Monday, May 24, 2010

Shahir AF8 " Jejaka Tampan Idaman Malaya "

Minggu ni ramai yang demam kat Jejaka Idaman Malaya, siapa lagi kalau bukan Shahir Juara AF8....bukan saja paras rupanya, suaranya, budi bahasanya, adab sopannya, tetapi kerana ilmu agamanya, bukan saja anak-anak gadis jatuh cinta, tetapi boleh membuatkan mak dara jatuh tangga (Kah...kah..kah) Idaman semua kaum ibu untuk dijadikan calon menantu...(kui..kui..kui termasuklah saya, pa akal anak - anak gadis masih di alam persekolahan). Bertuah si ibu dan bapanya punya anak sedemikian....mudah-mudahan si jejaka tampan ini tidak akan berubah sikap dan pendirian, walaupun di alam glamour ....itulah doa saya, malahan doa orang lain juga.




(Gambar-gambar diambil dari laman peminat..Presidential Suite III/SHAHIR Lambert FC...mintak halal ya....)

Interbiu dengan Ustaz Haron Din,  menyebut Hiburan mengubah racun berbisa menjadi madu 'senjata' untuk memusnahkan masyarakat....membimbangkan saya untuk anak muda sebaik ini.

Pesan saya bukan untuk Shahir"Jejaka Tampan Idaman Malaya" saja ,tetapi lebih kepada diri sendiri juga....

Jika memandang luasnya lautan , jangan lupa pada daratan.
jika mendongak langit yang biru, jangan lupa rumput hijau di bumi.
jika melirik cantiknya bunga, jangan lupa tangkainya mungkin berduri.
jika mata melihat ke hadapan, jangan lupa lihat apa yang tertinggal dibelakang.......

Didoakan......
Semuga hidup dirahmati Allah dunia dan akhirat,
Hidup dalam Iman, Mati dalam Iman ke Akhirat dalam Iman,
Aminnn .................

Amy..24/5/2010


Tuesday, May 18, 2010

Petro Sains KLCC


Anak-anak memang dah lama nak masuk Petro Sains ni..tapi tiket semedang habis....jadi kebetulan kali ni dapat tiket...dapatlah budak-budak tu masuk.....










Sunday, May 9, 2010

Bertemu teman lama....

Pada 24/4/10 yang  lepas saya dan keluarga bertemu teman lama yang dah bertahun tak jumpa...dulu satu pejabat di JPA Latihan di zaman bujang, dia jemput kemajlis perkahwinan anaknya..3 bulan sebelum majlis dah telefon..suruh datang...memandangkan dah lama tak jumpa, tambah pulak rumahnya kat Muar Johor..jadi saya cadang kat husband, "kita pergi awal", tidur kat rumah kakak husband kat Melaka..Kg.Kandang jadi tak lah jauh nak sampai ke rumah kawan tu..
Kami sampai jam 11.30 pagi dirumah kenduri, time penanggah nak makan dan dah ada juga jemputan yang sampai, masuk kerumah cari lah tuan rumah..."Laa..dah sampai ke?....langsung disuruh makan kat khemah...dia pulak tengah sibuk..jadi kami anak beranak pergilah makan... nak borak lama memang lah "tak dan" jadi faham-faham ajelah  pergi waktu kenduri kahwin ......tengah sibuk..jumpa pun tak lama..anak-anak dapatlah bergambar dekat pelamin....nak bergambar dengan kawan tu ..dia tengah sibuk melayan tetamu...walaupun pengantin tak sampai lagi...lepas makan...kami minta diri, anak-anak (yang second and third) berebut beg cenderahati dari pihak keluarga pengantin, macam tak pernah dapat,  hmmm budak-budak ni..... bersalam-salaman , peluk Arab dan minta izin nak balik...tenguklah kalau ada rezeki..mungkin pergi lain kali..Insya Allah....anak-anak tak puas berjalan sebab tak pergi JB..lepas kenduri terus balik KL....

Gambar pelamin ,sampai ke syiling ambil gambar, ingat nak ambil gambar rumah pengantin...tapi orang ramai..seganlah pulak...

Saturday, May 8, 2010

Tak de mood...

Semenjak 2 menjak ni..x de mood nak buka blog...   boring ke..penat ke...entahlah.. yang pasti   memang tak ada mood.....kemana pergi nya...?       Cuaca yang panas sekarang ni lagilah....
Besok 1 hb Mei , harijadi Athirah.. saya bagitau dia  seluruh Malaysia sambut hari lahirnya...hua..hua.hua.. dah tu hari lahirnya jatuh pada cuti hari Pekerja....dia pun tuntut hadiah....tengoklah macamana besok....    dia kata, ayah bagi satu hadiah, ibu bagi satu hadiah....budak-budak sekarang pandai demand......!

Nak menulis kena ada mood...bila dah tak de mood...tu yang berhari-hari tak buka blog, nak up date punyalah malas....penyakit "m" melanda....


Bosan pun ada....macam-macam ada.........arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails