Friday, March 20, 2015

Teruja Wehhh!!!!..Bila Resepi Di Cuba Oleh Blogger Masakan Popular...

Ini entry poyo okeyyy…!!!! hanya nak menzahirkan keterujaaan..
Pasal saya ni bukan blogger masakan tapi resepi dalam blog ni di cuba oleh blogger masakan yang top- top pulak tu..woww…!!!!! 
dan untuk Blogger masakan maaflah pasal masukkan anda punya gambar masakan dalam blog ni…gambar ini hanya untuk sebagai bukti…hew..hew..hew… 
Ini antara resepi yang di cuba…
Ayam Penyet
Sumber : Amy@Senang-senang singgahlah
Thanks Amy sungguh sedap hingga makan ke tulangnya!!

Ayam Penyet
Sumber : Amy@Senang-senang singgahlah

Kuih Cara- ramai yang cuba walaupun resepi asal

BISKUT SEMPERIT MAK DATIN - Versi Rangup 
Sumber; Amy

Assalamualaikum..
Alhamdulillah....misi pencarian menemui jawapan..Kalau nak tahu, resepi semperit inilah yang saya cari kebelakangan ni.Semperit yang rangup a.k.a. gurih bila dikunyah.Gigih saya menggogle tau...hehhee..
Sebelum2 ni saban tahun saya melanggan biskut semperit versi rangup dari seorang teman sejawat [satu ketika dulu] yang diusahakan oleh ibu saudaranya.Rasanya lingkungan 6-7 tahun juga saya melanggan biskut tu.Sebab utamanya ialah biskut tu tersangat sedap dan rangup.Kiranya dah jadi biskut utama kami sekeluarga bila menjelang syawal..
Jadinya tahun ni saya tak mengorder biskut semperit tu lagi sebab dah jumpa resepi yang serupa hundred percent hasilnya.Cukup berpuas hati dengan kejadian biskut ni.Namanya pun glamer tu, Biskut Semperit Mak Datin..hihiii

Rahsia Kuih Semperit Lebih Rangup dan Sedap

 Cik Matahariku
Disini juga saya ingin kongsikan resepi biskut semperit yang rangup dengan menggunakan sukatan cawan.Saya ambil resepi dari sini. Opss..saya lupa nak kongsi nama sebenar biskut semperit rangup ni.Kalau ikut pemilik blog yang saya kongsi resepinya ini, nama biskut semperit rangup ini ialah biskut semperit Mak Datin...Alahai..glamernya..kehkeh..

Yang cuba resepi ni..mesti hairan sebab saya bagi nama Mak Datin..
tapi itulah hakikat sebenarnya...saya dapat resepi biskut ni dari seorang Mak Datin...isteri Menteri Besar Selangor zaman saya sekolah dulu...masa kecik-kecik dulu, jika datang rumah Mak Datin (dah arwah..Al Fatihah) saya suka masuk dalam store kat sebelah dapur...sebab dalam store yang besar tu banyak makanan seperti biskut, coklat dan lain-lain...(bila ingat balik...malu wehh!!!)

Puding Cream Crackers Laici

Akhirnya empunya blog yang bernama  AMY berjaya dalam hasil pencarian ini .   Resepi ini katanya adalah daripada koleksi buku resepinya tahun 80an.  Itulah sebab Kak Noor memilih resepi ini untuk dijadikan panduan.  Resepi orang lama.... selalunya memang klas gitu.... Cuma untuk memudahkan penyediaan hidangan ini,  Kak Noor gunakan blender basah untuk mengisar bahan-bahan bancuhannya.

Akhirnya dengan beberapa olahan dan sedikit `kepakaran' (perasanlah pulak!) yang dikurniakan,  maka terhasilkan resepi seperti di bawah.  Hasilnya..... jadilah Puding Cream Crackers Laici.


Karipap yang rapuh dengan inti daging yang sangat sedap!

Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi karipap yang sangat sedap!
Bukan sahaja intinya yang enak bangat..
Pastrynya juga sedap, enak dan rapuh tapi tidak sampai rapuh berderai. Pastrynya mudah untuk di klim dan mudah juga di bentuk. Pastry karipap ini bila karipap dah sejuk pun ia masih rapuh lagi.. walaupun seharian di bawah tudung saji.
Apa yang uniknya karipap ini adalah kelainannya meletakkan jus limau kasturi dalam adunan doh. Hingga kini ita tidak tahu apakah fungsi limau kasturi yang di letakkan dalam adunan doh.
Resepi karipap ini ita ambil dari blog Amy. Apa yang menarikya resepi karipap ini adalah hasil gabungan daripada beberapa resepi yang terbaik, Amy dengan bijak menyuai padan antara pastry yang terbaik dan inti yang sedap dan menjadikan karipap ini lebih deboooommm... cair di mulut dan ... terlajak laris.. gituuu...
Bagi anda yang sukan karipap apa tunggu lagi.. jangan lupa mencuba resepi terbaik ini


Kalau tak teruja.. macam saya tak ada perasaan lah kan...hik..hik..hik

Hutang Negara, 1MDB, Jet Pribadi, GST.....Kegilaan Apakah Ini..???


'
Mula-mula kisah hutang negara yang makin meningkat..bukan makin mengurang…Hutang Luar Negara Malaysia Meningkat 3 
Kali Ganda Kepada 740 Billion....Billion wehhh...!!!!
Kementerian kewangan menyatakan ;
"Kenaikan tinggi itu akibat "takrifan baru" hutang luar negara.
Kementerian juga berkata dua pertiga tambahan hutang itu akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia, yang kini dianggap sebahagian hutang luar negara". (Mkini).


Kemudian timbul pulak cerita 1MDB…apa kerr jadah benda ni…pun tak tau..(fungsinya untuk apa???) yang tau 1MDB dah merembat duit berbillion ringgit…Persoalannya ialah apakah bentuk urusniaga 1MDB sehingga mereka perlu membuat tawaran bon dollar dan juga mengapakah kerajaan perlu meluluskan pinjaman 970 juta kepada 1MDB sedangkan 1MDB dilaporkan telah terlepas 3 kali dari tarikh asal yang sepatutnya dijadualkan untuk membayar hutang kepada bank-bank tempatan?


Lepas tu selamberrr badakkk ajerr…boleh beli jet pribadi. Ok lah 
beli atas alasan keselamatan pasal dah 16 tahun…habihhh TUDM tue sampai la nih guna helikopter NURI yang dah ader dalam inventori TUDM sejak dari awal tahun 70'an lagi... Kalo tak silap pembelian NURI pada 1968 lagi... Lama tue...  Hahaaha Giler aper nak menggadai nyawa anggota ATM dengan gunakan pesawat yang dah lebih 40 tahun... Takkan takder risiko keselamatan dan kos penyelenggaraan tinggi... Padahal jet pribadi tu dah ada 7 bijik… bukannya sebijik….!!!!






Tambah pulak datang mimpi ngeri GST… GST ni mimpi ngeri nak jadi reality…pasal tak sampai 2 minggu lagi nak masuk bulan April…1 April mula GST…bukan April Fool Nooo….’’Ini bukan cobaannnnnnnnnnIIIII……Ini ..Betul-betul….!!!” Tapi macam biasa
Statement putar alam mesti ada….
 

Padahal kenyataannya semua kena GST…
 


Kata lah apa saja…nasihatlah apa saja….bagilah hukum agama pun....macam tak ader makna!!!!



Yang pasti ada kakitangan kerajaan menyoping barang dapur macam 3 bulan punya barang sebelum GST…berduit bolehlah..
yang tak berduit????...Sampaikan top up pun kena GST????
Gilerrr laaa...!!!!!

Entry lain yang anda mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails