, 2013

Bercuti ke Terengganu Kite!!!!! Hari Pertama....


Assalam….dah berhari tak update blog….pasalnya
pergi bercuti ke Terengganu Kite!!!.... Lepas sarapan
di Sri Gombak kami memulakan perjalanan ke Karak
Highway….6 jam perjalanan,selepas Tol Jabor, masuk 
ke simpang Muktaffibillah Shah/Kuala Terengganu , 
Ikut Lebuh Raya Pantai Timur…
Tol yang masih belum siap.....
Kami sampai di Terengganu…Kg.Rhu Tapai Setiu…
jam 3.30 petang lebih kurang, di situ terletak Sutera 
Beach Resort…dan resort ini terletak tidak jauh dari 
Jeti Merang, kira-kira 2 km tak sampai pun 5-10 
minit….jeti ni bukan Marang yekk……Jeti Merang untuk 
ke 3 buah pulau iaitu Pulau Redang, Pulau Lang Tengah 
dan Pulau Perhentian.Kami tempah 2 bilik mengadap 
laut... dua bilik dipisahkan pintu dari dalam..
 




dan yang paling best bila buka aje sliding door...
terbentang luas laut yang membiru....
Subhanallah!!!! Allah Huakbar!!!!cantik sangat-sangat!!!!





Masa sampai kami belum makan, solat dulu baru
order makanan...malas nak keluar..inilah yang kami 
order



Petang kami meronda-ronda tepi pantai, di depan bilik
kami tak berapa jauh ada kolam renang...kami meronda 
sekitar resort...lepas tu keluar ke jalan besar cari kedai
makan...beli untuk makan malam.






  
jalan keluar masuk ke resort
dan bila malam bulan mengambang penuh Subhanallah!!!!                    Cantiknya…!!!!!

Sambung lagi....



Sunday, March 24, 2013

Puding Roti Bakar

Puding Roti Bakar
Bahan-bahan:
6 kpg roti - di sapu mentega
2 cawan susu cair
3 biji telur gred A
30 gm gula
1 sudu besar tepung kastad
kismis hitam/buah-buahan campuran
Cara:
1. Potong roti kepada beberapa bahagian.
2. Susun dalam loyang, lapiskan dengan kismis hitam.
3. Panaskan susu atas api,jangan sampai mendidih.
4. Pukul telur dan gula dalam bekas lain sampai kembang.
5. Masukkan susu yang di panaskan tadi.
6. Masukkan tepung kastad , kacau hingga sebati.
7. Tuang atas susunan roti, biar roti kembang (15 min)
8. Bakar pada suhu 180 C selama 20-30 min.

Selalu puding ni makan dengan sos kastad, tapi
kali ni makan dengan fruit cocktail…..


Lawak Sarkastik Lagi !!!!!!

Deyyy!!! Anjing sama babi
tarakk pegi sekolah!!!!!!
Semua salah orang ni....!!!!!
 Bodek jangan tak bodek!!!!!!
Wakakaka....!!!!!
Bengong sungguh yang tukang gantung ni...!!!!
Kalau sungguh bagai dikata....
"Bodo punya olang"

Saturday, March 23, 2013

Nasi Rissoto

Nasi Rissoto  

Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi (direndam & dibersihkan )
3 cawan air stok daging/ayam
150 gram hirisan daging yang telah direbus empuk
150 gram cendawan butang – dihiris
100 gram kacang peas
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
5 biji bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih
2cm halia - hiris
2 tangkai kayu manis dan buah pelaga
garam - jika perlu
bawang goreng
sedikit gajus goreng
1 tangkai daun sup/bawang
2 sudu besar mentega/marjerin
Cara:
1. Panaskan mentega, tumiskan bawang merah,
    bawang putih, halia, buah pelaga dan kulit kayu 
    manis.
2. Masukkan beras dan stok daging/ayam, hirisan daging.
3. Masukkan cendawan butang, kacang peas,sos cili dan 
    sos tiram dan garam secukupnya.
4. Gaul rata biar sehingga nasi masak.
5. Taburkan bawang goreng, daun sup/bawang dan gajus
    goreng ketika menghidang.

Friday, March 22, 2013

Politik...Politik.....ABCD!!!!!!


Politik, Orang Politik, Parti Politik, Main Politik Dan 
Dipolitikkan!!!!!..

Hari ni nak cakap pasal politik....bukan hari-hari pun cakap
pasal politik..jika saya baca akhbar,saya tidak akan terus 
percaya..(Tapi dah berbelas tahun dah tak beli dan baca)
Masa kat ofis dulu..akhbar free...saya lipat dan letak kat
meja Penyambut Tamu..minta PAR hantar ke Perpustakaan.
jika saya dengar berita saya tidak akan terus ternganga!!!
(Dulu saya peminat siaran Awani..tapi dah lama saya tak
tengok berita kat tv) Sebab..namanya pun politik, main 
politik dan dipolitikkan....

Membesar di pinggiran Kuala Lumpur...pasal tempat saya dah
di kira negeri Selangor...suasana politik dulu dan sekarang
jauh berbeza....bagai langit dengan bumi...sebab dulu ada
radio dan tv ...ada surat khabar ...itu pun surat khabar jarang 
beli.. sekarang dunia maklumat adalah dunia tanpa sempadan.....

Masa tu...kalau baik memang diwar-warkanlah tapi kalau salah,
buruk tingkah laku, ramai yang tak tahu...kecuali jika 
tertangkap dan di jatuhkan hukuman....baru tahu..kalau tidak,
usah harap..semua masuk bawah karpet la gamaknya.

Kalau dulu bila radio dan tv, mula keluarkan lagu ni..

dengan sendirinya taulah pilihan raya akan diadakan.....
kempen pun macam mereka tu tuan empunya tv dan radio 
aje...masa tu pilihan raya ke tidak ke..."Ada Aku Kisah!!!"   He....he.....he.....yalah masa tu bebudak lagi...

Tapi bila masuk sekolah menengah,kemudian masuk pulak
sekolah men,tinggi...disebabkan saya suka membaca,dengan 
sendirinya saya mengikuti perkembangan..
bila mula bekerja..semakin banyak yang kita tahu...dan bila 
dunia perhubungan(melalui internet) bermula awal 90 an, 
dunia terasa bertambah luas dan hari ini dipenuhi dengan 
segala kemudahan maklumat,lagilah yang banyak kita tahu 
dan kena ambil tahu...takkan nak buat bodo je...!!!!Bukan 
saja buka mata..buka hati....tetapi mesti juga membuka 
minda!! Apatah lagi dunia hari ini..fitnah melata-lata...!!!!
Sampai dah tak tahu haram dan dosa...

Jika anda semua sudah boleh mengundi...mengundilah kerana
Allah...(Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui).





Wednesday, March 20, 2013

Daging Kambing Puri Berempah


Masakan Daging Kambing adalah kegemaran En.Hubby.
Nak masak daging ni kena perap paling kurang 4 jam 
dengan rempah pelbagai supaya dapat mengurangkan 
baunya......

Kambing Puri Berempah  
Bahan-bahannya :-
1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub)
2 batang serai – dititik
Bahan kisar untuk perapan:-
1 inci halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Bahan lain untuk perapan:
1 sk serbuk kunyit
sedikit garam
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
Gaulkan daging kambing dengan serbuk kunyit,
Garam dan bahan kisar di atas dan rebus dengan
sedikit air hingga daging lembut dan airnya serap

Bahan dikisar :-
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
10 tangkai cili hijau
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daub pudina
2 helai daun limau purut
1 pokok daun parsli

Bahan tumis:-
½ cawan minyak sapi
Rempah 4 sekawan - (1 keping kayu manis,
1 bunga lawang, 3 biji buah pelaga,
3-4 kuntum bunga cengkih)
2 batang serai dititik
2 helai daun pandan – disimpul
½ cawan rempah beriani
3 sudu besar kerisik
1 tangkai daun kari
½ cawan tomato puri
1 tin susu cair
3 sudy besar jus limau
2 sudu besar madu
4 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Bahan lain:
2 tangkai cili merah (dihiris)
½ cawan bawang goreng

Cara-cara memasaknya :-
1. Panaskan minyak sapi tumis rempah 4 sekawan
   (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
   serai dititik, daun pandan dan bahan kisar hingga
   garing.
2. Masukkan rempah beriani dan kerisik dan daun 
   kari kacau rata.
3. Masukkan pula tomato puri, susu cair, jus limau 
   nipis, daging, madu, garam dan air. Gaul rata.
4. Kecilkan api, masak hingga mendidih dan pekat.
5. Masukkan bawang goreng, hirisan cili, Gaul sebati 
   dan biarkan seketika. Padamkan dan hidangkan.



Tuesday, March 19, 2013

Ikan Talang Masin Masak Lemak Nanas

Ikan Talang Masin Masak Lemak Nanas

Bahan-Bahan:
2-3 keping ikan masin (potong 4 segi)
1 biji nanas muda (size kecil)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
10 biji cili padi
1 cawan santan pekat
1 batang serai (dititik)
asam keping (1 keping)
daun kunyit – di koyak
garam dan gula secukup rasa
Cara:
1.
Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia
   dan cili padi dikisar.
2. Masukkan perahan santan ke dalam periuk,
   bersama-sama bahan yang dimesin.
3. Masukkan serai, asam keping, nanas serta ikan.
4. Kacau sehingga menggelegak di atas api yang
   sederhana.
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan tambah
   gula dan garam secukup rasa. Angkat dan bolehlah
   dihidangkan

Sunday, March 17, 2013

First Time..dengar Ceramah Live UAI...


Malam tadi, saya, anak dengan hubby pegi apartment,
konon nak bersihkan dan repair mana yang rosak…
rumah cantik macamana pun, kalau dapat penyewa
yang tidak pembersih dan tak bertanggungjawab,
memang rumah hancurlah jawabnya… sampai kat
dalam kawasan apartment, keluar kereta, hubby
tanya bawa kunci tak..saya jawab tak..tanya pulak dia..
dia jawab..tak juga..dah masing-masing tak bawa kunci apartment macamana nak masuk…jawabnya baliklah…

Dalam perjalanan balik saya tanya kat hubby…malam
ni tak ada ceramah ke? Hubby jawab..ada…Kelab Sultan Sulaiman..Ustaz Azhar Idrus..apalagi saya nak pegi la
sangat-sangat…sebab tak pernah lagi tengok live…masa
kat Masjid Gombak dulupun terpaksa patah balik sebab
tak ada tempat nak parking kete…bukan saja kawasan
masjid penuh..kawasan perumahan (Gombak Setia, Kg.
Gombak)  dan Taman perumahan (Taman Kamariah
yang berhampiran…..semuanya penuh…

si Ira kata, kalau nak pegi..pegi terus, jangan balik rumah
dulu…saya pun kata yalah dah pukul 9.00 malam ni..
Sampai kat area Kg.Baru…tanya kat petugas amal….nak
parking kete kat mana?Petugas amal kata “Sorrylah kak,
Parking penuh..!!!”Jalan lagi..saya dan anak turun kat 
jalan Raja Abdullah…sementara En.Hubby cari parking…
sambil tunggu sambil tengok Vcd yang dipasang oleh para peniaga…tunggu punya tunggu …lama sungguh…..Rupanya terpaksa letak kereta jauh..nun kat hujung Kg.Baru, tak 
ingat Jalan Raja apa, tapi kawasan tu memang tempat 
kedai-kedai makan…..Bila kami masuk kat Padang Kelab 
Sultan Sulaiman…memang sesak gilerr..walaupun 
keadaan becak dan berair…dah separuh dah soal jawab 
dengan UAI …tapi berbaloi sungguh…

Pelbagai soalan yang diajukan orang ramai kepada UAI, contohnya…. "apa hukum negara yang bagi pinjaman
PTPTN pada pelajar kemudian pelajar berdemonstrasi
minta hapuskan PTPTN".
Ustaz Azhar secara spontan menjawab, "kalau negara tu
kaya kenalah bagi pendidikan percuma kepada pelajar.
Cuba tengok menara KLCC tu, menara jagung dua butir,
negara miskin mana ada tu...".
Ada yang tanya…”amalan ringan tapi membawa impak
yang besar”…UAI jawab..”berilah undi untuk perubahan pemerintahan Negara”….UAI kata lagi soalan ringan..
jawabnya pun ringan….”

dan sebelum balik sempat singgah kat gerai Majalah dan
T Shirt ZUNAR…si Ira beli dua buku kartun karya Zunar
siap dapat tandatangan Zunar lagi..sebab En.Zunar ada
di gerai tersebut.

Inilah keadaanya malam tadi di KSS

Saturday, March 16, 2013

Petua Imam Syafie






Petua dari Imam Syafie…
bukan sekadar untuk renungan 
tetapi untuk kita praktikan bersama…
Insya Allah.....

Thursday, March 14, 2013

Kacang Panggang Bersosej


Kacang Panggang Bersosej- Resepi Hanieliza

Bahan
10 batang sosej
1 tin kacang panggang
4 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
1 labu bawang besar [hiris]
1 s/k lada hitam
1/2 cawan air
garam
minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga layu.
2. Masukkan sausage dan goreng sehingga masak dan 
    garing.
3. Masukkan garam, air, lada hitam, sos cili dan sos 
   tomato. Kacau rata.
4. masukkan baked beans dan kacau perlahan.
5. Masukkan air dan kacau perlahan-lahan.
6. Bila nampak pekat, angkat dan hidangkan dengan 
    roti atau nasi.



Kuih Koleh Kacang


Kuih yang menjadi favourite En.Hubby...ada macam-
macam resepi tapi yang ini paling mudah...
Kuih Koleh Kacang
Bahan A:-
1 cawan santan pekat - masak untuk tahi minyak
(jika ingin lebih tahi minyak jadikan 2 cawan)
Bahan B:-
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul
Bahan C:-
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau
Secubit garam
Cara-cara
1. Masak bahan A sehingga menjadi tahi minyak.
2. Ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan
   lebihan minyaknya dalam kuali.(Anggaran minyak
   -2 sudu besar)
   Lebihan minyak yang lain di sapu pada loyang.
3. Masak bahan B menjadi air gula.(Campuran gula
    merah, gula pasir, air dan daun pandan)
4. Setelah gula larut, sejukkan dan ketepikan seketika.
5. Satukan bahan B dan bahan C (air gula merah,
    Tepung kacang hijau, santan, garam) di dalam 
    satu bekas dan kacau hingga sebati.
6. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yang berisi
    Lebihan minyak kelapa tadi. Kacau selalu supaya
    tidak bergentel.
7. Masak sehingga pekat, menggelembung dan agak
    berkilat.
8. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu
    dengan lebihan minyak tadi.
9. Taburkan dengan tahi minyak di atas kuih,
    Sejukkan sebelum dipotong.



Wednesday, March 13, 2013

Mee Bandung .....Memang Sedap!!!!


Satu lagi resepi bila tak nak masak nasi...hik..hik...hik..

MEE BANDUNG
Bahan-Bahan:
1 paket mee kuning  atau 1 kg (dicelur dan tuskan)
100 gm udang (dibuang kulit)
100 gm sotong (dihiris)
1 paket bebola ikan (biar sebiji-sebiji)
2 keping fish cake (dihiris)
2 mangkuk air rebusan kulit udang (stok)
(atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/limau nipis (belah 2)
2 biji telur  
Sedikit sawi, cili merah (dihiris)
daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (dibelah)
bawang goreng
Garam & minyak masak
Bahan tumis:-
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
5 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
Cara:
1.  Panaskan minyak, tumiskan bawang putih,
       bawang merah & cili kisar hingga garing.
2.  Masukkan stok udang/ayam dan biarkan mendidih.
3.  Kemudian masukkan sos tomato, sos cili,
    sos tiram & garam.
4.  Biarkan mendidih perlahan-lahan.
5.  Masukkan udang, sotong, bebola ikan juga fish cake.
6.  Masukkan sawi, hirisan tomato,kemudian
   pecahkan telor, seakan telor mata kerbau dan
   masak selama 2 minit.
7.  Hidangkan mee yang telah dicelur kedalam mangkuk,
Tuangkan kuah keatas mee, hias dengan bawang goreng, hirisan cili dan hirisan limau juga daun sup/bawang .

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails