Tuesday, April 13, 2010

Tak ada rezeki......

Pagi ni terbangun tapi x tengok jam berapa..kena gigit nyamuk...pasang lampu...tpi x nampaklah nyamuknya..tunggu punya tunggu, tutup balik lampu..tidur balik, jam 5.30 pagi terjaga balik, hairan tengok langsir bilik tersingkap..nampak tingkap terbuka besar...tanya husband pagi tadi ( maksudnya semalam )ada buka tingkap ke?...Dia kata tak ada..ehh..kenapa tingkap terbuka? saya tanya balik...kemudian terpandang tingkap sebelah kiri, langsirnya terselak jugak...fikir tingkap tu terbuka sikit..pergi dekat-dekat...tengok tingkap terbuka besar jugak...eh ini lain macam ni....(dalam hati kata, kalau husband x buka, ada orang la bukak tingkap) Pattern tingkap lebih kurang camni lah bezanya, ditengah cuma dua panel, (dalam gambar ni tengah ada 3 panel) yang sipenyangak tu bukak di kiri dan kanan tingkap, tengah elok aje tertutup.


Solat subuh, anak bersiap pergi sekolah, husband hantar anak ke sekolah, dan saya ke dapur masak mee goreng, husband balik lepas tu dengar dia start motor semula, saya pi jenguk grill pintu dah siap dikunci,, ehh kemana pulak dia pergi?..bila balik dia bagitau jumpa ustaz bagitau kasut sekolah (sekolah agama)Thira yang hilang kat masjid selepas solat Dhuha semalam, ustaz tanya mana anak yang kasut hilang...husband jawap dia x nak pergi sekolah, kasut punya pasal....(semalam semasa saya ambil dari sekolah agama tu, memang ada sepasang kasut yang tinggal tapi bukan kasut anak sebab saiz kasut tu besar, jadi sianak (Thira) x nak lah kasut tu sebab bukan dia punya..balik masuk ke kereta dengan stokin  aje.


Husband pulak lepas balik dari sekolah agama siramlah pokok-pokok tanamannya, terdengar husband  kata.."tingkap bilik Fiqa pun terbukalah.....dia kopaklah.",saya pun pergi ke bilik tengah..tengok langsir ok.tapi tingkap terbuka luas, ampaian beroda siap tertolak ke tepi.....lepas tu husband tutup balik tingkap...tengok macam tak da apa yang hilang..laptop ada, wimax ada hp ada, lepas husband sarapan, dia pergi kerja, saya menggosok pakaian, kemudian mesin kain, Fiqa tolong sidai..saya bagitau tingkap bilik dia terbuka..(kebetulan dia x tidur bilik tu)..siap menggosok dah dekat kul 11.00 pagi saya pergi ke pasar, dan meneruskan rutin harian, hantar dan ambil anak di sekolah. 


Malam ni selepas berita di Awani, dah lebih dari pukul 8.00 malam, saya nak on laptop terpandanglah ke wayar usb untuk kamera...baru saya teringat kat kamera digital...ehh mana kamera...aduhhh sahlah sipenyangak tu malam tadi (malam semalam) dapat curi kamera, puaslah cari memang sahlah....kamera dah hilang...aduhhh...lupa nak simpan...letak kat meja kecil sebelah meja laptop, dan meja kecil tu tepi tingkap yang terbuka dalam bilik Fiqa...Kamera tu beli masa sale di depan Maju Junction..dapatlah beli dengan harga Rm 500 lebih, boleh zoom...hmmm nak buat camne tak ada rezekilah nampaknya tu!!!!!!!


Terdengar anak yang bongsu kata..kasut hilang, kamera hilang...

Sunday, April 11, 2010

Ubat Hati

Semua perkara bermula dari hati, dan hati pula berkait dengan fikiran dan perasaan...Bukan mudah untuk mengendalikan fikiran, hati dan perasaan ...seperti kata pepatah ..ikut hati .....mati, ikut rasa....binasa,  dan fikiran pula...selalu negatif.. Orang yang berjaya selalunya bila mereka berfikiran positif.
Agama Islam memberikan panduan yang cukup hebat, bagaimana mahu menjaga hati dan sekaligus mengawal fikiran dan perasaan. 

Ada 5 perkara:


Membaca Al Quran dengan tafsirannya sekali supaya lebih memahami.
Solat malam ni pulak kena berkorban masa tidur...paling awal pukul 3.00 ke 3.30 pagi... 
Berkumpullah dengan orang soleh,... contohnya:- berkumpul dalam majlis ilmu, solat berjemaah.
Perbanyakkan berpuasa, contoh:- puasa sunat Isnin dan Khamis.
Zikir malam perbanyakkanlah.... Contoh:- Subhanallah..
dan salah satunya,(dari yang di atas) siapa boleh menjalani / melakukan, moga-moga Allah S.W.T akan mencukupi / memberkati.

Kita kena bertanya pada hati...Hidup ini untuk bahagia atau untuk celaka?

Dari Abu Malik al-Asy’ari katanya:"Bersabda Rasulullah s.a.w:"
Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi.
Sembahyang itu pelita.
Sedekah itu bakti.
Sabar itu cahaya dan
Al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu.
Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Dah ada Ustaz baru

Salam,...lama tak up date blog...busy lak pulak...seminggu x ada ustaz untuk kelas pengajian..pejabat kata hari Isnin 29/3/10 baru sampai... jadi kelas bermula pada 3/4/10...
Hari Sabtu , masuk kelas, Ustaz perkenalkan diri... Ustaz Hasbullah, asal orang Kedah...Ustaz pun test la..sorang-sorang anak murid baca...tambah pulak ketua kelas Kak Leha..bagitau Ustaz..."kita orang dah periksa sebelum Ustaz Ahmad berpindah"...(he..he..kan dah kantoi bab tajwid......saya kata pada rakan sekelas...diaorang semua gelak.. ) Mana taknya..lepas sorang-sorang habis baca, ustaz tanya tunjuk hukum tajwid pada bacaan...yang boleh jawab - jawab..tapi yang tak boleh jawab...lidah kelu noo....sampai ustaz kata..Tak bunyi apa pun....(slang utara)ha..ha..ha satu kelas gelak....

Bila x boleh jawab, ketua kelas kak Leha ..kata pada ustaz.."kami ni lambat pick up sikit Ustaz..pasal dah expired".... Kak Leha...kak Leha........tak kan anak - anak dara dalam kelas tu expired...? Kak Leha terlupa dalam kelas tu pun ada anak-anak dara. .. muda-muda lagi....Biar betul!!!!!! Sabor ajelah........

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails