Nak beliau disalahkan sepenuhnya pun tak boleh juga pasal
beliau dilahirkan dalam "Dulang Emas". Anak golongan
bangsawan mana pernah hidup susah...dapat pulak isteri
yang semua orang kat Malaysia ini "faham"...
Jadi sebagai rakyat marhaen cuba baca artikel ini:
Malaysia sebuah negara sedang membangun dimana rata
-rata
rakyatnya miskin dan kurang berpengetahuan
memerlukan seorang pemimpin dari
rahim mereka yang
benar-benar bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi bertelinga
rakyat, berhidung rakyat, bermata rakyat dan juga
berkepala rakyat.
Kerana pemimpin dari rahim mereka sahajalah yang mampu
untuk
menghadam kemiskinan dan pernah mengunyah
penderitaan rakyat, memahami suka
duka rakyat. Saya
percaya seumur hidup Najib beliau tidak pernah bermain
banjir
dan tertelan air selut. Dia tidak pernah digigit
nyamuk dan betisnya dihisap
lintah. Atau pun kalau dia
ditakdir menyeberang air selut dia akan didokong
oleh
pembantu ayahnya. Telapak kaki Najib tidak pernah terkena
duri jauh sekali
tahi ayam moner.
Dia tidak pernah tidur di bawah khemah berunggunkan api, memakan
ubi kayu bakar. Yang dia makan roti bubuh kaya
dan keju bersama
"Ovealtine" atau "Milo" panas berasap.
Jauh sekali untuk
dia memakan ubi gadung, ubi keladi
dan juga ikan haruan dan puyu panggang
dibara api.
Jadi kalau seorang pemimpin tidak pernah merasai itu
semua, apa
dia peduli dengan nasib rakyat. Kesusahan
mangsa banjir yang bertarung nyawa
kini tidak pernah
tersentuh oleh hati nuraninya.
Sebab itu kalau hendak memilih pemimpin pilihlah dari
kalangan
kita, rakyat marhaen yang memahami denyut
nadi rakyat. Yang tahu kepedihan dan
keperitan rakyat.
Yang sanggup tidur dan bersama rakyat dalam keadaan
apa sekalipun.
Seorang pemimpin tidak lengkap dan ideal kehidupan
dirinya
sebagai pemimpin kalau setakat merasa atau
mengetahui penderitaan rakyat itu
menerusi audio video
atau foto sahaja. Tidak cukup setakat membawa novel
"Ranjau Sepanjang Jalan" untuk mengetahui penderitaan
rakyat miskin,
betapa sakitnya kaki dicucuk duri nibong,
susahnya menghalau burung ciak atau
bertarung dengan
ulat memakan padi. Tidak cukup. Penderitaan bukan dapat
dihayati menerusi sebuah lukisan bagai mana realistik
sekalipun.
Makanya kalau hari ini disaat rakyat berdepan dengan
kesusahan
melawan arus banjir tetapi Najib bersedap-
sedap bermain golf di Hawaii dan
berdakap dengan isteri
di pulau itu, jangan salahkan dia, sebaliknya salahkan
diri
kita sendiri kerana kitalah mengangkat dia menjadi perdana menteri negara
kita.
Tak apa Pak Nil.. jangan bimbang...Melayu Mudah Lupa!!!.