Seperti dijanjikan saya sertakan resepi Biskut kelapa mudah....kalau ikut tuan punya resepi biskut ni di terap dan dipotong-potong guna pisau agar-agar, tapi saya buat bulat-bulat je, tekan dengan belakang garpu macam buat German Cookies, lepas tu bubuh ceri. Ceri ni yang tolong hiris halus kejap kak Diba , kejap si Iqa...
Biskut kelapa mudah - mokcik73@myresipi.com
mudah dan rangup dimakanBahan-bahan ( 100 biji )
• 250g mentega
• 50g badam dikisar halus
• 2 cawan kelapa kering dikisar halus
• 3 cawan tepung gandum
• 1 1/2 cawan gula halus
• 1/2 sdk baking powder
• 1/2 sdk amplex (peragup biskut)
• 1/2 sdk esen vanilla
• 2 biji telur
• pewarna hijau dan ceri utk hiasan
1. pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. masukkan telur, pewarna dan esen vanilla, pukul lagi.
3. masukkan badam dan kelapa kering, gaul.
4. masukkan tepung yg telah diayak bersama baking
powder dan amplex sedikit demi sedikit.
5. gaul sebati dan uli doh ikut kegemaran yg disukai.
biasanya biskut kelapa ni org bulat2 dan golek
dgn kelapa kering mcm buat buah melaka tu pastu
tekan dgn garfu.6. utk menjimatkan masa dan yg ada penyakit 'm'
macam saya ni boleh lah ikut cara saya ni.
7. canai doh lebih kurang 1cm kemudian potong dgn
pemotong agar2 hias dgn ceri.
8. bakar dlm oven 150c selama 20 minit atau
sehingga masak.