Pages

Tuesday, December 31, 2013

Tahun Baru 2014...Hadapi Dengan Sabar..!!!

Tahun baru yang perlu dihadapi dengan sabar - 
sesabarnya..Rasanya ini pertama kali orang tak bertanya
apa azam tahun baru..?? Banyak cabaran banyak dugaan.
semuga Allah menguatkan Iman kita semua..hidup dalam 
Hidayah dan perlindunganNya.Hanya Allah sebaik-baik 
tempat mengadu.

Cerita Ini Bukan Solusi Tetapi Inspirasi... Motivasi...

Dalam kehidupan kita ni..cara berfikir..cara bercakap,
cara kita menyampaikan apa yang kita fikir berbeza-beza
dan orang yang mendengar dan juga untuk orang
memahami juga berbeza-beza. Ada orang akan faham dan 
ada orang yang tidak faham apatah lagi jika orang yang 
bercakap itu berbahasa dalam bahasa "yang tinggi".

Tetapi cerita yang ingin dikongsikan ini, sangat mudah 
untuk difahami. Jika kita merasa kepayahan dan
keperitan hidup untuk kita tempuh hari-hari yang
mendatang, jadikanlah kisah ini sebagai INSPIRASI atau MOTIVASI.

Kisah Pakcik Penjual Laksa Beras
Suatu hari sedang saya membersihkan halaman,lalu
seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal
mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin
merendah selepas Asar,saya pun berhenti rehat.Apabila
nampak penjual laksa beras lalu,saya pun memanggil
untuk merasa laksa berasnya.Baru kira-kira satu bulan
saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas
sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak,
adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras.
Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras.
Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan
menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang
dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan
yang pelanggan sediakan.

Zaman ini,kebanyakan penjual laksa beras bermotorsikal
tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus.
Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran
yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan.Semua
yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau
mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.

Setelah membeli laksa beras, pelanggan akan makan
di dalam rumah masing-masing bersama keluarga.Cara ini
telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan
bahan plastik atau pembaziran bekas.

Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras,saya
melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar
kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam
dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas
seperti tabung.

Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu
kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya
bertanya,“Pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit
tersebut?”

Pakcik itu pun menjawab, “Duit yang masuk dompet
digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga,
duit yang masuk tabung untuk simpanan
penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk
infak.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi,ada hak orang
lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama.Saya
menggilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid.
Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20
tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal,sekarang
sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat
melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor
kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan
agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari
saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba
di mana-mana kampung,menjelang waktu solat sama ada
zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat
berjemaah di mana-mana surau kampung berkenaan.Saya
tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa
beras ini walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap  dapat
mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah.Dapat
menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi
dengan orang lain. Saya suka berniaga mengelilingi
kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau
masjid yang ditemui menjelang waktu solat.Saya pernah
dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat,bumi
dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan
berkata, si polan pernah solat di sini, di sini, di sini.
Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata
si polan solat di surau ini dan seterusnya.Saya tidak
kaya,tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan
zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut
rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk
menyempurnakan rukun Islam.Islam terdiri dari 5 rukun,
mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu
sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan
Islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya
tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha
menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan
haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya
dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya
yang besar.”

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh
seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa
beras,mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang
Islam.

“Pakcik,bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja,
jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk
mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju
ke arah mampu.Jika tidak menabung, bagaimana mungkin
akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu
itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu
mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya
dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi
meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah,begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud
mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding
diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras
bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai
ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.
Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan
fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam
ini.

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakan laksa
beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa
beras yang bermotosikal mengelilingi kampung.Tidak pasti
adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia.
Laksa berasnya memang enak.

Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya untuk
kebaikan diri kita sendiri. http://fid.ohmacamitu.com/

*Kata orang alim - Rezeki yang berkat itu sedikitnya
cukup,banyak boleh diagih-agihkan. Semuga kita dalam
rahmat dan lindungan Allah selalu..Aminnnn....!!!


Monday, December 30, 2013

Rakyat Berhak Untuk Menegur.....!!!!

“Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan 
tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidakn menghalangnya.
“Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke..
atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam
membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata,Islam memberi peluang kepada 
rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan.
“Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut
kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong
betulkan aku. “Kemudian bangun seorang sahabat, dia kata 
kalau kamu salah aku akan betul dengan mata pedang,” 
katanya ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok 
Guru di sini,hari ini.

Beberapa NGO termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup
(Turun) menganjurkan perhimpunan aman pada malam
31 Disember ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos
hidup rakyat.

Bagaimanapun kerajaan BN melalui media dikuasainya
melabelkan perhimpunan aman tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan. (hanya bersandarkan e-mel palsu)

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong
perjuangan anak-anak muda yang bersusah payah membawa
isu rakyat.
“Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang
besar mesti dengar. Sebab itu agama tidak boleh diasingkan 
daripada politik. Kalau agama dianggap lain daripada politik 
itu tidak kena.
“Kalau tidak ada kaitan dengan agama, maka mereka bebas
melakukan apa sahaja sehingga boleh menyelewengkan wang
rakyat dan sebagainya.

“Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang 
kita duduk bukan hak kita,apabila mati kita akan disoal 
dalam kubur lagi,” ujarnya. Menurutnya juga menjadi 
orang besar (pemimpin) bukan suatu kesenangan.

Bekas Mufti Perlis pula,Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin 
telah pun menyuarakan mengenai perkara itu, hari ini beliau 
terus menyindir tindakan kerajaan.Beliau yang juga pendakwah 
bebas itu turut meluahkan rasa mengenai tindakan kerajaan 
apabila menerima respons rakyat berhubung perkara tersebut.

Mohd Asri berkata,tindakan rakyat biasa sering disalah tafsir
dan dianggap untuk menjatuhkan kerajaan.
"Inilah nasib seorang rakyat biasa... jika bicara soal 
kenaikan harga, dituduh ingin gulingkan negara.
"Diri diancam undang-undang penderhaka,jika diam 
menyimpan rasa di dada, dikata pula suka dan reda.

"Naiklah harga semahunya, jika merungut duka dihalau 
pula keluar dari negara, agak-agak Malaysia ini siapa 
punya?,"tulisnya di laman Twitternya, hari ini.

Udang Goreng Kari...Sedappp..Weh.!!! Ratah pun Sodappp !!!

Udang Goreng Kari  - Amy

Bahan - bahan:
100gm udang (besar atau sederhana besar)
3 ulas bawang merah – di kisar halus
1 ulas bawang putih – dikisar halus
I sudu besar serbuk kunyit 
2 sudu besar serbuk kari
1-2 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan Hirisan (jika suka)
1 biji cili merah – di hiris halus
½ labu bawang besar – di hiris
3-4 biji cili padi –dihiris halus (jika nak pedas)

Cara Memasak:
1. Perapkan udang bersama serbuk kunyit, garam,
   serbuk kari dan bahan kisar.
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng hingga 
   garing.
5. Masukkan daun kari,dan bahan hirisan dan gaul rata.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.

*Masak kali ni saya skip bahan hirisan sebab si adik
Ira tak suka, dia makan udang semata-mata.

Kek Yogurt Cranberries........Lembut....Sedapp..Gebuusssssss!!!!

Kek Yogurt Cranberries – Amy

Bahan-bahannya:-
230gm Butter 
1 ½ cawan gula kastor 
2 biji telur (putih dan kuning) 
biji kuning telur 
2 ½ cawan tepung naik sendiri - diayak 
½ sudu kecil baking powder - diayak 
½ sudu kecil baking soda - diayak 
2 sudu kecil esen vanilla 
1 cawan / 200ml yogurt 
¾ cawan cranberries – dicincang sedikit (guna buah 
                       lain pun boleh)

Cara-caranya:-

1.  Pukul butter dan gula sampai gebu (kembang).
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga rata.
4. Perlahankan mixer dan masukkan bahan yang telah
   diayak tadi sedikit demi sedikit(tepung, baking 
   powder,baking soda). Pukul hingga semuanya sebati.
5. Akhir sekali masukkan yogurt dan pukul rata hingga 
   sebati.
6. Masukkan buah cranberries dan kacau rata.
7. Masukkan adunan kedalam bekas yang telah dilenser 
   atau masukkan kedalam piping beg dan pipe masuk 
   kedalam paper cup.
8. Taburkan cranberries diatasnya dan bakar pada suhu 
   180 C sehingga kekuningan bergantung pada oven 
   masing-masing.


Kek ni sedap lembut dan gebuuus sangat, tapi jika 
nak buat dengan loyang jangan tabur buah terlampau 
banyak sebab susah nak potong..sebab terlampau gebuss
sangat. Jika nak tabur banyak guna paper cup..kalau 
boleh kurangkan sedikit gula..pada saya manis ikut 
ukuran asal. 

Saturday, December 28, 2013

Panass !!!!..Kenyataan "Pedas" Dr. Asri Kepada Siapa ???.....


Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri 
Zainal Abidin hari ini membidas sikap sesetengah 
pemimpin negara yang didakwa hanya berani menegur 
rakyat sebaliknya tidak berani mengkritik salah urus 
tadbir negara demi kelangsungan politik.

Menulis di dalam entri Facebooknya, Dr Asri 
menganggap pemimpin yang mempunyai perilaku seperti 
ini tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh kerana 
baginya mereka berjuang untuk kepentingan dan 
kesenangan sendiri dan bukan untuk kepentingan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat 
yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan 
pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh 
yang mendahulukan kepentingan dirinya dari 
kemaslahatan awam.

"...tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat 
bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat semasa 
keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada 
keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak 
menepati janji yang berlaku di pihak berkuasa tidak 
layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati 
rakyat.

"...kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan 
kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam," 
katanya lagi.

*Saya tidak tahu bidasan ini ditujukan kepada 
siapa..?? Adakah kepada orang-orang yang gah 
namanya tapi tak berbuat apa-apa atau isu yang 
tengah hot sekarang ni...Wallahu'alam....

Teringat orang tua-tua pernah berkata..
Cakap siang pandang-pandang, 
cakap malam dengar-dengar...
Kerana pulut santan binasa,kerana mulut...
sambung sendiri aaa..!!! 

Ini bukan Justifikasi…Penjelasan Prof Dr. Muhaya !!!



Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel:
Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar 
Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof 
Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan 
tidak prihatin nasib rakyat.

Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial 
Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara 
tersebut.“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan 

“Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang 
yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak 
saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan 
harga dan sebagainya. 

Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang 
cakap."Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 
50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin 
bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah 
tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap 
perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 
peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi 
sementara bakinya untuk melihat masalah.
“Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita 
nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang 
tumpahkan susu itu?“Saya nak katakan di sini bahawa 
kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus 
mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat 
masalah,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak 
yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap 
kesusahan rakyat.

“Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak 
membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, 
bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...
memang kasihan.

“Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, 
takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang 
susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah 
sekejap.

“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? 
Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu 
melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini 
untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya.

Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, 
kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan 
sesuatu yang membebankan orang.Kerana kalau kita 
melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan 
melepaskan beban kita,”katanya.

Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun 
bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut 
orang marah.Sebenarnya,saya dah maafkan semua orang
yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa 
marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.”

Komen pembaca pada artikel ini:

2 ulasan:

Tanpa Nama27 Disember 2013 10:05 PTG
Orang yang banyak ilmu, tapi sombong. Susah 
sangatkah nak minta maaf walaupun dia tidak 
bermaksud menyinggung...... 
Sedih!

Tanpa Nama28 Disember 2013 6:50 PG
aku kasihan tgk mu muhaya...kalu ada minyak tumpah..
mmglah kene lap....ttp takkan tak nak fikir sbb 
tumpah....kat mana bocornyer ker..teruk ker bocornyer.
akan bocor lagi ker....bukan nak bergaduh.....mu nie 
asyik nak lap jer....baik lap bontot ponggong penyamun UMNo/Bn tu.......biarkan duit negara nie bocor 
disamun oleh penyamun nie sampai bangkrap.......

Kalau kita mengkritik atau bahasa mudah menegur 
boleh menjatuhkan martabat kita...adakah kita hanya
perlu berdiam diri, melihat saja...,membiarkan saja..
atau bahasa sekarang"Tak Ambil Pot"boleh menjadikan
kita berjaya dalam hidup ???....Bukankah itu "selfish"
namanya..??? Agama kan menyuruh kita untuk saling
ingat mengingati...

Friday, December 27, 2013

Terhanggat Sangat !!!......Benz Ali Vs Prof. Dr.Muhaya

Ini adalah jawapan Benz Ali kepada video Prof Dr 
Muhaya,bacalah:"Saya nak berdebate dengan Prof Dr.
Muhaya" - Benz Ali

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ke hadapan Prof. Dr. Muhaya Mohamad,
Nama saya Amir Hamzah B. Akal Ali. Seorang lelaki yang 
dilahirkan di Kedah Darul Aman, pada tahun 1988 dan 
sekarang menetap di Shah Alam. Saya sudah bernikah, tapi 
kami dok asing – asing. Maka saya tidak tinggal sebumbung 
dengan isteri saya. Kami belum ada anak lagi. Jadi kos isi 
rumah kami tak tinggi. Di rumah yang saya tinggal sekarang, 
saya duduk dengan seorang lelaki atheis. Kami sama – sama 
membayar sewa rumah, sekitar RM100 seorang.
          
Setiap hari, saya akan keluar menutup pagar rumah dan pergi 
ke Masjid India, di Kuala Lumpur, untuk melihat rakyat – 
rakyat saya yang miskin menjaja dihambat hujan bernama 
DBKL. Saya tidak mahu menjadi seorang intelligentsia socialist 
maka saya memberanikan diri sendiri untuk terlibat di akar 
umbi memerhati sendiri, mencakna diri,melihat segala potensi 
apakah yang perlu dilakukan untuk memberdayakan rakyat – 
rakyat melarat di bawah. Ini saya panggil sebagai PAR, 
Participatory Action Research, yakni terlibat aktif dalam 
melakukan pengkajian. Inilah yang saya melakukan setiap hari,
di samping duduk bertapa seperti seorang pikun tua bernama 
Siddhartha Gautama Buddha di hadapan rumah ibadat dan 
memerhati manusia–manusia yang ada rahmat, adanya laknat.

Prof. Dr. Muhaya Mohamad,

Dr. Muhaya apakah khabar? Apakah baik? Saya terpaksa 
menceritakan sedikit sebanyak latar saya terlebih dahulu untuk pengetahuan Dr. supaya Dr. tahu bahawa, kebanyakan tafsiran 
yang kita melakukan terhadap kehidupan di dunia ini, adalah 
berdasarkan pandangan yang kita melihat setiap hari, dan 
kondisi social dimana kita tinggal dan mencerap alam sekeliling, 
dan paling akhir, adalah tafsiran jenis mana yang kita mahu 
guna dalam kehidupan seharian.Pertama, pandangan yang kita 
melihat setiap hari,kedua,latar yang kita tinggal,dan akhirnya, 
tafsiran jenis mana yang kita mahu guna.

Jadi jika kita tinggal dalam persekitaran yang kotor, yang 
bersesak padat, yang penuh dengan manusia – manusia 
proletar yang saban masa bekerja mencari rezeki, maka kita 
akan menghasilkan ‘sebuah analisa ringkas’ terhadap kehidupan 
yang kita mengalami setiap hari.

Sekiranya kita tinggal dalam alam ‘ana enta’, yang dipenuhi 
mat – mat berkopiah dan minah – minah berpurdah yang 
setiap hari bercakap dengan bahasa asing, dan perasan akan 
masuk syurga, maka segala jargon – jargon kita akan 
menghasilkan bau – bau ‘wangi’ seolah – olah kita berada 
di dalam syurga, dan orang lain yang tidak tinggal di dalam 
alam ‘ana enta’ adalah ‘the others’.

Dan sebegitu juga dengan Dr. yang kehidupan dr. saya 
berpandangan tinggal dalam alam ‘kelas menengah’ yang cuba 
berucap dengan ucapan–ucapan kasih dan cinta melalui bahasa
– bahasa motivasi, dan dr. berpandangan bahawa semua 
kesusahan dan keluh kesah rakyat Malaysia adalah kerana 
tidak berfikir seperti Dr, apakah saya betul?

Prof. Dr. Muhaya Mohamad,

Saya apabila kurang sejam yang lalu, mendapat tahu bahawa 
Dr telah mengucapkan sesuatu yang agak pedih, dan 
menyakitkan orang–orang biasa seperti kami, membuatkan 
saya menjengah Google untuk mencari sedikit sebanyak 
maklumat tentang Dr.

Sebetulnya saya memang anti sama sekali kepada sosok – 
sosok yang hidupnya tidak sedar bahawa, kehidupannya adalah 
saling bersentuh – sentuhan dengan kehidupan – kehidupan 
yang lain, dan kemudian dia mengeluarkan cakap–cakap,bicara 
– bicara yang sarat dan tepu dengan nada individualistic dan 
dia menyangka, kehidupan yang dia memperoleh adalah hasil 
kudrat dia dan pasangannnya kumpul. Saya sangat marah.

Apa – apa sahaja yang Dr makan setiap hari, apa – apa sahaja 
yang Dr pakai setiap hari, apa – apa sahaja, diulang, segala – 
galanya adalah kena mengena dengan orang lain. Adalah tidak 
masuk akal, bahawa dengan kekuatan Dr,lah yang menyebabkan 
Dr boleh beroleh kehidupan yang senang dan lenang sekarang 
ini. Ini adalah tipudaya dunia yang fana.

Jika tidak ada audien yang datang mendengar ceramah 
motivasi dari dr.,dr. sendiri pun tidak akan mampu 
menjanakan pendapatan sendiri. Sama ada dr. terpaksa 
meminta Dr.Azmi Jamion untuk memberikan nafkhah kepada 
Dr. atau Dr.Noor Aniah,iaitu Dr pengkhususan Oftalmologi 
atau Dr.Noor Atiyah untuk memberikan saraan bulanan 
kepada Dr. selaku ibu mereka. Saya pun tidak pasti adakah 
Dr.masih bekerja lagi sebagai Pakar Perunding Mata di Pusat 
Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Saya tidak pasti.

Jika ya, ternyata benarlah telahan saya, segala – gala kata – 
kata yang dikeluarkan oleh dr. adalah terlahir dari kehidupan 
seorang bourgeois yang tinggal menetap dalam alam 
‘middle class’ dan mahu bersurah tentang ketenangan.
Apa ini?

Saya terpaksa membawa segala kaum kerabat dr.di sini kerana, 
inilah yang sepatutnya dipaparkan. Kehidupan Dr. yang sangat 
elite sama sekali, Dr. mahu samakan dengan kehidupan rakyat 
marhaen yang jauh lebih terseksa daripada dr.

Saya sendiri pun masih merasakan, saya mempunyai bau–bau 
middle class, dan sedang berusaha membuang bau – bau ini 
dengan sedaya upaya mengabdikan seluruh kehidupan saya 
kepada proletariat, kepada seluruh kaum mustadhafin.

Bahkan orang – orang yang kebanyakan membaca tulisan saya 
juga,menggunakan segala gajet – gajet canggih, pun belum 
tersisih dari bau middle class. Cumanya kami tidak berani 
untuk mengeluarkan pandangan–pandangan yang sarat dengan 
kejelikan bahawa rakyat di bawah belum cukup bersyukur dan 
bertenang lagi?

Solusi keluar dari bebanan hidup

Dr,
Solusi keluar dari bebanan hidup dr. sangat mengelirukan 
sama sekali,sangat elite,sangat bourgeois,sangat middle class, 
dan sangat tidak patut sama sekali keluar dari mulut dr.

Malangnya ia terkeluar juga, memperlihatkan sejauh mana 
sejauh mana sensitivity seorang terpelajar terhadap 
penderitaan marhaen? Apakah ilmu – ilmunya, yang ia peroleh 
hasil kerja keras kaum pekerja yang membangunkan segala 
infrastruktur untuk daulah, akhirnya akan berpihak kepada 
rakyat terbanyak,ataupun cuma kepada segelintir yang tamak? 
Ilmu – ilmu dr, akhirnya akan berpihak kepada siapa?

Pada minit 0.30 dr. mengatakan dr. bersimpati terhadap 
kenaikan kos  hidup, kemudian dalam tidak sampai satu minit, 
dr. mengatakan, tidak ada harga akan turun, bermaksud,segala 
kenaikan ini, mahu atau tidak,  setuju atau tidak setuju,kita 
kena merubah cara berfikir kita, untuk terpaksa bersetuju, 
pasrah, atau redha kepada kenaikan yang membebankan ini.

Minit 0.51 dr. mengatakan pula, bahawa bukan apa yang 
berlaku itu adalah penting, tetapi yang paling terpenting 
adalah respon, adalah bagaimana cara kita menyikapi itu 
adalah yang paling penting.

Saya memang dah tak mampu untuk faham bagaimana ‘teori’ 
dr. iaitu keadaaan yang negative akan berubah menjadi baik 
bila di + dengan response yang positive. Ini teori siapa yang 
ajar ni? Apakah semua ahli motivasi telah menerima tarbiyah 
yang sama? Tarbiyah ulat dalam batu pun boleh hidup? Ini 
teori yang Karl Marx pun akan bunuh diri.

Saya fikir teori poyo dr. itu dihasilkan oleh dr. ketika dr. 
sedang bercanda gurau di hadapan family tanpa merujuk buku 
– buku ekonomi dan terlibat secara aktif dalam kancah 
pergelutan dan pergulatan massa di jalanan. Saya tidak tahu 
bagaimana dr. beli bawang. Saya tidak tahu bagaimana dr.beli 
cili. Saya tidak tahu bagaimana dr. beli lobak merah, timun, 
kacang panjang, dsbnya. Seolah – olah dr. tak terkesan 
langsung dengan kenaikan harga barang. Seolah – olah dr. 
di rumah menanam sayur hidroponik, ataupun tinggal di 
kampung dan menggunakan air telaga, dan ketika malam, dr. menggunakan api lilin atau pelita. Saya tidak tahu bagaimana 
dr. pergi bekerja setiap hari. Adakah menaiki kuda? Ataupun 
menunggang unta? Saya tidak tahu. Jika begitu kehidupan 
dr. saya ucapkan, salam saya sebagai seorang environmentalis

Saya tak fikir gerakan Islam PAS yang mengajar dr. berfikir 
sebegini. Kerana saya membelek – belek Harakah, seminggu 
dua ini, mereka mula mengajak rakyat, seperti biasa, untuk 
tindakan cliché mereka, iaitu turun beramai – ramai ke jalan 
untuk membantah segala harga kenaikan yang tidak munasabah 
ini.

Aksi ini meski cliché, lebih munasabah dari idea pasrah dan 
ubah cara berfikir dr. itu.Cara dr. akan menyebabkan Rosmah 
akan semakin boros dan boroi dengan harta Negara akan masuk 
ke dalam coli beliau. Adakah dr. tidak berfikir apa – apa 
tentang perempuan puaka ini? Sampai bila dr. cuma mahu 
menjual air liur dr. kepada kami?

Kenapa pemerintah tidak pernah terusik pun dengan motivasi 
– motivasi orang seperti dr? Begitu ramai orang masih 
terperangkap dalam akta tahanan SOSMA, apakah idea 
motivasi dr? Begitu ramai gelandangan tepi jalan masih belum 
keluar dari keterpurukan social, apakah idea motivasi dr?

Begitu banyak masalah di dalam daulah ini, dan dr.menyangka 
kami menonton tivi setiap hari dan tidak produktif? Untuk 
pengetahuan dr. saya beritahu berterus terang, rumah saya 
ada seketul peti tivi. Tetapi kami tidak berminat untuk 
menontonnya. Kerana tivi banyak cerita bodoh dan bohong.
Kami lebih membazirkan (jika ini dikatakan pembaziran) masa 
kami di hadapan internet dan melakukan aktiviti subversive 
terhadap regim (jika ini dikatakan pembaziran).

Dan dr.saya sebenarnya mahu menulis lebih panjang lagi untuk mengkritik sifat elite dr.Cuma terakhir, dr.perlu ingat, rakyat
di luar bukan sahaja pandai membuat sambal tumis,bahkan 
lebih dari itu lagi, dan hampir kebanyakan 20 an ke atas 
telah melakukan lebih dari satu pekerjaan, untuk boleh suit 
dengan kehidupan yang membebankan ini.

Adakah dr. menyedari?
(dan saya tidak merokok.  Tapi saya bercadang untuk 
menanam ganja sebagai persediaan ekonomi yang kian celaka 
dan system pendidikan musibat yang cuma menghasilkan elite 
– elite seperti dr)

Inilah komen orang-orang yang membaca tulisan ni.

C++ at: 12/26/2013 11:49 am said...
Bhai Que..

Terbaek la artikel Benz nih... gua nak pointkan kat artikel 
blog gua....Boleh aaa..

Qaseh Bonda at: 12/26/2013 12:07 pm said...
Termotivasi dengan tulisan MR Benz Ali. Kadang-kadang kita 
jadi pelik dengan kelebihan manusia yang diberi akal lebih,diberi 
kekayaan lebih bahkan segala sudah terlebih. Namun diakhir 
penceritaan mereka kembali bercakap bodoh. Cakap serupa 
macam lagu...pandanglah lihatlah tiru macam saya.

Alih-alih apa yang menzalimi rakayat mereka jadi penyokong 
bawa rebah. Simpanlah segala sijil, segala ijazah, segala gelaran
tu semua untuk dibawa berjumpa Tuhan. Sepatutnya mereka 
berilmu paling layak menegur kerajaan. Berani bangkit 
mengatakan kebenaran. Tugas utama memotivasikan orang 
kenamaan.

Biarlah tak laku muka kat TV, buku pun tak dak sapa nak 
beli janji telah memperjuangkan hak rakyat.

Lantang mengatakan kebenaran, itu yang dituntut setelah 
ilmu penuh didada. Semakin diulit dengan wang ringgit 
semakin lupa pada tugas hakiki kenapa diberi gelaran Prof. 
dimuka bumi.

Kalau Prof pun tak berani menegur ahli politik yang tak 
berapa nak cerdik, baik simpan saja gelaran itu dalam almari.
Budak-budak kat U tu semua dah cerdik dah...mereka 
dahagakan ilmuan berani kerana benar. Takat sembang serupa 
u are the best tu tandanya u pun tak kemana...
Rugi kalau balik tangan kosong. Kita semua sama.Hanya hamba 
disisi Allah.

maw at: 12/26/2013 12:24 pm said...
dulu saya mampu menziarah ibubapa yang tua serta uzur 
setiap minggu,setiap percutian,setiap ramadhan dan hariraya 
islam atau bukan islam.disamping itu masih lagi dengan 
selesanya memberi bantuan kewangan kepada orang tua serta 
maktua ibu tunggal. Sekarang saya terpaksa berfikir berpuloh 
kali untok membuat pilihan samaada pulang menziarahi orang 
tua dimana wang yang saya ada setengahnya akan habis 
ditengah jalan atau tidak pulang dan terus memasuki wang 
tersebut keakaun bapa saya.amat pedih serta sedih bilamana 
kedua ibubapa bertanya khabar samaada aku sudah berjanggut 
dan bagaimana agaknya rupa serta suara cucu cucunya. beban 
yang ada tidak lagi tergalas beban mendatang kerajaan akan 
gasak sampai terkubor.

mona at: 12/26/2013 3:30 pm said...
setuju sngt2 dngn smua pndngn,org kaya mmg tdk lngsung 
merasa bebanan yg ditanggung oleh golongn susah,semakin 
ramai yg takut untk menegur golongn yg mnkn rakyat ini,
semoga ALLAH mmbri blsn yg setimpal kpd mereka yg zalim..

Anonymous at: 12/26/2013 4:11 pm said...
Dr Muhaya dah berada dlm zon selesa, klu ikut latarblkang 
dia masa muda2 dia memang berusaha keras utk skor &
akhirnya berjaya pegang jwtan skrg. Begitu juga anak2nya. 
Dia nak beri motivasi pada kita agar berusaha & jangan 
lupa Allah. Kenapa kita jeles kat dia, Dia banyak menderma &
membantu tau, tapi takkan dia nak heboh. Apa salah kita 
terima apa yg dia kata. Aku sokong dia. Walaubagaiman pun, 
aku juga sokong yang mengatakan KENAPA dia tak berani 
TEGUR pemimpin2 UMNO yg membazir2 duit rakyat buat 
program tak faedah, konsert2 KPOP, Konsert Tahun Baru, 
TV pulak tu entah apa2 drama, kuliah agama pulak tu macam 
takut2, mana yg lepas sikit cakap pasal amanah, terus kena 
ban. Jadi jgn kutuk dia 100%, dia tak sempurna,tapi motivasi 
dia bagus, terutama pada kaum wanita.Kaum lelaki mesti tak 
suka sebab dia sebut pasal rokok tu.

bella luna at: 12/26/2013 4:53 pm said...
terbaik la.. yang nak berdebat ni pun bukan calang-calang 
orang.memang tak minat dgn Dr muhayah ni. poyo lebihh

Acaii Jawe at: 12/26/2013 5:15 pm said...
Salam,nampaknya penulis ni baru kenal Prof Muhaya dan 
terus menulis tentang beliau berdasarkan satu videonya sahaja.
Apa yang cuba disampaikan pun nampaknya ditafsirnya 
berbeza dari matlamat asal beliau. Saya percaya Prof takkan 
layan dan terpengaruh dengan benda-benda camni. Cubalahlah 
dengar lagi audio beliau dengan hati yang lapang dan terbuka. 
Mungkin akan dapat tangkap maksud beliau keseluruhannya. Wallahua'lam.

Zaitun Ibrahim at: 12/26/2013 5:20 pm said...
kepada En.Amir Hamzah b.Akal Ali...diawal bicaramu sy setuju 
tp mengapa makin lama makin emosional . Apabila emosi 
mengambil alih tentulah kebenarannya perlahan2 akan lenyap. 
sebenarnya menjd pemimpin itu tanggujawabnya lebih sukar 
berbanding menjd rakyat yg daif .

Asmar Arafad at: 12/26/2013 5:25 pm said...
Setuju dengan tulisan Mr. Benz Ali, saya sendiri pun masih 
belum keluar dari zon selesa. Masih di takuk lama, dan hidup 
bawahan...Memang mudah berkata2, kita kaum biasa2 nie 
punya fikiran berkali2 untuk berusaha keluar dari zon selesa.
Apatah lagi semua barangan telah meningkat harga, kaum 
bawahan cuma mampu melihat dari bawah...suara rakyat perlu 
di dengar juga...

PemerhatiAnakMuda at: 12/26/2013 5:26 pm said...
kalau kita nak tahu peritnya menangkap ikan tanyalah pada 
nelayan...kalau kita nak tahu luas dan ganasnya lautan dan 
ombak tanyalah pada pelayar...kalau nak tahu teriknya 
matahari dan azabnya padang pasir tanyalah pada pengembara.
kalau kita nak tahu tebalnya dan bahayanya hutan tanyalah 
pada pemburu dan pencari rotan...nak tahu dalamnya ajaran 
agama tanyalah pada ulamak...begitu juga kalau nak tahu 
penderitan rakyaat tanyalah pada mereka yang hidup 
berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit...
orang yg tak pernah tergigit hempedu tak akan tahu rasa 
pahitnya...keperitan yang dah lama ditinggalkan akan 
membuatkan kita lupa makna sebenarnya...

Anonymous at: 12/26/2013 5:41 pm said...
Nak dpt datuk la dr tu.tak terfikir ke dia ( tak mau guna 
beliau ) pada asasnya;pemerintah dipilih agar kehidupan 
ditadbir menjadi sejahtera bkn membaham hasil negara n 
membesarkan tembolok mereka

AKULA MD at: 12/26/2013 5:42 pm said...
SAMA2 KELABU ASAP HIHIHIH

Anonymous at: 12/26/2013 6:05 pm said...
Acai Jawe, Prof Muhaya takkan layan sbb dia sendiri tak 
dapat jawab kan...???

Anonymous at: 12/26/2013 7:55 pm said...
Saya setuju dgn hujah2 Mr.Benz Ali yg lebih kpd membela 
rakyat bawahan. Bagi mereka yg telah berjaya dan 
berpendapatan tinggi kadangkala terlupa golongan bawahan. 
Pada mereka org susah sebab mereka mahu susah sedangkan 
adanya org susahlah menyebabkan org kaya hidup senang. 
Rezeki kita ikut kpd kebolehan kita. Cuma rakyat bawahan 
terpaksa bersaing dgn pendatang asing utk hidup.

Saya juga hormati Prof. Muhaya dgn ilmunya tetapi bukan 
semua org mampu sptnya. Jgn panggil org yg bermasalah sbg 
insan keladak, itu sgn menghina. Beranilah menegur pemimpin 
yg boros dan pecah amanah bukan salahkan rakyat yg 
tertindas.
Abuamir


Malah ada blogger siap berdoa begini :-
Akhir kalam.... gua cuma boleh mampu berdoa agar Muhaya 
Muhammad ini diizinkan Allah Taala merasa nikmat sebagai 
golongan mustad'afin dan marhaen... Biar la sekali merasa 
macam mana golongan mustad'afin hidup.....

Ini adalah pandangan Prof Dr Muhaya yang menimbulkan
kontroversi, bacalah:

SHAH ALAM– Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan 
dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang 
mampu.Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah 
pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan 
hidup mencengkam kehidupan.

Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr 
Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif.
Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai 
satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada 
sebarang perubahan.

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena 
faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan 
turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu 
penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku 
campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. 
Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif,  hasilnya 
mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif 
iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka 
hasilnya positif,” katanya kepada Sinar.

Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, beliau 
menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang 
ada dengan lebih bermanfaat.

“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya 
bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa 
digunakan untuk benda yang produktif?
“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita 
dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan 
melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang 
lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.

Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut 
kesesuaian dan keutamaan. “Saya rasa kita kena mengatur 
cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu 
memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?

“Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. 
Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, 
kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan 
perbelanjaan yang tidak penting,”katanya.Katanya, keberkatan 
daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.

“Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk 
hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk 
mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.
“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada 
dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800,tak 
berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000,
ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini 
undang-undang sunnatullah,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menyampaikan 
pesanan buat orang ramai. “Ingat ya, ALLAH sudah tetapkan
rezeki, kita jangan sibuk dengan benda yang ALLAH dah jamin
hingga terlupa tanggungjawab kita.Saya perhatikan,banyak 
orang yang cuai dengan tanggungjawab dan ketika itulah duit 
cukup, kereta rosak dan sebagainya.

“Jaga ALLAH, ALLAH urusan dunia kita. Kita kejar akhirat, 
dunia kejar kita. Itu konsep nak hilangkan tekanan.Kalau kita
tak bersyukur,kita akan mengeluh, merungut.Kalau bersyukur, 
aura positif magnet kepada benda yang positif. Ini yang 
membuatkan kita tertekan,” katanya.

Ini pulak orang yang bagi komen bila baca tulisan Prof. ni....:-

kampong lad at: 12/26/2013 7:26 pm said...
1.suruh dia pi dok kat pendalaman atau kampong seminggu 
cukup,apakah dia boleh bercakap benda yg dia kata tu?
2. kenaikan harga barang2 bukan disebabkan demand & supply,
tetapi kerana salah urus tadbir pemerintah.

Rosiah Ismail at: 12/26/2013 10:59 pm said...
pemimpin dok boros rakyat yang tanggung kos.....

Teori tak cukup jika dibandingkan dgn pengalaman
at: 12/26/2013 11:13 pm said...
Dr Muhaiya sekadar cipta teori... Pengalaman xprnah dia 
rasa...Ade org yg lebih brpngalaman dgn masalah harga brg 
naik, sebab org tu dh mengalami bertahun-tahun dgn belanja 
harian. Teori Dr Muhaiya, org bleh sedar dlm beberapa hari 
jer, lps tu org akan kembali kpd tabiat asalnya... Dr Muhaiya 
berasal dr keluarga senang,dia duduk dlm keluarga serba 
kemewahan... Aku nk tgok kalau dia bleh duduk dlm suasana 
keluarga yg susah dan mempunyai anak yg ramai, cmne 
rasenye dia nk tmpung keluarga dia...???

Ini pulak sumber artikel di atas:-                                
Malahan banyak lagi blogger-blogger yang respon pasal 
Prof.Dr. Muhaya ni..dan ramai yang komen.
http://sozcyili.blogspot.com 
Cuma pada saya alangkah bagusnya jika setiap ucapan dan
pandangan ini didengar dan diberi kepada yang berjawatan
tinggi...setiapkali dengar ceramah motivasi..asyik-asyik
golongan biasa aje...kalau kat ofis balik-balik kakitangan
aje...yang bos-bos besar buat BODO aje dengan majlis 
seumpama ini...padahal bukan kakitangan bawahan saja yang
perlu amanah dan bertanggungjawab..dan juga untuk 
mendapat berkat...kalau tak, tak adalah ketirisan dan segala 
kebolosan dalam report Audit Negara tu terjadi...itu belum 
cerita KEBOROSAN...cincin berlian,jet pribadi...hotel mewah,
hand bag koleksi terhad...Adakah hanya orang dari golongan 
marhaen saja yang perlu merubah cara hidup???Sedangkan 
kita SEMUA tak kira apa kedudukan kita pun perlu 
muhasabah diri...!!!