Tuesday, May 29, 2012

Cuti Sekolah...Jom Jalan-jalan..


Cuti Sekolah….Jom Jalan-jalan

Cuti sekolah dah pun bermula…hari Jumaat lepas, hubby ambil kakak Diba di asrama sekolah…kami memang plan nak pergi bercuti dalam minggu ni…

Tahun ni kakak Diba dan Iqa akan menghadapi peperiksaan utama, jadi kami fikir , kalau nak bercuti, jalan-jalan pada cuti penggal nilah..sebab nanti sibuk dengan peperiksaan percubaan dan juga peperiksaan yang sebenarnya…  


Memandangkan nak pergi bercuti tu 5 hari…pasal tu saya update blog dan masukkan resepi masakan yang dah tersimpan dalam  draft…

Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan percutian kami sekeluarga, sihat sejahtera, selamat segala-galanya Amiiiinnn…!!

Kepada yang balik kampung …selamat bercuti!!!!!!


Kerabu Jantung Pisang Bersantan


KERABU JANTUNG PISANG BERSANTAN -Amy.

Bahan

1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris]
1 cawan daun ulam raja [hiris halus]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 s/b jus asam jawa secukupnya - bancuh dengan air suam/masak
1 s/k gula

Bahan Mesin
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai cili api
segengam ikan bilis
sedikit belacan [jika suka]
garam

Cara:
1. Santan masak dengan bahan kisar- jangan sampai pecah minyak, bila mendidih angkat.
2. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa. 
3. Rasakan masin & manis kerabu ini. 
4. Hidangkan bersama nasi putih.

Kerdas Goreng Bercili


KERDAS GORENG BERCILI

Bahan-bahan:

10 biji cili merah/hijau dikisar
5-10 biji cili padi dikisar
5 ulas bawang merah (dikisar)

3 cm belacan (bakar - dikisar)
20 biji kerdas (dipotong nipis)
1 biji bawang besar - dimayang 

50 ml minyak masak

Garam dan gula secukupnya

Cara:

1.    Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.    Masukkan kerdas, garam dan gula secukupnya.
3.    Perlahankan api sehingga sambal kering sedikit.
4.    Masukkan hirisan bawang besar.
                           
* Kalau tak tahan pedas tak payah bubuh cili padi.




Ikan Bakar Air Asam Sambal Kicap....



IKAN BAKAR TANPA REMPAH -AMY

BAHAN-BAHAN:-
5-6 ekor ikan  – Digaram dan kunyitkan – dibakar atau dipanggang



Air Asam - Amy

Bahan-bahan:
·         3  - 5 biji cili padi  -di hiris halus
·         2 biji cili merah  -ditumbuk halus*
·          secubit belacan *
·         1 biji tomato (dihiris dadu)
·       1 labu bawang besar (dihiris nipis)
·         secubit garam 
·         air asam secukupnya 

Caranya:
·         tumbuk semua bahan bertanda * dalam lesung batu..atau blend 
·         Tuang hasilnya ke dalam mangkuk
·         masukkan garam , air asam, bawang dan tomato dan kacau rata.




Sambal Kicap - Amy

Bahan-bahan:
·         3  - 5 biji cili padi  -di hiris halus
·         1 biji tomato (dihiris dadu)
·       1 labu bawang besar (dihiris nipis)

·         secubit gula, kicap manis secukupnya
·        1-2 biji limau kasturi - di perah jusnya 


Caranya:
·         Cili Padi, tomato, bawang besar di hiris halus 
·         Semua hirisan di bubuh ke dalam mangkuk
·        masukkan kicap manis, perahan limau kasturi, secubit gula dan kacau rata.




Sambal Sardin Berkentang


SAMBAL SARDIN BERKENTANG -Amy.

Bahan2
1 tin kecil sardin
1 - 2 biji kentang - belah 4 dan di goreng sebentar
1 labu bawang besar - di mayang
2 ulas bwg putih- tumbuk halus
5 biji cili merah- tumbuk halus
1 biji tomato belah 6
garam & gula secukup rasa
air sedikit
minyak utk menumis

Cara2
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk hingga wangi.
Masukkan sedikit air utk kuah. Masukkan kentang goreng.
Masukkan isi sardin tadi dan kacau perlahansupaya isi sardin tadi tidak hancur.
Masukkan garam, gula secukup rasa.
Biar sekejap kemudian masukkan hirisan tomato dan gaul sebentar, bolehlah diangkat.

Lauk simple, untuk orang-orang yang baru nak belajar masak, atau malas nak masak yang berat-berat.

Sambal Kerang Berkentang


SAMBAL KERANG BERKENTANG - Amy.
Bahan-bahan 
2  4 biji kentang ( saiz kecil atau sederhana)
1 kg kerang- di rebus dan ambil isinya
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit belacan - ditumbuk
3 sudu makan cili giling 
1/2 biji bawang besar - di hiris
minyak masak untuk menggoreng dan menumis
garam dan gula secukupnya

Cara-cara
Kupas kulit kentang dibelah kepada 4 dan di rendam,
dalam air supaya isi kentang tidak hitam.
goreng kentang sehingga kekuningan.
tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil.
Masukkan kerang, gula,garam dan kentang goreng dan gaul sebati. Sesuaikan rasa.
Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, kacau sekejap dan angkat.
.

Pucuk Paku Masak Lemak


Masak ni semua orang tahu, kecuali orang yang tak pernah masak, dan orang yang tak suka makan sayur kampung…Saya pulak lauk kampung ni layan je…..tak de hal lar derrr….

Pucuk Paku masak lemak
Bahan-bahan:
1 ikat pucuk paku -dibersihkan dan dipotong
2 1/2 cawan santan
2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar ikan bilis )
5 biji bawang merah kecil ) di tumbuk atau dikisar kasar
8 biji cili padi )

Cara Masak:
1. Masukkan pucuk paku dan bahan yang di kisar
   ke dalam periuk.
2. Masukkan santan dan kunyit. Kacau dan biarkan
   sehingga mendidih/ masak.
3. Perasakan dengan garam secukupnya.



Sunday, May 27, 2012

Demam......rupanya kena Chicken Pox!!!


Husband telefon dari ofis mengadu demam, sebelum balik jumpa doktor panel , dapat MC satu hari..lepas cuti sakit satu hari tu, pergi kerja semula, aleh-aleh husband telefon..kena chicken pox lah, muka dah penuh biji-biji….dapat MC mulai Jumaat sehingga Jumaat minggu lepas…

Saya melilau cari daun semambu..dapat kat rumah Hajah Chah (terima kasih banyak-banyak Hajah Chah) rumah depan Masjid Kg.Nakhoda, pesara Nurse ..yang dah 17 tahun duduk di Tawau Sabah…  

inilah pokok semambu...

Rebus daun tu lepas tu saya blender, kemudian campur dengan bedak sejuk..
Cari bedak sejuk  tu kat kedai runcit…satu bekas kecil kedai Aceh tu jual RM3.50, bila dah habis kebetulan saya pergi ke pasar pagi Selayang beli lagi bekas besar baru RM 2.50….

harga baru RM 2.50 kat Pasar Selayang

Hari-hari sapu bedak campur dengan daun semambu..minum pula air kelapa muda….Alhamdulillah berkurangan dan sembuh…Hari Sabtu selamba aje, husband pergi main bola sepak kat Bangi…

* Batang daun semambu tu husband dah tanam..mudah-mudahan tumbuhlah...InsyaAllah...

PTPTN Versi Ombak Rindu....



Wakakakaka....PTPTN punya pasal....terjun sungai der....!!!!!!!

Friday, May 25, 2012

Pergedil Daging





Pergedil Daging - Amy

Bahan-bahannya
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong segi / bulat)
250 gram daging cincang (goreng hingga kering)
2 biji telur (utk mencelup pergedil
1/2 cawan bawang goreng (secukupnya)
1-2 tangkai daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng

Cara-Cara
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng kentang yang telah dipotong segi/bulat
Angkat setelah kentang masak. Toskan.
Kemudian tumbuk sehingga lumat.
Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng,  & garam.
Gaul hingga rata dan sebati.
Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.
Minyak, biar betul-betul panas,kalau tak bergedil senang pecah.

Tips: Untuk mengelakkan pergedil pecah,jangan balik bergedil sehingga ia betul-betul garing.
* Sedap makan begitu saja atau dengan Soto. 


Puding Roti Caramel





PUDING ROTI CARAMEL
Oleh Amy: Resepi asal dari yani@MR.
Bahan:-
* untuk caramel *
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
2 sudu besar air suam
* untuk puding *
2 keping roti - sapu butter dan bakar pada suhu 180 deg.C
4 biji telor
600 ml susu segar
8 sudu besar gula halus
sedikit esen vanila
sedikit kismis
Cara membuatnya:-
Potong roti yang telah dibakar sebesar 1 - 2 cm. Ketepikan.
Sapukan bekas caramel dengan butter.
Untuk karamel - masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk.
Panaskan hingga perang. Kemudian tutup api dan curahkan 2 sudu air suam. Kacau dan tuangkan karamel dalam bekas.
Dalam bekas lain, masukkan telor, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masukkan bahan ikut urutan supaya senang sebati.
Kemudian tapiskan sebatian ini ke alam acauan yang ada karamel tadi.
Letakkan kepingan roti tadi dan tabur kismis.
Letakkan acaun ini ke dalam dulang yg berisi air suam dan letak dulang tersebut atas periuk kukus.
Kukus selama 15 - 20 minit (bergantung kepada bekas puding jugak..)

Tuesday, May 22, 2012

Kelebihan Puasa Sunat diBulan Rejab


Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."
Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")
Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secaramarfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata: "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Kredit kepada di sini.

Istimewa Bulan Rejab


Nabi s.a.w. telah bersabda;
" Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah
sungai yang disebut sebagai Sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu.
Barang siapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab Allah akan memberinya minum dari sungai itu." - Riwayat Baihaqi


Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada 27 haribulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa 1000 tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj." Nabi s.a.w. bersabda; " Siapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang daripada dipetik sampai dia kembali." - Riwayat Tirmidzi


" Selamat Berpuasa. "

Sunday, May 20, 2012

Adab bercinta dan berkahwin...Ustaz Azhar Idrus


Jangan pikat wanita
Kalau anda tak bersedia cintakan dia

Jangan buat wanita tu jatuh cinta
Kalau anda tak cintakan dia

Jangan memberi wanita harapan
Kalau anda tak pasti

Jangan sakitkan hati wanita
Kalau anda tiada hati untuknya

Jangan mainkan perasaan wanita
Kalau anda tiada perasaan untuknya

HARAM jika jadikan wanita itu kekasih
Tetapi tiada niat untuk nikahinya

 Istikharah –
Bila hati terasa lapang
Itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya

Perkahwinan paling berkat –
Yang paling murah mas kahwin
Paling murah belanja

RM 10 ribu belanja mas kahwin-
Untuk wanita yang reti belaker (pandai segalanya)
Serba- serbi reti (tahu) (agama dan lain-lain)

Haram wat (buat) menantu yang tidak solat
Walaupun sah nikahnya
Tinggal 1 waktu
6 ribu tahun dibakar dalam neraka

Lelaki soleh digalakkan kahwin
Dengan perempuan tak solehah
Perempuan solehah tak digalakkan kahwin
Dengan lelaki tak soleh

Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh
Tapi bukan dalam keadaan khalwat
(Nak luah cth: depan mak dia)

Hendaklah kamu pergi melihat dulu
Perempuan itu, baru berkahwin
Makruh tak tengok

Yang dah couple
Tapi akhirnya bernikah
Wajib bertaubat juga
dosa-dosa couple lepas

Yang dah tunang
Nak bawa tunang gi jalan-jalan boleh
Tapi kena bawa mak ayah dia sekali

Kalau dah berkenan
Pergi ke rumah merisik
Dan bertanya jujur
Ikhlas nyatakan hajat nak kahwin

Hukum bercinta sebelum kahwin
Adalah HARAM
Kerana BUKAN SUNNAH NABI

Cinta kasih nak bergalok
Adalah selepas nikah
Barulah seronok

Dop payoh nikoh ni..
Bende yang mudoh- Ustaz Azhar Idrus

Friday, May 18, 2012

Mutiara Kata Yang Indah 2


 “Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
  tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN
  juga indah di mata orang.”


  “Orang baik jarang mengaku jahat, 
  tapi orang jahat seronok mengaku baik.”


  “Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”


  “Berubah itu mungkin mudah, 
  tapi kekal dengan perubahan yang dibuat
  itu mungkin payah.”


  "Lebih baik memandai-mandai 
  daripada langsung tak pandai.”


  “Air mata untuk kekasih,
   untuk sedih dan untuk rasa pedih, 
  tentu lebih berharga air mata 
  tatkala gembira, berjaya dan ternama.”


  “Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah,
  lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.
  Lantaran adanya lelaki dan wanita
  terkadang sempurnalah suatu kelemahan
  di sebalik suatu kekuatan”.


  “Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”


  “Kerana ada cinta orang boleh berjuang 
  mempertahankan cintanya, 
  tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban
  untuk mempamerkan kebodohannya.”


  “Berkahwinlah kamu tatkala kamu 
  benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, 
  isteri, ibu, ayah.”


  “Soal bahagia letaknya di hati, 
  justeru jadikan hati cetusan senyum.”


  “Kalau boleh ketawa senyumlah juga 
  sebab ketawa bercampur senyum
  itu memang bahagia.”


  “Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”


  “Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan
  adalah doa yang panjang dan berterusan
  yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”


  “Orang baik terpancar melalui perbuatannya; 
  orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”


  “Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. 
  Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan handsome 
  saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”


  “Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”


  "Usah terlalu hairan melihat pelangi
  tapi terlebih hairanlah melihat 
  bagaimana kamu berdiri.”



  “Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, 
  kadang-kadang untung menanti di hujung.”


  “Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, 
  jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”


  “Biar papa asal bergaya, kalau dah papa 
  macam mana nak bergaya.”


  “Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”


  “Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”


  “Sama menolong sama beruntung.”


  “Kaya di mata orang
   belum tentu kaya di mata sendiri.”


  “Kaya itu bukan sahaja kerana wang, 
  boleh jadi kaya hutang, kaya anak, 
  kaya musuh atau kaya perasaan.”


  “Biar tak kaya harta tapi kaya budi, 
  biar hanya kata-kata,
  kadang-kadang itu lebih bererti.”


  “Bercakap itu lebih baik daripada diam, 
  tapi diam itu lebih baik daripada bercakap 
  perkara yang merapu.”


  “Bercakap itu mudah sebab itu ramai 
  sungguh orang melakukannya, 
  tapi mengumpat itu lebih mudah
  sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”


  “Biar cakap sikit tapi bersama bukti;
  biar tak bercakap, buktinya nampak.”


  “Tanpa mulut lidah tak berfungsi,
  tanpa lidah mulut tak bererti.”


  “Jangan cakap je, tapi buat, 
  jangan buat je langsung tak bercakap.”


  “ Bukan semua yang manis itu manis 
  adakalanya di hujung lidah ia manis
  di hujung tekak menjadi pahit.”


  “Jangan fikirkan yang sedap saja, 
  kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit
  sebab kadang-kadang yang pahit itu 
  ubat sedang yang sedap itu racun.”

Wednesday, May 16, 2012

Pesanan Khalifah Umar Al - Khattab..



Pesanan Khalifah: –

Saidina Umar al-Khattab r.a pernah berpesan :-

Sesiapa yang banyak ketawa, maka wibawanya sedikit.

Sesiapa yang suka meremehkan orang, maka dia tentu akan diremehkan orang lain.

Sesiapa yang memperbanyak sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu.

Sesiapa yang banyak bicaranya, tentu banyak pula dosanya.

Sesiapa banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya.

Sesiapa yang sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat waraknya. 

Sesiapa yang sedikit sifat waraknya, maka hatinya akan mati

Sumber:- disini

Suami Mithali -dari Ustaz Azhar Idrus


Suami Mithali


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh

   bayar rumah sewa, boleh beli beras
,
   boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat keje.

   Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek.

   Honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet.

   Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari

   Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta,

   sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung

   ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah.

    Maknanya boleh mandi wajib dengan baik

    dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,

    apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran

    walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’

    Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu.

    Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin

    tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia.

    Paham jiwo gitu. Serasi bersama.

    Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je.

    Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat.


    Cemburu macam ni ok,

   “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..

    Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe,


     janji cara dia fikir tu matang 


     dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai



     orang kata tak bergaul dengan manusia lain.

     Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai

     dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak

     dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya

      Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama,

     tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu

     sampai terlupa nak tengok bola.

     Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada

     di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis,

     dia tolong riba isteri dan tenangkan.

     Kalau isteri sakit, dia tolong jaga

     dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo. (Senyum selalu).

16. Tak tengok sangat awek cuns,

      duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cuns

      (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)


 Dari - Ustaz Azhar Idrus


Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails