Ini
adalah jawapan Benz Ali kepada video Prof Dr
Muhaya,bacalah:"Saya
nak berdebate dengan Prof Dr.
Muhaya" - Benz Ali
Assalamualaikum
wa rahmatullahi wa barakatuh.
Ke
hadapan Prof. Dr. Muhaya Mohamad,
Nama
saya Amir Hamzah B. Akal Ali. Seorang lelaki yang
dilahirkan di
Kedah Darul Aman, pada tahun 1988 dan
sekarang menetap di Shah
Alam. Saya sudah bernikah, tapi
kami dok asing – asing. Maka saya
tidak tinggal sebumbung
dengan isteri saya. Kami belum ada anak
lagi. Jadi kos isi
rumah kami tak tinggi. Di rumah yang saya tinggal
sekarang,
saya duduk dengan seorang lelaki atheis. Kami sama –
sama
membayar sewa rumah, sekitar RM100 seorang.
Setiap
hari, saya akan keluar menutup pagar rumah dan pergi
ke Masjid
India, di Kuala Lumpur, untuk melihat rakyat –
rakyat saya yang
miskin menjaja dihambat hujan bernama
DBKL. Saya tidak mahu menjadi
seorang intelligentsia socialist
maka saya memberanikan diri sendiri
untuk terlibat di akar
umbi memerhati sendiri, mencakna diri,melihat
segala potensi
apakah yang perlu dilakukan untuk memberdayakan
rakyat –
rakyat melarat di bawah. Ini saya panggil sebagai
PAR,
Participatory Action Research, yakni terlibat aktif dalam
melakukan
pengkajian. Inilah yang saya melakukan setiap hari,
di
samping duduk bertapa seperti seorang pikun tua bernama
Siddhartha Gautama
Buddha di hadapan rumah ibadat dan
memerhati manusia–manusia yang ada rahmat,
adanya laknat.
Prof.
Dr. Muhaya Mohamad,
Dr.
Muhaya apakah khabar? Apakah baik? Saya terpaksa
menceritakan sedikit
sebanyak latar saya terlebih dahulu untuk pengetahuan Dr. supaya Dr. tahu
bahawa, kebanyakan tafsiran
yang kita melakukan terhadap kehidupan di dunia
ini, adalah
berdasarkan pandangan yang kita melihat setiap hari, dan
kondisi
social dimana kita tinggal dan mencerap alam sekeliling,
dan paling akhir,
adalah tafsiran jenis mana yang kita mahu
guna dalam kehidupan seharian.Pertama, pandangan yang kita
melihat setiap hari,kedua,latar yang kita
tinggal,dan akhirnya,
tafsiran jenis mana yang kita mahu guna.
Jadi
jika kita tinggal dalam persekitaran yang kotor, yang
bersesak padat,
yang penuh dengan manusia – manusia
proletar yang saban masa
bekerja mencari rezeki, maka kita
akan menghasilkan ‘sebuah analisa
ringkas’ terhadap kehidupan
yang kita mengalami setiap hari.
Sekiranya
kita tinggal dalam alam ‘ana enta’, yang dipenuhi
mat – mat berkopiah dan minah
– minah berpurdah yang
setiap hari bercakap dengan bahasa asing, dan perasan
akan
masuk syurga, maka segala jargon – jargon kita akan
menghasilkan bau – bau
‘wangi’ seolah – olah kita berada
di dalam syurga, dan orang lain yang tidak
tinggal di dalam
alam ‘ana enta’ adalah ‘the others’.
Dan
sebegitu juga dengan Dr. yang kehidupan dr. saya
berpandangan tinggal
dalam alam ‘kelas menengah’ yang cuba
berucap dengan ucapan–ucapan kasih dan cinta melalui bahasa
– bahasa motivasi, dan dr. berpandangan
bahawa semua
kesusahan dan keluh kesah rakyat Malaysia adalah kerana
tidak
berfikir seperti Dr, apakah saya betul?
Prof.
Dr. Muhaya Mohamad,
Saya
apabila kurang sejam yang lalu, mendapat tahu bahawa
Dr telah mengucapkan
sesuatu yang agak pedih, dan
menyakitkan orang–orang
biasa seperti kami, membuatkan
saya menjengah Google untuk mencari
sedikit sebanyak
maklumat tentang Dr.
Sebetulnya
saya memang anti sama sekali kepada sosok –
sosok yang hidupnya
tidak sedar bahawa, kehidupannya adalah
saling bersentuh – sentuhan
dengan kehidupan – kehidupan
yang lain, dan kemudian dia mengeluarkan
cakap–cakap,bicara
– bicara yang sarat dan tepu dengan nada individualistic
dan
dia menyangka, kehidupan yang dia memperoleh adalah hasil
kudrat dia dan
pasangannnya kumpul. Saya sangat marah.
Apa
– apa sahaja yang Dr makan setiap hari, apa – apa sahaja
yang Dr pakai setiap
hari, apa – apa sahaja, diulang, segala –
galanya adalah kena mengena dengan
orang lain. Adalah tidak
masuk akal, bahawa dengan kekuatan Dr,lah yang
menyebabkan
Dr boleh beroleh kehidupan yang senang dan lenang sekarang
ini. Ini
adalah tipudaya dunia yang fana.
Jika
tidak ada audien yang datang mendengar ceramah
motivasi dari dr.,dr. sendiri
pun tidak akan mampu
menjanakan pendapatan sendiri. Sama ada dr. terpaksa
meminta Dr.Azmi Jamion untuk memberikan nafkhah kepada
Dr. atau Dr.Noor Aniah,iaitu Dr pengkhususan Oftalmologi
atau Dr.Noor Atiyah untuk memberikan
saraan bulanan
kepada Dr. selaku ibu mereka. Saya pun tidak pasti adakah
Dr.masih bekerja lagi sebagai Pakar Perunding Mata di Pusat
Perubatan Prince
Court, Kuala Lumpur. Saya tidak pasti.
Jika
ya, ternyata benarlah telahan saya, segala – gala kata –
kata yang dikeluarkan
oleh dr. adalah terlahir dari kehidupan
seorang bourgeois yang tinggal menetap
dalam alam
‘middle class’ dan mahu bersurah tentang ketenangan.
Apa ini?
Saya
terpaksa membawa segala kaum kerabat dr.di sini kerana,
inilah yang
sepatutnya dipaparkan. Kehidupan Dr. yang sangat
elite sama sekali, Dr. mahu
samakan dengan kehidupan rakyat
marhaen yang jauh lebih terseksa daripada dr.
Saya
sendiri pun masih merasakan, saya mempunyai bau–bau
middle class,
dan sedang berusaha membuang bau – bau ini
dengan sedaya upaya mengabdikan
seluruh kehidupan saya
kepada proletariat, kepada seluruh kaum mustadhafin.
Bahkan
orang – orang yang kebanyakan membaca tulisan saya
juga,menggunakan
segala gajet – gajet canggih, pun belum
tersisih dari bau middle
class. Cumanya kami tidak berani
untuk mengeluarkan pandangan–pandangan yang
sarat dengan
kejelikan bahawa rakyat di bawah belum cukup bersyukur dan
bertenang lagi?
Solusi
keluar dari bebanan hidup
Dr,
Solusi
keluar dari bebanan hidup dr. sangat mengelirukan
sama sekali,sangat
elite,sangat bourgeois,sangat middle class,
dan sangat tidak patut sama
sekali keluar dari mulut dr.
Malangnya
ia terkeluar juga, memperlihatkan sejauh mana
sejauh mana
sensitivity seorang terpelajar terhadap
penderitaan marhaen? Apakah
ilmu – ilmunya, yang ia peroleh
hasil kerja keras kaum pekerja yang
membangunkan segala
infrastruktur untuk daulah, akhirnya akan berpihak kepada
rakyat terbanyak,ataupun cuma kepada segelintir yang tamak?
Ilmu – ilmu dr, akhirnya akan berpihak kepada
siapa?
Pada
minit 0.30 dr. mengatakan dr. bersimpati terhadap
kenaikan kos hidup, kemudian dalam tidak sampai satu minit,
dr. mengatakan, tidak ada harga akan turun, bermaksud,segala
kenaikan ini,
mahu atau tidak, setuju atau tidak
setuju,kita
kena merubah cara berfikir kita, untuk terpaksa bersetuju,
pasrah,
atau redha kepada kenaikan yang membebankan ini.
Minit
0.51 dr. mengatakan pula, bahawa bukan apa yang
berlaku itu adalah
penting, tetapi yang paling terpenting
adalah respon, adalah bagaimana
cara kita menyikapi itu
adalah yang paling penting.
Saya
memang dah tak mampu untuk faham bagaimana ‘teori’
dr. iaitu keadaaan yang
negative akan berubah menjadi baik
bila di + dengan response yang positive. Ini
teori siapa yang
ajar ni? Apakah semua ahli motivasi telah menerima tarbiyah
yang sama? Tarbiyah ulat dalam batu pun boleh hidup? Ini
teori yang Karl Marx
pun akan bunuh diri.
Saya
fikir teori poyo dr. itu dihasilkan oleh dr. ketika dr.
sedang bercanda gurau
di hadapan family tanpa merujuk buku
– buku ekonomi dan terlibat secara aktif
dalam kancah
pergelutan dan pergulatan massa di jalanan. Saya tidak tahu
bagaimana dr. beli bawang. Saya tidak tahu bagaimana dr.beli
cili. Saya tidak
tahu bagaimana dr. beli lobak merah, timun,
kacang panjang, dsbnya. Seolah –
olah dr. tak terkesan
langsung dengan kenaikan harga barang. Seolah – olah dr.
di rumah menanam sayur hidroponik, ataupun tinggal di
kampung dan menggunakan
air telaga, dan ketika malam, dr. menggunakan api lilin atau pelita. Saya tidak
tahu bagaimana
dr. pergi bekerja setiap hari. Adakah menaiki kuda? Ataupun
menunggang unta? Saya
tidak tahu. Jika begitu kehidupan
dr. saya ucapkan, salam saya sebagai seorang
environmentalis
Saya
tak fikir gerakan Islam PAS yang mengajar dr. berfikir
sebegini. Kerana
saya membelek – belek Harakah, seminggu
dua ini, mereka mula mengajak rakyat,
seperti biasa, untuk
tindakan cliché mereka, iaitu turun beramai – ramai ke
jalan
untuk membantah segala harga kenaikan yang tidak munasabah
ini.
Aksi
ini meski cliché, lebih munasabah dari idea pasrah dan
ubah cara berfikir
dr. itu.Cara dr. akan menyebabkan Rosmah
akan semakin boros dan boroi dengan
harta Negara akan masuk
ke dalam coli beliau. Adakah dr. tidak berfikir apa –
apa
tentang perempuan puaka ini? Sampai bila dr. cuma mahu
menjual air liur dr.
kepada kami?
Kenapa
pemerintah tidak pernah terusik pun dengan motivasi
– motivasi orang seperti
dr? Begitu ramai orang masih
terperangkap dalam akta tahanan SOSMA, apakah idea
motivasi dr? Begitu ramai gelandangan tepi jalan masih belum
keluar dari
keterpurukan social, apakah idea motivasi dr?
Begitu
banyak masalah di dalam daulah ini, dan dr.menyangka
kami menonton
tivi setiap hari dan tidak produktif? Untuk
pengetahuan dr. saya beritahu
berterus terang, rumah saya
ada seketul peti tivi. Tetapi kami tidak berminat
untuk
menontonnya. Kerana tivi banyak cerita bodoh dan bohong.
Kami
lebih membazirkan (jika ini dikatakan pembaziran) masa
kami di hadapan
internet dan melakukan aktiviti subversive
terhadap regim (jika ini dikatakan
pembaziran).
Dan
dr.saya sebenarnya mahu menulis lebih panjang lagi untuk mengkritik sifat
elite dr.Cuma terakhir, dr.perlu ingat, rakyat
di luar bukan sahaja pandai
membuat sambal tumis,bahkan
lebih dari itu lagi, dan hampir kebanyakan 20 an
ke atas
telah melakukan lebih dari satu pekerjaan, untuk boleh suit
dengan kehidupan yang membebankan ini.
Adakah
dr. menyedari?
(dan
saya tidak merokok. Tapi saya bercadang
untuk
menanam ganja sebagai
persediaan ekonomi yang kian celaka
dan system pendidikan musibat
yang cuma menghasilkan elite
– elite seperti dr)
Inilah
komen orang-orang yang membaca tulisan ni.
C++
at: 12/26/2013 11:49 am said...
Bhai
Que..
Terbaek
la artikel Benz nih... gua nak pointkan kat artikel
blog gua....Boleh
aaa..
Qaseh
Bonda at: 12/26/2013 12:07 pm said...
Termotivasi
dengan tulisan MR Benz Ali. Kadang-kadang kita
jadi pelik dengan
kelebihan manusia yang diberi akal lebih,diberi
kekayaan lebih bahkan
segala sudah terlebih. Namun
diakhir
penceritaan mereka kembali bercakap bodoh. Cakap serupa
macam
lagu...pandanglah lihatlah tiru macam saya.
Alih-alih
apa yang menzalimi rakayat mereka jadi penyokong
bawa rebah. Simpanlah segala
sijil, segala ijazah, segala gelaran
tu semua untuk dibawa berjumpa Tuhan.
Sepatutnya mereka
berilmu paling layak menegur kerajaan. Berani bangkit
mengatakan kebenaran. Tugas utama memotivasikan orang
kenamaan.
Biarlah
tak laku muka kat TV, buku pun tak dak sapa nak
beli janji telah memperjuangkan
hak rakyat.
Lantang
mengatakan kebenaran, itu yang dituntut setelah
ilmu penuh didada. Semakin
diulit dengan wang ringgit
semakin lupa pada tugas hakiki kenapa diberi gelaran
Prof.
dimuka bumi.
Kalau
Prof pun tak berani menegur ahli politik yang tak
berapa nak cerdik, baik
simpan saja gelaran itu dalam almari.
Budak-budak
kat U tu semua dah cerdik dah...mereka
dahagakan ilmuan berani kerana benar.
Takat sembang serupa
u are the best tu tandanya u pun tak kemana...
Rugi
kalau balik tangan kosong. Kita semua sama.Hanya hamba
disisi Allah.
maw
at: 12/26/2013 12:24 pm said...
dulu
saya mampu menziarah ibubapa yang tua serta uzur
setiap minggu,setiap
percutian,setiap ramadhan dan hariraya
islam atau bukan islam.disamping itu
masih lagi dengan
selesanya memberi bantuan kewangan kepada orang tua serta
maktua ibu tunggal. Sekarang
saya terpaksa berfikir berpuloh
kali untok membuat pilihan samaada pulang
menziarahi orang
tua dimana wang yang saya ada setengahnya akan habis
ditengah jalan atau tidak pulang dan terus memasuki wang
tersebut keakaun bapa saya.amat
pedih serta sedih bilamana
kedua ibubapa bertanya khabar samaada aku sudah
berjanggut
dan bagaimana agaknya rupa serta suara cucu cucunya. beban
yang ada
tidak lagi tergalas beban mendatang kerajaan akan
gasak sampai terkubor.
mona
at: 12/26/2013 3:30 pm said...
setuju
sngt2 dngn smua pndngn,org kaya mmg tdk lngsung
merasa bebanan yg ditanggung
oleh golongn susah,semakin
ramai yg takut untk menegur golongn yg mnkn rakyat
ini,
semoga ALLAH mmbri blsn yg setimpal kpd mereka yg zalim..
Anonymous
at: 12/26/2013 4:11 pm said...
Dr
Muhaya dah berada dlm zon selesa, klu ikut latarblkang
dia masa muda2 dia
memang berusaha keras utk skor &
akhirnya berjaya pegang jwtan skrg. Begitu
juga anak2nya.
Dia nak beri motivasi pada kita agar berusaha & jangan
lupa
Allah. Kenapa kita jeles kat dia, Dia banyak menderma &
membantu tau,
tapi takkan dia nak heboh. Apa salah kita
terima apa yg dia kata. Aku sokong
dia. Walaubagaiman pun,
aku juga sokong yang mengatakan KENAPA dia tak berani
TEGUR pemimpin2 UMNO yg membazir2 duit rakyat buat
program tak faedah, konsert2
KPOP, Konsert Tahun Baru,
TV pulak
tu entah apa2 drama, kuliah agama pulak tu macam
takut2, mana yg lepas sikit
cakap pasal amanah, terus kena
ban. Jadi jgn kutuk dia 100%, dia tak sempurna,tapi motivasi
dia bagus, terutama pada kaum wanita.Kaum lelaki mesti tak
suka
sebab dia sebut pasal rokok tu.
bella
luna at: 12/26/2013 4:53 pm said...
terbaik
la.. yang nak berdebat ni pun bukan calang-calang
orang.memang
tak minat dgn Dr muhayah ni. poyo lebihh
Acaii
Jawe at: 12/26/2013 5:15 pm said...
Salam,nampaknya penulis ni baru kenal Prof Muhaya dan
terus menulis tentang beliau
berdasarkan satu videonya sahaja.
Apa yang cuba disampaikan pun nampaknya
ditafsirnya
berbeza dari matlamat asal beliau. Saya percaya Prof takkan
layan
dan terpengaruh dengan benda-benda camni. Cubalahlah
dengar lagi audio beliau
dengan hati yang lapang dan terbuka.
Mungkin akan dapat tangkap maksud beliau
keseluruhannya. Wallahua'lam.
Zaitun
Ibrahim at: 12/26/2013 5:20 pm said...
kepada
En.Amir Hamzah b.Akal Ali...diawal bicaramu sy setuju
tp mengapa makin lama
makin emosional . Apabila emosi
mengambil alih tentulah kebenarannya perlahan2
akan lenyap.
sebenarnya menjd pemimpin itu tanggujawabnya lebih sukar
berbanding menjd rakyat yg daif .
Asmar
Arafad at: 12/26/2013 5:25 pm said...
Setuju
dengan tulisan Mr. Benz Ali, saya sendiri pun masih
belum keluar dari zon
selesa. Masih di takuk lama, dan hidup
bawahan...Memang
mudah berkata2, kita kaum biasa2 nie
punya fikiran berkali2 untuk berusaha
keluar dari zon selesa.
Apatah
lagi semua barangan telah meningkat harga, kaum
bawahan cuma mampu melihat dari
bawah...suara rakyat perlu
di dengar juga...
PemerhatiAnakMuda
at: 12/26/2013 5:26 pm said...
kalau
kita nak tahu peritnya menangkap ikan tanyalah pada
nelayan...kalau
kita nak tahu luas dan ganasnya lautan dan
ombak tanyalah pada pelayar...kalau
nak tahu teriknya
matahari dan azabnya padang pasir tanyalah pada
pengembara.
kalau kita nak tahu tebalnya dan bahayanya hutan tanyalah
pada
pemburu dan pencari rotan...nak
tahu dalamnya ajaran
agama tanyalah pada ulamak...begitu
juga kalau nak tahu
penderitan rakyaat tanyalah pada mereka yang hidup
berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit...
orang
yg tak pernah tergigit hempedu tak akan tahu rasa
pahitnya...keperitan
yang dah lama ditinggalkan akan
membuatkan kita lupa makna sebenarnya...
Anonymous
at: 12/26/2013 5:41 pm said...
Nak
dpt datuk la dr tu.tak terfikir ke dia ( tak mau guna
beliau ) pada
asasnya;pemerintah dipilih agar kehidupan
ditadbir menjadi sejahtera bkn membaham
hasil negara n
membesarkan tembolok mereka
AKULA
MD at: 12/26/2013 5:42 pm said...
SAMA2
KELABU ASAP HIHIHIH
Anonymous
at: 12/26/2013 6:05 pm said...
Acai
Jawe, Prof Muhaya takkan layan sbb dia sendiri tak
dapat jawab kan...???
Anonymous
at: 12/26/2013 7:55 pm said...
Saya
setuju dgn hujah2 Mr.Benz Ali yg lebih kpd membela
rakyat bawahan. Bagi mereka
yg telah berjaya dan
berpendapatan tinggi kadangkala terlupa golongan bawahan.
Pada mereka org susah sebab mereka mahu susah sedangkan
adanya org susahlah
menyebabkan org kaya hidup senang.
Rezeki kita ikut kpd kebolehan kita. Cuma
rakyat bawahan
terpaksa bersaing dgn pendatang asing utk hidup.
Saya
juga hormati Prof. Muhaya dgn ilmunya tetapi bukan
semua org mampu
sptnya. Jgn panggil org yg bermasalah sbg
insan keladak, itu sgn menghina.
Beranilah menegur pemimpin
yg boros dan pecah amanah bukan salahkan rakyat yg
tertindas.
Abuamir
Malah
ada blogger siap berdoa begini :-
Akhir
kalam.... gua cuma boleh mampu berdoa agar Muhaya
Muhammad ini diizinkan Allah
Taala merasa nikmat sebagai
golongan mustad'afin dan marhaen... Biar la sekali
merasa
macam mana golongan mustad'afin hidup.....
Ini
adalah pandangan Prof Dr Muhaya yang menimbulkan
kontroversi,
bacalah:
SHAH
ALAM– Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan
dengan bebanan
kehidupan terutama buat golongan kurang
mampu.Malah
ada yang menuding jari ke arah sesetengah
pihak ekoran harga barang
semakin mahal dan kesempitan
hidup mencengkam kehidupan.
Namun,
berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr
Muhaya Mohamad
yang melihat perkara itu dari sudut positif.
Menurutnya,
umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai
satu perkara
negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada
sebarang perubahan.
“Saya
simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena
faham konsep dunia. Tidak ada
situasi di mana harga akan
turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang
berlaku itu
penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.
“Kalau
kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku
campur dengan respons kita
menghasilkan hasil kehidupan kita.
Kalau peristiwa itu negatif, respons kita
negatif, hasilnya
mesti negatif. Jadi,
kita guna formula, peristiwa negatif
iaitu barang naik, respons kita mesti
sangat positif, maka
hasilnya positif,” katanya kepada Sinar.
Mengulas
lanjut mengenai formula tersebut, beliau
menyarankan agar orang ramai
menggunakan kemahiran yang
ada dengan lebih bermanfaat.
“Jangan
kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya
bagaimana untuk saya lebih
mampu? Nilai berapa jam masa
digunakan untuk benda yang produktif?
“Contoh
sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita
dapat? Kalau wanita yang ada
bakat, tingkatkan pendapatan
melalui online, berniaga sambal tumis dan
sebagainya. Orang
lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.
Jelasnya,
corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut
kesesuaian dan keutamaan.
“Saya rasa kita kena mengatur
cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok,
merokok itu
memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?
“Bagi
orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita.
Air gas, ais krim
semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi,
kalau tak boleh tingkatkan
pendapatan, kita kurangkan
perbelanjaan yang tidak penting,”katanya.Katanya,
keberkatan
daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.
“Ada
dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk
hidup dari luar ke dalam.
Macam-macam alasan. Dia sibuk
mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.
“Manusia
diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada
dunia. Kita gaji RM1,000
tetapi kerja macam RM800,tak
berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam
RM2,000,
ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini
undang-undang
sunnatullah,” katanya.
Sebelum
mengakhiri perbualan, beliau sempat menyampaikan
pesanan buat orang ramai. “Ingat ya, ALLAH sudah tetapkan
rezeki, kita
jangan sibuk dengan benda yang ALLAH dah jamin
hingga terlupa tanggungjawab
kita.Saya
perhatikan,banyak
orang yang cuai dengan tanggungjawab dan ketika itulah duit
cukup, kereta rosak dan sebagainya.
“Jaga
ALLAH, ALLAH urusan dunia kita. Kita kejar akhirat,
dunia kejar kita. Itu
konsep nak hilangkan tekanan.Kalau kita
tak bersyukur,kita akan mengeluh,
merungut.Kalau bersyukur,
aura positif magnet kepada benda yang positif. Ini
yang
membuatkan kita tertekan,” katanya.
Ini
pulak orang yang bagi komen bila baca tulisan Prof. ni....:-
kampong
lad at: 12/26/2013 7:26 pm said...
1.suruh
dia pi dok kat pendalaman atau kampong seminggu
cukup,apakah
dia boleh bercakap benda yg dia kata tu?
2.
kenaikan harga barang2 bukan disebabkan demand & supply,
tetapi
kerana salah urus tadbir pemerintah.
Rosiah
Ismail at: 12/26/2013 10:59 pm said...
pemimpin
dok boros rakyat yang tanggung kos.....
Teori
tak cukup jika dibandingkan dgn pengalaman
at:
12/26/2013 11:13 pm said...
Dr
Muhaiya sekadar cipta teori... Pengalaman xprnah dia
rasa...Ade
org yg lebih brpngalaman dgn masalah harga brg
naik, sebab org
tu dh mengalami bertahun-tahun dgn belanja
harian. Teori Dr
Muhaiya, org bleh sedar dlm beberapa hari
jer, lps tu org akan kembali
kpd tabiat asalnya... Dr Muhaiya
berasal dr keluarga senang,dia
duduk dlm keluarga serba
kemewahan... Aku nk tgok kalau dia bleh
duduk dlm suasana
keluarga yg susah dan mempunyai anak yg ramai,
cmne
rasenye dia nk tmpung keluarga dia...???
Ini
pulak sumber artikel di atas:-
Malahan
banyak lagi blogger-blogger yang respon pasal
Prof.Dr. Muhaya ni..dan ramai yang komen.
http://sozcyili.blogspot.com
Cuma pada saya alangkah bagusnya jika setiap ucapan dan
pandangan ini didengar dan diberi kepada yang berjawatan
tinggi...setiapkali dengar ceramah motivasi..asyik-asyik
golongan biasa aje...kalau kat ofis balik-balik kakitangan
aje...yang bos-bos besar buat BODO aje dengan majlis
seumpama ini...padahal bukan kakitangan bawahan saja yang
perlu amanah dan bertanggungjawab..dan juga untuk
mendapat berkat...kalau tak, tak adalah ketirisan dan segala
kebolosan dalam report Audit Negara tu terjadi...itu belum
cerita KEBOROSAN...cincin berlian,jet pribadi...hotel mewah,
hand bag koleksi terhad...Adakah hanya orang dari golongan
marhaen saja yang perlu merubah cara hidup???Sedangkan
kita SEMUA tak kira apa kedudukan kita pun perlu
muhasabah diri...!!!