Thursday, July 25, 2013

Antara Pinggan Kaca Dan Pinggan Plastik..... (Kisah di bulan Ramadhan)


Assalam, dah berhari-hari saya tak sempat nak update 
blog… bila  ada masa sedikit, nak update berukband 
pulak buat hal..Kebetulan ok pulak kali ni…Alhamdulillah!!!  

Nak cerita dulu semalam….(dua hari lepas) ada VVVIP 
datang ke Masjid tempat saya tinggal, sambil berbuka 
puasa dan memberikan bantuan kepada anak-anak 
yatim,ibu tunggal dan fakir miskin,sekaligus merasmikan 
Masjid /Sek. Agama kat sini.

Anak bongsu saya sekolah agama di masjid tersebut, 
dan dengan sendirinya terbabit menyambut kehadiran 
VVVIP tersebut. Saya pasti anda semua boleh teka siapa 
gerangan bila berkaitan Hal Ehwal Agama atau sebagai 
Ketua Agama.

Anak saya balik ambil telekung dan bagitau, “Ibu 
orang ada kat Masjid sampai malam”.Oklah nanti lepas 
tarawikh tunggu aje kat tempat orang perempuan 
moreh…En,Hubby balik kerja saya bagitau, “adik kat 
masjid berbuka dengan “S” dan VVIP.” Amboi!!!...

Malam sebelum tidur, anak saya pun bercerita, 
“ Ibu penatlah berdiri..tunggu lepas Asar…tapi sampai 
lewat…dah pukul 6 lebih baru sampai…oh ya ke??? 
Saya jawab jalan sesak agaknya lagipun time orang balik 
pejabat….(jalan sesaklah sangat!!!!)kalau ikut logik…kan 
ada polis pengiring…

Anak saya bercerita…tadi orang buka puasa..duduklah
kat beranda masjid… tak ada tempat duduk ke?...Penuh
entah sapa-sapa….Anak saya tanya “ Ibu, kenapa meja
“S” dan VIP pakai pinggan kaca, gelas kaca, tapi kita
orang makan pinggan plastik cawan plastik????…
Kenapa meja “S” dan VIP ada buah, ada air macam-
macam, tapi kami minum air teh…(bila dia sebut teh 
maknanya teh O),Saya terkedu…nak jawab apa eh!!!! 
Takkan nak kata antara dua darjat atau memang-
macam tulah kalau VIP…sebab selalu di bagitau…” 
Manusia ni sama saja di sisi Allah, yang membezakan 
hanya amalannya…”Adehhhh!!!!

Tapi ayat yang tak menahan dari mulutnya…bila dia
berkata…” Ingat bila “S”datang dapatlah makan Ayam
Golek….rupanya kami makan tergolek-golek .” 
Tak menahan saya ketawa…apatah lagi dia baru darjah 5…

Masyarakat kita ni..apa yang kita pertontonkan tak 
sama dengan apa yang di ajar agama.…dalam bahasa 
mudah “Cakap tak serupa bikin”…Bila budak umur 11 
tahun mempersoalkan perkara yang begini tak ke haru 
namanya....!!!

Friday, July 19, 2013

7 Khasiat Kurma Yang Perlu Anda Tahu

Buah kurma adalah kegemaran saya, stok kurma
memang ada tak kira bulan Ramadhan atau pun
tidak. Masa zaman saya kecil dulu, buah kurma
cuma hanya ada pada bulan Ramadhan tapi
pasaraya ada jual kurma merah. (red dates).
Yang inilah selalu saya makan bila bukan bulan 
Ramadhan. Malahan Ustaz Dr.Haron Din Al Hafiz
pernah menyampaikan ceramah dulu, bahawa kurma 
sangat bagus untuk wanita mengandung dan untuk 
memudahkan wanita sewaktu bersalin. 
Yang pernah saya lakukan adalah makan 7 biji kurma  
sehari dan juga minum jus kurma. Memang sangat
mudah bersalin,Dr.pakar tu tak sempat sampai hospital,
kebetulan masa tu cuti umum, baby dah keluar, nurse 
yang sambut. Jadi saya kongsikan apa khasiat buah 
kurma ni, untuk ilmu pengetahuan kita bersama.
   
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan 
sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan 
sama ada ketika ia sudah atau masih mentah.Kurma 
dikatakan tumbuhan mempunyai pelbagai khasiat 
dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya 
sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab 
suci al-Quran sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut 
tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri 
telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan 
khasiatnya, dan amat sinonim dengan kisah sirah 
baginda.
“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun
kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu
buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya
kamu makan“ (Surah al-Mukminah : ayat 19)

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’,
dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan
sihir pada hari itu.“ Sabda Rasulullah SAW.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan
protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5
peratus, serat 8.0 peratus manakala kandungan
gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga
63 peratus majoritinya adalah glukosa. Lemak
terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit
iaitu sekitar 0.4 peratus sahaja. Kurma juga terkenal
dalam dunia perubatan tradisional memandangkan
ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus,
sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?
1. Paling cepat diproses dan diserap, sekali gus
memberikan tenaga segera.Memandangkan
kandungan gula ringkasnya monosaccharide)
yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, 
berupaya “tenaga segera”yang akan diserap oleh 
tubuh serta-merta.Berbeza dengan kebanyakan 
buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa 
(disaccharide).Disaccharide seperti sukrosa harus 
dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar 
menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai 
tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa
biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya
tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka
dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur,
maka Baginda meminum beberapa teguk air.”
Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus
kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera,
dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna”
seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan
berlemak dan bergoreng yang lain.

2.  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya
dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma
adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan
serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering
menganggap buah-buahan seperti pisang itu
mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda,
dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan
dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat
sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem
pelawasan.

Selain itu, kurma kaya dengan Potassium dan
beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah
elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali
kandungan air dalam tubuh badan apabila kita
kehilangannya, terutama sepanjang tempoh
berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya
khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka,
memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam.
Potassium juga membantu dalam pembinaan otot
termasuk otot jantung dan mampu memelihara
sistem saraf.

3.  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk 
menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma
juga tidak kurang hebatnya. Kurma amat sesuai 
untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah
kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi 
malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa 
iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon 
kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala 
lemah selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, 
nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,” 
(Surah Maryam : ayat 25)

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat 
baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan 
wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan
pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak 
yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat
-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas 
pemikirannya.(Sabda Rasulullah).

5. Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah RA, “Jika sesiapa yang selalu
makan kurma akan dihindari daripada terkena racun
yang dimakan.”

6. Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus
seperti serbuk teh. Ia direndam dan diminum bagi 
menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7. Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan
 zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah
ini dari berlaku. 
Sumber :di sini







Wednesday, July 17, 2013

Infaq


Infak bermaksud membelanjakan harta pada jalan 
Allah SWT secara umum.

Dalam al-Quran, kalimah infak disamakan maksudnya 
dengan nafkah. Infak terbahagi kepada dua iaitu infak 
wajib dan infak yang tidak wajib.

Infak wajib termasuk zakat, bayaran kafarah,menunaikan
nazar dan keperluan tanggungan wajib termasuk makan 
minum dan tempat tinggal untuk anak-anak, isteri dan 
ibu bapa.

Infak yang tidak wajib termasuk derma kepada 
pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, 
membantu program dakwah, bersedekah atas nama 
kemanusiaan dan sebagainya. Allah SWT menyebut 
perkataan infak dan nafkah sebanyak 49 kali dalam 
Al-Quran. (Antaranya, ayat 215 surah al-Baqarah)


Saad bin Abi Waqas r.a. menceritakan bahawa :
Rasulullah SAW pernah bersabda: Nafkah (infak) yang 
kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi 
pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk 
makanan isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga) juga 
akan diberi pahala oleh Allah. (riwayat al-Bukhari)

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan )oleh orang-
orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, ialah 
seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh 
tangkai, pada tiap-tiap tangkai (pula ada) seratus biji 
buah. (Dan) Allah melipatgandakan (ganjaran)bagi siapa 
yang Dia kehendaki.

Di bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, yang banyak diberikan ganjaran berlipat ganda, rebutlah peluang ini,
untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup kita dunia dan
akhirat.



Tuesday, July 9, 2013

Marhaban Ya Ramadhan 1434 H - 2013 M

Satu tahun tidak terasa, Ramadhan kembali tiba.
Mengunjungi kita.Subhanallah..Allah Huakbar.
Semoga kita dikuatkan iman, dan tingkatkan amal.
Apa sahaja yang dilalui dan apa sahaja yang dilakukan
menjadi kebaikan di bulan suci.Marhaban Yaa Ramadhan

Mohon Maaf Zahir dan Batin, kepada suami dan anak-
anak, adik beradik, saudara mara, teman-teman, 
para pembaca dan kaum muslimin dan muslimat
di mana sahaja berada.



Monday, July 8, 2013

10 Persediaan Menyambut Kedatangan Ramadhan


10 PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN

1) Berdoalah agar Allah swt. Memberikan kesempatan 
kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan 
dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, 
kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di 
bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. 
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah SAW. 
apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, 
“Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna 
ramadan.” 
Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab 
dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. 
(HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah agar 
diberikan kurnia bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal 
Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, 
“Allahu Akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal 
iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu 
wa tardha.” 
Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman dan 
berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan 
amalan yang Engkau cintai dan redhai.

2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah atas kurnia 
Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam 
Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, “Dianjurkan 
bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan 
diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada 
Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan 
pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara 
nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang 
hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk 
melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan 
telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita 
harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk 
syukur.

3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. 
Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira 
kepada para shahabat setiap kali datang bulan 
Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan 
Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah 
mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan 
itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup 
pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. 
Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak 
ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan 
bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan 
dan turunnya rahmat.

4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan 
manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. 
Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap 
detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan 
ketaatan. Barangsiapa Jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. 
“Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” 
[Q.S. Muhamad (47): 21]

6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di 
bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah 
dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan 
hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa 
kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada 
orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” 
begitu kata Allah dalam Al-Qur’an.
(Surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.)

7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa 
tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa 
dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. 
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai 
orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” 
[Q.S. An-Nur (24): 31]

8) Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan 
yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majlis 
ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan 
hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk 
melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.

9) Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan 
dengan membuat catatan kecil untuk kultum tarawih 
serta ba’da sholat subuh dan zhuhur, memberikan buku 
saku atau lebaran yang berisi nasihat dan keutamaan 
puasa.


10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran 
baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan 
nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan 
risalah dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada 
orang tua, istri,anak, dan kaum kerabat, dengan 
mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, 
dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi 
mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang 
paling bermanfaat bagi orang lain.

jazakkallah bil khoir wadawaamun ni’mah

Wednesday, July 3, 2013

ISTIDRAJ - Nikmat yang diberi Allah kepada hamba yang tak diredhai.


Kadang-kadang kita ni terlalai dengan apa yang kita
ada.Terlupa apa yang kita ada hanyalah pinjaman.
Artikel ni untuk peringatan diri sendiri, juga keluarga
dan untuk perkongsian ilmu kita bersama. Mudah-
mudahan hidup kita sentiasa dalam rahmat dan 
redha Allah. Amiinnnn...

Pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana
pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang 
dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat 
bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada 
hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), 
ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh 
Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, 
rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, 
duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Mengapa 
orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup 
senang /mewah.
Tetapi orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat
yang lain.Tapi, hidup mereka biasa sahaja.Ada yang susah
juga. Kenapa?

Maka terjawablah segala keraguan. Bahawa pemberian 
yang diberikan oleh Allah pada mereka (manusia yang 
durhaka) bukanlah yang diredhaiNya.Rupa-rupanya 
ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. 
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki
untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua
itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk
diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun,
tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah 
berikan dia sayap.Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai 
pun menjadi kelkatu.Kelkatu, bila mendapat nikmat
(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak 
terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah 
kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.Orang lain 
selalu sakit,tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun 
dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh 
dan besar diri lantas mengaku dirinya Tuhan.Tapi 
dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa 
besar pangkat Namrud?Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor 
nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.Anak kunci 
gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.
Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya 
sekali akibat terlalu takbur.Jadi kalau kita kaya,jangan 
sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa 
juga.

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk
masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj.
Jangan!
Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.Dan jangan 
pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, 
hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita
cari.Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang 
diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat 
yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu 
ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.
Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan 
sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah 
nikmat pemberian yang diredhai Allah.


Ayam Goreng Pandan


Walaupun remeh sedikit. tapi sekali-sekala, buat kelainan
dalam masakan ayam goreng. Asyik ayam goreng 
berempah, ayam goreng bercili, kali ni guna daun 
pandan pulak....

Ayam Goreng Pandan _ Amy
Bahan untuk dikisar:-
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan lain:-
2 sudu besar rempah kari  
2 sudu besar sos tiram
1 / 2 cawan air daun pandan –

(10 helai daun pandan dikisar)
Garam dan gula secukup rasa 
Daun pandan untuk membalut
Lidi satay
Cara
1.Ayam dipotong ikut suka, dibersihkan, digaram dan 

  kunyitkan.
2.Kisar semua bahan kemudian gaulkan bersama ayam 

  tadi.
3.Gaulkan juga sos tiram, rempah kari dan air daun 
  pandan.
3.Perap ayam tersebut selama 2-3 jam.
4.Balut ayam dengan daun pandan.
5.Semat daun pandan dengan lidi.
6.Panaskan kukusan dan kukus selama 10 minit.
7.Kemudian angkat dan goreng ayam tadi hingga 
  masak.
  (Tidak perlu lama digoreng sebab sudah dikukus).



Singgang Daging Urat (Daging Cincang)


Jemu makan yang bersantan, makan ala-ala rebus...
Resepi asal dari Pn.Hajjah Nik Faizah Kota Bharu.

Singgang Daging Urat (Masakan Kelantan)- Amy
1 kg daging cincang  - dihiris nipis-nipis
4 ulas bawang putih- (dimayang halus)
1 inci lengkuas – (dimayang halus)
1 / 2 inci halia – (dimayang halus)
2 sudu makan ketumbar-ditumbuk sedikit/kisar
2 sudu makan lada hitam
5 keping asam keping 
garam dan gula secukup rasa
air mengikut citarasa

Bahan lain (ditumis berasingan):-
4 ulas bawang merah-(dimayang halus)
Sediit serbuk lada
1-2 biji cili merah @ 2-3 tangkai cili padi
1 senduk air

Cara:-
1.Masukkan daging dan air dalam periuk.
  Rebus daging dengan api perlahan.
2.Masukan bahan-bahan yang dimayang tadi.
3.Masukkan pula ketumbar, lada hitam dan
  asam keping.
4.Biarkan selama 45 minit sehingga daging betul-
  betul empuk.
5.Sementara itu tumis bawang merah yang telah
  dimayang tadi, kemudian masukkan serbuk lada.
6.Apabila bawang merah yang digoreng tadi sedikit
  garing. Masukkan satu senduk air.
7.Masukkan bahan tumisan ini  ke dalam rebusan
  singgang tadi. Tumisan ini menambah kelazatan
  singgang daging.
8.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
 

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails